BAB 60

Romance Series 21222

"YOU kena tipu kan? I cakap sebelum ni, tapi you tak percaya cakap I"

Bicara Haris disambut dengan keluhan berat. Malas pula dia nak memanjangkan isu. Entah dari mana Haris bisa menemuinya, tiba-tiba saja lelaki itu muncul di sebelah.

Sudahlah dia penat dengan kerja seharian, di tambah pula konflik hubungannya dengan Rafik, kini Haris pula sengaja menambah bara di api. Arghh! Dia benar-benar tertekan.

Hendak diadu kepada Natasha, dia kasihan melihat sahabatnya itu yang sering kepenatan dek kandungannya. Makanya dia tak mahu menyusahkan Natasha. Biarlah dia berdepan masalah ini sendirian. Lagipula, ini soal kehidupannya. Pandai-pandailah dia menguruskannya.

"Amira!''

Bahu Amira ditarik. Spontan, Amira menolak kasar tangan Haris yang hinggap di situ.

"Sorry" ucap Haris sambil mengangkat kedua tangannya ke udara.

"Kalau you tak boleh hormat I sebagai seorang perempuan, tolong hormat I sebagai isteri orang!" luah Amira dengan perasaan kecewa.

Lari dari Haris, dia sangkakan dia bisa bahagia dengan Rafik. Namun sangkaannya meleset. Perasaannya semakin sengsara. Entah bagaimana dia bisa terus kuat menghadapi semua ini.

"Okey, I mintak maaf! I datang cuma nak tanya khabar you"

"You tak faham bahasa ke? Berapa kali I cakap? Jangan ganggu I lagi! I dah ada suami. I sihat ke, I mati ke, takde kena-mengena dengan you!"

"Amira!!"

Suara Haris kedengaran lantang. Amira yang dikenalinya bukan seperti ini.

"I dah fed up dengan semua benda! You datang tambahkan lagi masalah I. Tak boleh ke you biarkan I sendirian? I tak perlukan you lagi. You carilah orang lain"

Amira terduduk di atas lantai simen itu. Parking lot yang semakin sunyi itu saksi tangisan Amira yang mula kedengaran.

Haris mengeluh. Dia duduk di sebelah Amira dan membiarkan wanita itu melepas emosi. Seberat apakah masalah yang dihadapi oleh Amira?

Amira meraup wajah dengan kasar. Pertemuan dengan wanita yang dikenali dengan nama Sofya siang tadi cukup meluluhkan hatinya. Sekali lagi dia tertipu dengan Rafik. Entah berapa banyak lagi penipuan yang harus diterimanya dari lelaki itu.

"You ingat lagi tak, I pernah cakap. Yang I akan ada di sisi you walaupun you buang I?"

Tiada respon daripada Amira. Hatinya dingin. Tubuhnya kaku.

"I tahu, I takkan pernah ada ruang di hati you lagi. Dan I takkan pernah mampu memiliki you sebab you isteri Rafik. Tapi you sentiasa hidup dalam kenangan I.."

Keluhan berat dimuntahkan oleh Amira. Jemu hatinya mendengar bicara manis itu. Janji-janji manis Haris umpama racun yang membunuh setiap ruang di dalam hatinya.

"I tahu I banyak salah pada you sebelum ni. I dah buat you kecewa. I buat you berharap. I sia-siakan penantian you. Usaha I tak kunjung tiba sehingga you sanggup kawen dengan orang lain.."

"Haris, enough!"

Haris tertawa kecil. Hati Amira terlalu dingin. Namun dia tak mampu nak menyalahkan wanita itu. Semuanya berpunca daripadanya.

"Kalau you tak mampu nak cipta masa depan dengan Rafik, I akan selalu ada untuk you kat sini"

AMIRA membuka pintu. Masuk saja ke dalam rumah, dia kaget melihat wajah tegang Rafik di situ. Kepulan asap rokok berterbangan di udara.

Dahinya mengerut. Sejak bila Rafik merokok? Itupun di dalam ruang tertutup seperti ini.

Tak mahu memikirkan soal itu, dia pantas menaiki anak tangga. Namun baru dua langkah, suara garau Rafik mematikan langkahnya.

"Seronok ke berduaan dengan bekas kekasih?" tanya Rafik dengan wajah selamba. Asap rokok semakin banyak berkumpul di udara.

"Apa maksud you?"

Kini Amira berdiri tepat di hadapan suaminya. Tunak matanya memandang wajah itu.

"Jangan ingat I tak tahu apa you buat"

"You intip I?"

Sungguh tak diduga jika itu benar-benar terjadi. Namun untuk apa Rafik mengintipnya? Selama lima bulan mereka hidup bersama, tidak ada satu urusan pun dicampuri. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Amira batuk tatkala asap rokok mengena tepat ke arah wajahnya yang sedia keruh. Tampang Rafik kelihatan bersahaja, seolah sengaja mengujinya.

"Kenapa you merokok dalam rumah?"

"Kenapa? You tak pregnant kan?"

Terdiam Amira dengan soalan itu.

Rafik ketawa. "Baru I ingat. Macam mana you nak pregnant kalau you tak bagi I sentuh you?"

Hati Amira terbakar dengan omongan Rafik. Nafas dideru kasar. Serentak itu, dia berdiri di hadapan Rafik dan tunak wajah itu ditatap.

"Maafkan I. Tapi I tak nak gaduh. I penat"

Suara Amira kedengaran lemah. Nadanya juga kembali normal.

Kening Rafik terangkat. Melihat wajah itu, hatinya dipagut kebimbangan.

"You tak sihat ke?"

Amira menggeleng kepala dengan lemah.

"I cuma penat. I nak masuk bilik"

Langkah Amira sudah diatur kembali. Namun langkahnya terhenti tatkala Rafik memanggilnya.

"Kenapa you jumpa Haris?"

Amira mengeluh. Itu bukan perkara sebenarnya. Dia tak berjumpa Haris, sebaliknya Haris yang menemui dia di situ.

"I tak jumpa dia. Dia yang datang jumpa I. You ingat I jahil sangat ke sampai tak tahu hukum?"

Bicara Amira mendiamkan Rafik. Kenapa dia berperasaan seperti itu? Dia tak sengaja melihat mereka berdua berbual di parking lot sebentar tadi. Hatinya tiba-tiba terbakar.

"I tak nak you jumpa dia lagi" putus Rafik lalu berdiri di hadapan Amira. Lama dia merenung wajah itu sebelum berjalan menaiki anak tangga.

"Then stop seeing Sofya too!"

Langkah Rafik mati. Lidahnya kelu. Tubuhnya menggigil namun dia tetap membeku di situ.

GADIS cantik di hadapannya ditatap lama. Ralit dia memandang wajah itu yang jauh berbeza darinya. Penampilannya tampak seksi dan bisa menggiurkan mana-mana lelaki.

Dahi berkerut menerima kehadiran itu. Siapa dia? Dan atas tujuan apa gadis itu mencarinya?

"I Sofya"

Amira mengangguk sambil menggemam bibir.

"You... Amira kan? Wife Rafik?"

Mendengar nama suaminya disebut, hatinya mula cacamarba. Apatah lagi ianya meniti di bibir seorang gadis cantik yang sedang duduk di hadapannya.

Serta-merta pen di tangan dijatuhkan. Hatinya berdebar. Pelbagai persoalan mulai bermain di benak. Paling penting, siapa gadis ini?

"Biarlah I berterus-terang dengan you. Sebelum you kawen dengan Rafik, I adalah girlfriend dia. We shared too much things together..''

Amira masih diam. Kongsi bersama? Maksudnya?

"I akui, kami dah banyak kali melakukan yang ringan-ringan. Tapi Rafik belum pernah sentuh I"

Hati Amira umpama dihempap batu besar. Melakukan yang ringan-ringan?

"I tak tahu apa yang Rafik inginkan dari hubungan kami. Bila dia buat keputusan untuk kawen dengan you, hati I hancur. I selalu bagi yang terbaik untuk dia. I temankan dia masa senang dan susah dia. Tapi agaknya I masih bukan yang terbaik untuk dia. Sebab tu dia kawen dengan you" jelas Sofya tanpa selindung.

Niatnya cuma satu, mahukan kepastian hubungan mereka. Rafik terlalu sukar untuk ditemui. Maka jalan terakhir yang dia punya adalah dengan menemui Amira sendiri. Dia yakin, Amira dan Rafik tidak pernah sehaluan. Jadi untuk apa hubungan itu bertahan jika hati akan terseksa?

"I datang bukan sebab nak hancurkan hubungan you. I tahu, you dengan Rafik tak pernah sehaluan. I cuma nakkan jawapan. Tapi Rafik tak mampu bagi I itu"

Senyuman Amira hambar. Tak rosakkan hubungan tetapi datang bagitahu dia untuk apa?

"That's why I came to see you.."

SETELAH Marisa dibawa pulang ke rumah, hati Natasha berlapang dada. Sekarang dia tak perlu risau akan keselamatan dan kebutuhan Marisa. Dia akan mengawasinya dari jarak dekat.

Shiha, jrurawat peribadi yang diupah sedia di sisi. Segala yang diperlukam bagi rawatan dan kebajikan Marisa akan dibantu olehnya.

"Puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu ke setakat ni?"

"It's okay Shiha. Awak berehatlah dulu. Nanti kalau ada apa-apa, saya panggil awak. And one more thing, awak tidur je dalam bilik ni. Senang sikit awak nak tengok Marisa"

Shiha angguk faham lantas berlalu dari situ.

Natasha menatap wajah Marisa yang lena itu. Kelmarin, Marisa ada tersedar namun enggan berbicara dengannya. Dia pun tak mahu hendak memaksa. Mungkin Marisa masih segan atau bencikan dia. Takpe, yang penting dia akan pastikan Marisa mendapatkan rawatan yang terbaik.

Ketika dalam perjalanan pulang tadi, Marisa masih tetap membisu. Jarak di antara mereka seakan kekal seperti itu. Namun tak pula Marisa membantah ketika dia dibawa pulang tadi.

"Aku tahu, kau bencikan aku. Dan mungkin kau rasa yang aku sengaja tunjuk baik depan kau. Tapi aku cuma nak jaga kau. Hubungan kita memang tak pernah baik dari kecik lagi. Aku akan anggap itu sebagai cara untuk aku tebus dosa pada kau"

Walaupun Marisa tak memberikan respon, Natasha tetap menjelaskan perkara sebenar. Biarlah Marisa tahu isi hatinya.

"Aku nak mintak maaf kalau selama ni aku tak jadi kakak yang baik pada kau. Tapi aku dah tak nak berdendam. Aku nak berdamai. Kalau kau buang aku sekalipun, aku tetap akan jaga kau"

Luah Natasha dalam sebak. Dia sudah memaafkan Marisa dan masa lalu. Dia kini ingin berdamai dengan takdir. Cukuplah segala yang dihadapi dahulu.

Usai menuturkan itu, Natasha meninggalkan Marisa berseorangan di situ.

Pintu bilik ditutup perlahan. Ketika dia berpaling, dia kaget menerima kehadiran Kayden dari arah belakang yang tiba-tiba saja memeluknya.

"Abang!" Natasha terjerit kecil.

Kayden gelak. Dahi Natasha dikucup.

"Dia dah tidur?"

Natasha mengangguk.

"Shiha mana?" tanya Kayden lagi.

"Tasha suruh dia sebilik dengan Marisa. Rasanya dia keluar tadi"

Kayden angguk faham. "Jom"

"Jom ke mana?"

"Jom masuk bilik.."

Langkah Natasha terhenti. Kayden mengerut dahi.

"Lambat lagi nak malam. Masuk bilik buat apa?" tanya Natasha polos.

Kayden gelak. Hish, geramlah! Tak faham-faham lagi.

"Abang rindu.." bisik Kayden dengan suara menggoda.

Sekejap saja mereka sudah menapak ke dalam kamar. Langkah diatur menuju ke ranjang.

"Tapi perut Tasha.."

"Abang tak kasar sayang. Dah berapa minggu abang rindu"

Natasha gelak. Mana tidaknya, dia sering kepenatan gara-gara membawa perutnya. Apabila Kayden meminta untuk bersama, dia selalu menolak atas alasan sama. Kasihan juga dia melihat wajah itu. Tetapi dia juga tak berdaya nak menurut.

"Tapi kalau sayang masih penat, abang faham"

Dahi Natasha dikucup.

Lengan Kayden ditarik rapat.

"Kenapa sayang?"

"Tasha nak abang penatkan Tasha!"

Bicara itu menghantar senyuman nakal ke wajah Kayden.

Hasrat yang tertunda, bakal tertunai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience