BAB 14

Romance Series 8335

AMIRA terkejut menerima kehadiran tetamu yang tak diundang itu. Meskipun dia boleh mengagak tujuan kedatangannya ke situ, namun dia tetap berlagak biasa dan memaniskan wajah.

Dipelawa Kayden duduk di hadapannya. Kayden menurut. Lelaki itu tak membuat sebarang temu janji namun dia tetap menyambut kedatangannya dengan baik. Cermin mata dibuka lantas diletakkan di atas meja. Surat dan dokumen pula harus diketepikan buat sementara waktu. Dia yakin, Kayden punya hal penting ketemu dengannya.

Butang interkom ditekan. Dia memesan Wani untuk tidak menerima mana-mana pesakit buat masa itu.

"Nampaknya you dah bersedia menyambut kedatangan I ke sini" ungkap Kayden dengan seraut wajah yang serius.

"I'm well prepared! I tahu, you datang untuk cari someone"

"Is she with you?"

Amira mengangguk kepala.

Kayden menghela nafas lega. Jadi betullah dugaannya. Natasha ada dengan Amira.

"Is she okay?"

Kening Amira berjongket. "What do you think?"

Kali ini, Kayden senyap. Nafas panjang dihembus. Dia tahu Natasha sedang terluka. Tetapi kenapa tidak memberi peluang untuknya menjelaskan duduk perkara sebenar?

"I nak jumpa dia"

"I tak rasa dia nak jumpa you"

"I tak buat salah!"

"So you nak cakap yang you tak hamilkan perempuan bernama Hannah tu?"

Terbuntang biji mata Kayden. Maknanya, Amira sudah mengetahui punca pergaduhan mereka.

"Sorry. Tapi Tasha dah cerita semua dekat I. Kita orang dah macam adik-beradik. No secrets!"

Kayden angguk. Dagunya dijamah sendiri. "Sebab tu I kena jumpa dia. I kena explain pada dia hal sebenarnya. I tak boleh terus macam ni. Tasha seksa hati I"

Riak kesal pada wajah itu Amira tatap. Bertuahnya Natasha mempunyai suami yang begitu menyayangi dan mencintainya. Sanggup bersusah payah sehingga ke tahap ini.

"Do you love her?"

"With all my heart..."

Amira senyum. Puas hati dengan jawapan Kayden.

"I sebenarnya dah janji pada Tasha untuk tak bagitahu you rumah I. Tapi I rasa, I tak sepatutnya kejam..."

Amira mencatatkan sesuatu pada sekeping kertas putih. Kemudian diserahkan kepada Kayden.

"I harap you guys can concile! Seperti mana you terluka, macam tu jugak Tasha merana.."

Kertas putih itu ditatap. Dia berterima kasih pada Amira sebelum menyerahkan sesuatu pada gadis itu.

"What's this?"

"Use it wisely! Harap boleh selamatkan klinik dan staf you"

DARI TADI, Marisa menelefon nombor Natasha namun sengaja Natasha tak menjawabnya. Dia tahu apa yang diinginkan oleh Marisa. Hatinya marah. Jiwanya terseksa. Dia tak boleh nak hadap untuk berbicara dengan Marisa.

Masalahnya saja sudah datang bertimpa-timpa. Si Marisa tu pulak tak habis-habis nak menyusahkan dia. Rimas betul! Kalau Marisa ada di hadapannya sekarang, pasti ditamparnya wajah itu buat pelepas rasa marah. Huhh! Anak dengan mak saja! Dua-dua buat orang naik angin!

'aku balik lambat. ada hal'

Pesanan yang dikirimkan oleh Amira kepadanya.

Aikk! Hal apa pulak? Setahu dia, Amira bukan jenis yang suka balik lewat atau melepak sesuka hati. Amira sangat menjaga pergaulannya. Memang ciri-ciri isteri mithali betul sahabatnya yang satu itu!

Bunyi enjin kereta meraih perhatiannya. Aikk! Tadi kata balik lewat.

Natasha menjengah ke luar. Terbuntang biji matanya melihat kelibat Kayden di luar sana. Pijar wajahnya dengan kehadiran lelaki itu di situ.

Jangan-jangan ini kerja Amira! Sebab itu ke dia balik lambat?

Tersentak dia tatkala telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Kayden di situ. Natasha menikus di tepi jendela. Tak berani nak tunjukkan diri.

'lagi dua minit you tak keluar, i pecah masuk! you know what im capable of!'

Natasha berdebar. Memang sahlah si Kayden itu gila. Gila bertindak semborono seperti itu!

'jgn cabar i!'

Sekali lagi pesanan Kayden buat dia gila. Arghh! Mereng sudah otaknya memikirkan tingkah Kayden itu.

Mahu tak mahu, terpaksa jua Natasha mengalah. Pintu grill dibuka. Dari kejauhan, dia nampak senyuman manis Kayden memenuhi ruang wajah. Sukalah tu! Menyampah betul!

"You nak apa datang sini?"

Ketika itu, Natasha dan Kayden dipisahkan oleh pagar pintu. Sengaja Natasha tak bagi peluang untuk Kayden masuk. Risau pulak lelaki itu berbuat sesuka hatinya.

"I nak jemput isteri I balik! I rindu isteri I"

Natasha menyilang tangan ke dada. Huhh!! Dia mencemuh dalam hati.

"Pergilah jumpa perempuan simpanan you tu! You nak sangat anak kan? Dia dah realisasikan impian you!"

"Tak sayang!"

Hati Natasha rasa semacam saja apabila Kayden memanggilnya sayang.

"I tak hamilkan dia. I tak pernah sentuh dia atau mana-mana perempuan. You je satu-satunya wanita yang pernah I sentuh dalam hidup I" Kayden separuh merayu. Merananya hidup berpisah sebegini. Natasha pula sengaja tak bagi dia ruang dan peluang. Benar-benar dia terseksa.

"I tak percaya! Sampai bila-bila pun I takkan percayakan you. I takkan biarkan hati I terluka lagi gara-gara you"

"Janganlah macam ni sayang! I sumpah, I tak pernah mengandungkan Hannah. Entah lelaki mana yang hamilkan dia, dia nak suruh I bertanggungjawab pulak"

Natasha menekup kedua belah telinga dengan tangannya. Cukuplah! Dia letih mendengar pelbagai alasan dari lelaki itu. Alih-alih hatinya juga yang terluka.

"Tasha.."

"Bagi I ruang Kayden. I need space and time. Kalau you terus desak I, I tak boleh berfikir dengan waras.."

"Tapi I tak boleh jauh dari you"

"Please..izinkan I untuk berfikir dengan tenang. I akan jumpa you tapi bukan sekarang"

"Okey, I bagi you ruang. I bagi you keizinan. Tapi please, jangan hancurkan kepercayaan I"

Natasha angguk.

"You masuklah. I tunggu sini"

"You balik tau? Jangan tunggu I kat sini"

Kayden mengangguk lemah. Harus berapa lama masa yang diperlukan oleh Natasha? Satu hari saja sudah sengsara, inikan pula berbulan! Tunggulah, dia pasti akan membuat perhitungan dengan Hannah!

SUDAH seminggu berlalu. Namun tiada langsung perkhabaran daripada Natasha. Pesanan dan panggilan telefonnya pula tak dibalas sama sekali. Ini menyebabkan jiwa dan hati Kayden parah. Dia rasa terlalu lama untuk terus menanti.

Sepanjang tempoh itu juga, dia akhirnya berjaya menemukan bukti penipuan Hannah terhadapnya. Dihadapkan Hannah dengan Syamir, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab ke atas kehamilannya bersama. Dengan bukti tersebut, Hannah sudah tidak boleh melarikan diri lagi.

Walaupun pada mulanya Hannah tidak mengakui, namun foto-foto mesra yang ditunjukkan oleh Kayden di hadapannya membuatkan dia tidak mampu untuk terus mengelak. Bahkan Syamir sendiri telah mengakui perbuatannya dengan Hannah.

Bukti tersebut akan Kayden gunakan untuk meraih kepercayaan Natasha semula. Dia akan memulakan hidup baru bersama isterinya selepas ini. Betapa gembira hatinya menerima khabar itu. Seakan tak sabar dia nak berhadapan dengan Natasha dan menjelaskan segala-galanya.

"Nak ke mana bos?"

"Rumah Amira. Aku nak jemput Natasha"

Riang benar suaranya mengatakan itu. Emir senyum. Laju saja dia menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke destinasi.

DARI kejauhan, Kayden lihat Natasha naik ke dalam sebuah kereta mewah. Pintu kereta pula dibuka oleh seorang lelaki dengan senyumannya di wajah. Layanan lelaki itu tampak mesra dan mereka seperti sudah kenal lama.

Dada Kayden sarat dengan perasaan marah. Siapakah lelaki itu? Kenapa Natasha tega menghancuri kepercayaannya? Baru seminggu mereka berpisah, Natasha sudah mencari hiburan luar.

"Bos..."

Kayden angkat tangan, memberi amaran untuk diam.

Kereta yang dinaiki oleh Natasha sudah mula bergerak.

"Ikut kereta tu!" arah Kayden dengan wajah menyeringa. Dapat saja Natasha, tahulah nasibnya! Dia tak boleh terima dikhianati oleh Natasha seperti itu.

Terbayang-bayang akan wajah dan senyuman mereka sebentar tadi. Rahangnya bergerak-gerak. Dia tidak akan melepaskan Natasha dan lelaki itu.

Hampir sejam memandu, mereka tiba di hadapan hotel De'Luxe. Terbuntang biji mata Kayden dengan kerutan di dahi. Apa yang akan mereka lakukan di hotel? Kayden mula berfikir yang bukan-bukan. Perasaannya sarat dengan amarah yang berbuku-buku.

"Apa nak buat bos?"

Kayden diam. Saat-saat genting beginilah otaknya tak mampu nak berfungsi dengan baik.

"Tunggu kejap. Aku nak tengok lama mana mereka dalam hotel tu"

Hati yang mendongkol geram tak mampu disejukkan lagi. Dia benar-benar cemburu memikirkan kemesraan dan sentuhan lelaki itu terhadap isterinya.

Kayden mengira masa. Jam di pergelangan tangan dikerling sentiasa. Dengan penuh sabar dia menunggu waktu bertukar.

SUDAH setengah jam berlalu. Kayden tak mampu untuk terus bersabar. Dia harus segera mendapatkan Natasha. Dia pasti, mereka ke situ bukan atas urusan perniagaan.

"Kau tunggu dalam kereta. Jangan pergi mana-mana. Dan call papa. Tanya pasal yang aku bagitahu tadi"

Emir angguk.

Kayden menapak ke arah receiptionist. Pada mulanya staf hotel tak mahu membocorkan sebarang maklumat namun setelah Kayden memperkenalkan dirinya, barulah staf tersebut beralah.

"Any other access card?"

Tak banyak bicara, staf tersebut menyerahkan sekeping kad akses kepada Kayden.

Tanpa membuang masa, Kayden segera menaiki lif dan menekan butang nombor 3. Dadanya berdebar memikirkan 'kejutan' apa yang menanti di sebalik bilik bernombor 112 itu nanti!

NATASHA berdiri di balkoni sambil menghirup udara segar. Matanya fokus pada pemandangan bawah sana. Rentetan manusia sudah membanjiri kolam renang di sana. Ada juga yang sengaja menjemurkan diri di bawah matahari.

Tadi dia dijemput oleh Arman, adik Amira dari rumah. Menurut Arman, Amira sudah menunggunya di dalam bilik hotel. Mereka berencana untuk bercuti di hotel Ariffin itu. Amira pula tak sempat nak menjemputnya jadi dia mewakilkan Arman. Dia dan Amira satu kamar sementara Arman pula di bilik lain.

Bilik yang Arman duduki pula ada masalah dengan water heater. Jadi Arman meminta kebenaran Natasha untuk mandi di kamar mereka.Pada mulanya, Natasha agak keberatan sementelah Amira pula masih di bawah membeli beberapa barang keperluan. Namun mengenangkan wajah Arman yang tampak kasihan itu, Natasha terpaksa juga bersetuju.

"Kak, Arman dah siap. Terima kasih tumpangkan Arman mandi kat sini" ucap Arman yang sudah siap dengan bathrobe di badan.

"Yelah, sama-sama!" sahut Natasha.

"Arman keluar dulu.."

Belum sempat Arman membuka pintu, pintu bilik sudah terkuak luas. Ketika itu, wajah serius Kayden muncul di hadapan pintu.

"Tasha!" jerit Kayden dari arah luar.

Natasha menoleh dan terperanjat melihat Kayden di situ.

Melihat penampilan Arman, hati Kayden hangat. Otaknya mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia menolak tubuh Arman ke dada pintu.

"Kalau tak nak kena belasah, blah!" Mendengar ugutan itu, Arman telan liur lantas melarikan diri. Pintu bilik tertutup rapat.

"You buat apa kat sini?" tanya Natasha dengan wajah penuh ketakutan.

"I sepatutnya tanya soalan tu! You buat apa sebilik dengan lelaki tu?"

"You dah salah faham!"

Natasha berundur setapak ketika langkah Kayden maju ke hadapan. Namun memandangkan dia sudah tiada tempat untuk melarikan diri, dia segera bergerak ke sisi katil.

"You dah salah fahamlah! I tak buat apa-apa dengan Arman. Dia tumpang mandi sini sebab water heater dia rosak"

Kayden berdecit. Mudahnya Natasha merangka alasan semata-mata untuk menutup kebohongannya.

"Kalau pun water heater dia rosak, you tak sepatutnya berduaan dengan dia dalam bilik ni. You masih isteri I"

Sepantas kilat Kayden menyambar tangan Natasha. Kini Natasha tak boleh nak melarikan diri lagi. Akan diajarnya cukup-cukup Natasha agar tahu diri.

"You nak buat apa ni?!" Natasha mulai ketakutan tatkala Kayden mengheret tubuhnya ke ranjang.

"Buat apa yang sepatutnya I buat sebagai seorang suami!"

Tubuh Natasha ditolak ke ranjang. Tak mahu mengalah, Natasha angkat dan berusaha melarikan diri. Namun tangan pantas Kayden tak mampu menghalanginya dari berbuat demikian.

Kini, tubuhnya ditindih oleh Kayden.

"Lepaslah! You jangan nak jadi gila"

"I memang dah gila lama ni sebab you! Kali ni, I takkan lepaskan you lagi. Baru seminggu kita terpisah, you dah cari hiburan lain?"

"Kayden, I tak..."

Tak sempat Natasha nak habiskan ayatnya, Kayden terlebih dahulu mengucup bibirnya dengan ghairah. Meronta-ronta dia di dalam dakapan sang suami. Kini bibir Kayden hinggap pada batang lehernya. Sedaya upaya dia menolak tubuh kekar itu namun apakan dayanya. Kudratnya tak mampu nak melawan tubuh itu.

"You tak cintakan I? Takpe, I akan buat you bawak benih I!"

Kayden ingin melunaskan hajat yang satu itu namun belum sempat berbuat demikian, Natasha sudah menolak tubuhny ke kepala katil. Peluang itu diambil oleh Natasha untuk melarikan diri.

Kayden mengejar dengan pantas. Lif ditekan, Natasha masuk ke dalam. Namun Kayden pantas menghalang pintu lif daripada tertutup.

Masuk saja dalam lif, Kayden sambung kerjanya yang tertunda tadi. Kali ini, dia mengucup dan menggigit bibir Natasha dengan penuh amarah. Natasha menolak dengan kuat tubuh itu.

Bibirnya rasa sakit diperlakukan seperti itu oleh Kayden. Memang gila kerja Kayden! Dia sampai tak sempat nak bernafas!

"Lepas ni, you ikut I! I bawak you jauh dari sini, jauh dari manusia-manusia ni!" Kayden senyum nakal.

Pintu lif terbuka. Natasha tak sempat melarikan diri. Kayden dahulu mencempung tubuhnya sehingga masuk ke dalam kereta.

"Papa cakap apa?"

"He said yes!"

"Okey, off now!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience