BAB 33

Romance Series 10131

MEREKA tiba di kampung setelah berkemudi hampir lima jam di atas jalan. Dari halaman rumah, senyuman Tokma, Tokwan, Opah dan Hidayah menyambut mesra kedatangan mereka. Sengaja Kayden memandu sendiri. Dia tidak menggunakan khidmat Emir kali ini kerana kemungkinan besar mereka akan lama menginap di sini. Emir hanya ditugaskan untuk menjaga rumah dan syarikat bersama Eric.

"Meriahnya rumah Opah you!" ujar Natasha dengan perasaan teruja. Tidak menduga mereka akan disambut dengan meriah sekali. Sekeliling rumah dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mekar dan cantik. Suasana tampak menghijau, sungguh menenangkan hati! Keadaan rumah juga bersih dan kemas. Rumah kayu yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Tampak lagi mewah dan sederhana!

Kayden gelak. Natasha tampak teruja. Macam tak pernah nampak kampung! Namun dia faham akan itu.

"Jom! Family I tak sabar nak jumpa you.."

Kayden sudah menapak keluar dari kereta. Natasha juga sama. Keluar saja dari kereta, kedua mereka bersalaman dengan ahli keluarga Kayden.

"Jadi inilah Tasha! Makin cantik Opah tengok. Dulu masa kawen, Opah sempat tengok dari jauh je. Sekarang tengok dari dekat. Memang cantik!" puji Opah lalu memeluk tubuh itu.

Semalam Kayden sudah menghubunginya dan mengatakan hasrat untuk menginap beberapa minggu. Mendengar berita itu, hatinya diulit bahagia. Hampir setahun dia tidak berjumpa dengan Kayden. Sebelum ini, Kayden sering datang seorang tanpa Natasha. Baru kini dia membawa cucu menantunya bersama.

Natasha tersipu dipuji begitu. Setelah bersalaman dengan Opah, dia berganjak ke arah Tokwan dan Tokma pula. Bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Tak henti-henti mereka memuji wajahnya. Gadis bertudung hijau di sebelah Tokma didekati. Wajahnya tampak manis dengan tahi lalat menghiasi di bawah bibir. Dia agak-agak itulah Hidayah. Berhadapan dengan Hidayah, dia rasa kurang senang kerana tatapan gadis itu semacam saja. Tangan dihulur untuk bersalaman. Namun Hidayah tak tunduk mencium. Hanya bersalaman saja.

"Laa kenapa tak cium tangan Tasha?" tegur Tokma pula.

"Kita orang sama umur kan? Dayah 26.." sahut Hidayah. Senyumannya kelat.

Natasha angguk dalam senyuman. Sama umur rupanya!

Hidayah melemparkan senyuman kelat. Tidak dia nafikan kecantikan wajah Natasha. Bak pelakon dari seberang, Pevita Pearce. Wajah hampir mirip. Cuma Natasha lebih cantik. Itu tidak dia nafikan. Cemburu pula dia melihat wajah secantik itu. Nampak sangat sepadan bergandingan dengan Kayden yang macho itu.

"Abang Ib.." Hidayah mendekati Kayden lantas memeluk erat lengannya.

Kayden tersentak. Wajah cemberut Natasha dipandang. Lantas, laju saja dia menepis tangan Hidayah dan berdiri di sebelah isterinya.

"Err, ni ada sedikit buah tangan dari kami. Tadi sempat singgah kat pekan tu. Beli barang-barang ni" ujar Kayden sambil mengajukan beberapa plastik kepada Tokwan.

Hidayah pantas bertindak. Plastik dari tangan Kayden digapai. Sengaja dia menyentuh tangan lelaki itu sambil senyum menggoda. Kayden laju menepis. Hidayah tersengih.

"Kenapa kamu ni Dayah? Macam kerang busuk je aku tengok" selar Opah, tak berkenan dengan tingkah Hidayah itu. Kepala je bertutup tapi perangai..nauzubillahminzalik!

"Eee Opah ni! Orang happylah tengok abang Ib balik. Lama kan abang Ib tak jenguk kita. Setahun lebih kot"

Anak mata Hidayah tunak memandang wajah hensem Kayden itu. Setahun lebih mereka tidak bersua. Selama ini, dia cuma melihat Kayden melalui media sosial saja. Eee sukanya!

"Kamu tak payah nak happy sangat! Kena ingat sikit, Ib ni dah kawen. Dah ada bini. Kena jaga batas pergaulan tu..tak payah nak mengada sangat!" nasihat Tokma pula. Tingkah Hidayah tak ubah seperti betina laparkan jantan saja! Memalukan!

Hidayah mencebik. "Yalah, Dayah tahulah!"

"Jomlah kita masuk. Rehat dulu. Jauh perjalanan kan?" pelawa Tokwan pula.

Kayden angguk. Dia juga sudah kepenatan.

Hidayah mendekati Kayden. Sekali lagi, lengan itu dipaut erat.

"Jom abang Ib! Kita masuk"

Kayden melepaskan tangan Hidayah. Lantas jari-jemarinya menggenggam erat jemari runcing Natasha di sisi.

"Takpe. Abang masuk dengan isteri abang" Sengaja Kayden tekankan perkataan isteri itu. Kemudian, dia membawa Natasha masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Hidayah di situ.

"NI bilik I. Atau sekarang dah jadi bilik kita"

Pintu kamar terbuka luas. Kaget Natasha melihat kamar tersebut. Sangat bersih dan sungguh rapi.

"Bersihnya bilik you ni"

"Ohh, Opah cakap Dayah yang selalu bersihkan"

"Dayah? That clingy girl?" Ada nada kurang senang di situ.

Kayden menghampiri sang isteri. Beg yang tersangkut di bahu Natasha dialihkan. Didudukkan Natasha di atas katil.

"Dia rapat dengan I dari kecik lagi. I dah anggap dia macam adik sendiri"

"But she likes you!"

Bicara Natasha mengundang tawa di bibir itu. Hidung mancung Natasha dicuit.

"Sukalah tu! Ada orang minat kat dia" Natasha mencebik. Dia cemburu!

"Sayang, you tahu tak? You ni banyak sangat tengok drama. I dengan Dayah tu dah macam adik-beradik tau?"

"Tak percayalah! You je anggap dia adik. Tapi dia sebaliknya. Tengoklah tadi. Gedik semacam je! Dahlah panggil you abang dengan suara manja macam tu! Meluat I tau tak?!"

Terburai tawa Kayden. Tak disangka Natasha kuat cemburu.

"Tak payahlah fikir macam tu! Kita baru je sampai kan? Jangan cepat sangat menilai dia. Kalau you tak suka dia panggil I abang, apa kata you start panggil I macam tu jugak?"

"Hmmm" Natasha menggumam. Bencilah dengan perasaan cemburu ni. Hati dia yang rasa sakit!

"Tak naklah!" tolak Natasha. Dia nak panggil Kayden abang? Lambertt lagi!

"Yelah sayang! Jom, I bawak you pergi bilik mandi!"

Tangan Natasha ditarik. Tak menyempat Natasha nak menolak.

"I belum nak mandilah!" tolak Natasha.

"I nak suruh you tengok bilik mandi je sayang.."

Sekejap saja, mereka sudah tiba di muka pintu. Bilik mandi terletak di dalam bilik tidur itu juga. Sengaja Kayden mengupah orang untuk renovate. Dia tak mahu Natasha susah payah nak ke dapur untuk mandi.

"Nilah bilik mandi kita"

Pintu terbuka luas. Bungkam Natasha melihat kamar mandi tersebut. Nampak mewah dan selesa. Ada jakuzi berbentuk bulatan di tengahnya. Rain shower pula terletak di hujung sekali. Cermin besar dan hiasan bunga kecil tampak mencantikkan lagi ruang mandi itu.

"Cantik tak?"

Natasha angguk.

"Saja I renovate. Nak bagi you selesa. Lepas tu, jakuzi tu memang sengaja I tempah. Manalah tahu, kita nak berendam lama dalam tu..." Ayat itu kedengaran sangat nakal.

"Kayy!!" Natasha memukul lengan suaminya.

"Apa?!" Kayden buat tak tahu.

"I tahu apa you fikir!"

Kayden mengekek. "I nak ada anak lagi dengan you.. I miss you"

Natasha senyum. Dia juga merindukan lelaki itu. Sudah dua bulan ini Kayden tidak menyentuhnya. Semua gara-gara Mak Yah! Katanya kena tunggu lagi 100 hari untuk bersama. Kayden tak mampu nak tunggu, sebab itulah dia membawa Natasha lari ke kampung. Kasihan juga dia melihat suaminya itu. Baru nak sentuh, Mak Yah dah berdehem. Nak tergelak pun ada.

"I pun rindukan you. Tapi tunggulah dulu. I penatlah Kay!"

"Ya I faham. Tidur?"

Natasha angguk. "Nak peluk!"

"Ye sayang..."

DARI dalam pantulan cermin, Hidayah memandang dirinya sendiri. Rambut lurus melepasi lengan disikat perlahan. Bibirnya terukir senyuman manis. Hatinya gembira menerima kedatangan Kayden itu. Selama ini, dia begitu merindui lelaki itu. Dia tahu dia tidak sepatutnya berperasaan seperti itu. Namun dia sendiri tidak mahu hendak menidakkan perasaannya. Wujudnya perasaan itu sedari mereka kecil lagi.

Kayden mungkin menganggapnya sebagai seorang adik. Tetapi dia inginkan sebaliknya. Dulu ketika Kayden masih lagi bujang dan tinggal bersama mereka, dialah yang mengurus segala kebajikan lelaki itu. Bahkan dia sanggup belajar memasak semata-mata demi Kayden. Dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk mengabdikan diri pada lelaki itu. Dia tak mampu nak menerima lelaki lain kerana hatinya sepenuhnya milik Kayden.

Namun ketika menerima perkhabaran akan perkahwinan Kayden, hatinya benar-benar terluka. Masa yang diambil untuk memulihkan hatinya seakan tak menemui jalannya. Dia tak redha menerima Kayden dimiliki wanita lain. Namun selama tempoh lima tahun kebelakangan ini, dia perasan Kayden sering pulang ke kampung sendirian. Jadi dia beranggapan jikalau rumah tangga Kayden sedang dilandai badai. Maka dari hari itu, perasaannya kembali hidup buat Kayden. Dan setelah hari ini, dia melihat sendiri kemesraan mereka. Hatinya kembali dirobek. Sakitnya terasa di hujung sana. Mungkin dia tidak akan mampu memiliki Kayden buat selama-lamanya, namun dia akan pastikan hati Natasha sakit sepanjang berada di sini. Segala kesakitannya harus dirasai oleh Natasha juga!

"Aku ni cantik je! Pakai tudung, menutup aurat. Tapi perempuan moden tu jugak yang kau nak! Dulu bukan main lagi nak perempuan yang solehah, tapi alih-alih perempuan macam tu jugak yang kau pilih! Huhh, dasar lelaki!" cemuh Hidayah dengan cebikan di bibir.

Selesai menyikat rambut, getah rambut di atas meja diambil. Rambutnya diikat kemas-kemas. Senyumannya terukir pada wajah.

"Kalau abang Ib tengok aku macam ni, mesti dia terpikat! Yelah, dia bukan pernah pun tengok rambut aku sebelum ni" Hidayah tersengih sendiri.

"Aku ni cantik apa? Pandai masak, pandai buat kerja rumah, yang pasti setia orangnya! Apa lagi yang kurang? Tasha tu cantik sikit je dari aku"

Tak habis-habis dia memuji diri sendiri. Sekadar nak memuaskan hati sendiri. Walaupun dia tahu dia sudah kalah saingan dari Natasha.

Ahh lantaklah!

NATASHA tersedar dari lenanya. Pandangannya berkalih ke sisi. Tiada Kayden di sebelah. Dahinya berkerut. Mana dia pergi? Posisi Natasha sudah berubah. Duduk berteleku di atas katil sambil memicit tengkuk sendiri yang terasa kebah.

Nafas dideru perlahan. Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah pukul 4! Kepala yang tidak gatal sengaja digaru. Ketika itu, dia mendengar suara riuh Kayden di luar sana dengan seseorang. Asyik benar mereka ketawa. Keningnya terangkat. Dia seperti mengenali suara di sisi Kayden itu.

Tegak berdiri, Natasha rapatkan tubuh ke sisi jendela. Dikuak perlahan dan sepasang anak mata cantik itu mengintip di sebalik jendela. Berderau darahnya melihat kemesraan Kayden dan Hidayah yang duduk dekat sambil bertepuk-tampar.

Hatinya gundah. Lantas, laju saja derap kakinya mendapatkan mereka. Dia sudah mengagak ada sesuatu yang tidak kena pada Hidayah.

"You..." panggil Natasha dari muka pintu. Wajahnya keruh. Hatinya panas!

Kayden dan Hidayah menoleh. Melihat wajah itu, Kayden segera meninggalkan Hidayah dan mendapatkan isterinya.

"I ingatkan you masih lena"

"Kenapa? You nak suruh I sambung tidur supaya you dapat bermesra dengan Hidayah?" Natasha memerli dalam riak cemburu.

"Sayang..."

Tangan Natasha sudah diraih.

"Ala tak payahlah cemburu! Kita orang ni dah macam adik-beradik. Kan abang Ib?"

Hidayah yang baru muncul lantas mencelah. Senyuman manis lekat pada wajah itu.

"I tak cakap dengan you!" herdik Natasha. Mungkin Kayden tidak merasakan apa yang dia rasa, namun yang pasti Hidayah juga mempunyai perasaan istimewa terhadap suaminya.

Berkerut wajah Hidayah apabila ditengking oleh Natasha. Gerun juga hatinya diperlakukan seperti itu. Sudahnya dia hanya membatukan diri.

"You pun satu! Kalau nak menggatal, jangan depan I!" tingkah Natasha lantas meninggalkan Kayden di situ.

"Sayang..."

Natasha sudah berganjak dari situ. Meluru masuk, dia terserempak dengan Tokwan dan Opah yang baru keluar dari dapur. Dia sebaik mungkin memaniskan wajah kepada mereka.

"Tasha, sini nak!" Opah menggamit tangannya.

Natasha akur. Diikut saja langkah Opah ke ruang kamar.

Kayden mengeluh. Natasha sudah marah. Masaklah dia! Natasha kalau marah, memang mengambil masa untuk sembuh.

"Abang Ib, kita round kampung nak? Naik motor. Macam yang selalu kita buat dulu-dulu" Hidayah mencadangkan. Sekaligus segaja mengambil peluang untuk berduaan dengan lelaki itu.

"Abang takde mood ni! Kau jangan nak bagi cadangan yang bukan-bukan! Karang bukan Tasha yang tampar kau, tangan ni yang melekap kat situ!" sahut Kayden dengan nada penuh amarah.

Bukan dia mahu berduaan dengan Hidayah tetapi gadis itu memaksa. Katanya dia ingin berborak kosong saja. Jadi mereka duduk di pangkin, di bawah pokok ara. Mulanya mereka berborak kosong, tetapi dia terkejut saat Hidayah mula mencubit dan memukulnya dengan manja. Semakin dia mengelak, semakin galak Hidayah bertingkah. Gara-gara itu, Natasha sudah salah faham.

"Abang Ib..."

"Hidayah, satu benda kau kena sematkan dalam otak dan benak kau. Abang dah kawen. Jadi tolong jaga batas diri dan sedar diri. Kita bukan hidup di zaman dulu. Kita masing-masing dah besar, dah boleh faham arahan dan keadaan. Dan satu lagi, abang boleh layan kau baik-baik kalau kau tak buat hal. Kalau tak.."

Tak jadi Kayden meneruskan ayatnya. Dia yakin Hidayah faham maksudnya. Usai berbicara, dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan emosi yang berkecamuk.

suka tak dgn hidayah? hahahaha? happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience