BAB 51

Romance Series 21222

HIDAYAH mendekati Kayden yang duduk di pangkin. Urusannya dengan Natasha sudah selesai. Kini dia harus memohon maaf kepada lelaki itu di atas sikap dan keterlanjurannya selama ini.

Berdiri di sebelah Kayden yang sedang termenung, dia baru tahu yang kehadirannya sebenarnya tidak disedari oleh lelaki itu. Dahinya mengerut. Natasha juga seperti itu tadi. Apakah masalah mereka berdua? Tidak mungkin mereka bergaduh kerana dia mendengar ketawa keduanya pagi tadi.

"Ehemm" Hidayah berdehem. Cuaca terik itu memaksa dia untuk berteduh di bawah rimbunan pokok pisang.

Kayden menoleh. Kaget menerima kehadiran Hidayah di situ.

"Ehh sejak bila Dayah kat sini? Abang tak sedar pulak"

"Tadi lagi. Itulah termenung lagi. Isteri sendiri ada kat bilik sana. Abang pulak termenung kat sini" ujar Hidayah lantas duduk di sebelah namun dijarakkan posisi mereka. Dia tak mahu Natasha salah faham pula nanti.

Kayden berdecit. Malu apabila tingkahnya ditangkap oleh gadis itu.

"Abang fikir pasal pakcik Kamal ke?"

Seraya itu, Kayden memanggung kepala. Bagaiman Hidayah tahu?

"Kak Tasha bagitahu. Dia dah cerita semua kat Dayah"

Seolah mengerti apa yang difikirkan, laju saja Hidayah menjawab. Kakinya menguis-nguis tanah.

Sekali lagi, Kayden tersentak. Kak Tasha? Hmm sesuatu yang baik!

"Abang risaukan pakcik Kamal ke? Atau risaukan Kak Tasha?"

"Dua-dua. Tapi abang lebih risaukan Kak Tasha. Dia kan pregnant sekarang. Abang takut ada yang cuba nak cederakan abang melalui dia"

Akhirnya terluah jua perkara yang membelenggu fikirannya. Dia sudah memberitahu kepada Natasha akan masalah itu, namun hatinya tetap saja bimbang.

"Siapa? Pakcik Kamal? Nak cederakan abang dan Kak Tasha?"

Tersentak Hidayah. Boleh ke lelaki setua dia melakukan semua itu? Kudratnya juga sudah berkurangan. Lainlah kalau Kayden. Tubuh yang kekar itu tak mungkin mampu dikalahkan oleh pakcik Kamal yang sudah agak tua itu.

"Kau tak tahu lagi kekuatan dia.."

"Dan dia pun tak tahu lagi kekuatan abang. Dayah yakin, abang mampu lawan dia. Kuat demi kak Tasha dan anak abang"

"Entahlah Dayah. Bila tengok dia, abang jadi gerun. Takut dengan bayang-bayang sendiri dan sejarah silam.." Kayden mengeluh. Hampir setiap malam tidurnya tak lena. Bimbang sehingga terbawa ke dalam mimpi. Kamal datang mengganggunya dan Natasha. Dan dia tahu persis, Kamal takkan sesekali melepaskan dia.

"Itu semua kan dah jadi sejarah. Yang ada depan mata abang sekarang adalah masa depan, which is Kak Tasha and your newborn. Kalau abang mampu kalahkan sejarah silam abang, abang mampu kalahkan pakcik Kamal.."

"Macam mana?"

Teringin pula dia nak mendengar idea dari fikiran gadis itu. Kot-kot berguna suatu hari nanti.

"Lawan dia.."

Kaget benar Kayden mendengarnya. Takkan nak bunuh ayah sendiri? Itu bukan dia. Menumpahkan darah hanya untuk kepuasan atau ketenangan diri bahkan menambah masalah.

"Dengan doa. Mintak pada Allah, semoga dilembutkan hati dia" sambung Hidayah lagi dengan ayatnya yang tergantung tadi.

Kayden menghela nafas lega. Tak habis sambung ayat rupanya!

"Kau ni..buat abang suspens!" gerutu Kayden.

Hidayah tersengih.

"Abang.."

"Hmm?"

"Abang masih marahkan Dayah ke?"

"Kak Tasha marahkan kau lagi?"

Soalan dijawab soalan.

Hidayah menggeleng.

"Dia maafkan kau?"

Kali ini, Hidayah mengangguk.

"Okey, jadi abang tak marahkan kau. Dan abang pun dah maafkan kau. Selagi Kak Tasha marahkan kau dan tak maafkan kau, selagi tu lah abang berperasaan yang sama. Tapi memandangkan dia dah maafkan kau, so it's over now!"

Cemburunya Hidayah mendengar bicara itu. Tampak dengan jelas yang Kayden terlalu mencintai Natasha. Matanya sentiasa bersinar setiap kali nama Natasha disebut. Dia mengucap dalam hati. Diusir jauh-jauh perasaan itu. Dia kini hanya berharap agar Natasha dan Kayden mampu bahagia. Biarlah dia menjadi adik perempuan mereka. Itu sudah cukup.

"Jadi abang dah maafkan Dayah?"

"Tak payahlah suruh abang ulang lagi"

Hidayah tertawa kecil. "Okay! Satu lagi, abang tak nak terus duduk sini ke? Pakcik Kamal kan takut dengan Tokwan. Sekurang-kurangnya dia tak berani nak jejak kaki ke sini"

"Entahlah Dayah! Tasha tu, macam dah tawar hati nak duduk sini. Padahal dulu dia yang beria-ria nak terus tinggal sini. Katanya tak nak dah balik KL. Tapi sekarang lain dah.."

Hidayah diam. Dia tahu semua itu berpunca daripadanya. Menyesal tak sudah dia dengan sikapnya dahulu.

"Dayah tahu semua salah Dayah..Sebab tu Kak Tasha macam tu"

"Abang ni bukannya baik sangat. Dan abang boleh jadi jahat demi Tasha. Tapi disebabkan dia jugak, abang maafkan kau. Kalau tak, kau takkan aman duduk sebelah abang. Satu je abang pesan. Lepas ni, janganlah kau cari pasal lagi dengan dia kalau kau tak nak cari pasal dengan abang"

Hidayah menelan liur. Amaran itu lebih kepada ugutan.

"Dan jangan jadikan abang manusia paling menyesal sebab berkasar dengan adik sendiri!"

Mendengarkan itu, hati Hidayah tersayat pilu. Sedar diri dengan posisinya hanya sebagai seorang adik, dia kini faham segalanya.

"Dayah janji!"

SELESAI berjemaah Isyak, Natasha pamit untuk ke kamar. Kepalanya rasa pening sedikit. Lagipula tiada apa yang harus dikerjakan kerana semuanya sudah diuruskan oleh dia dan Hidayah sebelum Isyak tadi.

Kayden memapahnya sehingga ke katil. Didudukkan tubuh itu di birai katil.

"Masih pening lagi?"

Natasha mengangguk. Tekaknya rasa loya mencium bau baju dari Kayden.

"Abang, bukaklah baju! Tasha tak tahanlah bau dia"

Kayden akur. Dia tahu Natasha sukakan bau badannya. Agaknya itulah pembawakan bayi.

"Sinilah, duduk dekat Tasha!" Natasha menggamitnya.

Sekali lagi Kayden menurut. Tak sempat nak buat apa-apa, Natasha sudah menindih bibirnya.

"Hilang ke pening tu kiss abang?"

Natasha tersengih. Dari duduk, mereka kini sudah berbaring.

"Abang masih fikirkan pasal ayah ke?"

"Sikit je. Tapi abang lebih fikir pasal isteri abang yang cengeng dan degil ni!"

Hidung mancung Natasha dicuit.

Tersengih Natasha dibuatnya. "Kenapa Tasha pulak?"

"Yelah, degil sangat! Nak sangat balik KL.."

"Abang.."

"Abang tahu, sayang nak cakap apa. Tapi dengarkan abang dulu. Kalau sayang kat sini, abang tak risau sangat. Tahu tak, ayah tu takut sangat dengan Tokwan. Kalau kat KL, besar sangat peluang ayah nak cari kita"

"Kenapa abang takut nak berdepan dengan ayah? Abang kena lawan perasaan tu. Biar abang tak rasa takut lagi. Kalau abang makin takut, ayah makin berani.."

Kayden mengeluh. Dia bukan takut saja, tetapi dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Kamal di luar sana. Dia tak bersedia untuk menepis setiap serangannya.

"Abang.." panggil Natasha, gemersik.

Kayden pandang wajah Natasha. Dengan lurahnya yang terdedah dan suaranya yang menggoda, Kayden tak mampu menolak gelora itu. Namun sebaik mungkin dia menahan diri. Dia risau tak mampu melepaskan Natasha sehingga pagi!

"Abang kena kuat. Untuk Tasha. Untuk anak kita. We need you" ujar Natasha, sekaligus mengharap ketakutan di jiwa suaminya akan berkurangan.

"Abang tahu. Abang akan cuba"

Jemari Kayden digenggam erat oleh Natasha lalu dibawa ke bibir.

"Lagipun, kita kena yakin yang Allah akan lindungi kita. Kita kena banyak berdoa"

Jemari runcing Natasha dikucup juga.

"In Shaa Allah sayang.."

Keduanya saling berpandangan lantas mengukir senyuman di bibir. Masing-masing berharap agar sinar kebahagiaan tetap milik mereka walau badai sedang menghampiri.

"Tadi Dayah datang jumpa abang"

"Dia nak apa?"

"She asked for forgiveness! Abang macam tak percaya dengan apa yang dia cakap. Tapi bila tengok keikhlasan dia, abang yakin dia dah berubah. Lagipun sayang dah maafkan dia kan? Jadi takde guna kalau abang terus berdendam pada dia"

Natasha mengangguk. Teringat kembali perbuatan Hidayah, memang hatinya sakit. Namun semua sudah berlalu. Hidayah juga sudah menyesali perbuatannya. Jadi untuk apa dia berdendam jika kemaafan adalah jalan terbaik? Lagipula, dia penat harus terus menyimpan perasaan negatif dalam diri.

Tampang Kayden disentuh. Pandangan mereka bersatu.

"Tasha tak nak berdendam. Tasha rasa damai dengan perasaan macam ni. Tasha redha dengan semua yang pernah berlaku"

"Abang tahu. Abang faham. Kita mulakan hidup baru dengan lembaran baru"

Sekali lagi Natasha mengangguk setuju. Tinggal di kampung bersama Opah mengajarinya tentang banyak hal. Dia jadi lebih matang dan akur dengan ketentuan Ilahi. Perubahan yang berlaku ke atas dirinya juga adalah sesuatu yang tidak pernah dia jangka. Namun dia mensyukuri semuanya. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.

"Dan abang suka dengan perubahan pada hidup kita, pada diri sayang. I'm proud of you"

Dahi Natasha dikucup.

Senyuman di wajah Natasha nampak ikhlas.

"Tasha pun suka dengan perubahan ni. Rasanya tutup aurat buat Tasha lebih tenang. Terima kasih abang untuk semua ni"

Kayden tertawa kecil. Perubahan itu bukan dari dirinya. Melainkan dari hati Natasha sendiri yang mengikhlaskan semuanya.

"Kalau abang ajak sayang pergi suatu tempat, sayang nak tak?"

Pinggang Natasha dipeluk erat. Perut yang kian membesar dibelai manja.

"Pergi mana?"

"Buat umrah"

Mata Natasha bercahaya. Sudah lama dia mengimpikan untuk menjejak kaki ke tempat itu. Laju saja dia mengangguk.

"Mestilah nak! Dulu Tasha berangan nak pergi sana. Tapi Tasha sedar diri. Tasha tak sempurna, banyak dosa. Rasa tak layak nak jejak kaki ke rumah Allah.."

Air mata Natasha menitis. Penuh penyesalan dia mengakui setiap dosanya.

"Jangan cakap macam tu. Allah tu Maha Pemaaf. Dia sentiasa bukak pintu taubat untuk hambaNya yang nak berubah. Yang penting kita kena yakin. Kita bukan tak layak sayang. Kita cuma belum bersedia"

"Tapi sekarang Tasha dah sedia"

Kayden senyum. Pipi montel Natasha dicium.

"Nanti tunggu baby dah lahir, kita pergi okey?"

Natasha angguk.

"Kita ajak Opah dan yang lain"

"Iye sayang"

"YOU tahu tak, Razif tu bukan Razif yang pernah kita kenal dulu. Dia dah berubah. Kalau I cerita dengan you, you takkan faham! Dan mungkin jugak you takkan terima"

Amira mengeluh. Bicara Haris masih terngiang-ngiang di cupingnya.

"You merepek apa ni Haris? Jangan nak buat cerita boleh tak?"

"I tak buat cerita. I ada bukti.."

"I tak nak tengok! Pleaselah Haris! Balik sekarang. Jangan sampai I meluat tengok you"

Hatinya mendongkol geram. Sampai kapan Haris akan berhenti mengganggunya? Macam tak faham bahasa saja!

"I nak kawen, kenapa you yang risau? I bukan guna duit you pun!"

Haris menderu nafas panjang. Sukarnya melembutkan hati itu. Amira tampak jauh berbeza dari sebelumnya. Adakah kerana cintanya pada Razif? Kalaulah dia tahu siapa sebenarnya Razif, apa agaknya responnya?

"You cintakan Razif?"

Pertanyaan Haris tak mampu dijawab. Sudahnya, Amira hanya membisu dari terus berkata-kata.

"You tak cintakan dia!"

Haris senyum kemenangan. Dia yakin, masih ada walau sebesar zarah namanya dalam hati gadis itu. Cuma dia ego untuk mengakui.

Amira terkedu. Tubuhnya kaku. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Namun yang jelas dia sudah sebulat suara dengan keputusannya.

"Kalau you tak cintakan dia, kenapa you nak kawen dengan dia?"

Tampang Amira sinis. Kalau bercakap hal cinta, bukan main hebat lelaki itu. Tetapi dia sendiri tak mampu nak menunaikannya.

"Perlu cinta ke dalam rumah tangga?"

Persoalan itu membelenggu fikiran dan hati Amira. Jika perlu cinta di dalam rumah tangga, kenapa ada saja pasangan yang bercerai? Kenapa masih ada yang mencurangi pasangan sendiri?

"You mungkin cintakan I, tapi you tak seberani Razif untuk ambik langkah ni. Jadi jangan tanya pasal perasaan I pada dia.."

Tersentak Haris dengan bicara gadis itu.

Amira berlalu namun dengan tangkas tangannya ditarik oleh Haris.

"Jangan sentuh I!" radang Amira lantas menampar wajah itu tanpa sedar.

Haris terkedu. Pertama kali dia menerima layanan seperti itu. Seakan tak percaya dengan apa yang dialami.

Amira kaget. Perasaannya penuh debar. Kenapa dia seberani itu menampar lelaki itu? Kerana Haris sudah berani menyentuhnya!

"Sebab Razif, you sanggup tampar I?"

"I tampar you bukan sebab Razif. Tapi sebab you terlalu berani untuk sentuh I sesuka hati you! I bukan perempuan murahan yang boleh disentuh sesuka hati. I tak izinkan you sentuh I! And leave me alone!"

Amira memejam mata. Peristiwa itu sangat menyakitkan. Sakitnya hati kerana dia masih menyayangi lelaki itu tetapi bakal mengahwini lelaki lain.

Ya Allah, betulkah keputusan aku?!

suka tak dgn watak amira? ? happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience