"TADI you pergi mana? Tinggalkan I sorang-sorang" adu Natasha dengan riak cemberut. Pakaian yang dicampakkan di atas lantai disarung semula ke badan. Kayden memang gila! Sekelip mata saja dia rebah ke dalam dakapan suaminya.
"Ada benda I kena uruskan" balas Kayden lantas mengucup dahi isterinya. Usai menyarung pakaian, dia bersandar ke kepala katil. Tubuh Natasha ditarik rapat ke sisi.
"Benda apa? Banyak betul urusan you kan?"
Kayden tertawa. Wajah cantik itu direnung. Rambutnya yang mengurai diselak.
"Thanks dah buat I bahagia!" ucap Kayden ikhlas. Mengingat kembali asmara mereka sebentar tadi, dia yakin Natasha sudah sepenuhnya menyerahkan diri kepadanya.
Pipi Natasha merona. Waktu begini pula suaminya nak menyakat! Bibirnya muncung ke depan. Kayden tak jawab pertanyaannya.
"You tak jawab lagi soalan I!"
"Lepas ni, semuanya akan terjawab. Kejap lagi orang tu sampai!"
Dahi Natasha berkerut. "Orang mana pulak? You jangan nak macam-macam boleh tak?"
Terburai tawa Kayden. Natasha tak habis lagi dengan cemburu dan buruk sangkanya! Wajah cemberut itu diusap lembut. Sebuah kucupan dilayangkan ke situ. Kemudian dia turun dari katil dan menarik Natasha yang terkebil-kebil itu untuk mengikutinya. Sempat dia mengerling ke arah skrin telefonnya.
'dia dah sampai!'
TUBUH yang membelakangi mereka diperhati lama. Dahinya mengerut. Riak bersahaja Kayden ditatap sekilas. Serentak itu, mereka melangkah menuruni anak tangga satu-persatu.
Tatkala tubuh itu berpaling, air mata Natasha berguguran. Lantas dia pamit mendapatkan tubuh itu. Sekelip mata saja, tubuh keduanya bersatu bersama esakan yang jelas kedengaran.
"Tasha sihat nak?" tanya Mak Yah dalam sebak.
"Sihat! Mak sihat?" Natasha ulang pertanyaan seraya melepaskan pelukan. Mak Yah adalah pembantu di rumah Ariffin. Dan satu-satunya orang yang prihatin terhadapnya. Dia yang menjaga Natasha selama ini.Hubungan akrab mereka seperti ibu dan anak. Disebabkan itulah Natasha memanggilnya dengan panggilan emak.
"Mak sihat! Syukurlah, tengok Tasha sihat, mak gembira. Hari-hari mak doa untuk kesihatan dan keselamatan Tasha"
Tangan putih Natasha dikucup. Selama berada di rumah Ariffin, dia sering merasa terancam kerana rancangan jahat Miranda dan hati busuk Marisa. Disebabkan itulah dia bersetuju untuk bekerjasama dengan Kayden dan Emir bagi mendapatkan bahan bukti tersebut. Kini dia kembali untuk Natasha setelah merasakan kewujudannya di rumah Ariffin hanya akan membawa malapetaka sahaja.
"Tasha sihat dan selamat sebab doa mak! Terima kasih mak"
Tubuh tua itu dipeluk kembali. Mendakap Mak Yah umpama berada dakapan ibu sendiri. Syukurlah. Allah mempertemukan mereka kembali setelah hampir lima tahun mereka tidak ketemu.
"Tapi..." Pelukan dilepaskan. "Macam mana mak boleh ada kat sini?"
Mak Yah pandang ke arah Kayden yang sedang tersenyum. Natasha berpaling. Banyak benar soalan yang ingin diutarakan untuk suaminya.
"Nanti I akan cerita. But for now, I rasa lapar. Kita makan dulu? Mak?"
Kayden memandang Mak Yah untuk persetujuannya. Mak Yah angguk dengan senyuman.
"Amboi! Ni mak I.." Natasha berpaut pada lengan Mak Yah. Tidak mahu berkongsi Mak Yah dengan suaminya.
Kayden gelak. Itu pun nak jadi isu!
"SIAL punya Tasha! Kau read je mesej aku? Kau jangan nak main-mainlah dengan aku Tasha!"Marisa menghambur kemarahan. Pesanan yang dikirimkan kepada Natasha tidak dibalas, bahkan Natasha sekadar membacanya saja.
Hatinya mendongkol geram. Dia tidak suka diabai seperti itu. Dia ingin perbincangan dengan Natasha tetapi wanita itu malah menolak.
Bibir diketap. Tidak mungkin Natasha memungkiri janjinya. Sejahat-jahat Natasha, dia adalah orang yang paling menepati janji. Dia yakin itu. Mungkinkah sudah tumbuh cinta di hatinya untuk Kayden?
"Dia dah read mesej aku. Maksudnya dia dah dapat dihubungi semula. So itu bermakna dia dah ada kat Malaysia"
Telefon bimbit berbunyi. Baru saja Marisa nak gembira kerana menyangka Natasha membalas mesejnya. Rupa-rupanya mesej daripada Hardi yang diterimanya.
'tonight? as usual? tempat i.. wife i takde'
Marisa mendengus. Benci pula dia dengan Hardi. Lelaki itu hanya tahu memikirkan keseronokan dan kepuasan sendiri saja. Sudahlah sekarang dia sering merasa sakit di bahagian sulitnya. Kenapa ya? Tidak mungkin dia terkena penyakit itu. Dia hanya bersama Hardi saja selama ini.
Memandangkan hatinya sedang sakit dan dia juga memang memerlukan pengubatnya, jadi dia bersetuju untuk ketemu Hardi.
'i akan temankan you..tp i nak window shopping as a reward'
Sekejap saja Hardi sudah membalasnya.
'anything for you darling! dtg cepat, i dah tak sabar ni'
Marisa berdecit.
"Ada yang halal, yang haram ni jugak dia cari! Tapi nak buat macam mana. Wife dia selalu takde. Tapi takpelah! Yang penting aku dapat imbalannya!"
"SEBENARNYA dah lama mak perhatikan papa kamu. Sikap dia makin teruk sejak berkahwin dengan Miranda. Dia abaikan arwah Nilam dan kamu yang masih kecik masa tu. Tapi mak tak berani nak menegur. Sebab sesiapa je yang menegur, akan terima hukuman dari Miranda. Tasha pun tahu kan, Miranda tu macam mana"
Mak Yah sempat mengeluh. Terimbau kembali kenangan silam, hatinya jadi sedih. Keluarga bahagia yang pernah terbina suatu ketika dulu ibarat kisah dongeng yang hanya kekal dongeng. Bak kisah malang si Cinderella, begitulah kehidupan Natasha dahulu. Bezanya, Natasha si Cinderella yang berani melawan.
Hampir saja air mata Natasha bergenang. Seumur hidup, takkan dia mampu melupakan penyiksaan dan penganiayaan yang pernah dilakukan Miranda terhadap keluarganya. Alasan dia masih mampu bertahan adalah kerana ingin membalas kembali segala perlakuan Miranda terhadapnya. Miranda harus mendapat balasannya.
"Mak selalu doa dari jauh. Mintak Allah lindungi Tasha dari mereka. Mak tahu, Miranda takkan berhenti selagi tak dapat apa yang dia nak"
"Dia nak apa?" soal Kayden pula. Dari tadi dia senyap dan menjadi pendengar setia sahaja.
"Mak pun tak tahu. Tapi rasanya ada benda yang dia nak dari Ariffin. Dan untuk dapatkan tu, dia kena buat sesuatu pada Tasha"
Natasha mengeluh. Baru saja nak bina hidup baru di samping Kayden, kini Miranda pula buat hal. Agaknya dia memang tak berjodoh dengan kebahagiaan!
"Mak tak tahu apa-apa ke?" tanya Kayden dengan riak serius. Natasha yang duduk di sisi Mak Yah ditatap sekilas.
"Mak tak tahu. Tapi Tasha dan Kay kena hati-hati.." Tangan Natasha digenggam erat.
"Yelah mak! Tahulah Kay lindung Tasha" sahut Kayden.
"Mak duduk kat sini je ye? Tak payahlah balik rumah papa" Natasha memujuk sambil memeluk tubuh itu.
Kayden tergelak melihat kemanjaan Natasha. Baru kini dia tahu akan sisi baru isterinya. Natasha hanya akan manja dengan orang yang dia sayang.
"Kayyy..." Suara Natasha meleret.
Kayden angkat keningnya. Dia memang sudah merancang untuk membenarkan Mak Yah berpindah ke rumah mereka saja. Apa saja yang menjadi kebahagiaan Natasha, akan menjadi keutamaannya.
"I okey je. You tanya mak"
"Mak..." Natasha memujuk sambil menayang wajah manjanya. Tak mampu Mak Yah nak menolak. Dia angguk juga. Lagipula, dia tak mungkin kembali ke rumah agam Ariffin.
"Yeaayyy!!" Natasha bersorak. Dia menarik Mak Yah untuk mengikutinya.
"I tidur dengan mak malam ni!" putus Natasha lantas dia dan Mak Yah menaiki anak tangga menuju ke bilik.
Kayden ternganga. Aik?! Mana boleh! Alaaa, dia tak boleh nak tidur takde Tasha!
"Sayangggg...." jerit Kayden dari arah bawah. Namun bayangan Natasha dan Mak Yah sudah hilang di sebalik kamar itu.
ARIFFIN sudah hilang sabar. Tadi dia menggeledah bilik Mak Yah. Ternyata wanita tua itu sudah tiada di situ. Almari dan barang-barangnya juga sudah kosong. Dahinya mengerut. Mana dia pergi tanpa pamit?
Selama hampir 30 tahun bekerja dengannya, baru hari ini orang tua itu berani melangkah keluar dari rumahnya. Dan dia yakin hanya ada satu alasannya. Natasha! Tetapi untuk apa dia senekad itu? Pasti ada alasan lainnya. Tidak mungkin kerana Natasha saja.
Atau adakah kehilangan bahan bukti tersebut ada kaitannya dengan Mak Yah? Baru dia teringat. Sebelum ini, tingkah Mak Yah tampak begitu mencurigakan. Dia berkira-kira nak menegur tetapi dia yakin tidak mungkin wanita setua Mak Yah berani bertindak yang bukan-bukan di belakangnya. Sekali lagi, dia mengeluh panjang. Selagi bahan bukti tersebut tidak ditemui, selagi itulah dia akan terus hidup penuh ketakutan.
Apa yang harus dilakukannya? Itu satu masalah. Kini muncul pula masalah baru. Marisa pula berkehendakkan Kayden. Bagaimana dia harus menyatukan dua hati itu? Tak mungkin Kayden semudah itu untuk setuju. Jalan yang dia punya hanyalah Natasha tetapi anak yang satu itu pula degil. Namun dia yakin Natasha tak mungkin menginginkan Kayden kerana dia juga yang mengajukan surat penceraian. Dia harus bertindak pantas!
"TASHA takde apa-apa ke nak bagitahu mak?"
Saat itu, Natasha sedang berbaring di atas riba Mak Yah. Dan Mak Yah pula mengusap lembut kepalanya. Jatuh sayangnya pada Natasha. Dari kecil, dialah yang menjaga dan mengurus Natasha.
"Bagitahu apa?"
Natasha lihat telefonnya. Ada pesanan daripada Ariffin. Laju saja tangannya membuka kotak pesanan itu dengan dahi penuh kerutan.
'aku nak jmpa kamu! penting!'
Kenapa papa nak jumpa aku? Natasha angkat kening.
"Mak tengok, hubungan kamu dengan Kay dah okey. Ada sesuatu ke yang mak perlu tahu?"
Natasha tersenyum. Rupa-rupanya Mak Yah dapat menghidu situasi hubungan mereka.
"Anggap jelah doa mak nak tengok Tasha bahagia dah tercapai!"
Lebar senyuman Mak Yah. Memang itu doanya hampir setiap hari. Hanya kebahagiaan Natasha yang dia selit di dalam setiap sujudnya. Dia tak punya sesiapa. Baginya, Natasha dan arwah Nilamlah keluarganya.
"Mak harap, kamu dan Kay akan terus bahagia. Kalau ada benda mendatang, kena bijak mengurus dan berbincang. Jangan cepat nak jatuh hukum"
Natasha senyum dan angguk. Pesanan itu akan sentiasa disematkan di dalam hati dan fikirannya. Tapi itulah, dia cepat melatah dan kuat cemburu. Dia tak sanggup untuk kehilangan Kayden. Itulah lelaki pertama di dalam hati dan hidupnya.
"Doa banyak-banyak pada Allah. Semoga memudahkan hubungan kamu berdua. Sekarang ni banyak sangat hasad dengki orang, tak boleh tengok kita bahagia.."
"Ye mak. In Shaa Allah"
hai readers ☺️ ada lagi ke yg masih setia menunggu novel ni? ?
Share this novel
ada....
keep waiting for reading this story.. can't wait to read the ending