BAB 24

Romance Series 8335

JAM di dinding dikerling sekilas. Baru pukul 9 malam. Natasha buka televisyen. Netflix menjadi pilihannya. Ada banyak siaran yang menjadi pilihan di situ. Sedang dia sibuk memilih siarannya, beberapa kali notofikasi telefon bimbitnya berbunyi. Nampak gayanya ada banyak pesanan masuk.

Petang tadi Kayden telah menghidupkan talian telefon dan internet. Itu pun atas arahannya. Untung saja Kayden setuju, kalau tidak mahunya dia mogok!

Cerita genre horror menjadi pilihannya. Dia tekan pilihan cerita Sumala lakonan Luna Maya. Kemudian dia capai telefon lantas memeriksanya. Ada lebih berbelas panggilan daripada Marisa. Dahinya berkerut seribu. Apa yang Marisa mahukan dari dia? Pesanan WhatsApp pula dibuka. Semua pesanan datang dari Marisa juga. Ada satu saja pesanan dari Amira.

'where are you?'

Keluhannya termuntah tatkala menerima mesej itu daripada Marisa. Ada 23 mesej daripada Marisa diterimanya.

"Dia ni takde kerja ke nak mesej aku?"

Pesanan daripada Amira pula dibaca. Laju saja tangannya membalas.

'aku balik esok'

Dihantar!

Tak lama menunggu, Amira sudah membalas.

'dah ada internet ke kau kat sana?'

'ada. baru on. nantilah aku cerita'

Natasha senyum membalas pesanan sahabatnya. Amira balas lagi.

'make sure story-moly dari a to z! tak boleh tggal satu pun!'

'ye ye cik doktor. kau apa cerita? haris?'

Kali ini, lama Natasha menunggu. Dia pandang skrin televisyen. Ralit dia melihat wajah cantik Luna Maya di dalam televisyen. Umurnya sudah mencecah 40an tetapi wajah dan tubuh badannya masih cantik seperti anak dara.

Pesanan daripada Amira masuk. Laju dia membacanya. Harap ada khabar baik dari kedua sahabatnya itu.

'dont know! aku stress! aku dah mntak putus terus dr dia. tak nak ada apaapa kaitan lagi'

Membaca pesanan itu buat Natasha tercengang. Lantas laju saja dia menghubungi Amira.

"Weyy apa kes?!"

"Kau ni, tak boleh ke bagi salam dulu? Lepas tu tanya khabar aku. Barulah bukak cerita!" rungut Amira di hujung talian.

Natasha mengekek. Amira ni selalu je bad mood!

"Assalamualaikum sahabatku yang cantik lagi suka bad mood! Kau sihat ke? Kalau sakit, pergilah ubat sendiri. Kau kan doktor!"

Kedengaran tawa kecil Amira pula di hujung sana. Laju saja dia membalas salam Natasha.

"Kan seronok tengok kau gelak macam ni. Ni tak, macam orang mati laki je! Tapi belum kawen" bebel Natasha. Dari atas ranjang, dia dah bergerak ke balkoni.

Dari arah balkoni, dia dapat melihat Kayden di dapur sedang mengemas. Suaminya itu memang rajin. Tak perlu dia sibuk masuk dapur, Kayden dahulu sudah tawar diri. Entahlah, kadang dia rasa dia tak sepadan dengan Kayden. Hu hu..

"Kau ni, jodoh aku belum datang lagi, kau dah sumpah dia dulu! Sedihlah macam ni" gerutu Amira. Terkejut dia menerima pesanan dan panggilan daripada sahabatnya. Fikirnya, mereka akan berhubung lagi sebulan kerana itu yang Kayden beritahunya.

Natasha gelak. "Sensitiflah kau ni! Haa apa cer?"

"Aku dah putus terus dari Haris"

"Okey. Then his reaction was?"

Amira menderu nafas perlahan. Sejak Amira memutuskan terus hubungan mereka, Haris sudah tidak kelihatan lagi. Pesanan dari Haris juga sudah tidak diterimanya. Dia juga tidak pasti penerimaan Haris bagaimana.

"Entahlah babe! Aku dah tak nampak batang hidung dia lagi sejak aku putus dengan dia hari tu. Agaknya dia kecewa pastu bawak diri. Tapi bagus jugaklah! Takdelah kepala aku ni pening fikirkan dia dan arah tuju hubungan kami ni" Amira sudah mengalah dengan takdir. Apapun yang terjadi, dia redha dan ikhlas.

"Tapi korang kan dah sepuluh tahun bersama. Tak rasa sayang ke dengan hubungan tu?"

"Nak buat macam mana? Sepuluh tahun tu jugak dia takde usaha nak halalkan aku. Takkanlah aku nak terus tunggu dia? Aku pun nak ada family sendiri"

Kata-kata Amira ada benarnya. Lagipula umurnya juga sudah 28 tahun. Kalau tunggu lagi sepuluh tahun, makin berusialah sahabatnya itu.

Natasha terkejut tatkala tangan Kayden melingkari pinggangnya. Pipi itu dikucup.

"Aku doakan semoga kau bertemu jodoh. Kalau bukan dengan Haris, mungkin jodoh kau dengan orang lain" ucap Natasha dengan ikhlas. Dia berharap benar agar Amira juga bertemu jodoh yang baik.

"Ya In Shaa Allah! Haa kau pulak apa cerita? Kau dah baik dengan Kayden?"

Natasha mengerling suaminya di sisi. Tangan itu tak duduk diam. Asyik saja merayap ke sana sini.

"Dah!" Itu sahaja jawapan Natasha. Rimas pula dia tatkala tangan Kayden mula singgah pada bahagian perutnya. Dia menolak tangan itu, namun Kayden tak mahu mengalah.

"You!!" Natasha terjerit kecil apabila tangan Kayden hinggap pada bahagian sensitifnya. Sengaja betul nak naikkan ghairah dia! Kayden gelak.

"Kau kenapa?" Amira di sana bertanya.

"Takde apa-apa. Ni haa, ada nyamuk besar nak gigit aku!" ujar Natasha sambil membesarkan anak matanya memandang si suami. Kayden pamer wajah selamba.

Amira gelak. Seakan dia memahami bicara Natasha itu.

"Baguslah kalau kau dah baik dengan dia. Tapi nanti kau kena cerita tau dengan aku? Jangan rahsiakan!"

"Yelah cik doktor!"

"Okeylah Tasha! Aku tak nak ganggu kau dan Kayden. Aku rasa nyamuk besar tu nak lebih dari tu" sakat Amira sambil mengekek.

Merona wajah Natasha dibuatnya. Eissh malunya!

"Nanti kalau ada free kita jumpa ye? Miss you" ucap Amira.

"Okey, miss you too!"

PANGGILAN dimatikan. Rindunya dia pada Amira. Rasa tak sabar nak balik esok dan bertemu dengan sahabatnya itu. Banyak cerita yang hendak dikongsi bersama.

"Amboi! Miss you too.." ejek Kayden, mengajuk percakapan isterinya.

"You ni..ganggulah I tengah cakap dengan Mira!" omel Natasha.

"Mana ada I ganggu?!"

Mata Natasha terjegil. Kayden gelak. Ditariknya tubuh Natasha lantas dibawa ke dalam dakapannya.

"Esok kita dah balik" ujar Kayden. Mata mereka asyik melihat keindahan pantai yang terbentang di hadapan mata pada waktu malam.

Natasha angguk. "Nanti I akan rindu tempat ni"

"Nanti kita pergi sini lagi"

"Betul?" Natasha dongak pandang suaminya. Kayden mengangguk.

"Tempat ni akan I kenang selalu sebab kat sinilah orang ego tu turunkan ego dia" usik Kayden.

"You ejek I kan?"

"Yelah! Betulkan you ego? Dah lama jatuh sayang, tapi baru sekarang nak mengaku!"

Dahi Natasha dicium.

"Ye, I ego. Tapi I ego sebab I tak nak terluka.." Dia dah lihat bagaimana terseksanya Nilam apabila disakiti oleh lelaki yang paling dipercayai dan dicintainya. Dia serik. Dia tak mahu perkara itu berlaku ke atas dirinya.

"I know sayang! I janji I takkan lukakan hati you. I janji akan bahagiakan you. You dah lama terseksa. Now, you deserve the world!"

Berkaca-kaca mata Natasha mendengar bicara suaminya. Entah apa agaknya kebaikannya sehingga dia diperlakukan begitu baik oleh suaminya. Dia benar-benar bersyukur.

"Selain Amira, you adalah orang yang baik dengan I" Natasha dakap erat tubuh sasa sang suami. Tubir matanya sudah bergenang.

"I akan selalu baik dengan you. Jangan sedih okey? I akan sentiasa ada dengan you"

Natasha angguk. Esakannya jelas kedengaran. Akhir-akhir ini dia kerap sensitif. Mungkin kerana hatinya sedang dilamun cinta. Sedikit saja silap, dia mudah terasa.

"Sayang, boleh I tanya sesuatu?"

Angguk Natasha pantas.

"I nampak ada kesan terbakar kat punggung you.."

Berbahang wajah Natasha tatkala aibnya terbongkar di hadapan suami.

"Boleh I tahu pasal kesan tu? Mana you dapat?"

Dari dulu Kayden ingin bertanya sola itu namun tak kesampaian. Memandangkan hubungan mereka kini sudah membaik, dia rasa dia patutu tahu mengenai itu.

"Tu, Miranda yang buat" kata Natasha apabila teringat kembali perbuatan Miranda terhadapnya. Sakitnya bukan dibuat-buat. Sakitnya hanya dia yang rasa, Allah yang tahu.

"Macam mana dia buat?" Wajah tenang Kayden berubah keruh. Jahatnya Miranda pada Natasha.

Natasha diam. Tiga hari sebelum perkahwinannya, Miranda datang kepadanya dan berpura-pura meminta tolong. Meskipun pada waktu itu dia was-was, namun dia tetap juga membantu Miranda. Namun tanpa disangka, Miranda menolak dan Marisa menahan tubuhnya. Besi yang panas ditekapkan ke bahagian punggungnya. Natasha menjerit kesakitan namun tiada siapa yang membantu. Bahkan dia sempat mengadu pada Ariffin namun papanya buat tidak tahu. Sakitnya berganda-ganda.

"Miranda letak besi panas..."

Belum sempat Natasha menghabiskan ayatnya, Kayden pantas mendakapnya lebih erat. Matanya bergenang mengenangkan nasib si isteri. Sungguh kejam Miranda padanya.

"I sakit you.. Sakit sangat. I mintak tolong pada papa, tapi papa buat tak tahu" Natasha tersedu-sedan. Meluah segalanya pada Kayden meringankan bebannya. Sehingga ke saat ini, rasa sakit itu masih terasa. Dan dia takkan sesekali melupakan itu.

"Miranda buat tu tiga hari sebelum kita kawen. You tahu tak, Marisa sukakan you. Miranda cakap, kalau punggung I tak cantik, you takkan sentuh I. Itu yang Marisa hasut dia.."

Hati Kayden rasa sakit. Terlalu kejam mereka kepada isterinya. Tunggulah, dia takkan sesekali melepaskan mereka bertiga! Kasihan Natasha! Mesti dia rasa takut masa tu! Tak mampu dia bayangkan kesakitan dan kesunyian isterinya saat itu.

"Tapi you tak geli kan tengok punggung I?"

"Tak sayang! I tak geli. I suka semua yang ada pada you. You are more than enough!"

Natasha masih ragu-ragu, meskipun dia boleh nampak keikhlasan suaminya itu. Dia sempat bimbang jika Kayden geli atau jijik dengannya.

Mata Natasha yang basah dikucup perlahan. Dia mahu Natasha tahu akan keikhlasan dan kasih sayangnya. Dia sayangkan Natasha! Sangat-sangat!

USAI mandi, Natasha menapak ke almari baju. T-shirt pendek dan seluar jeans baggy ditarik keluar. Hari ini, dia dan Kayden akan kembali ke Kuala Lumpur. Mereka sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama.

Kayden mengatur langkah ke almari baju. Dia menarik keluar baju dan seluar jeansnya. Dipandangnya Natasha yang sudah selesai memakai pakaian dalamnya. Dia yang masih dengan tuala menarik Natasha rapat ke sisi.

"Wangi..." Kayden cium rambut Natasha.

"You, I nak pakai baju ni" tolak Natasha dengan lembut. Baru saja mereka mandi bersama tadi.

"Kejaplah!" Kayden tarik kembali tangan dan tubuh isterinya. Cerita Natasha semalam masih terngiang-ngiang di cupingnya. Dia masih tak mampu menerima penderitaan Natasha sedalam itu.

"Kejap lagi Emir nak datang. Nanti dia tengok I macam ni.."

"I cucuk biji mata dia!" cantas Kayden dengan serius. Natasha tertawa. Cemburu tak habis-habis!

"I nak tengok punggung you" pinta Kayden tanpa rasa malu.

"Haa?" Pipi Natasha merona. Takkanlah dia nak tunjuk punggung dia pada Kayden awal-awal pagi lagi? Nanti tak pasal-pasal dia kena mandi wajib lagi!

"Cepatlah.." gesa Kayden. Tubuh Natasha dipusing membelakanginya.

"Tak naklah! Jangan nak buat permintaan pelik-pelik boleh tak?"

"I nak tengok je sayang! I bukan nak buat apa-apa pun. Kalau buat pun, apa salahnya?!" Selamba saja Kayden menuturkan ayat itu.

Lengan Kayden ditampar lembut. Geram betul dia dengan suaminya itu. Itu saja yang difikirkannya.

"Kay, no!"

Natasha menjerit tatkala tuala yang membaluti tubuhnya sudah dilepaskan oleh Kayden. Dia merona tatkala Kayden merenung lama punggungnya. Sudahlah dia belum memakai apa-apa lagi di bahagian situ. Laju betul Kayden buat kerjanya.

Kayden tunduk dan mencangkung di belakang Natasha. Kesan terbakar di bahagian punggung Natasha direnungnya lama. Agak besar kesan terbakar itu. Dan rupanya juga nampak tidak menarik. Tetapi itu bukan alasan untuk Kayden membenci atau membuang Natasha. Setiap kekurangan di dalam diri Natasha tetap diterima dengan hati terbuka. Perlahan-lahan, dia mengucup punggung Natasha yang terbakar itu. Dan kucupan itu berlabuh lama.

Tersentak Natasha tatkala bibir Kayden singgah di situ. Sungguh dia tak sangka akan reaksi Kayden seperti itu. Malunya bertandang.

Pipi Natasha sudah kemerahan. Meskipun dia dan Kayden sudah pernah bersama, namun rasa malu itu tetap menebal dalam diri. Apatah lagi keadaan dirinya yang tidak berbaju di hadapan Kayden.

Kayden sudah berdiri di hadapannya. Senyuman Kayden dihadiahkan buatnya. Dagunya dipagut oleh sang suami. Tuala yang dilepaskan tadi kembali membaluti tubuhnya.

"You malu?"

Perlahan-lahan Natasha mengangguk.

Kayden berdecit. Mereka sudah sering bersama namun dia faham kenapa perasaan malu itu menjelma. Mungkin kerana kekurangan pada bahagian situ yang menyebabkan isterinya seperti itu. Dia tak pernah jijik atau geli. Segala yang ada pada Natasha adalah miliknya seorang!

"Lepas ni, jangan malu lagi. I terima semua kekurangan pada setiap inci tubuh badan you. Dan semua kekurangan tu milik I sorang"

Natasha angguk kepala. Hampir nak menitis air matanya.

"Pakai baju sayang. Kejap lagi kita breakfast. Lepas tu I nak kemas apa-apa yang patut"

Dahi Natasha dicium. Bibirnya ditaut.

Laju saja Natasha mengangguk kepala. Hatinya lega kerana Kayden telah membuktikan kata-katanya semalam.

happy reading guys ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience