DARI tadi, Hidayah asyik dengan surat tawaran tersebut. Seakan tak percaya, hampir tujuh tahun mencuba nasib, baru kini usahanya membuahkan hasil. Gembira? Tak usah ditanya lagi!
Masalahnya kini cuma kewangan saja. Namun tidak mengapa. Akan diusahakan sebaik mungkin demi mencapai cita-citanya. Dia yakin, dengan berbekalkan semangat dan keazaman, dia akan berjaya menggenggam segulung ijazah dan membanggakan keluarganya.
"Dayah.." panggil Tokma yang duduk di atas kerusi. Hidayah yang sedang duduk di kerusi meja makan segera menoleh. Senyumannya mati tatkala terpandangkan wajah Natasha di sisi Kayden yang sedang menonton televisyen.
"Sini kejap cu.." Tokma menggamit.
Mahu tidak mahu, Hidayah menurut. Dia duduk di sebelah Tokma, tepat di hadapan Natasha. Melihat kemesraan keduanya, dia pamer wajah mual.
"Tokma tahu kau nak sangat sambung belajar kan? Surat pun dapat.."
Hidayah angguk. "Ye Tokma. Dayah nak sangat sambung belajar"
"Bila daftar tu?"
"Lagi sebulan Tokma.."
"Ohh.." Tokma membulatkan mulut. Buku bank dikeluarkan daripada kocek bajunya. Kemudian diserahkan kepada Hidayah.
"Apa ni Tokma?"
Berkerut dahi Hidayah menerima buku bank tersebut.
"Ni simpanan Tokma selama ni untuk kau. Tokma sengaja rahsiakan daripada kau sebab tak nak kau rasa kurang selesa. Tokma simpan duit ni dari kau kecik lagi. Nilah masanya, saat yang kau perlukan duit ni"
Hidayah membuka buku bank tersebut. Dia terkejut melihat jumlah di dalam buku tersebut.
"Tokma...banyak ni.."
Ada RM350,000 di dalam simpanan itu. Sungguh dia tak menyangka Tokma sanggup menyimpan untuk masa depannya.
"Dayah tak boleh terima ni! Banyak sangat ni Tokma"
"Ni duit kamu. Hak kamu. Tokma ni cuma pengantara je. Kamu gunalah duit ni sebaik mungkin untuk pelajaran dan masa depan kamu. Jangan salah guna" ujar Tokma, sekaligus menyelitkan secebis nasihat.
Mata Hidayah sudah berair. Terlalu besar pengorbanan Tokma terhadap dirinya. Membesarkan dia seperti cucu sendiri dan menjaganya sehingga ke saat ini. Sungguh, tidak mampu dia nak membalas segala jasa dan ihsan Tokma terhadapnya.
"Tokma..." Tubuh Tokma lantas didakap erat. Rupa-rupanya dia salah menilai Tokma. Seperhatian apapun Tokma terhadap Natasha, dia masih lagi menjadi keutamaan wanita itu.
"Lepas ni, kalau perlukan apa-apa pertolongan pasal pelajaran, boleh refer kat Tasha. Best student ni" ujar Kayden pula. Dari tadi dia dan Natasha memerhati momen indah itu.
Hidayah tidak menyahut. Kalau berkaitan dengan Natasha, dia tidak mahu ambil tahu.
"Alaa mana ada best student! Biasa je. Tapi Dayah kan pandai? Sebab tu azam dia kuat nak sambung belajar.." ujar Natasha juga, tanpa sedar memuji kepandaian gadis itu. Mana tidaknya, setiap pelosok rumah terdapat pingat dan piala milik Hidayah. Jadi dia yakin, Hidayah sangat bijak orangnya.
"Yelah! Yelah! Memang tak boleh nak kalah kalau berdebat dengan dia!" usik Kayden seraya mencuit hidung mancung milik isterinya.
Hidayah mendongkol geram. Dalam dia bahagia menyambut berita itu, Natasha pula tumpang sekaki tunjuk kemesraan. Haihh mendidih rasa hatinya! Benci, sungguh dia benci!!
"NANTI kalau Dayah pergi KL, mesti sunyi rumah ni kan bang?"
Natasha menepuk-nepuk bantal sebelum berbaring di atas tilam. Kayden melepaskan bajunya lantas menyertai Natasha.
"Yelah, dah Dayah je cucu kesayangan dorang! Sunyi, lepas tu mesti dorang sedih" ujar Kayden. Tubuh Natasha ditarik mendekatinya. Rambut panjang Natasha dihidu. Wanginya!
"Tak boleh ke kalau kita duduk sini selamanya?" saran Natasha. Duduk di kampung bikin dia ketagih dengan suasananya. Dia sudah bosan menjadi warga bandar.
Mendengar bicara itu, Kayden tersentak. Benarkah apa yang didengarinya itu?
"Kenapa tiba-tiba nak duduk kampung? Tak nak jadi orang bandar lagi? Kalau duduk sini, sayang tahan ke nak hadap Dayah? Sayang kan tak sekepala dengan dia"
Itu juga yang merisaukan Kayden sebenarnya. Buatnya Natasha dan Hidayah tiba-tiba berperang, tak ke naya mereka?
"Tak naklah! Tasha rasa aman dan damai kat sini. Seronok! Tasha tak pernah tahu macam mana jadi orang kampung. Sekarang Tasha rasa seronok, damai, macam sedih pulak kalau nak tinggalkan kampung ni" jelas Natasha.
Omongan Natasha bikin Kayden tersentuh. Lantas pelukannya dieratkan.
"Pasal Dayah tu, takpelah! Tasha masih boleh lagi tahan. Sekurang-kurangnya dia taklah sekejam Marisa dan mama dia tu"
Walaupun Hidayah selalu sinis dan menyakitkan hatinya, asalkan dia tidak seperti Marisa dan Miranda, dia masih boleh bertahan.
Tersenyum Kayden mendengar bicara isterinya. Kagum sebenarnya dengan jiwa kental itu.
"Habis tu macam mana dengan company sayang? They need you. After all, you're a great leader"
Bicara Kayden membuatkan Natasha berpaling. "You're there to save the day!"
Kening Kayden terangkat. "Pardon?"
"Laa abang ni! Tak faham ke? Abang jelah take over company tu. Tak pun, letak under one of your anak syarikat. Or we can make it as joint-venture!"
Wajah serius Natasha ditatap. Hampir nak tergelak pula dia apabila membayangkan syarikat itu di bawah naungannya.
"Sayang, syarikat tu syarikat skincare and beauty. I'm not fixed to it!"
"Ohh.." Natasha berfikir lagi. Bibir digigit.
"Tak pun, Tasha lantik anyone yang qualified but still under my supervise!"
"Hmm, tu cadangan yang baik. Tapi kita kena ke KL uruskan perkara tu"
"Takpe. Nanti kita uruskan"
Kayden angguk. Bibir Natasha ditindih. "Thanks!"
"For?"
"For everything! For believing in me, for loving me.."
Natasha senyum. Seharusnya dialah yang mengungkap kata-kata itu kerana Kaydenlah punca segala kebahagiaannya.
"And thanks for being there.." ucap Natasha pula. Tubuh Kayden didakap erat. Malam itu, mereka tidur berpelukan.
PAGI itu, Amira sudah bersedia menghadapi harinya. Langkah dihayun menuju ke kereta. Pesanan daripada Natasha dibaca. Hampir tidak percaya dia apabila Natasha membuat keputusan untuk terus duduk di kampung. Dia? Ditinggalkan pergi!
Namun siapalah dia nak menilai? Barangkali Natasha rasa aman di sana. Apa yang termampu, dia hanya doakan yang terbaik buat sahabatnya. Jika ada kelapangan, pasti dia akan melawat Natasha di sana.
Semalam juga, bermacam-macam perkara diceritakan kepada Natasha. Termasuklah hal berkaitan Razif! Dan yang mengejutkan, Natasha seakan menyetujui dan merestui jika dia memulakan hubungan baru dengan Razif. Menurut Natasha, Razif sudah lama menaruh perasaan kepadanya. Bahkan sejak dari zaman kampus lagi. Natashalah yang selalu menemani dan mendengar setiap luahan hati Razif. Waktu itu, dia masih bahagia berpacaran dengan Haris. Kehadiran Razif umpama sebutir pasir di lautan luas. Tidak kelihatan, dan sangat halus!
Apabila bercakap soal perasaan, Amira tidak berani memberikan sebarang komentar. Dia terlalu takut dan terluka dengan tindakan Haris yang membiarkannya sendirian. Jika dia memberi peluang kepada Razif, dia bimbang sekiranya perasaannya bakal dilukai lagi.
Amira memuntahkan keluhan. Sejujurnya dia cemburu pada Natasha kerana mampu memiliki seorang lelaki yang tulus mencintainya. Dia hanya mampu berharap moga dia juga dapat merasai kemanisannya suatu hari nanti.
Amira menoleh ke belakang saat merasakan ada seseorang mengekori. Namun kerisauannya berkurangan tatkala tiada sesiapa di sana.
Pintu kereta dibuka. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta.
"Amira.."
Tersentak dia saat satu suara menyeru namanya. Dahinya berkerut. Bibirnya mengeluh berat. Sudah lama lelaki itu tidak muncul dan sepi menghilang diri begitu saja. Kini dia muncul kembali. Namun untuk apa?
"Can we talk?" pinta Haris, separuh merayu.
"BAGI I peluang kedua!" rayu Haris. Riak kasihan dipamerkan. Dulu ketika mereka bergaduh, riak itulah yang sering dipamerkan bagi mengambil hati Amira. Dan umpannya mengena tatkala Amira kalah dengan rayuan.
Wajah Amira membeku. Tangan menyilang ke dada. Sudah beberapa bulan Haris menyepikan diri tanpa khabar berita, hari ini lelaki itu muncul di hadapannya dengan meminta peluang kedua. Huhh! Kenapa mudah sangat bagi Haris melupakan kesalahannya? Atau dia sememangnya sengaja melupakan semua itu?
"You datang selepas beberapa bulan menghilang semata-mata nak mintak peluang kedua?"
Soal Amira, sinis riak dipamerkan. Kali ini, dia tidak akan kalah lagi.
Haris menyepi. Cakaplah apapun, dia tidak akan berganjak selagi Amira tidak memberikan peluang kedua kepadanya.
"I tahu I dah buat salah. I hilangkan diri tanpa khabar berita. I buat you tunggu I. I'm truly sorry for that!" luah Haris, kesal.
"Dahlah Haris!" Amira mengeluh. Dia sudah berputus asa dengan hubungan mereka. Cukuplah sepuluh tahunnya yang tersia begitu saja. Tanpa ada kalimat yang menghalalkan mereka, Haris terus-terusan menguji dan menyeksa perasaannya.
"I penat! I rasa dah cukup untuk kita berhenti. I tak sanggup nak teruskan lagi.."
"Sepuluh tahun kita bersama Amira! Takkan semudahnya you nak buang semua kenangan pasal kita?"
"Iye sepuluh tahun! Tapi sepuluh tahun yang berlalu macam tu saja. You takde usaha nak halalkan I. You takde masa I perlukan you. You menghilang saat I menangis dan rasa sunyi. Sekarang you tanya pasal sepuluh tahun??"
Suara Amira bergetar menahan sebak di dada. Jika bisa menangis, mahu saja dia menangis di situ. Namun air matanya sudah kering.
Bibir Haris mengeluh berat. Ternyata Amira sudah jauh berubah. Kini hati itu amatlah sukar untuk dilenturkan. Dia mengiyakan segala yang diluahkan oleh Amira, namun jauh di sudut hati Amira adalah gadis yang paling dicintai dalam hidupnya. Kesilapan terbesar dia apabila terbiasa mengabaikan hati itu dan membiarkan dia bersendirian menempuh segala duka. Kini Amira sudah terlanjur berdikari tanpa memerlukan dia di sisi. Iya, semua salahnya!
"Amira.."
Tubir mata Haris bergenang. Suaranya bergetar. Sungguh dia tak sanggup kehilangan gadis itu.
"Tak boleh ke bagi I peluang terakhir? I'll prove my words to you"
Amira sinis. Dulu, begitu juga Haris merayunya. Dia saja yang bodoh memberi harapan pada hati sendiri. Alih-alih, Haris membuat onar lagi. Cukup sudah hatinya terluka. Dia serik untuk merasai perkara yang sama.
"You sayangkan I Haris?"
Pertanyaan Amira menyentakkan Haris. Wajah manis itu dipandang. Seraya itu, kepalanya mengangguk.
"More than anything"
"Then please forget me!"
SETELAH selesai membeli segala barangan untuk menyambung pelajarannya, Hidayah kembali ke rumah dengan hati yang riang. Duit yang diserahkan Tokma kepadanya digunakan sebaik mungkin. Hari itu, dia ke pekan ditemani Tokwan dan Opah.
Tiba di ruang tamu, dia lihat Natasha elok saja bersantai di atas kerusi sambil bermain telefon. Hatinya geram melihat tingkah Natasha yang bak permaisuri itu.
"Hishh, panas betullah! Rumah ni dah macam sauna!" Hidayah mula berleter.
Natasha hanya memekakkan telinga. Malas pula dia nak melayan angin kus-kus Hidayah itu.
"Seronok pulak rasanya jadi tuan puteri. Duduk bersantai, tak payah nak buat apa-apa. Nak air, ada orang bawakan. Nak makan, semua orang siapkan. Haiihlah badan! Untung betul ye nasib kau?" sindir Hidayah lagi. Sengaja dia berjalan menghentak kaki dari ruang tamu ke biliknya.
Natasha mendengus. "Hish, ada je yang tak kena!"
"Aku ni, dari pagi sampai ke malam tak habis-habis bersihkan rumah dan kemas apa yang patut. Kita ni sebagai perempuan kena rajinkan diri. Lainlah kalau ada orang gaji. Tapi itulah, ada orang gaji pun tak boleh harap! Berat sangat tulang nak bekerja kalau asyik harapkan orang gaji!"
Bebelan Hidayah kedengaran lagi. Kali ini, sengaja pula dia besarkan volume suaranya. Tak senang duduk Natasha dibuatnya.
"Itulah, dah asal orang bandar nak duduk kampung, tapi bawak perangai malas dan tuan puteri dia tu kat sini! Tak sedar diri langsung! Menumpang buatlah cara menumpang! Tak payah nak jadi tuan puteri sangat! Kalau rasa nak jadi tuan puteri, berambus jelah dari rumah ni!"
Berketar badan Natasha mendengar sindiran demi sindiran itu. Dari duduk, dia kini sudah berdiri dan menghadap Hidayah. Gadis itu fikir dia takut barangkali!
"You sindir I ke?" tanya Natasha.
Hidayah menderu nafasnya dengan kasar. Wajahnya menyeringa. Semacam nak ditelannya saja tampang cantik itu.
"Terasa ke tuan puteri?"
Sengaja Hidayah tekankan perkataan tuan puteri itu.
"Ye, I terasa. Sebab cuma ada kita je kat sini! So of course you are mocking me!" sahut Natasha, menentang tampang itu dengan berani.
"Heyy orang bandar! Kau tak payahlah nak berlagak dengan speaking London kau tu! Sini kampung! Sedar diri sikit!!"
Nafas Natasha sudah tidak teratur. Dia tidak faham punca Hidayah membencinya. Padahal dia langsung tak pernah menyusahkan hidup gadis itu. Justeru apakah kesalahannya?
"Apa yang I buat pada you? You nampak sangat bencikan I"
Hidayah buat tak peduli. Air sejuk dari dalam peti ais dituang ke dalam cawan. Dengan rakusnya dia meneguk air tersebut.
"Dayah! Kita selesaikan hari ni jugak. Cakaplah, apa yang buat you tak puas hati?!" Natasha menarik tangan Hidayah agar menghadapnya.
"Kau nak tahu sangat?"
Natasha menelan liur. Bersediakah dia dengan pengakuan dari gadis itu? Perlahan-lahan dia angguk kepala.
"Sebab kau dah rampas abang Ib dari aku!!"
done ? esok kiki sambung lagi..happy reading guys ☺️?
Share this novel
tq