BAB 44

Romance Series 21222

"KAYDEN IBRAHIM bukan anak kandung Ilham dan Nirmala..."

Raut wajah Natasha dipandang. Terlalu dalam luka di hati Kayden. Tragisnya kehidupan dia sejak dari kecil lagi. Untuk membuka semula kisah tersebut, hatinya terusik. Disebabkan itulah, kisah Kayden tak pernah diceritakan kepada sesiapa pun kerana dia tak mahu ada hati yang terluka. Namun rasanya Natasha berhak tahu kerana dia adalah isteri Kayden.

"Abang tak pernah cerita pun dengan Tasha.."

Seingat dia, memang Kayden tak pernah bercerita atau berkongsi apa-apa dengannya semenjak mereka berkahwin. Atau sebenarnya dia yang tak mahu ambil tahu akan perkara itu.

"Ib tak nak sesiapa tahu.." sahut Tokma pula. Matanya berkalih ke arah sawah padinya yang menghijau nun di sana.

"Kenapa Opah? Apa sebenarnya dah jadi?"

"Ibrahim ada ibu bapa kandung. Bapa dia Kamal. Dan ibu dia Isma. Isma dan Nirmala adik-beradik. Nirmala dan Ilham dah lama kawen, tapi dorang tak dikurniakan anak. Isma dan Kamal pulak baru setahun kawen, dah diberi rezeki anak. Lahirnya Ibrahim penyeri kehidupan mereka, termasuklah kehidupan Nirmala dan Ilham"

Opah mula membuka cerita. Wajah Isma dan Kamal bersilih ganti memenuhi ruang dalam benaknya.

"Isma sayangkan kakak dia sangat-sangat. Sebab tu dia bagi kebenaran pada Nirmala untuk susukan Ibrahim. Sebab dia nak Nirmala rasa macam mana ada seorang anak. Sejak dari hari tu, hampir tiap hari Nirmala susukan Ibrahim. Isma pulak ada masalah dengan payudara dia. Masa tu.."

Serentak itu, air mata Opah mula berlinangan. Mengingat kembali suka duka kehidupan Isma, dia rasa sedih.

Natasha tekun mendengar. Cerita itu sangat menarik minatnya.

"Masa tu semuanya berubah. Kamal ada perempuan lain. Selalu tak balik rumah. Kadang tiga bulan baru balik. Isma pulak, ulang-alik ke hospital sebab nak dapatkan rawatan. Ilham dan Nirmala yang jaga Ibrahim.."

Sebak di dada tak mampu ditahan lagi. Opah sudah mengalirkan air mata.

"Masa Ibrahim umur lapan tahun, dia nampak Kamal..."

Ayat Opah tergantung di situ. Terbayang akan keadaan yang menimpa Isma ketika itu. Sarat hatinya dengan penderitaan tatkala mengungkap kembali kisah duka itu.

Dahi Natasha berkerut. Tak sabar nak tahu kisah selanjutnya. Jemari Opah digenggam erat.

Opah menghela nafas dalam-dalam. Setelah hatinya kembali tenang, dia menyambung semula ceritanya.

"Kamal bunuh Isma depan mata dia sendiri!"

Mendengarkan itu, Natasha benar-benar terperanjat. Dia menutup mulut dengan telapak tangannya.

"Ibrahim nampak ibu dia dibunuh oleh bapa kandung dia sendiri. Darah mengalir dari banyak tempat. Sebelum kena bunuh, Isma selalu didera oleh Kamal. Dan semua tu selalu disaksikan oleh Ibrahim.."

Tenggelam timbul suara Opah bercerita. Tak mampu dia bayangkan masa kecil Kayden yang begitu penuh dengan penderitaan.

"Lepas je Isma meninggal, Kamal larikan Ibrahim dan paksa dia kerja. Tapi kerja dia bukan kerja biasa. Dia suruh Ibrahim jadi..."

Opah menelan liur. Ya Allah, dia benar-benar tidak kuat untuk menyebut perkataan itu.

"Opah..." Natasha menyeru. Hatinya seakan mampu menebak apa yang bakal dikatakan oleh Opah.

"Dia paksa Ibrahim puaskan nafsu jantan-jantan yang tak guna kat rumah pelacuran! Ibrahim masih kecik masa tu..dia lelaki.. dia kena tindas"

Air mata Natasha berlinangan. Ya Allah, kelam sungguh masa kecil Kayden! Kenapa selama ini dia tak pernah nak menyelami sekeping hati itu?

"Tapi Ibrahim berjaya diselamatkan oleh Ilham. Bila Ilham dapat tahu pasal benda ni, dia terus report polis. Kamal kena tangkap. Dan Ibrahim jadi anak angkat Ilham dan Nirmala. Tapi mereka bukan anak angkat. Mereka dah macam anak beranak sebenar sebab Nirmala pernah susukan Ibrahim.."

Mutiara jernih yang menumpang di segenap wajah diseka dengan hujung jari. Masa kecil Kayden penuh dengan derita dan kelam. Namun Allah Maha Adil. Sejak diangkat oleh Ilham dan Nirmala, Kayden mampu berdikari dan berjaya sehingga bergelar jutawan di usia muda. Dia bangga mempunyai cucu seperti Kayden.

"Kalau Tasha nak tahu, Ibrahim sangat-sangat menghargai seorang wanita. Dia tak nak mana-mana wanita mengalami nasib yang sama macam arwah Isma. Sebab tu dia banyak menyumbang untuk kebajikan wanita kat luar sana.." sampuk Tokma pula.

"Dan kalau Tasha nak tahu, Tasha adalah cinta pertama dia.." sambung Tokma lagi.

Natasha bungkam. Cinta pertama?

"Ib tak pernah cerita ke macam mana dia jumpa Tasha?"

Natasha geleng. Yang dia tahu, pertemuan mereka terjadi ketika Kayden datang menemui Ariffin di rumah dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya. Kebetulan pula waktu itu hotel yang dikelolakan oleh Ariffin menghadapi masalah. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Kayden akan membantu Ariffin sekiranya lelaki itu mahu menyerahkan Natasha kepadanya. Dan di situlah segala-galanya bermula.

"Ib jumpa Tasha pertama kali dekat Rumah Teratak Kasih. Sejak dari hari tu, dia selalu intip Tasha senyap-senyap. Katanya, Tasha ada aura macam arwah Isma. Dan sejak dari hari tu, kami selalu dengar nama Tasha dalam rumah.." sambung Opah pula.

Sejak dari hari pertama Kayden bercerita mengenai Natasha, dia selalu kepingin untuk ketemu dengan wanita itu. Dan kini hajatnya tercapai. Benar kata Kayden. Natasha memang ada aura arwah Isma.

Cerita Opah membuatkan Natasha kaget. Rupa-rupanya sudah lama Kayden jatuh cinta kepadanya. Jadi dia tidak salah menilai selama ini?

"Opah mintak satu je. Tolong bahagiakan Ibrahim. Opah tahu, kamu berdua datang dari keluarga yang bermasalah. Tapi kamu berdua masih boleh wujudkan keluarga bahagia sendiri..."

"ABANGG!!"

Natasha tersedar daripada lenanya. Saat matanya tercelik, dia lihat Amira sedang duduk di sisi sambil berzikir dengan tasbihnya. Nafasnya sesak. Tekaknya rasa haus tiba-tiba.

"Tasha..." Amira sudah duduk bersebelahannya.

"Air..." pinta Natasha.

Cepat-cepat Amira mengambil gelas berisi air di sebelahnya. Kemudian diserahkan kepada Natasha.

"Thanks" ucap Natasha seraya menyerahkan kembali gelas kepada Amira.

"Suami aku mana?"

Pertanyaan pertama Natasha setelah sedar. Kepalanya masih terasa pusing sedikit. Kelibat Kayden tidak kelihatan. Di mana dia?

Amira mengukir senyuman manis di wajah. Suka benar melihat pasangan romantis itu saling merindu biarpun berjauhan.

"Dia kat surau. Tengah Zohor. Kejap lagi naiklah tu. Dia suruh aku jaga kau kejap"

Natasha mengerut dahi. Dia tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Dan di mana dia sekarang? Adakah di hospital?

"Apa dah jadi? Aku...aku kat mana ni?"

"PCMC. Kayden drive dari kampung bawak kau ke sini. Lepas tu dia called aku. Aku terkejut bila dapat tahu kau admit. Kau dah lena dalam tiga empat jam tau?Kau tak ingat apa-apa ke?"

Natasha mengerut dahi. Lama benar dia lena. Apa yang terjadi? Yang dia ingat, dia bergaduh dengan Hidayah dan dia pengsan. Lepas dari itu, dia tak ingat apa-apa lagi.

"Aku..aku gaduh dengan Hidayah. Lepas tu aku pengsan"

Amira terkejut. Hidayah lagi! Budak tu tak habis-habis cari masalah!

"Dia lagi! Tak serik ke dia asyik nak cari pasal dengan kau?"

Laju Natasha menggeleng kepala. Dia malas nak fikir pasal Hidayah. Dia cuma mahukan Kayden.

"Aku nak suami aku.." rengek Natasha dengan linangan air mata. Sensitif benar perasaannya kala itu.

"Abang kat sini"

Suara garau Kayden mencelah dari muka pintu membuatkan sepasang mata itu berkaca. Dia mendepakan tangan, meminta dipeluk. Cerita Opah yang didengarnya beberapa hari yang lepas terbawa-bawa dalam mimpi. Seteruk-teruk masa kecilnya, dalam lagi luka yang dialami oleh Kayden.

Melihat reaksi Natasha, laju Kayden menerpa ke arah isterinya. Didakap erat tubuh itu. Takut benar dia tatkala menerima berita daripada Tokma akan keadaan Natasha. Bergegas dia pulang dengan debaran di dada. Sampai saja di rumah, dia terus membawa Natasha ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di PCMC. Teringat pula kata-kata terakhir Tokma sebelum melepaskan mereka pergi.

"Lepas ni, Tokma takkan lepaskan Dayah!"

Kini Kayden tahu segala yang berlaku adalah berpunca daripada Hidayah. Mujur saja Natasha tidak apa-apa. Tunggu sajalah! Akan ada perhitungan antara mereka selepas ini!!

"Tasha, aku keluar dulu. You guys should have time together.." ujar Amira seraya pamit. Dia tak mahu mengganggu privasi keduanya.

Natasha peluk erat tubuh itu. Tak mahu dilepaskan ketika Kayden meleraikan pelukan. Air matanya memenuhi ruang wajah. Dia tak pernah menyangka di sebalik wajah tampan itu, terselit kisah duka yang hanya dia merasainya. Ternyata di dunia ini bukan dia seorang sahaja mangsa keadaan kekejaman keluarga sendiri. Kasihan Kayden! Dia mahu mendakap erat kedukaan itu dan melepaskannya bersama Kayden. Dia mahu mencipta keluarga bahagia bersama Kayden. Dia yakin mereka mampu.

"Kenapa ni?"

Kayden mengerut dahi dengan tingkah Natasha.

"Nak peluk! Jangan lepas dulu" pinta Natasha dengan suara manja. Tangannya masih melekap pada pinggang itu.

Geli hati pula Kayden dengan tingkah isterinya. Namun dia hanya menurut sahaja. Dia teringat akan perbualannya dengan Hartika ketika doktor itu memeriksa keadaan Natasha.

"Didn't you know that she's expecting?"

Terbeliak biji mata Kayden mendengar berita itu. Namun berita itu disambut dengan perasaan gembira.

"She is??" tanya Kayden, hampir tidak percaya. Kerana itukah Natasha sering mengadu sakit kepala?

Hartika senyum diiringi dengan anggukan kepala. "She really is!"

"Abang..."

Suara Natasha mengembalikan dia ke alam nyata. Belakang Natasha diusap lembut.

"Kenapa sayang?"

Natasha melepaskan pelukan.

Kayden duduk di hadapan isterinya. Air mata itu disekanya perlahan. Mata basah itu dikucup.

"Lepas ni, kita balik KL ye? Rumah kita sendiri.."

Permintaan Natasha mengejutkan Kayden. Sebelum ini, Natasha beria-ria ingin tetap tinggal di kampung kerana tidak merasa jiwanya di Kuala Lumpur lagi. Namun dia faham perubahan itu. Dan dia hanya akan mengikut saja.

"Okey" Kayden angguk kepala.

"Thanks abang" ucap Natasha.

"You are most welcome. Tapi abang boleh tanya sesuatu tak?"

Natasha angguk.

"Kenapa tiba-tiba? Sayang kan suka duduk kampung.."

Helaan nafas kedengaran berat. Benar kata Kayden. Dia sukakan kampung, suasana serta aktivitinya. Sesuatu yang takkan dia jumpa di bandar. Namun kehadiran dia di sana malah merumitkan keadaan dan hubungan kekeluargaan orang lain. Dia letih harus terus bergaduh dan bertekak meskipun sudah berkali-kali menahan diri. Sebolehnya dia mengajari hatinya untuk tetap sabar namun ada pula orang lain yang sengaja menguji kesabarannya.

"Takpe. Abang faham.." sahut Kayden tatkala Natasha tak memberikan apa-apa respon. Dia yakin semuanya gara-gara Hidayah.

"Abang tak marah?"

"Kenapa abang nak marah? You deserve every happiness in this world. What makes you happy, I'll go with it"

Senyuman manis tersungging di wajah Kayden.

Wajah Kayden ditenungnya dalam-dalam. Bagaimana wajah itu masih bisa tersenyum sedangkan hatinya pernah terluka dan masa kecilnya terabai?

"Sayang..."

Pipi montel Natasha dicuit lembut. Terkebil-kebil Natasha memandang tampang suaminya.

"Menung lagi.." gerutu Kayden dengan tawa halusnya.

Natasha tersengih.

Kayden mendekatkan jarak mereka. Jemari runcing itu digenggam erat.

"Do you know somehing that makes me more happier?"

Kening Natasha terjongket. Tidak memahami bicara suaminya.

Jemari Natasha dikucup. Matanya tak lepas dari memandang wajah itu.

"We gonna have our small family.." ungkap Kayden dengan matanya yang berkaca. Impian mereka untuk mempunyai zuriat akhirnya tercapai. Natasha disahkan hamil sebulan lebih. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan melainkan rasa syukur dan bahagia yang tak terhingga.

Bicara Kayden dicerna sebaik mungkin. Melihat tampang itu tersenyum bahagia dengan anggukan di kepala, Natasha tak mampu menahan sebak. Tangisannya pecah, bergabung dengan tangisan si suami. Dia bakal punya anak dari benih Kayden. Perut yang masih kempis disentuh. Ada nadi dan jantung sedang berdegup di dalam sana. Ya Allah, indahnya aturanMu!

"We gonna have.." Kayden berjeda. Sedaya-upaya mengingati sesuatu.

"Kayden junior or Natasha junior?" sambungnya lagi dengan soalan.

"Maybe both!" sahut Natasha dengan riang. Tubuh Kayden didakap erat. Bahagia menerima berita itu.

Seketika pelukan dilepaskan. Wajah syahdu Kayden diusap.

"Kita akan bina keluarga bahagia kita sendiri.." tutur Natasha sebak dengan sedu-sedannya. Betapa dia benar-benar memaksudkan itu. Dia tidak mahu anak mereka mengalami masa kecil seperti yang pernah dirasai oleh mereka dahulu.

Kayden angguk setuju. Seketika kenangan silam kembali menerjah. Dia menghela nafas, berikrar pada diri sendiri akan membahagiakan Natasha dan keluarga kecil mereka.

"We will.." balas Kayden dalam suara yang syahdu.

Tubuh keduanya kembali menyatu. Berharap agar bahagia milik keluarga kecil mereka.

happy reading? pandai korang teka erk tasha preggy haha☺️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience