BAB 4

Romance Series 8335

"KENAPA susah sangat you nak sukakan I? Sayangkan I? Cintakan I? Buruk sangat ke I di mata you?"

Natasha masih membeku. Terdiam dan memandang ke arah lain. Dia tak cintakan Kayden tetapi kenapa hatinya pedih melihat kemesraan Kayden dengan perempuan lain? Apakah dia ego? Atau perasaan itu hanya sepintas lalu?

"Tasha? You suka betul diamkan diri kan? I sanggup berubah kalau itu boleh buat you terima I. I tak perlukan semua perempuan tu. I perlukan you!"

Natasha masih membisu. Hatinya hampir rapuh. Ucapan Kayden kedengaran tulus. Tetapi mengingatkan hal yang satu itu, dia cepat-cepat mengusir perasaannya.

"Tasha!" Lengan Natasha dipaut. Hatinya sakit apabila Natasha menyisihnya. Mata mereka bersabung. Pertama kali dia melihat kecantikan mata biru itu. Mata yang indah tetapi tersimpan beribu kedukaan. Apa sebenarnya rahsia Natasha yang tidak diketahuinya?

"I penat! I nak tidur sini. Please, jangan ganggu I"

Perlahan-lahan Kayden melepaskan lengan Natasha. Nafas ditarik perlahan. Sudah mati akal dia dengan sikap dan keegoan Natasha. Dia sudah beralah namun Natasha tetapi tak berubah.

"You tak cintakan I?" Kayden inginkan kepastian. Jika dia sudah mendapat jawapannya, dia berjanji tidak akan menuntut apa-apa lagi dari wanita itu.

"Ya!" sahut Natasha. Sangat ringkas tetapi sudah mencarikkan sekeping hati milik Kayden.

"Okay, I faham! I akan sign divorce paper tu. I tak nak terus ikat you dengan hubungan yang takde hala tuju ni. I harap you puas hati dengan persetujuan I"

Usai berbicara, Kayden melangkah keluar dari bilik. Meninggalkan seribu penyesalan dan kekecewaan di belakang. Terasa pedih benar perasaannya tatkala Natasha menolaknya. Dia cintakan Natasha sepenuh hati. Namun kenapa Natasha masih ego dan enggan menerimanya?

KALI INI, perasaan Natasha sudah rapuh. Hatinya tercarik luka, pedih terasa sehingga ke ulu hati. Kenapa dia harus merasakan sakit sebegini? Apa yang hati dan akalnya inginkan?

Dia tak rela menyakiti hati Kayden tetapi dia juga tak mahu terus terseksa di dalam hubungan ini. Hanya kerana perkara itu, dia terus menutup pintu hati untuk Kayden. Cukuplah dia dan Kayden terseksa.

Air matanya berlinangan meski sudah banyak kali ditahan. Sekecewa apapun perasaannya, dia tetap tak boleh kalah. Dia harus kuat sementelah dia tidak punya tempat untuk bergantung. Selama ini, dia bisa berdikari sendiri. Berpisah dari Kayden selepas ini tidak akan merubah apa-apa.

"Kau kuat Tasha! Kau sangat kuat!" ucapnya sambil menyeka air mata.

SELESAI bermesyuarat, Kayden kembali ke ofis. Wajahnya tampak tegang dan serius saja. Pantang nampak kesalahan waima sekecil-kecil kesalahan, pasti ditengkingnya pelaku itu. Semua staf tak berani nak buat hal.

Kayden menghempas punggung di atas kerusi. Puntung rokok dimasukkan ke dalam mulut sebelum api dinyalakan. Berkepul-kepul asap mengepungi udara.

"Err boss..."

Kayden menjeling Emir. Tak suka masa privasinya diganggu.

"Bapa mentua bos datang. Katanya ada hal yang nak dibincangkan"

Kayden diam. Bingkai foto perkahwinannya di atas meja dilirik. Senyuman Natasha tampak ikhlas di situ. Namun kenapa semuanya seakan berubah? Mereka tampak pasangan bahagia dan saling menyayangi. Namun hakikat sebenar, hanya dia dan Natasha saja yang mengetahui.

"Panggil dia masuk!" arah Kayden setelah puntung rokok dicampakkan di atas stray.

Tidak lama selepas itu, Ariffin masuk dengan senyuman lebar di wajah. Dia tampak sangat bersedia untuk berjumpa Kayden. Dia duduk di sofa setelah Kayden mempelawa. Kayden juga duduk di situ.

"Kenapa papa datang? Ada hajat apa?" Kayden memaniskan wajah. Soal penceraian mereka harus dirahsiakan dahulu.

"Ohh takde. Papa datang ni cuma nak jenguk kamu. Lama tak tengok kamu. Kamu apa khabar?"

Kayden masih dalam mood senyum. Meski hati sudah cukup terluka, namun dia harus tetap kuat. Dia kan lelaki...

"Alhamdulillah Kayden sihat. Papa dan mama sihat ke? Mana mama? Tak ajak datang sekali?"

Ariffin senyum. Lega hatinya melihat reaksi Kayden. Nampaknya, Kayden masih ambil berat akan keluarganya. Itu bererti Natasha belum lagi menceraikan Kayden. Masih ada harapan dan sinar untuknya.

"Mama kena temankan Marisa. Ada hal. Sebab tu tak dapat datang. Dia kirim salam"

Kayden angguk faham. Salam Miranda disahut.

"Kamu dan Tasha..."

Serentak itu, Kayden menatap pandangan mata Ariffin. Pandangan itu agak sukar dimengerti.

"Kenapa dengan Kayden dan Tasha?"

"Maksud papa, kamu berdua okey ke?"

Kayden tarik nafas dalam-dalam. Sukar baginya berterus-terang. Dia tak sanggup nak menyebut perkataan itu. Risau jika hatinya sendiri yang terluka.

"Alhamdulillah kami okey. Makin bahagia" nafi Kayden. Tak apalah, sekali-sekala dia berangan-angan membina keluarga bahagia. Meski hatinya sedang tenat ketika ini.

Mendengarkan itu, senyuman Ariffin lebar. Tampak gayanya, Natasha tak jadi bercerai dengan Kayden. Arghh! Sudah diagak. Natasha tak berani dengan ugutannya.

"Baguslah! Suka papa dengar. Papa datang ni bawa hajat. Mama tu, katanya rindu dengan kamu berdua. Dia nak ajak makan-makan. Tapi buat kat hotel papa tu. Nanti kamu datanglah dengan Tasha. Lama dah kita tak berkumpul sama. Kalau kamu nak ajak family kamu sekali, boleh aje"

Kayden tersentap. Alamak, rancangan Ariffin itu tampak mustahil untuk dilaksanakan! Tidak mungkin Natasha bersetuju. Mereka baru saja selesai bertengkar semalam. Dan pagi tadi, di hadapan Natasha, dia juga sudah menandatangani surat penceraian itu. Bagaimana harus mempamerkan suasana dan hati bahagia jika hatinya sendiri sedang berduka?

"Yelah pa.. In Shaa Allah nanti kami datang. Tapi papa dan mama Kayden rasanya tak dapat datang. Dorang masih kat Dubai masa ni"

"Okey, yang tu takpe. Yang penting Kayden dan Tasha kena datang"

Kayden angguk. Dia agak musykil dengan pelawaan Ariffin itu. Walaupun niat Ariffin tampak baik tetapi perasaan curiga masih tetap menghantui. Apa yang dirancang oleh Ariffin? Setahu dia, hubungan Natasha tak berapa baik dengan Ariffin dan Miranda. Tetapi kenapa kini mereka dijemput untuk makan malam pula?

RANGE ROVER hitam berhenti tepat di hadapan pintu hotel itu. Hotel De'Luxe milik Ariffin tersergam indah di tengah-tengah kotaraya itu. Mewah, seperti maksud nama hotelnya menjadi tumpuan ribuan pengunjung dan pendatang asing dari pelbagai negara. Hotel yang terbaik setakat ini. Itu tidak dinafikan. Layanan dan perkhidmatannya juga layak mendapat pujian.

"I tahu, kita bakal bercerai. Tapi I tak nak you tunjuk muka masam depan family you"

Natasha mendengus. Pandangannya berkalih ke tepi. Sekumpulan manusia memasuki ruangan hotel. Dia tak nafikan Ariffin bijak dalam pengurusan hotel.

"You tak penat ke nak berpura-pura?"

Kayden angkat kening. Siapa berpura-pura?

"Are you talking to yourself?" selar Kayden. Dia tak berpura-pura. Natasha barangkali!

"What do you mean?" Natasha hampir terjerit. Dia menoleh ke arah Kayden. Hampir saja bibir mereka bersatu. Wajah mereka dekat. Dia lihat Kayden senyum sinis.

"I know, you know! You kan lagi expert in that field!"

Tangan Natasha diraih lalu dibawa ke bibir.

"Apa you buat ni?"

Natasha kaget dengan sikap Kayden itu.

"Well, I praktis jadi suami romantik depan family you. Takkan tak boleh?"

Natasha telan liur. Apatah lagi ketika Kayden semakin mendekatkan wajah mereka. Dia memejam mata. Tiada kesempatan untuk melarikan diri.

Melihat reaksi Natasha, Kayden simpul senyum. Seego-ego Natasha, dia masih takut dengan perkara itu.

"I nak lepaskan ikatan rambut you. Nampak lebih cantik dengan rambut terurai macam ni!"

Ikatan rambut Natasha dilonggarkan. Rambut ikal Natasha yang paras pinggang itu benar-benar menyerlahkan lagi kecantikannya. Riasan pada wajahnya pula sangat sederhana. Dia tak nafikan kecantikan wajah itu meski tanpa sebarang riasan. Gaun putih paras paha menampakkan lagi keanggunan Natasha.

"Tak perlu nak memuji. I don't need that!" bidas Natasha meski hati sudah berdegup di dalam sana.

"Okey fine..." Kayden beralah. "It is up to you"

Natasha cepat-cepat keluar dari kereta. Kayden pula termangu di dalam kereta bersama Emir yang menjadi pemandu mereka.

"Bos, betul ke pasal penceraian tu?"

"She wants it! Aku tak boleh nak buat apa-apa. Tapi dia akan sentiasa menjadi pujaan hati aku" ungkap Kayden seraya memandang wajah Natasha dari jarak jauh. Dia tahu Natasha begitu membencinya. Namun dia tak menyalahkan isterinya. Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya selepas ini.

ANGGUN dan berseri-seri. Itulah konsep yang sengaja ditunjukkan oleh Natasha kepada keluarganya. Apatah lagi kepada Marisa. Dia tahu, sejak dari dulu lagi Marisa cemburukan kecantikannya. Apa boleh buat, dia memang lebih cantik berbanding Marisa!

Melihat Natasha dan Kayden berpimpinan tangan memasuki dewan makan, hati Marisa jadi geram. Apatah lagi melihat riak bahagia di wajah itu semakin menambahkan bara dalam hati. Dia berdecit dan menahan perasaan. Miranda menyiku dan memberi amaran agar Marisa mampu menjaga tutur kata.

"Duduk" pelawa Ariffin dengan senyuman lebarnya.

Natasha dan Kayden menurut saja. Mereka duduk bersebelahan. Kayden menarik kerusi untuk Natasha. Perlakuan itu bikin hati Natasha kaget. Namun sebaik mungkin dia memaniskan wajah.

"Papa dan mama saja jemput kamu berdua makan malam. Dah lama kita tak makan sekeluarga" Ariffin memulakan perbualan.

Natasha tayang wajah jengkel. Kalau tidak mengenangkan desakan Kayden, mana mungkin dia mahu berada di situ. Dia tahu insan-insan di hadapannya hanya berpura-pura. Sok suci!

"Haa Tasha! Sihat ke?" tegur Miranda, sengaja mempamerkan kemesraannya terhadap Natasha.

"Sihat! Belum mati lagi" sahut Natasha selamba. Benci betul dia dengan topeng kepuraan Miranda itu.

Semua tersentak dengan bicara Natasha. Kayden menggenggam jari-jemari Natasha dengan erat. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam keluarga Natasha? Keadaan tampak janggal.

"Sayang..don't say such things!" ucap Kayden dengan lembut.

Natasha tersentak. Sayang? Gila ke apa Kayden ni?

"Untungnya Tasha. Dapat suami hensem, kaya, romantik pulak tu. Kan best kalau Mar pun dapat suami macam tu"

Suara Marisa sengaja dimanjakan. Bajunya yang menampakkan sedikit bahagian lurah itu sengaja ditunjukkan. Dia sengaja hendak menggoda Kayden. Dia tahu Natasha jauh lebih cantik dibandingkan dirinya. Namun dia lebih menggoda dan menggiurkan. Siapa saja yang mahu menolaknya? Dia bijak merayu.

Kayden menjatuhkan pandangannya ke arah Natasha. Riak bersahaja Natasha ditatap.

"Justeru I yang beruntung sebab ada isteri macam Tasha. She is so perfect!"

Luah Kayden jujur. Tangan Natasha diraih lalu dibawa ke bibir. Andai saja Natasha memahami getaran jiwanya, pasti mereka bisa membina keluarga bahagia.

Ariffin dan Miranda berpandangan. Senyuman lebar mula terukir di wajah. Ada sesuatu yang hanya mereka berdua bisa memahaminya.

Marisa mendengus kecil. Rancangannya tidak berhasil. Kayden bahkan tidak memandangnya langsung. Dari tadi pandangannya hanya tertuju untuk Natasha.

"Jomlah kita makan. Dah sejuk makanan ni"

Mereka semua menjamu selera dengan begitu banyak jamuan yang dimasak khas untuk malam itu. Topik perbincangan mengenai perniagaan juga diutarakan pada malam itu. Pelayan hotel datang membawa minuman istimewa untuk mereka.

Ariffin memberi isyarat mata kepada pelayan tersebut. Seolah-olah memahami apa yang ingin disampaikan oleh Ariffin, pelajan tadi mengangguk dan laju bertindak.

Dua gelas kaca diletakkan di hadapan Natasha dan Kayden. Kemudian, pelayan beralih ke arah Ariffin, Miranda dan Marisa pula. Perkara sama dilakukan. Usai itu, pelayan tersebut keluar.

"Minum minum..." pelawa Ariffin. Dia mencicipi sedikit air dari gelas tersebut sambil ekor matanya memerhatikan gelagat Natasha dan Kayden yang turut sama mencicipi air tersebut.

Ariffin sempat menoleh ke arah Miranda yang turut mengukir senyuman sinis. Rancagan berhasil!

Sekelip mata saja, Natasha dan Kayden sudah kepanasan. Marisa kaget. Dia buntu dan tidak tahu apa yang telah terjadi.

"Kenapa ni Kayden? Tasha?" soal Miranda.

"Tak tahulah! Rasa panas semacam" sahut Kayden sambil memandang ke arah Natasha. Dia telan liur. Gelora yang satu itu mula mendesah.

"Kamu berdua penat agaknya! Apa kata berehat dulu? Ada bilik yang papa dah tempah khas untuk kamu berdua" cadang Ariffin. Dalam hati, dia bersorak gembira. Semoga rancangannya membuahkan hasil.

Natasha dan Kayden mendesah. Entah kenapa keduanya merasakan semacam saja. Natasha menggigit bibir. Dia menggenggam jari-jemari Kayden. Duduknya mulai tak senang.

"Mar hantarkan!" Marisa pelawa diri.

"Tak payah! Mar temankan mama dan papa kat sini" tegah Miranda. Jika Marisa ikut campur, risau rancangan mereka gagal.

"Ni kad akses ke bilik kamu berdua. Tingkat 8, bilik nombor 302. Naik bilik, berehat. Semua bayaran papa dah uruskan. Ni kan hotel papa"

Ariffin menyerahkan kad akses kepada Kayden. Tak menunggu lama, Kayden membawa Natasha kabur dari situ. Tiba di hadapan pintu lif, punat ditekan. Mereka berdua menapak masuk ke dalam lif. Butang nombor 8 ditekan.

Berperang dengan emosi dan gelora, Kayden tarik Natasha rapat ke sisi. Bibir Natasha ditindih dengan ghairah. Tak menyempat, Natasha balas juga. Keduanya kian ghairah bercumbuan.

Kayden sedaya-upaya melawan gelora itu namun dia tak berdaya. Apa sudah jadi pada dia dan Natasha?

Share this novel

Norzilawati
2025-07-29 12:26:23 

jeng2…


NovelPlus Premium

The best ads free experience