BAB 48

Romance Series 21222

SEAKAN tak percaya tetapi itulah yang telah terjadi. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Segala amalan di dunia yang fana akan menjadi bekal di akhirat yang pasti. Jika baik amalnya, maka syurgalah ganjarannya. Namun jika buruk amalnya, maka nerakalah tempatnya.

Ketika dimaklumkan oleh Kayden akan berita kematian Miranda, Natasha benar-benar tersentak. Sungguh dia tidak menyangka ajal menjemput Miranda secepat itu. Menurut Kayden, Miranda ditemui tak sedarkan diri di dalam tandas dengan mulutnya penuh berbuih. Hasil siasatan pihak forensik membuktikan yang Miranda meninggal akibat bunuh diri dengan menelan racun tikus.

Natasha mengeluh. Barangkali Miranda tak sanggup nak berdepan dengan hukuman lantaran dosa-dosanya yang begitu banyak terhimpun. Jadi cara tercepat adalah dengan menamatkan nyawa sendiri.

Selesai menguruskan hal pengebumian Miranda, deretan manusia berganjak pulang ke destinasi masing-masing. Hanya ahli keluarga dari pihak Miranda yang masih setia di situ. Natasha sempat menitipkan doa agar Miranda tenang di sana.

"Auntie long.."

Natasha tunduk menyalami tangan kakak sulung Miranda, Mesya. Dia tak mahu dipanggil maklong. Lebih selesa jika dibahasakan dengan auntie long.

Mesya tegak berdiri di hadapan Natasha. Matanya mencerlung tajam ke arah wajah itu. Gara-gara dia, keluarga Miranda berkecai. Puaslah hatinya sekarang dapat menghancurkan keluarga Miranda.

Seperti dapat diduga, laju saja Natasha menarik kembali tangannya. Wajahnya beriak selamba. Memang dari dulu lagi wanita itu tak menyukainya. Dia tak berkecil hati. Sudah biasa dianggap tiada!

Kayden di sisi Natasha mahu bertindak namun dihalang oleh Natasha. Kepalanya menggeleng, memberi amaran agar suaminya tidak macam-macam di tanah perkuburan itu.

"Sukalah kau kan? Miranda dah takde. Ini yang kau nak kan? Hancurkan keluarga adik aku!"

Mesya menghambur kemarahan, seolah-olah semua yang terjadi berpunca daripada Natasha. Sudahlah keberadaan Marisa juga tidak bertemu jawapan. Arghh!

"Kalau Tasha jahat, dari dulu lagi Tasha dah buat. Auntie long jangan nak letak semua kesalahan pada bahu Tasha! Tengok diri sendiri dulu, baru nak menilai orang lain!" selar Natasha dengan nafas yang menderu kasar. Sedaya-upaya dia menahan amarah yang membuku dalam diri. Kayden di sisi hanya membatu, namun tetap memberi dokongan jika diperlukan. Jemari runcing Natasha elok saja berada dalam genggamannya.

"Heyy! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Kau tu yang patut sedar diri"

Sekejap saja tangan itu hendak hinggap di wajah Natasha. Kayden baru nak menghalang, namun Natasha lebih pantas bertindak. Disambar tangan Mesya lalu digenggam kuat dengan wajahnya yang menyeringa. Selama ini dia menahan sabar dengan cacian Mesya kerana dia adalah orang luar. Tetapi kali ini tidak. Jika Mesya berani bermain api, dia tidak akan mengundur diri!

"Lepaslah!!" gerutu Mesya sambil mengaduh. Tak padan dengan badan kecik! Sakit tangannya digenggam kuat seperti itu.

"My pleasure!" Sinis senyuman Natasha lantas dilepaskan Mesya sehingga terjatuh ke tanah tubuh gempal itu. Mesya tak mampu tertolongkan!

"Selama ni, Tasha hormat dan tahan diri dengan auntie long sebab Tasha tak nak cari gaduh. But this time, you are just too much! You jentik I sekali, I balas beribu kali. Jangan ingat I takut dengan you! You tak tahu segila apa I sanggup buat"

Mesya menggigit bibir. Dia bangkit dari posisi lantas menentang pandangan penuh berapi itu. Bibirnya menyenget dengan senyuman.

"Huh! Tak sedar diri. Sama dengan mama kau tu! Perempuan tak guna!" caci Mesya dengan lantang.

Mendengar nama Nilam disebut-sebut, hatinya menggeredak. Ditolak kembali tubuh itu sehingga hilang keseimbangan. Mesya sempat berpaut pada pokok.

"Kalau mama perempuan tak guna sekalipun, dia tak pernah nak menyondol suami orang!!" tempelak Natasha dengan emosi yang tak mampu ditahan lagi.

Tubuhnya hampir rebah. Barangkali kerana cuaca terit, di tambah lagi dengan keadaannya berbadan dua itu. Kayden memaut bahunya.

"Aku dengar kau mengandung. Aku tak tahulah apa nasib anak tu nanti beribukan perempuan macam kau! Aku harap anak kau tak jadi macam kau. Perempuan malang!! Perempuan tak guna! Hidup merempat! Aku sumpah keturunan kau tak senang!!"

"Enough! Enough!"

Kayden membentak. Tidak sanggup untuk terus mendengar hinaan demi hinaan dari mulut itu. Jika tidak mengenangkan beberapa orang di situ, pasti sudah lumat dia kerjakan Mesya.

"You cakap sekali lagi yang buruk pasal Tasha dan anak kami, I takkan teragak-agak untuk melawan. Jangan buat I jadi gila. Ingat auntie long! Hidup ni cuma sekali. Jangan sampai nyawa dicabut Tuhan dalam keadaan tak baik. Urusan kita sampai sini je. Kami dah jalankan tanggungjawab sebagai anak dan menantu walaupun tak diingini! Lepas ni, Tasha dengan I takkan muncul dalam keluarga you lagi. Jangan ganggu Tasha, jangan ganggu keluarga I. Kalau tak, you tahu sendiri apa yang I boleh buat!"

Usai berbicara, Kayden mencempung Natasha sehingga ke dalam kereta. Tak sudi dia berlama di situ. Bimbang jika emosinya tidak terkawal, Mesya yang akan jadi sasaran.

MASUK saja ke dalam bilik, Natasha hempas tubuh di atas katil. Wajahnya sudah basah dengan air mata. Rapuh benar perasaannya sejak akhir-akhir ini. Bicara Mesya masih melekat di dalam otaknya. Sedih sungguh hatinya apabila wanita itu tega menyumpah anaknya.

Adakah malang jika beribukan dia? Iya, dia tidak sempurna. Tetapi itu bukanlah tiket untuk semudahnya menghina dan mencacinya. Dia sedih. Perut diusap lembut. Entah apa nasib anaknya nanti. Belum lagi lahir ke dunia, sudah dihina dan dikata macam-macam.

Rangkulan Kayden dari arah belakang membuang sedikit rasa sedihnya. Bibir itu mengucup leher dan bahunya.

"She doesn't like it when her mummy cries!" ungkap Kayden sambil mengelus perut Natasha. Seboleh mungkin ditenangkan hati yang terluka itu.

"And she is sad when her mummy is sad!"

Natasha berpaling.

Kayden mengesat air matanya. Kepalanya menggeleng.

"Doktor cakap, kalau kita selalu sedih semasa mengandung, nanti tak baik untuk baby. Dia ada connection dengan mummy dia dari dalam perut lagi"

"Tapi Tasha sedih"

"I know that! Mesya tu tak penting pun untuk kita. Dia tak tahu apa yang kita dah alami selama ni. Biarkan dia. Yang penting, kita ada satu sama lain"

Natasha mengangguk. Esak tangisnya sudah tidak lagi kedengaran.

"Kadang-kadang Tasha rasa, yang tempat Tasha bukan kat dunia ni.."

"Don't say such things! Abang tak suka" potong Kayden cepat-cepat seraya menarik Natasha ke dalam dakapannya.

"Ingat tak apa Opah selalu cakap? Ujian di dunia tanda Allah sayang pada kita. Sebab tu kita kena kuat. Jangan lemah. Jangan ikut taring iblis!"

Mendengar nama Opah, hati Natasha dibuai rindu. Sudah beberapa hari mereka tinggalkan kampung. Walaupun Opah ada menghantar pesanan, tetapi hatinya tetap merindui wanita itu.

"Dengar tak abang cakap?"

Anggukan Natasha melegakan hati Kayden. Dileraikan pelukan antara mereka.

"Fikir apa?"

"Bila kita boleh check-out?"

Pertanyaan Natasha membisukan Kayden. Dia sendiri tidak pasti. Kalau ikutkan, mereka boleh saja tetap tinggal di hotel itu kerana Kayden adalah pemiliknya.

"Kenapa?" Pertanyaan dibalas dengan soalan.

"Abang masih marah Dayah lagi?"

Pertanyaan itu mengundang keluhan di bibir itu. Entahlah, dia sendiri tak tahu! Yang jelas, masih ada perhitungan antara mereka.

"Suami Tasha ni panas baranlah!"

Hidung mancung Kayden dicuit. Kayden gelak. Wajah masam Natasha dipandang.

"Tasha nak balik kampung! Bosanlah kat sini. Takde Dol, takde Bara.."

Mengekek Kayden gelak.

"Okey, kita balik kejap je. Kemas barang kan? Lepas tu, kita pindah balik rumah kita"

Natasha angguk. "Tasha penatlah bang! Pening.."

"Rehatlah. Nanti abang kejutkan sayang"

Tubuh itu didakap erat. Bahunya ditepuk perlahan. Tak menunggu lama, Natasha sudah lena.

Telefon Kayden berdering. Emir menghubunginya.

"Ye?"

"Beres bos! Semua dah selesai"

"Good!" ujar Kayden lantas mematikan panggilan. Senyuman sinisnya terukir.

Melalui maklumat yang didapati, suami Mesya iaitu Datuk Badrul terbabit dengan kes rasuah dan dadah. Sekelip mata saja, kediamannya diserbu pihak polis dan wartawan yang juga turut membanjiri kawasan rumah. Syabu dan ekstasi yang masing-masing memiliki berat sebanyak 6.7gram dan 4.84gram berjaya ditemui di dalam rumah agamnya. Selama ini, Kayden tahu akan aktiviti Datuk Badrul. Hanya dia yang malas nak ambil pusing. Namun setelah apa yang berlaku tadi, dia tak mampu nak menahan diri. Disebabkan itulah, dia mengupah seseorang untuk menguruskan perkara itu bersama Emir.

Video yang dihantar Emir dimainkan. Kelihatan Datuk Badrul digari oleh pihak polis dan wartawan pula sibuk mengasak pelbagai soalan. Gentayangan senyumannya di wajah.

"Padan muka! Kau usik lagi keluarga aku, mendapatlah kau!"

GELISAH benar Hidayah petang itu. Lagi seminggu dia bakal melanjutkan pelajarannya dan meninggalkan kampung itu. Sudah beberapa hari dia menunggu kedatangan Kayden dan Natasha namun kelibat keduanya tidak kelihatan. Menurut Opah, Kayden tidak mahu kembali kampung buat sementara waktu kerana bimbang emosinya bakal berkecamuk ketika berhadapan dengannya.

Mendengar itu, perasaan bersalahnya semakin kuat menguasai. Bahkan rasa malunya bertubi-tubi datang menjengah. Dia mahu meminta maaf kepada Natasha dan Kayden di atas kekhilafannya selama ini.

"Apa yang dijenguk ke luar tu Dayah?" tegur Tokwan tatkala melihat Hidayah tak senang duduk. Dari tadi dia asyik memerhati jalan, seolah menunggu kedatangan seseorang.

Hidayah mengeluh lantas mengambil posisi di sebelah Tokwan yang fokus membaca surat khabarnya.Memang kebiasaan Tokwan akan mengisi masa lapang dengan hobinya itu.

"Dayah tunggu abang Ib dan Tasha.."

"Tak payahlah kau nak tunggu dorang. Ib sendiri dah cakap, dia masih perlukan masa untuk berdua dengan Tasha.." sahut Opah yang muncul dari arah dapur.

Punggung dihenyak di sebelah suaminya.

"Dayah nak mintak maaf pada dorang" Hidayah menyesali perbuatannya.

"Tahu pulak menyesal" sindir Opah. Selama beberapa hari ini, sudah berbakul-bakul nasihat dan sindiran dihadiahkan buat Hidayah. Tetapi Hidayah hanya diam dan tak menjawab walau sepatah. Baguslah, nampak sangat dia sudah menyesal.

"Ye, Dayah menyesal. Dayah rasa malu"

"Hmm sudahlah Dayah! Benda dah berlalu. Lepas ni kau jangan nak ulang lagi"

"Ni, tadi Ib ada telefon saya. Katanya, mungkin esok atau lusa dorang balik kejap. Katanya nak kemas barang. Mak tiri Tasha tu baru meninggal tadi" terang Tokwan.

Opah tersentak. Dua berita diterima sekaligus.

"Kemas barang kenapa tok?"

Belum sempat Opah menanya, Hidayah terlebih dahulu mewakilkan.

"Tak tahu pulak. Ib tak cakap apa-apa pun.."

Semakin gelisah Hidayah dibuatnya. Adakah Kayden dan Natasha merancang untuk keluar dari rumah itu? Jika iya, bererti memang semua itu berpunca daripadanya. Rasa salah itu semakin mencucuk-cucuk ulu hatinya.

''Kenapa mak tiri Tasha meninggal?"

"Katanya bunuh diri. Minum racun tikus" balas Tokwan. Itu yang Kayden beritahu dia tadi.

Opah letak telapak tangan di atas dadanya. Terkejut dengan berita itu. Dia tak pernah bertemu dengan orang tua Natasha tetapi melalui cerita Kayden, dia adalah antara orang yang jahat pada Natasha. Sayang, dia menamatkan hidup dengan cara begitu.

"Yang Ib kenapa pulak nak kemas barang? Nak balik KL ke? Hari tu Tasha cakap kat saya, dia nak duduk terus kat sini. Katanya jiwa dia dah melekat kat sini"

"Awak tanya saya? Awak tanyalah cucu awak yang sorang tu.." Tokwan mengalihkan pandangan ke arah Hidayah yang sudah seperti cacing kepanasan itu.

"Ye, Dayah tahu Dayah salah. Dayah yang berdosa.Dayah tak tahu nak buat apa melainkan dengan meminta maaf pada abang Ib dan Tasha. Dayah sedar. Kalau Dayah dapat undur masa, Dayah takkan buat perangai.."

Bicara Hidayah penuh dengan kekesalan. Selagi tak meminta maaf, selagi itulah jiwanya tak tenang.

Tokwan melipat surat khabarnya. Wajah bersalah Hidayah ditatap.

"Itulah orang dulu-dulu cakap, nasi dah jadi bubur! Lain kali sebelum bercakap atau bertindak, kena guna akal. Jangan guna hati.."

Terangguk-angguk kepala Hidayah menerima nasihat itu. Selepas ini, dia tidak akan menyakiti mana-mana manusia hanya kerana ingin membalas perasaan dengkinya. Dia sudah belajar daripada kesilapan.

"Kami semua sayangkan Dayah. Sebab tu kami marah. Kami kesal. Kami nak kamu berubah ke arah kebaikan. Hidup di dunia ni tak selamanya kita kekal. Entah sempat atau tidak kita ni memohon ampun. Kalau mintak ampun dengan Allah, memang sudah pasti Dia maafkan. Sebab Dia Maha Pemaaf. Tapi kalau sesama manusia?"

Tokwan mengingatkan. Tak mahu Hidayah terlanjur tersasar lagi selepas ini. Mereka tidak punya cucu lain selain Kayden dan Hidayah.

"Baik tokwan. Dayah faham. Dayah akan ingat nasihat Tokwan sampai bila-bila"

done 3 bab arini. esok atau lusa kiki tak sure update atau tak.. tp thanks tau sbb korang sntiasa tggu update dr kiki. dan satu lagi, SALAM MAULIDUR RASUL ut esok korang.. semoga perjuangan Baginda takkan kita lupa sampai bila2.. muaahh cikedd ? happy reading guys ?

Share this novel

rinaiium
2025-09-05 00:04:21 

selamat bercuti.. kami setia menunggu update this story..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience