BAB 5

Romance Series 8335

KEDUANYA asyik bercumbuan sehingga tiba di hadapan pintu bilik. Kad akses dikeluarkan lalu ditap ke situ. Pintu bilik terbuka. Bergegas keduanya masuk ke dalam kamar.

Kayden membuka zip gaun di bahagian belakang. Serentak itu, tangannya mula naik meraba segala yang dimiliki Natasha. Bibirnya pula tak lepas dari terus menindih bibir Natasha. Natasha juga bertindak sama. Baju dan seluar Kayden ditanggalkan satu-persatu.

Desahan manja dari bibir Natasha semakin membangkitkan ghairah Kayden. Dari seluruh muka, leher sehingga ke buah dada Natasha dinikmati. Begitu juga dengan Natasha. Dia tak mampu nak menolak segala belaian dan sentuhan Kayden meski hatinya sendiri bingung.

"Baring.." bisik Kayden ke telinga Natasha. Namun belum sempat Natasha berbaring, Kayden sudah terlebih dahulu menolak tubuhnya ke atas katil. Ditindih tubuh itu dengan kedua tangannya dikunci rapat. Kayden berhenti sekejap. Dia tak mahu melakukan itu walau gelora kian mendesak.

"Kayden, don't stop! Please!" Natasha sudah merayu sambil mengucup bibir hangat Kayden. Digoda manja oleh Natasha, tak mampu lagi dia tolak. Apatah lagi setelah Natasha sendiri menginginkannya.

"Tasha..." Kayden tak jadi menyambung ayatnya setelah seluruh wajahnya menjadi sasaran bibir Natasha.

Desahan demi desahan silih berganti. Mereka menikmatinya seperti baru mengalami malam pertama. Meski hati kuat memberontak, namun desakan dan bisikan gelora tak mampu untuk terus dikengkang.

Malam itu, Natasha sudah dimiliki seutuhnya oleh Kayden. Dan Kayden merasakan kebahagiaan kian terpancar di lubuk hati.

"KENAPA mama tak bagitahu? Kalau Mar tahu awal-awal, Mar rela menggantikan tempat Tasha!" rungut Marisa sambil melipat tangan ke dada. Bencinya dia menerima perkhabaran itu. Rupa-rupanya Ariffin dan Miranda telah meletakkan pil peransang ke dalam minuman Kayden dan Natasha. Atas alasan agar hubungan malam pertama mereka membuahkan hasil dan penceraian tidak akan berlaku. Seterusnya, keluarga mereka akan terus kaya dan mewah.

"Kalau mama bagitahu Mar, tak jadilah plan ni! Lagi satu, buat masa sekarang kau jangan nak ganggu rumah tangga dorang. Nanti papa dapat tahu, teruk kau kena nanti!" Miranda berbisik di cuping telinga Marisa.

Tahu benar dia akan perasaan Marisa terhadap Kayden. Tetapi apa boleh buat. Ini semua rancangan Ariffin. Jika mereka membantah, pasti mereka akan dibuang seperti anjing kurap! Miranda tak mahu perkara itu berlaku. Dia sudah serik hidup miskin. Dia rindukan kemewahan. Dia dahagakan kekayaan. Bersama Ariffin, dia bisa menggapai semua itu.

"Mama janji, lepas semua ni selesai, mama akan pastikan Kayden ceraikan Tasha. Tapi sekarang, Mar kena tahan sabar dulu. Selagi harta orang tua tu tak jatuh ke tangan mama, selagi tu lah kita kena sabar"

"Sabar sampai bila ma? Mar dah hilang sabar tahu tak? Mar sukakan Kayden tu sejak dari dulu lagi. Alih-alih, Tasha pula yang rampas dia! Benci betullah!"

Kenapa Natasha selalu satu tapak di hadapannya? Segala yang diingini, pasti Natasha dahulu yang mendapatkannya. Dia pula harus tetap bertahan dan sabar sedangkan Natasha bersenang-lenang dan menikmati semuanya.

"Kau dengar sini! Kau dengar apa mama nak cakap ni.Kau nak kita hidup macam dulu? Setiap hari makan nasi dengan ikan kering. Tak pun nasi dengan kicap. Nak beli ayam pun kena tunggu berbulan-bulan. Kau nak?"

Marisa membayangkan kehidupan mereka di masa lampau. Sangat susah dan nyeri untuk dikenang. Baju lama dan usuh sentiasa dipakai. Nak beli baju baru pun, makan masa. Nak makan yang sedap-sedap pun kena tunggu rezeki. Kalau ada, adalah! Kalau takde, maka tidak adalah! Dulu mereka dipandang serong. Dihina dan dicaci. Kini semua memuja dan merayu. Seronoknya hidup bermandikan kemewahan.

"Yelah, Mar tahu tu. Tapi Mar nakkan Kayden!"

"Sebab tu mama cakap kau kena sabar! Nanti mama akan pastikan kau dapat Kayden. Buat masa sekarang ni, kita kena ikut je telunjuk papa. Kalau orang tua tu dah senang hati, senanglah mama nak cucuk jarum!"

Marisa menggigit bibir. Dia mendengus kasar. Nak atau tidak, dia terpaksa bersabar lagi. Jika tidak, punahlah segala harapannya.

'Kau tunggulah Tasha!'

PAGI sudah memunculkan diri. Dengan kepala yang masih terasa berat, Kayden gagahkan dirinya untuk bangun. Celik saja mata, dia rasa ada objek berat sedang menimpa tubuh badannya. Dia pandang ke tempat itu. Natasha sedang lena di dalam pelukannya.

Mata Kayden terbuka luas. Apa sudah jadi? Dia pandang ke dalam selimut. Ya Allah! Dia mengucap panjang. Dia dan Natasha tidak mengenakan seurat benang di badan! Di atas lantai pula bertaburan baju dan seluar mereka. Ya Allah, apa dah jadi semalam?!

Natasha mula bergerak. Perlahan-lahan dia membuka mata. Tubuhnya rasa sakit namun katil yang empuk itu bikin dia selesa. Ketika itu, dia bersabung mata dengan Kayden. Lidahnya kelu. Tubuhnya mengeras. Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari Kayden.

Hampir saja selimut yang membaluti tubuhnya terlepas dari genggaman. Dia tarik selimut itu semula setelah yakin yang tubuhnya tidak mengenakan sebarang pakaian.

Kayden juga berkongsi selimut yang sama. Bimbang sekiranya miliknya menjadi tatapan Natasha meski semalam mereka sudah melalui perkara itu.

"You buat apa kat I?!" jerit Natasha dengan wajahnya yang merah.

"Buat? I?" Kayden tunjuk diri sendiri. Rasanya semalam Natasha yang berghairah berlebihan.

"Cakaplah! You rancang semua ni kan?" tuduh Natasha melulu. Air matanya membasahi pipi. Mahkota yang dipertahankan kini sudah tewas di tangan Kayden. Meskipun Kayden itu suaminya yang sah, namun dia tidak pernah bermimpi untuk menyerahkannya kepada Kayden.

"Cakap baik-baik sikit Tasha! I tak sejahat tu"

"You memang jahat! You nak susahkan hidup I kan? You tak nak lepaskan I, sebab tu you buat I macam ni!!" Dada Kayden dipukul-pukul. Geram benar dia dengan akal licik lelaki itu.

"Tasha, sakitlah!" Kayden menghalang tangan Natasha dari terus memukulinya. Saat itulah Natasha ternampak ada beberapa tompokan merah di dada lelaki itu. Baru dia teringat akan 'kerjanya' semalam!

"Kenapa? You tengok ni?" Kayden tunjuk bahagian dadanya yang digigit oleh Natasha.

Natasha menggigit bibir. Dia berang dengan sikap selamba Kayden itu. Tidakkah dia berasa bersalah memperlakukannya seperti itu?

"You jangan cakap I jahat. Kalau you sendiri sangat menikmati hubungan kita semalam!"

Dada Natasha rasa nak pecah. Riaknya merona. Iya, dia baru teringat akan peristiwa semalam. Bukan dia yang tewas. Justeru Kayden yang tewas dalam godaannya!

"You letak sesuatu dalam minuman I kan? Kalau tak, takkanlah I boleh jadi seghairah tu?!" Mata Natasha berkaca-kaca.

Kayden beriak selamba. Dia dah tak peduli soal semalam. Yang penting, dia lelaki pertama yang berjaya menakluki Natasha. Soalan Natasha dibiarkan tak berjawab. Bantal diletakkan di kepala katil. Kemudian tubuhnya disandarkan ke situ.

"I tanya kan?! Jangan nak buat bodohlah! Kalau I tanya, jawablah. Jangan diam je!" Natasha pukul dada Kayden. Kali ini, dengan lebih kuat.

"Weyy Tasha! You nak bunuh I ke?!" Terbatuk-batuk Kayden dengan pukulan Natasha itu. Keras jugak tangan dia!

"Siapa suruh diam! I suruh you jawab soalan I kan?" Natasha sudah melarikan tangannya. Risau pulak jika Kayden menguncinya lagi. Eihh simpang malaikat 44!

"Ohh pandai pulak you marah! Habis tu selama ni I cakap dengan you elok-elok, I tanya baik-baik, pernah you nak jawab? Pernah you ambik peduli?"

Natasha diam. Bicara Kayden terkena batang hidungnya sendiri. Benci betul dia menatap mata Kayden yang sarat dengan cinta itu. Gulp! Cinta?!

"You nak kecoh sangat pasal semalam dah kenapa? Benda dah jadi. Relakslah! I bukannya magician yang boleh kembali ke masa lampau"

"What?! You cakap apa? Relaks?? You tahu tak apa jadi semalam?"

Bercakap dengan Kayden semakin menyakitkan hatinya. Rasa nak tampar je muka selamba dia tu!

"Semalam eaa..." Kayden garu kepala sambil membayangkan peristiwa semalam. Tersimpul senyumannya saat mengingati kejadian itu.

"Tak payah nak senyum-senyumlah!" gerutu Natasha.

Kayden pandang wajah Natasha dengan senyuman nakal. Dia menarik Natasha lalu merebahkan tubuh itu di atas katil.

"Kayden, apa you buat ni?! Lepaslah!!" Natasha berang dengan sikap berani Kayden itu.

"You jugak tanya, apa jadi semalam kan? I nak demo je!" sahut Kayden dengan senyuman riang.

"Tak payah!" Natasha menolak bibir Kayden yang hampir ingin menciumnya.

Mengekek Kayden ketawa dengan reaksi Natasha itu. Sudahnya, dia mendaratkan kucupan di atas dahi itu lalu melepaskan tubuh Natasha.

"Hari dah siang ni. You pergilah mandi dulu. Atau you nak mandi dengan I?" Kayden pamer senyuman nakal.

Natasha menjeling tajam. Geram betul dia dengan Kayden! Menyampah! Sepatutnya dia marah, tetapi kenapa dia rasa sebaliknya pula? Arghh!!

"I hate you!" ucap Natasha.

Kayden ketawa. "But I love you"

Natasha pura-pura tidak dengar. Dia turun dari katil dengan selimut yang masih membaluti tubuh. Namun langkahnya terhenti tatkala selimut itu turut direbut oleh Kayden.

"You ni apasal?" omel Natasha, geram. Kayden tak habis-habis nak mencari pasal dengannya.

"Ehh apa pula I?! I nak pakai selimut ni. I dah kena cabul dengan you semalam. Nanti kalau aurat I terdedah, karang you tak mampu nak tahan gelora tu. Nanti I kena cabul lagi kedua kalinya. I okey je, takut you je tak boleh terima"

"Kayden Ibrahim!" bentak Natasha dengan wajah yang sudah membahang.

"Ohh tak betul erk?" Wajah Kayden polos.

"I nak pakai selimut ni!" getus Natasha. Sudahlah jarak katil ke bilik air sangat jauh. Kang terbuka segala-galanya, hishh! Kayden pula cari pasal dengan dia pagi-pagi lagi.

"Nak pakai buat apa? Semalam I dah nampak semualah.." Kayden beriak selamba.

Natasha ambik sebiji bantal lantas ditikam ke arah Kayden. Mengekek lelaki itu ketawa. Natasha sakit hati.

"You nak sangat selimut ni, ambiklah!'' Kayden akhirnya mengalah. Selimut yang membaluti tubuhnya dilemparkan ke arah Natasha. Kini seluruh bahagian tubuhnya yang tanpa seurat benang itu terdedah di hadapan Natasha.

Natasha terjerit lalu menutup mata dengan kedua tapak tangannya. Dadanya berdebar. Dia nampak semuanya. Eishh, dasar Kayden Ibrahim!

"Sampai bila you nak tutup mata tu? I dah pakai bathrobe ni!" Kayden mengusik.

"Tipu!" getus Natasha. Dia dapat melihat dari celah jemarinya keadaan tubuh Kayden yang masih berbogel itu.

Kayden gelak. Semakin lama semakin kuat pula suaranya.

"Kayden!! Pakailah bathrobe tu"

"Haa you cakap apa?!"

Natasha mendengus. "You jangan nak buat-buat pekak ye? Nanti Tuhan bagi you pekak betul-betul, baru tahu!"

"Tak baik doakan suami macam tu tau?" Kayden menggapai bathrobe lantas disarungkan ke tubuhnya.

"Ingat I tak tahu ke? You intip I di sebalik jari-jemari you tu! Nakal jugak you ni kan?" Kayden senyum sinis.

Natasha menelan liur. Alamak! Macam mana dia tahu? Sudahnya Natasha cepat-cepat merapatkan jari-jemarinya. Tak mahu dah intip lelaki itu.

"Dah ke?" tanya Natasha lagi. Dah macam budak-budak pulak gayanya!

"Belum!" bohong Kayden lalu duduk di atas kerusi. Ada beberapa buah di atas meja. Dia ambil sebiji epal lantas ke sinki. Dicuci epal tersebut lalu dibawa ke dalam mulut. Kemudian dia kembali ke posisi tadi.

"Kayden! You jangan nak main-main ea? Jawab betul-betullah!" radang Natasha.

Sebentar tadi dia mendengar bunyi air. Takkanlah Kayden berkeliaran di dalam bilik dengan berbogel?

"Bukaklah mata tu! Nak tutup buat apa? I dah takde teruna lagi hu hu" seloroh Kayden.

Natasha memberanikan diri membuka mata. Melihat Kayden duduk di hadapan dengan lengkap memakai bathrobe sambil memakan buah epal itu, hatinya diserang seribu kemarahan. Berani betul Kayden memepermainkannya!

"You kan..."

Tak jadi Natasha nak teruskan ayatnya. Selimut di tubuh hampir terlucut. Anak mata Kayden yang nakal itu tak lepas dari memandangnya. Zon bahaya ni!

"I nak mandi ni! Hmm..you nak mandi sekali dengan I?"

Terjegil anak mata Natasha. Perlakuan itu mengundang tawa di bibir Kayden.

"I mandi dulu. Nak kena mandi wajib ni. Maklumlah, I dah kena cabul. Nasib badan..."

Natasha menikam bantal ke arah Kayden namun cepat-cepat lelaki itu masuk ke dalam bilik mandi. Sempat juga dia menjerit tatkala mendengar gelak tawa Kayden.

Bibirnya mengomel sambil derap kaki mendekati cermin di meja solek. Badannya masih berbungkus dengan selimut. Bimbang sekiranya Kayden tiba-tiba keluar dari bilik mandi itu. Masak dia!

Melihat pantulan diri di dalam cermin, Natasha macam nak menangis. Sangat tak terurus! Apatah lagi setelah melihat beberapa kesan gigitan yang ditinggalkan oleh Kayden di batang lehernya.

"Kayden Ibrahim!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience