TENGAH MALAM itu, Kayden dengar suara Natasha merintih. Mata yang berat dipaksanya juga untuk dibuka. Dia berpaling ke sisi. Kaget dia melihat Natasha yang berkeringat dan bibirnya pucat. Air-conditioner di dinding dikerling sekilas. Suhu 16°C tertera di situ.
Belakang telapak tangannya menyentuh dahi Natasha. Panas! Kemudian dia beralih pula ke arah batang leher isterinya. Rasa panas juga berkumpul di situ.
"Sayang..." Kayden memanggil isterinya. Natasha tak membuka mata. Hanya menyahut dengan suara yang lemah.
"You demam ni" ujar Kayden menyuarakan kekhuatirannya. Agaknya mereka lama bermain dalam hujan petang semalam.
Badan Natasha menggigil kesejukan. Bibirnya bergetar menahan suhu di badan.
"Kay, I sejuk!" kata Natasha dengan suara yang serak.
Mendengarkan itu, Kayden pantas menurunkan suhu air-conditioner. Dia turun ke dapur dan mengambil bekas. Diisi air di dalam bekas tersebut. Kain bersih di dalam almari juga turut diambil. Kemudian dia kembali ke bilik.
Tubuh Natasha yang berpeluh dilap perlahan. Kain basah diletakkan di atas dahinya.
"Kay, I rasa sejuk!" rintih Natasha dengan suara lemah. Kini baru matanya terbuka sedikit.
Rintihan Natasha bikin hati Kayden meruntun. Suis air-conditioner ditutup. Langsir di jendela diselak habis. Sengaja dia membiarkan angin malam masuk menerombos ke dalam ruang kamar tidur mereka.
"You nak pergi mana Kay?"
Lengan Kayden ditarik lemah saat anak matanya menangkap langkah Kayden ke luar.
"Temankan I. I takut" lirih suara Natasha membuatkan langkah Kayden terhenti. Katil dipanjat lantas dia duduk di sisi Natasha.
"Okey, I temankan you. Tapi apa yang you takutkan?"
Tangan Natasha diraih.
"Miranda...dia nak kurung I!"
"Tasha..." Kayden mengerut dahi. Trauma Natasha kembali menjengah. "Takde mama tiri you kat sini!"
Natasha menggeleng kepala. Meskipun badannya lemah, namun bayangan kenangan silam belum mampu diusir. Dia ketakutan dengan badan kuat menggigil.
"Kay, sejuk!" rintih Natasha lagi.
Kayden tak punya pilihan. Dia lantas membuka bajunya lalu menanggalkan baju Natasha pula.
"Kay, apa you buat ni?"
Dengan tenaga yang masih tersisa, ditolaknya perlahan tangan Kayden yang sudah berjaya melepaskan pakaiannya. Kini hanya pakaian dalamnya saja yang tersisa.
"Jangan menolak. I nak panaskan badan you" tingkah Kayden dengan mengunci tangan isterinya. Tubuhnya berbaring di atas ranjang. Lalu, dia menarik tubuh Natasha dan memeluk erat tubuh itu.
"Kay..." seru Natasha dengan suara meleret.
"Hmm?" gumam Kayden. Belakang Natasha ditepuk lembut.
"I rasa hangat" bagitahu Natasha. Bersatu dengan tubuh kekar Kayden bikin dia selesa dan terasa hangat. Ternyata kehangatan dari badan Kayden mampu dipindahkan ke atasnya.
"I know" bisik Kayden ke cuping telinga isterinya. Comforter yang menutupi tubuh keduanya diperbetulkan lagi.
"Kay..." panggil Natasha lagi.
Kali ini, Kayden senyum. Dia suka benar dipanggil oleh Natasha seperti itu.
"Kenapa sayang? You want something?"
"I mintak maaf"
Dengan mata yang kembali terpejam, Natasha mengungkapkan itu.
Sebelah kening Kayden tergantung. "Kenapa? You tak buat salah pun pada I"
"You masuk dalam keluarga I yang dah susahkan you..."
"Susah? I don't think so!" akui Kayden dengan riak aneh. Bicara Natasha kedengaran semacam.
"Papa I... ada...bisnes.. kotor!" Satu-persatu ayat itu diungkapkan.
Kayden tersentak. Bisnes kotor? Illegal business? Apa maksud Natasha?
"Nanti..papa akan...susahkan...you.." Serentak itu, bibir itu senyap.
"Sayang.." Pipi Natasha dielus lembut. Dia nak tahu lagi namun Natasha sudah terlelap di dalam dakapannya. Sudahnya, dia mengalah saja dan akan berusaha menyiasat sendiri perkara ini. Kenapa bisnes kotor Ariffin yang dimaksudkan oleh isterinya mempunyai kaitan dengannya?
KEPALA yang masih terasa berat diangkat perlahan. Matanya berpinar-pinar memandang ke atas siling. Angin yang meniup lembut memasuki ruang kamar menyamankannya. Dari baring, Natasha kini duduk bersandar di kepala katil. Dia bersendirian di situ. Tiada kelibat Kayden yang kelihatan. Dirinya juga sudah lengkap berpakaian. Pagi tadi, dia dapat melihat samar-samar bayangan Kayden menyarungkan baju ke tubuhnya.
Natasha mengeluh. Dalam keluhan, terbit sebuah senyuman di wajahnya. Lena sungguh dia tidur di dalam dakapan Kayden semalam. Entah jam berapa suaminya tersedar.
Pintu kamar terkuak. Terpancul wajah Kayden di situ sambil membawa semangkuk bubur dan air kosong.
"Morning.." ucap Kayden dengan senyuman terukir.
"Morning too" sahut Natasha dengan suara yang lemah.
"I masak bubur" Kayden sudah duduk di hadapan Natasha. Air kosong diletakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katil.
"You cooked?" tanya Natasha dengan mempamerkan riak kurang percaya.
Kayden angguk. Ditiup perlahan bubur tersebut sebelum disuap kepada isterinya.
"I nak minum air dulu" rengek Natasha.
Air kosong digapai lantas diberikan kepada Natasha. Dengan perlahan, Natasha meneguk air kosong itu.
"Nak.." Natasha menganga mulut. Kayden suapkan bubur.
Tekak yang terasa kembang mulai berselera dengan bau bubur nasi itu. Memang sedap! Air tangan Kayden memang tak mengecewakan.
"Sedap?" tanya Kayden.
"Entah! I makan sebab I lapar" Natasha mengelak soalan tersebut. Padahal dalam hati dia memuji masakan suaminya.
Kayden tertawa kecil. Sedap atau tidak, yang penting Natasha berselera menikmati air tangannya.
Sekejap saja, bubur tersebut sudah habis dimakan. Natasha ketap bibir.
"Kenapa?" tanya Kayden setelah melihat reaksi semacam isterinya itu.
"Nak lagi..." rengek Natasha manja.
Kayden gelak. Natasha nampak manja ketika sedang sakit.
"I turun bawah kejap. Ambik bubur lagi. But, make sure after this, you take medicine okay?"
Natasha angguk bak anak kecil. Dengan rasa yang lemah dan tidak berdaya itu, dia hanya mampu menurut saja.
"AMIRA!!"
Suara keras itu memanggilnya dari jarak jauh. Tak mahu mempedulikan, laju saja dia bawa langkah. Dia rimas asyik diganggu oleh Marisa. Semenjak Natasha 'hilang', Marisa tak berhenti mengganggunya.
"Amira!" Pintu kereta ditutup kembali. Amira mati akal. Untuk mengelak, dia sudah tak punya cara. Terpaksalah dia berhadapan dengan gadis itu.
"Apa?" Amira acuh tak acuh.
"Aku panggil kau kan? Apasal tak dengar?"
"Aku nak cepatlah!" Amira mencipta alasan. "Haa apa hal?!"
"Tasha tak balik lagi ke?"
Riak mendung itu ditatap. Bibirnya mengeluh. Nak aku cakap Jepun ke baru dia faham?!
"Natasha masih belum balik. Kau nak aku buat apa?"
Terdengar keluhan panjang dari bibir itu. Sudahlah Natasha sangat sukar untuk dihubungi. Hilangnya pula seolah tiada jejak.
"Bila dia balik?"
Amira menjongket bahu. Pintu kereta dibuka kembali. Habis segala barangnya dicampakkan dengan kasar ke dalam kereta. Saja nak tunjuk protes!
Tertelan air liur Marisa melihat tingkah gadis itu. Ditambah lagi dengan wajah masamnya yang sengaja ditayangkan itu.
"Kau kenapa?" Bergetar-getar suara Marisa. Takut juga jikalau secara tiba-tiba Amira mengamuk di situ.
"Aku nak cepat! Barang ni pulak buat hal. Aku marahlah! Camtu jelah cara nak lepas geram dekat sesiapa yang buat mood aku melayang hari ni!"
Sekali lagi, dia menelan liur. Wajah keruh kemerahan Amira ditatap. Boleh tahan jugak baran dia ni!
"Kau...ni aku nak pesan satu benda! Selagi kau tak nampak bayang Tasha, selagi tu lah dia belum balik. Dan kalau dia balik sekalipun, engkau takkan jadi orang pertama di muka bumi ni yang dia akan jumpa! Faham?! Dan lagi satu, kalau kau rindu sangat dengan kakak tiri kau tu, apa kata kau letak CCTV kat halaman rumah aku? Senang kau nak tahu kedatangan dia!"
Amira masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dihempas dengan sangat kuat menyebabkan Marisa tersentak.
"And one more thing! Leave me alone!" pesan Amira sebelum berlalu meninggalkan Marisa yang kebisuan di situ.
DI DALAM kereta, Marisa menjerit sepuas hati. Hatinya panas. Jiwanya menggeledak. Perasaannya kucar-kacir. Wajah mengejek Natasha terbias dalam tatapan. Dia geram dan benci. Fikirnya dia dapat mengorek sebarang rahsia daripada Amira. Namun gadis itu terlalu bijak menyimpan rahsia. Dia yakin, Amira pasti tahu sesuatu.
Macam mana dia nak menjejaki Natasha? Dia yakin kehilangan bahan bukti tersebut ada kaitannya dengan Natasha. Pasti Natasha mengupah seseorang untuk merampas bukti tersebut daripadanya. Mampuslah dia kalau Ariffin mengetahui soal ini!
Sejak dari perbualan mereka tempoh hari, hatinya mula tak senang. Tidurnya tak lena. Sehinggakan dia terbawa-bawa wajah bengis Ariffin ke dalam mimpi. Ngeri pula apabila membayangkan perkara itu berlaku.
Dia sedar, dia sudah tidak selamat sejak bukti itu hilang. Sampai kapan dia harus berpura-pura di hadapan Ariffin? Kebimbangannya kian menebal sejak Miranda seolah dapat menghidu perbuatannya. Haruskah dia berterus-terang? Dia takut! Ariffin dan Miranda adalah mimpi ngerinya.
"Apa aku nak buat ni?"
Marisa menggigit jarinya sendiri. Sudah menjadi tabiatnya, jika resah atau ketakutan, dia akan menggigit jarinya sendiri sebagai cara untuk bertenang.
Kini, dia juga dapat merasakan dia sering diperhatikan oleh seseorang. Cuma dia saja yang belum pasti gerangan orang itu. Mungkinkah ini salah satu akalnya Ariffin?
Panggilan telefon menyentakkannya. Bergetar tangannya menggapai telefon di dalam beg. Takut benar dia menerima sebarang panggilan telefon. Namun melihat nama yang tertera, dia ukir senyum. Si dia yang kaya-raya!
"Yes darling? Ke mana? Tempat you? As usual?"
Marisa mematikan telefon. Panggilan daripada si dia menghiburkan hati. Mereka berjanji akan bertemu di tempat biasa sementelah isteri lelaki itu kini sedang bercuti di luar negara.
Seperti biasa, dia harus tampil anggun dan seksi agar dapat memuaskan hati lelaki itu. Sudah dua bulan tubuhnya tidak dibelai oleh sang pujaan. Kali ini, dia harus tampil lebih seksi agar mampu menggiurkan lelaki itu. Sebagai balasan, dia inginkan sesuatu daripada si dia!
"KAY, I okeylah!" ujar Natasha tatkala telapak tangan Kayden menyentuh dahinya. Sejak dia sakit, Kayden tak habis-habis memeriksa suhu badannya.
Bimbang benar suaminya itu. Setiap jam, dia sentiasa mengingatkan Natasha untuk makan ubat. Dia dah seperti anak kecil saja.
"Badan you masih hangat!" ujar Kayden setelah memeriksa suhu isterinya. Langkahnya diatur namun segera dihalang oleh Natasha.
"Temankan I!"
Kayden akur. Melihat bahagian tubuh Natasha yang sedikit terdedah, dia pandang tempat lain. Risau pula sekiranya dia tak mampu mengawal gelora itu. Dia tak mahu mengambil kesempatan dengan sakit yang menimpa Natasha sekarang. Meskipun Natasha seakan memberi ruang kepadanya, namun itu bukan alasan untuk dia berbuat semahunya.
Natasha beri sedikit ruang untuk Kayden berbaring di atas buaian itu.
"You kan sakit? You need more space..nanti you tak selesa"
"Naik jelah! You memang tunggu I buat camni kan?"
Melihat kedegilan Natasha, tak berani Kayden nak membantah. Laju saja dia berbaring di sisi isterinya.
Peluang itu diambil oleh Natasha untuk baring dekat dengan suaminya. Pinggang Kayden didakap. Selesanya! Dia suka berada dekat seperti itu dengan Kayden. Tubuh kekar Kayden tempat ternyamannya.
"Kenapa tak rehat dalam bilik?" Dahi Natasha tempat bibirnya singgah. Belakang Natasha dia tepuk perlahan.
"I lebih suka kat sini! Tengok laut, sekumpulan bangau dan burung saling berlumba cari makanan.."
"Apa yang best?" Sengaja Kayden menguji.
"Tengok laut, tengok keindahan alam buat I sedar tentang kebesaran Allah. Redupnya cuaca membawa angin yang mampu menyamankan sesiapa. Kadang-kadang, I tengok pokok dan gunung seakan sujud padaNya.."
"Allah Maha Bijaksana! Dia cipta alam yang sangat luas. Bahkan keluasan alam tak mampu nak dibandingkan dengan apa-apa objek di muka bumi ni" sampuk Kayden pula.
Natasha angguk. Bersetuju dengan bicara suaminya. Dalam pada itu, ralit matanya melihat ada beberapa ekor bangau sedang berdiri di atas air, barangkali menunggu ikan timbul.
"You suka bangau?" tanya Kayden.
Laju isterinya mengangguk.
"Any reason?"
"No reason! Rasanya mungkin sebab dia cantik"
"Cantik tak kekal lama"
"I tahu. Tapi cantik itu kan subjektif. Macam you tengok perempuan cantik. Mesti mata you lekat je kan?"
"Tapi perempuan cantik yang I tengok cuma you.."
Natasha memanggung kepala. Wajah serius Kayden ditatap. Tak berkelip mata itu memandangnya.
"So you nak kata, I cantik?"
Kayden angguk. "Sangat cantik!"
"Tapi cantik kan tak kekal lama" tempelak Natasha dengan ayat Kayden yang barusan.
"Cantik memang tak kekal lama. Yang penting, dalaman tu yang kekal.."
Bicara Kayden mematahkan bicara Natasha. Bibirnya hanya mampu mengukir senyuman.
"I sayang you.."
Tersentak Natasha mendengar pengakuan Kayden. Apatah lagi wajah itu juga tampak serius. Tiada aura bergurau.
"I cintakan you.."
Sekali lagi, Natasha tersentak. Kayden cintakan dia? Dia tak pernah menyangka lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya. Fikirnya, Kayden hanya kasihankan dirinya.
Kayden mengaku dengan penuh yakin. Dia tak mahu berselindung lagi. Biarlah Natasha menolaknya sekalipun, dia tetap setia dengan perasaannya.
"I perlukan you.." Suara Kayden kedengaran sayu. Betapa dia perlukan Natasha di dalam hidupnya.
Bicara Kayden buat Natasha hilang kata-kata. Dia tak bersedia untuk itu. Bagaimana bisa dia merespon? Kayden penuh misteri dan sangat nakal!
"Kita bina hidup baru nak?"
Share this novel