SEGALA bukti berupa gambar dan video yang ditunjukkan oleh Marisa sebentar tadi masih segar dalam ingatannya. Air matanya mengalir saat melihat kesengsaraan Nilam diseksa dan dipasung. Telinganya sakit mendengar raungan dan jeritan Nilam yang meminta tolong. Seakan ingin dia terbang ke sisi Nilam untuk membantu wanita itu. Namun apakan daya, dia tak punya kuasa magis itu.
"Kalau kau nak video dan gambar ni, kau kena tunaikan permintaan aku! Kalau tak, kau lupakan saja bukti ni"
Tubir mata Natasha bergenang. Lidahnya kelu. Tubuhnya kaku. Apa yang harus dilakukannya? Perasaannya pada Kayden sudah mula bercambah. Kini Marisa pula datang meminta sesuatu yang sangat sulit untuk ditunaikan.
"Kau boleh ambik seberapa banyak masa yang kau nak. Tapi kau kena ingat satu perkara. Aku pun takde banyak masa nak tunggu. Come onlah Tasha! Kau tak cintakan Kayden. Lagipun kau jugak yang usulkan penceraian ni. Kenapa sekarang nampak macam berbelah bagi? Ke kau dah jatuh cinta pada Kayden?"
Natasha membatukan diri. Hatinya sedang berperang dengan akal. Akal kata ini, hati pula mendesak itu! Bagaimana harus dia menyelesaikan semua ini? Dia tidak boleh lemah. Namun kekuatan yang dia punya sudah lesap bersama bukti-bukti yang ada dalam tangan Marisa.
"Kau...." Marisa menatap wajah itu penuh minat. "Jatuh cinta pada Kayden?"
Mendengarkan itu, air mata Natasha semakin laju mengalir. Dia tidak sanggup memilih. Kerana kedua-duanya sangat penting baginya!
"Fine! Semakin kau sukakan Kayden, semakin puaslah hati aku nak permainkan kau! So think wisely! Sebab pilihan kat tangan kau. Dan pilihan tu akan tentukan hidup mati kau"
Marisa berlalu pergi meninggalkan Natasha yang sudah mati akal itu. Dia meraung sekuat hati. Barang-barang di atas meja habis dicampakkan ke lantai.
Jeritan Nilam mulai bergema di setiap sudut. Mama!!!
"BIK, mana Kayden?"
Bik Ros menoleh. Wajah sembam Natasha ditatap. "Kenapa wajahnya puan?"
"Takde apa-apa. Kayden mana bik?"
"Tuan belum pulang dari tadi puan. Kayaknya sih emang nggak pulang. Karna tadi Emir bilang hanya masak buat puan"
Natasha mengeluh. Kayden seakan mempermainkannya. Tadi suruh dia siap-siap untuk keluar makan tengah hari. Dia menunggu sehingga hampir larut malam. Bodohnya dia mempercayai lelaki itu! Pasti Kayden sekarang sedang bersenang-lenang dengan perempuan simpanannya.
"Takpelah bik. Terima kasih" Natasha ukir senyuman nipis. Langkah diatur menaiki anak tangga.
"Ya puan. Err puan..."
Natasha mematikan langkah. Dia menoleh kembali ke arah Bik Ros. Keningnya terangkat. "Ya bik?"
"Anu puan..ini..ada berkas yang bik ketemu di luar pagar. Bik nggak tau punya siapa. Tapi kayaknya punya puan. Karna ada nama puan di situ"
Bik Ros menyerahkan sebuah sampul besar berwarna coklat kepada Natasha. Terpampang besar nama Natasha di situ.
"Bila bibik jumpa ni?"
"Tadi siang puan.."
"Okey, terima kasih bik!"
GAMBAR-GAMBAR tersebut dicampakkan ke atas lantai. Perasaannya terkilan dan terluka melihat kemesraan Kayden bersama Hannah. Bibir Natasha menyenget dengan senyuman. Penumbuk digenggam.
"Arghh! Dasar lelaki tak guna. Tak sepatutnya aku jatuh cinta pada kau! Penipu! Pengkhianat! Dasar lelaki hidung belang!!"
Natasha teresak-esak di atas ranjang. Pedihnya rasa hati, hanya Allah saja yang tahu! Satu demi satu dugaan datang. Kenapa dia harus diuji dengan cara begitu?
Itukah alasan kenapa Kayden memungkiri janji kepadanya tadi? Dia macam orang bodoh menunggu dan terus menanti Kayden menjemputnya. Tak seharusnya dia mempercayai kata-kata manis dan gurau senda lelaki itu.
Itu baru satu perempuan. Jika beribu perempuan, bagaimana agaknya dia menghadapi mereka? Entah apa yang dilakukan Kayden bersama perempuan-perempuan tersebut. Hatinya menjerit-jerit ingin mengetahuinya tetapi dalam masa yang sama, dia tak mampu untuk berdepan dengan kebenaran dan membiarkan hatinya terluka.
Derap kaki diatur menuju ke ruang kerja. Dokumen penceraian dikeluarkan dari dalam laci. Dibelek-belek isi dalamnya. Ada tandatangan Kayden di situ.
Natasha mengeluh panjang. Dia tak boleh melengahkan masa lagi. Kematian Nilam harus diadili. Nombor Marisa didail. Tak lama, Marisa sudah menjawab panggilannya.
"Hantar bukti pada aku"
SETELAH selesai berbicara, Marisa mematikan panggilan. Dia tersenyum puas kerana dia sudah menang. Kali ini, Natasha tunduk lagi dalam permainannya.
Bukti-bukti tadi telah disimpan rapi. Dia akan mengirimkannya kepada Natasha esok hari. Dia teringat akan bukti tersebut ketika secara tak sengaja menguping perbualan antara Ariffin dan Miranda.
Demi bukti tersebut, dia sanggup mengupah orang untuk mencarinya. Hampir lima bulan bersabar, akhirnya bukti tersebut telah lengkap tiba di hadapan matanya. Ariffin dan Miranda sama sekali tidak mengetahui akan perkara itu.
Untuk rancangannya kali ini, dia tak mahu melibatkan Ariffin dan Miranda. Risau pula nanti akan kacau-bilau. Bukan dia tidak tahu sikap mereka berdua itu.
Yang penting, dia akan dapat memiliki Kayden selepas ini. Dia dan Natasha sudah membuat perjanjian. Natasha harus setuju melepaskan Kayden dan pergi jauh dari kehidupan mereka. Dan bukti tersebut sebagai tukarannya.
Mudah sekali membeli jiwa Natasha yang sekian lama sudah rapuh itu. Kekuatannya hanya satu. Nilam! Tak disangka, jalannya dipermudahkan sebegitu saja tanpa ada usaha yang berat-berat.
Marisa mengukir senyum sinis. Aku akan pastikan kau tewas kali ni Tasha!
PAGI ITU, Kayden menerima surat peguam daripada Natasha yang sudah tersedia di atas meja ofisnya. Bergetar-getar tangannya membaca kandungan surat tersebut. Matanya kemerahan. Hatinya tersayat luka. Natasha ingin meleraikan hubungan halal mereka.
Dia terduduk di atas kerusi. Tubir matanya pecah. Esakannya jelas kedengaran. Kenapa harus berakhir seperti ini? Kenapa Natasha keras hati dan tidak mahu berbincang lagi dengannya?
Fikirnya, Natasha sudah melupakan hal penceraian itu. Rupa-rupanya dia silap. Terus, kenapa menggodanya selama ini?
Semalam dia tidak pulang ke rumah kerana ada hal mustahak yang harus diuruskan. Pagi tadi, dia pulang dan tidak bertembung dengan Natasha. Menurut Bik Ros, Natasha sudah awal-awal lagi keluar dan tidak memaklumkan apa-apa kepadanya. Dia baru saja berniat mahu menjelaskan segala-galanya kepada Natasha.
Nombor Natasha didail. Tiada balasan. Dia mencuba lagi. Dan hasilnya tetap sama. Kayden hilang sabar. Mana dia pergi?!
Kali ini, dia menghantar pesanan pula.
'where have you been?'
Dihantar! Bluetick! Kayden menunggu penuh sabar. Namun tiada tanda Natasha akan membalas. Dia mencuba lagi.
'jgn cari psal dgn I. mana you? we need to talk!'
Bluetick juga! Namun Natasha tetap tak membalas. Kayden semakin hilang sabar.
Pintu bilik diketuk. Zarina, setiausahanya masuk dengan senyuman di wajah.
"Bos, hari ni ada meeting dengan Encik Gilang dari Indonesia"
"Call it off!"
"Tapi bos..."
Zarina mematikan bicara tatkala Kayden menjeling tajam. Seolah mengerti dengan maksud jelingan itu, Zarina bergegas keluar.
'i tanya sekali lagi! where are you? i cari you sampai dpt. if i found you, you have nowhere to run!'
Dihantar!
Kayden mundar-mandir di hadapan meja. Apa sudah jadi? Mungkinkah gara-gara kejadian semalam?
"Emir, ikut aku!"
NATASHA terkejut menerima kehadiran lelaki itu di cafe. Rasa-rasanya dia sudah menyorok sebaik mungkin. Tetapi tetap juga ketemu.
Tanpa dipelawa, Daniel menarik kerusi lalu duduk di situ. Wajah tenang Natasha ditatap. Kemudian, dia menggamit seorang pelayan untuk mengambil pesanannya. Usai memesan minuman, dia kembali merenung wajah Natasha.
"Sorry about that night!" ucap Daniel dengan tulus.
Natasha mencebikkan bibir. Dia sudah bosan dengan kata maaf dari seorang lelaki.
"I tahu you marah. Tapi takkan you tak nak maafkan I? Husband you dah kerjakan I cukup-cukup. Nasib baiklah I masih sempurna anggota badan.."
"Mana you tahu I kat sini?" Natasha potong bicara Daniel.
"Well, secara tak sengaja je I nampak you masuk dalam ni. First time kat sini?"
Natasha angguk. Nak berbicara pun dia tak punya idea. Entahlah! Perasaan dia sedang kacau-bilau saat ini.
"Nak pergi tempat hari tu?" soal Daniel dengan senyuman nakalnya.
"Hmmm" Natasha menggumam. Tubuh disandar pada badan kerusi sambil tangannya disilang ke dada.
"Tak serik lagi ke? Nak kena dengan husband I lagi?"
"Kalau you tak bagitahu dia, manalah dia nak tahu! We keep this as a secret"
"Kalau I ikut you, apa jaminan yang I akan terhibur?"
"You akan lupakan segala-galanya. Pasal husband you, pasal masalah you..Everything!"
"Kalau I masih tak mampu nak lupakan jugak?"
Kening Daniel terangkat. Senyuman sinis terukir di wajah.
"There's one solution! Hook up!"
Natasha melemparkan senyuman sinis.
"What do you mean by that? Hook up has a lot of meaning! Connecting, installing, joining or..."
"Or..." Daniel mendekatkan jaraknya. "You know what I meant!" Dia bisik ke telinga Natasha. Senyuman nakal mula menghiasi wajah.
"Tasha!!!"
"SINI, ikut I!" Tangan Natasha ditarik. Wajahnya menyeringa. Dia macam orang gila mencari isterinya. Alih-alih, sang isteri pula bercengkerama dengan lelaki lain. Sungguh dia tak boleh terima itu!
"Emir, uruskan dia!"
Daniel menelan liur. Habislah dia! Dia berusaha untuk melawan namun Emir lebih tangkas. Cafe itu tidak banyak pengunjung waktu itu. Jadi senang sikit dia nak buat kerjanya.
Natasha ditarik sehingga ke dalam kereta. Kayden duduk di sisi. Dia menatap riak selamba itu. Panas benar hatinya melihat tingkah Natasha dengan Daniel tadi.
Demi membalas rasa sakitnya, bibir itu ditindih dengan ghairah. Natasha meronta-ronta namun Kayden lebih cepat mengunci tangannya. Tak cukup dengan itu, batang leher Natasha tempat dia melampiaskan nafsunya. Punggung Natasha diraba sehingga naik ke bahagian atas.
Kerjanya jadi lebih mudah apabila Natasha tak lagi melawannya. Baju Natasha diselak sedikit. Dia tinggalkan kesan gigitan di bahu dan leher isterinya.
"Puas?" soal Natasha setelah Kayden melepaskannya. Air matanya turut sama berlinang.
Kayden senyap. Wajah diraup kasar. Dia tak mampu mengawal cemburu dan obsesnya pada Natasha.
"Kenapa you jumpa dia?"
"Kenapa I tak boleh jumpa dia? Kalau semalam you sendiri habiskan masa dengan perempuan simpanan you!"
Kayden menoleh. Tatapan Natasha sukar dimengerti.
"What do you mean?"
"Tak payah buat bodoh! I benci orang tipu I! I benci you!!"
Kayden mendengus. Gara-gara itukah Natasha tega untuk berpisah darinya?
"I dah koyak surat peguam tu. I dah cakap banyak kali, I takkan ceraikan you! You hantar beribu surat lawyer tu pun I tetap dengan keputusan I!"
"I nak bercerai!! Jangan desak I lagi"
Kayden diam. Dia bukan mendesak. Dia cintakan Natasha. Itu saja jawapannya. Itu saja alasannya. Takkan semudah itu Natasha melarikan diri daripadanya.
"I tak jumpa sesiapa pun semalam. I ada hal yang kena diuruskan. I lupa nak bagitahu you.."
Natasha membuang pandang ke luar jendela. Meskipun cermin itu gelap, namun masih ada samar-samar cahaya dan bayangan yang terlihat. Dia jadi sedih apabila mengingati kembali gambar tersebut. Bencinya!
"You maksudkan ni?"
Kayden tunjuk gambar mesranya bersama Hannah. Natasha mengerut dahi. Mana dia jumpa gambar tu? Rasanya dia dah buang semua gambar tersebut.
"I jumpa gambar ni kat hujung katil. Ada terselit dua keping gambar kat sana. Semudahnya kan you percaya gambar ni?"
Natasha diam. Takkanlah edit? Sudah jelas itu Kayden.
"Ni gambar lama I masa dengan Hannah dulu. Tujuan I cuma nak buat you jealous. Tapi I lupa nak print out gambar ni. Tak sangka Hannah pula buat semua tu. I'm sorry!"
Tangan Natasha diraih. Namun dengan cepat Natasha menepis.
"You marahlah kalau itu boleh buat you tenang. I tahu silap I. I betul-betul menyesal. Tapi please, jangan buat I berpisah dari you"
Natasha masih diam. Untuk apa dia terus bertahan? Kayden tak pernah meluahkan rasa cinta kepadanya. Dan dia pula, mulai sangsi dengan perasaannya terhadap lelaki itu. Lagipula, dia sudah terlanjur berjanji pada Marisa demi mendapatkan bukti itu.
"I akan tolong you pasal kematian mama you"
Kali ini, Natasha tak mampu menahan sebak. Pecah jua tangisannya.
"Kalau bukti tu you perlukan tapi you kena berpisah dari I, I have better idea!"
Natasha bungkam. Kata-kata Kayden dicerna sebaik mungkin. Masakan Kayden tahu mengenai perjanjiannya dengan Marisa?
"I know everything. I was there.."
Share this novel