BAB 58

Romance Series 21222

KAKI yang lemah menapak ke dalam rumah. Suasana yang hening dan sunyi menggamit perhatiannya. Anak matanya menangkap wajah Natasha di atas kerusi. Melihat saja dirinya, laju saja isterinya menerpa ke arahnya. Tubuh mereka bersatu.

"Are you okay?"

Natasha angguk kepala. Meskipun kejadian itu berlaku dalam sekelip mata, namun sisa ketakutannya masih terkurung dalam hati.

"Tokwan dah halau pakcik dari sini. Kalau tak, tak tahulah apa jadi" sahut Hidayah yang duduk di sebelah Tokma.

Kayden mengeluh. Benar seperti diduga. Kamal sudah ke rumah.

"Ib terserempak dengan dia tadi" ujar Kayden. Dia membawa Natasha ke arah kerusi dan melabuh punggung di situ.

Tokwan dan yang lain tersentak. Wajah Kayden dipandang lama.

"Dia mintak dua juta..."

"Haa? Dua juta?" Opah kaget sambil mengurut dada. Acapkali bibirnya mengucap panjang. Anak yang satu itu gemar benar membuat masalah dan menyusahkan orang lain.

"Dasar anak tak mengenang budi! Kalau tak mengenangkan anak, dah lama aku hantar kat atas sana!" cemuh Tokwan dengan wajah bengisnya.

"Kamu bagi ke?" soal Tokma pula.

Kayden mengangguk lemah. Jemari Natasha digenggam erat. Entah kenapa, ketakutannya hilang melihat wajah itu.

"Nanti dia mesti datang lagi mintak duit.." keluh Opah pula.

Kamal itu satu-satunya anak mereka. Dididik dan diajari ilmu agama dari kecil. Namun anak yang satu itu juga yang kerap menyusahkan mereka.

"Takpe. Ib tahu nak buat apa. Ib bagi sekali je, sebab mengenangkan dia masih ayah kandung Ib. Tapi kalau lepas ni dia mintak lagi, Ib tahu nak buat apa"

Dalam fikirannya, sudah merangka pelbagai rancangan. Setelah hampir berpuluh tahun tidak ketemu dan terbelenggu dengan perasaan takut, baru kini dia rasa jiwanya bebas. Dia berani untuk menentang lelaki itu sejak diugut olehnya sebentar tadi. Dia akan pastikan keluarganya sentiasa selamat.

"Dia ada buat apa-apa ke?" tanya Kayden.

"Tak tapi teruk dia belasah bodyguard abang" balas Natasha.

"Abang tahu. Nampaknya upah bodyguard pun macam takde guna. Cara terbaik, abang kena berdepan dengan dia lagi"

"ABANG fikir apa?"

Natasha naik ke atas ranjang lalu memeluk tubuh itu. Rindunya pada suaminya itu!

Suka dengan kelakuan Natasha, tubuh itu didakap kembali. Kucupannya mendarat di atas dahi itu.

"Abang fikir pasal ayah"

"He said something to you?"

Rambut Kayden diusap manja.

Kayden mengangguk lemah. Sedih apabila mengingatkan kata-kata Kamal bak belati tajam yang menikam tepat ke jantungnya.

"What did he say?"

Melihat wajah murung Kayden, Natasha dapat mengagak perkara yang tidak elok sedang berlaku. Atau pasti ada bicaranya yang menyakitkan hati Kayden.

"He said about my past"

Dalam bicara itu, Kayden sudah mula mengongoi. Tampang gelisah Natasha ditatap. Segala kekuatan cuba dicari melalui tatapan tersebut.

"Ayah cakap, anak kita akan malu ada papa macam abang. Because..you know what happened to me"

Kayden tak mampu menahan sebak. Tangisannya sudah kedengaran.

Natasha mendakap erat tubuh itu. Diusap belakang Kayden dengan perlahan. Kesedihan Kayden dapat dirasai.

"No! Ayah salah! Anak kita takkan malu ada papa macam abang. You're the great figure. They must be proud of you.." pujuk Natasha yang kini turut tenggelam dalam kesedihan.

"Kita akan didik mereka jadi anak yang baik. Kita akan besarkan mereka dengan didikan agama dan jalan yang betul. Kita takkan biarkan mereka sesat dan jauh tersasar. They have us. They have Opah, Tokwan, Tokma and also Hidayah. They have everyone who loves them that much"

Omongan Natasha menenangkan hati Kayden. Meleraikan pelukan, wajah tenang itu ditatap.

"We're be good parents! Kita berdua datang dari keluarga yang bermasalah, tapi kita takkan biarkan keluarga kita merasai benda yang sama.."

Kayden angguk laju. Air mata yang merembes diseka oleh Natasha. Mata basah itu dikucup.

"Promise dengan Tasha yang abang takkan sesekali lemah, walau apapun yang jadi. We have a bright future ahead of us. So do our kids"

Bibir Kayden terkunci rapat. Namun setiap omongan Natasha dicerna sebaik mungkin. Dengan berbekalkan kata-kata itu, dia pasti tegar menghadapi masa mendatang.

Dan dia takkan sesekali tunduk pada Kamal!

LIMA BULAN KEMUDIAN...

AMIRA duduk memeluk lutut. Air mata yang menitik diseka perlahan dengan hujung jari. Masuk hari ini, sudah lima bulan dia bergelar isteri kepada Razif. Atau sebetulnya Rafik?

Mengingat kembali peristiwa dan kebenaran itu, hatinya rasa tertipu. Betapa bodohnya dia dipermainkan oleh lelaki itu dalam sekelip mata sehingga dia sanggup membutakan mata dan mengahwininya.

Kata-kata terakhir Haris sebelum dia diijabkabulkan kembali menjengah ruang fikiran. Tak disangka selama ini lelaki itu sudah mengetahui kebenarannya. Hanya dia yang bodoh dan ego untuk terus percaya.

"I mintak maaf Amira"

Perkataan itu terngiang-ngiang di cupingnya. Teringat kembali ketika baru tiga jam bergelar isteri kepada lelaki itu, dia dikejutkan dengan berita yang benar-benar tak terduga dek akalnya.

MELIHAT dokumen berserta beberapa kepingan gambar itu, hatinya diserang kekeliruan yang bukan sedikit. Terlalu banyak persoalan yany mulai bergentayangan di benak.

Siapa dua orang lelaki di dalam foto tersebut? Mereka memiliki wajah yang sama. Yang dia kenal, keduanya adalah Razif! Namun bezanya, yang satu bercermin mata. Dan yang seorang lagi tidak!

"You've found me!"

Suara garau itu menyentakkan Amira. Dia mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara itu.

Razif! Lelaki yang sudah bergelar suami kepada dirinya. Lelaki itu bercermin mata. Persis seperti yang ada di dalam foto. Justeru siapa lagi lelaki yang kedua?

Tanpa sedar, Razif sudah menapak dan berdiri tepat di hadapannya. Foto dari tangan Amira digapai lantas ditenung dengan senyuman yang sangat sukar untuk ditafsirkan.

"Checkmate!" ujar Razif dengan senyuman hambar.

Dahi Amira berkerut.

"What do you mean?"

Amira tak faham. Keliru dan buntu menjadi satu. Yang dia mahukan hanyalah penjelasan.

"I should have told you sooner. But things are getting complicated since then. And now, you really found me! I dah kalah"

Tersungging sengihan pada wajah itu. Cermin mata dilepaskan. Ketika itu, terlihat anak mata coklat menghiasi matanya.

Amira tersentak. Setahu dia, Razif rabun dari zaman kampus lagi. Dan dia juga tidak memiliki warna mata seperti itu. Atau sebenarnya Razif sudah berubah?

"I mintak maaf Amira"

"What for?"

"Deceiving you!"

Amira mengerut. Semakin Razif cuba menjelaskan, semakin dia tidak mengerti.

"I tak faham! You prank I ke?"

Amira tertawa kecil. Hanya sekadar meredakan kegelisahan di hati.

"No. I think, it's time for you to know the truth.."

Razif berjalan ke arah sofa lalu menghantar punggung ke situ. Dia menggamit Amira untuk duduk di sebelahnya. Akur, sekejap saja isterinya di sisi.

Sebelum sempat berbicara, jemari Amira digenggam terlebih dahulu. Entah kenapa ada perasaan halus mula mengambil posisi di ruang hati.

"I ikhlas kawen dengan you. I really do. Tapi ada sesuatu yang you perlu tahu"

"Jangan berbelit! Just tell me the truth"

Genggaman Razif dilonggarkan namun lelaki itu kembali menyatukan jemari mereka.

"Razif.."

"I am not Razif Ikhwan"

Mendengarkan itu, hati Amira tersentak. Jika dia bukan Razif Ikhwan, jadi siapakah lelaki yang dinikahinya tiga jam yang lepas?

Perlahan-lahan Razif melepaskan jemari isterinya. Nafas berat menderu. Perasaannya hebat berkocak. Entah apa pandangan dan penerimaan Amira setelah mengetahui perkara sebenarnya.

"Nama I sebenarnya adalah Rafik Ilhan.."

"Wait! I.."

"Please listen to me first. Then it's up to you to decide everything about our marriage. Tapi I ingatkan sekali lagi. I ikhlas kawen dengan you"

Amira diam. Ikhlas? Tetapi dengan cara menipu seperti itu, bisakah dia mempercayai lelaki itu?

"I dan Razif kembar. Dia adik kembar I. We were totally different. Dari percakapan, pergaulan dan sifat. But of course, dia versi yang lebih baik. Sedangkan I, sebaliknya! Tapi I dan Razif saling menyayangi. Kita orang sukar dipisahkan. Sejak lahir lagi, I ada masalah hati. Ajaibnya, Razif sihat. Kalau I ada masalah, Razif orang pertama yang bantu. Begitu jugak sebaliknya. Until one day.."

Sebak di hati tak mampu ditanggung lagi. Air mata yang mula menuruni pipi diseka. Terimbau kembali kejadian itu, dia dihambat kesedihan.

Amira tekun mendengar. Walau hati berkocak hebat, namun dia tetap setia di sisi. Dia harus merungkai segala misteri itu.

"Razif admitted to the hospital. Tempat I kerja. Masa tu lah, I baru tahu pasal you.."

Serentak itu, pandangannya jatuh pada wajah manis itu. Betapa dalamnya cinta Razif kepada wanita ini. Gara-gara itulah dia sanggup menikahi Amira demi amanat si kembarnya.

"He told everything about you. Dia betul-betul cintakan you. Dia tak boleh lepaskan you dari hati dia.."

Kali ini, Rafik tak mampu menahan emosinya. Jatuh air mata yang ditahan dari tadi.

"I kawen dengan you sebab amanat dari dia.."

"Where is he?"

Rafik senyum.

"I lost him. The only family I had"

Amira tersentak. Dari duduk, kini dia bangkit. Berkali-kali dia menggeleng kepala. Sukar untuk dia menerima kebenaran ini.

"Dia accident on the way nak balik rumah. Dan sebelum meninggal, dia dermakan hati dia pada I"

Rafik berdiri di belakang Amira. Sesedih apapun perasaan Amira, belum mampu menyaingi kesedihannya bertahun-tahun ini.

Air mata Amira sudah jatuh berguguran. Entah kerana kebenaran itu atau kerana menerima berita kematian Razif.

Tubuh Amira dihadapkan ke arahnya. Bahu isterinya disentuh. Dagu itu dipaut.

"I memang bukan Razif. Tapi hati dia ada dalam diri I. Sebab tu setiap kali I nampak you, hati I bergetar. I takkan paksa you. Walau apapun keputusan you, I akan terima dengan hati yang terbuka"

Amira menangis. Dan tangisan itu, kedengaran kuat bergema. Dia tak tahu apa yang hatinya rasakan saat ini. Tapi yang jelas dia terluka dan kecewa.

Rafik memeluk tubuh isterinya. Dia turut bersedih. Jika perpisahan yang diinginkan, dia takkan menghalang.

PINTU kamar diketuk mengembalikan Amira dari lamunannya. Cepat-cepat Amira mengesat air mata. Tudung kepala digapai lantas disarung ke kepala.

Terkuak saja pintu kamar, dia lihat sosok suaminya sedang bersandar di dinding.

"You.."

Rafik tak jadi meneruskan bicaranya. Sebaliknya terdengar keluhannya yang memecah kesunyian malam.

Sejak lima bulan yang lalu, setelah mengetahui kebenaran, Amira seolah menjaga jarak dengannya. Bahkan auratnya sentiasa dijaga meskipun di hadapannya. Padahal mereka sudah sah bergelar suami isteri. Dan selama tempoh itu juga, dia tak pernah melihat aurat isterinya walaupun sekali. Mereka juga tidur di bilik berasingan.

"Makan malam dah siap. I nak ajak you makan"

Amira mengeluh.

"I tak lapar"

"Tapi dah pukul 10. You tak makan dari petang kan?"

"Nanti kalau I lapar, I makan. You makanlah dulu"

Amira menutup pintu namun belum sempat berbuat demikian, Rafk terlebih dahulu menyambar tangannya.

"You marahkan I?"

"Tak Razif.. I mean, Rafik!"

Rafik mengeluh.

"Kalau macam tu, temankan I makan"

Wajah Rafik penuh berharap. Jadi mahu tak mahu, terpaksa jugalah Amira menurut.

"Okey"

Derap kaki keduanya menuruni anak tangga.

"You tetap nak jaga aurat ke depan I? Takde lelaki kat rumah ni melainkan I sorang"

Langkah kaki Amira terhenti. Serentak itu, Rafik tunak memandang wajahnya.

"Dah lima bulan berlalu. You masih macam ni"

"So you nak apa?"

"I nak hak I sebagai suami"

Tertelan air liur Amira mendengar omongan tersebut. Jika Rafik sudah menyebut soal hak, dia tak boleh nak berbuat apa-apa. Namun masalahnya kini, dia masih belum bersedia.

"I tak faham hak yang you nakkan!" getus Amira. Langkahnya disambung kembali.

"Come on Amira! We both are educated. Mustahil you tak faham apa yang I bicarakan. Dan you jugak wanita yang faham agama.."

Kedua mereka kini di ruang tamu.

Bicara Rafik buat Amira terkedu. Semudah itu lelaki tersebut petik soal agama. Sebelum berkahwin, tak pernah ke berfikir soal hatinya yang kena tipu?

"I nak hak I sebagai suami. Dan you tak boleh nak menidakkan"

Spontan, Amira menoleh. Pandangannya bersatu dengan anak mata Rafik.

"You tipu I sebelum kita kawen. Bodohnya I. Kenapa I tak dengar masa tok kadi lafaz nama you?"

Seingat dia, dia terlalu gembira waktu itu. Makanya dia tak dengar apa-apa dah. Yang dia tahu, semua saksi sebut sah!

"Nama pada kad jemputan dan banner kawen pun I tak pernah ambik peduli. Sebab tu you semudahnya tipu I.."

"Amira.."

"Rupanya banyak kali you tipu I. OMG! Kenapa I boleh tertipu ye? Patutlah you tak bagi I uruskan segala hal kawen kita dulu. Now I know.."

Air mata itu semakin laju mengalir. Rasa bodoh dengan diri sendiri yang bisa tertipu.

"Amira.."

"Kalau you boleh tipu I sekarang, tak mustahil you akan tipu I lagi!"

"Amira!!" bentak Rafik.

"So now tell me. Macam mana I nak bagi you hak sedangkan semuanya bermula dengan penipuan?!" Amira terjerit.

Rafik terkedu.

Amira menangis.

Yang jelas, dua hati sedang terluka.

happy reading ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience