NOMBOR Natasha didail beberapa kali. Namun panggilannya tak berjawab. Kayden tak berputus asa. Dia mencuba lagi. Namun hasilnya tetap sama. Dia mengeluh panjang.
Tadi setelah dia keluar dari bilik mandi, dia tak nampak lagi bayang-bayang Natasha di situ. Entah hilang ke mana isterinya itu. Dia mencari-cari di sekitar hotel namun tak ketemu. Marah benar ke Natasha kepadanya? Mereka bukannya melakukan dosa atau pun perkara terkutuk. Hubungan mereka halal dan sah. Jadi apa yang berlaku semalam juga adalah halal toyibban!
'mana you pergi? pls pick up ur phone!'
Kayden menghantar pesanan tersebut kepada Natasha. Rambut dikuak perlahan. Terimbau kembali peristiwa semalam, dia masih tertanya-tanya. Kenapa dia dan Natasha bisa berakhir di atas ranjang? Siapakah yang telah melakukan perbuatan itu kepada mereka? Setahu dia, perasaannya rasa kurang enak setelah minum jus semalam. Ada sesuatu ke yang dimasukkan di dalam minuman mereka?
Kayden mengeluh. Dia harus melakukan sesuatu. Dia mesti menyiasat segala perkara ini dan tujuannya.
Telefon bimbitnya berbunyi. Dia melemparkan senyuman tatkala pesanan daripada Natasha diterima.
'i kat ofis. mandi kat sana. one more thing, jgn ganggu i dgn panggilan you bnyk kali. i rimas!'
Kayden tertawa kecil. Lucu apabila mengingat kembali wajah cemberut Natasha.
'baiklah sayang. as you said!'
Dihantar! Nampak gayanya, angin Natasha dalam keadaan baik sahaja. Namun adakah penceraian mereka masih diteruskan? Dia benar-benar tak sanggup kehilangan Natasha apatah lagi setelah Natasha berjaya ditakhluki semalam. Dia mula mengimpikan yang indah-indah di dalam hubungan mereka.
SETELAH meneliti segala dokumen dan menandatanginya, dia mengarahkan stafnya keluar dari bilik. Dia ingin bersendirian dan menenangkan diri. Terlalu banyak yang berlaku semalam. Dia masih tidak menyangka akan perkara itu untuk berlaku. Selama lima tahun ini dia menjaga diri daripada bersama dengan Kayden. Hanya kerana tiada cinta dan sebab yang satu itu. Pelbagai alasan dicipta sehingga pada akhirnya Kayden menyerah lalu mncari hiburan di luar. Dia tahu dia sudah berdosa kerana mengabaikan nafkah yang satu itu. Tetapi sejujurnya dia tidak mahu punya keturunan dari Kayden.
Natasha mengeluh. Perkara yang dielak selama ini telah pun berlaku hanya dalam satu malam! Lantas, apa yang harus dilakukannya? Menghukum dan terus membenci Kayden? Atau membiarkan saja perkara ini berlalu? Meskipun dia marah, kenapa dia masih tidak mampu melupakan kejadian semalam? Bahkan sentuhan dan belaian Kayden masih terasa sehingga ke saat ini.
Natasha menggeleng kepala berkali-kali. Tidak! Kau jangan lemah Natasha! Kau kena kembali ke alam nyata dan berpijak di dunia sebenar. Langkah kaki diatur mendekati cermin besar di hujung sana. Dia memandang pantulan dirinya di dalam cermin.
Tubuh pula berpaling ke arah kiri. Saat itu, matanya tertancap pada bahagian perut. Dia menelan liur. Jika hubungan semalam membuahkan hasil, siapkah dia untuk menghadapinya? Dia benar-benar tidak mahu mengandungkan benih Kayden. Mereka hanya menunggu masa untuk berpisah. Setelah itu, dia akan membawa jalannya sendiri.
Scarf biru bercorak bunga yang terlilit di batang lehernya dilepaskan. Dia sengaja memakai scarf tersebut kerana tidak mahu kesan gigitan itu dilihat oleh sesiapa pun. Bibirnya diketap. Dia marah sekali dengan lelaki itu. Ada empat bekas gigitan yang ditinggalkan di situ. Kulitnya yang putih itu semakin menampakkan kesan yang memerah itu.
Natasha kembali ke arah kerusinya. Serentak itu, dia menghela nafas dalam-dalam. Tubuh disandarkan ke dada kerusi. Arghh! Malas betullah nak berdepan dengan Kayden!
Pintu bilik diketuk. Dia mengarahkan gerangan itu masuk.
"Termenung jauh kawan aku ni!" tegur Amira lantas duduk di hadapan Natasha.
Natasha berdecit. Dia pandang wajah Amira.
"Kau dah breakfast?" tanya Amira dengan senyuman di wajah.
"Belum" Natasha pegang perutnya. Dia kelaparan.
"Breakfast jom! My treat"
"Amboi! Dah jadi orang kaya ke kawan aku ni?"
"Kaya tak kaya! Kalau duit aku tak cukup, pinjam kau"
Natasha mengekek. Hampeh punya perempuan!
"Jom.." Natasha sudah bersedia mahu berangkat namun Amira tiba-tiba menegah.
"Kenapa dengan leher kau tu?"
Natasha lantas menyentuh batang lehernya. Air liur ditelan. Dia lupa untuk mengenakan scarf.
Amira senyum mengejek. Dia dapat mengagak apa yang sudah terjadi.
"Haaa...."
"Kau jangan nak fikir bukan-bukan!" Cepat-cepat Natasha mengusir pemikiran Amira itu. Scarf tadi dililit kembali ke batang leher. Nampak gayanya, seminggulah dia kena guna scarf itu.
Amira tergelak. "Aku tak cakap apa-apa pun! Tak payah cakap pun, aku tahulah!"
Wajah Natasha merona. Dengan Amira, dia tak boleh dan tak mampu nak menyembunyikan apa-apa. Segala rahsianya sentiasa dikongsi dengan sahabat baiknya itu.
"Kayden yang buat!" rengek Natasha lantas memaut lengan Amira.
"Ye aku tahu! Jap lagi kau cerita dengan aku ea? Jomlah kita breakfast. Haris dah tunggu"
"Haris? Weyy, seriuslah kau balik pada dia?!"
Amira mengeluh. Dia dan Natasha berjalan menuju ke lif. Memikir akan soal Haris, hatinya jadi keliru. Dia dan Haris sudah berapa kali asyik putus. Tak lama kemudian, menjalin kasih kembali. Dia pun letih dengan hubungan seperti itu. Jadi dia dah buat keputusan untuk terus mengakhiri hubungan mereka dan berkawan saja. Kali ini, dia berserah pada Allah sahaja. Jika jodoh mereka kuat, pasti Allah menyatukan mereka kembali.
"Rumitlah!" bidas Amira lantas menekan punat lif.
"Apa yang rumit? Korang dah lama bercinta kot. Tapi tu lah, putus sambung. Putus sambung. Dah macam brek kereta!" selar Natasha.
"Itulah yang aku cakap. It's complicated!"
Pintu lif terkuak luas. Amira dan Natasha meloloskan diri ke dalam lif. Butang LG ditekan.
"So, apa yang kau nak buat?"
"Aku nak berkawan je. Kalau ada jodoh tu, adalah! Kalau takde, takdelah" Amira kedengaran pasrah. Kadangkala, cinta saja tidak mencukupi di dalam sesebuah hubungan. Harus ada tolak ansur dan saling memahami. Jika dua hati tak sama rentaknya, maka hilanglah irama tersebut.
"Ohh macam tu. Hubungan aku pun rumit!"
Amira memandang Natasha. Dahinya berkerut. Tahu sangat apa yang dialami oleh Natasha.
"Tapi kau tak boleh ambik jalan macam aku. Kau tu lain. Dah kawen, dah jadi isteri. Sebaiknya berbincang dengan Kayden. Jangan jadi isteri derhaka. Nanti tak cium bau syurga!"
"Baiklah Ustazah Amira Salsabila binti Haji Salleh!"
Tergelak Amira mendengar nama penuhnya disebut. Jarang-jarang betul Natasha nak sebut namanya itu.
"Nanti kau cerita dekat aku tau? Jangan ada tertinggal satu pun!"
"Yelah ustazah!"
KAYDEN mendengus kasar. Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, hatinya menjadi marah. Rupa-rupanya semua yang terjadi adalah berpunca daripada Ariffin dan Miranda. Pil peransang diletakkan di dalam minuman mereka. Tetapi kenapa Ariffin tega melakukan itu?
Dia yakin, ada banyak persoalan yang belum terlerai. Apatah lagi dengan keegoan dan kedegilan Natasha selama ini. Serta hubungan kurang baik yang terjalin di antara mereka. Dia pasti, ada sesuatu yang sedang terjadi. Untuk apa Ariffin merencanakan itu? Adakah dia mempunyai muslihat tersendiri?
"I dah banyak berkorban untuk..."
Itu antara ayat yang didengarinya daripada mulut Natasha sendiri. Berkorban untuk siapa? Sesulit apakah kehidupan Natasha sebelumnya?
"Emir!"
Emir mendekati Kayden. "Bos?"
"Aku nak kau siasat sesuatu untuk aku. Tak kiralah kau ambik masa sebulan ke dua bulan ke, aku nak kau dapatkan maklumat tu!"
Emir angguk kepala. Dia faham maksud Kayden.
"Ada benda yang tak settle lagi" ujar Kayden setelah mengingat kembali akan sesuatu. Dulu dia juga pernah mengarahkan Emir untuk menyiasat mengenai Natasha. Namun tak begitu banyak maklumat yang diperolehi. Kali ini, dia mahu maklumat menyeluruh tentang isterinya.
"Kau kena siasat dari dia lahir sampai sekarang. Kalau perlukan duit, bagitahu je. Aku boleh bagi"
"Siap bos!" sahut Emir dengan pantas.
"Dah, keluar! Buat kerja kau. Aku nak jumpa isteri kesayangan aku!" Kayden ukir senyuman.
NATASHA menapak keluar dari keretanya. Dia kaget tatkala Haris memanggilnya. Dia menoleh ke arah Haris lalu mengukir senyum.
"Amira mana?" Itu soalan pertama yang ditanya oleh Haris.
"Aku baru je hantar dia balik hospital. Ni baru sampai ofis. Tadi kata Amira, kau ada sekali. Tapi hilang sekelip mata je"
Sangkanya, Haris menunggu dia dan Amira di cafe. Tetapi sampai saja di cafe, kelibat Haris tidak kelihatan.
"Ohh..Aku dapat call dari atasan aku. Ada kerja kena settle. Aku mesej Amira tapi dia tak baca pun. Hmm, by the way, dia ada cerita apa-apa tak pasal aku dan dia?"
Natasha menggumam lantas menyandarkan badan ke pintu kereta. Tangan disilang ke dada. Wajarlah lelaki itu tidak terlihat di mana-mana. Wajah Amira juga masam mencuka saja tadi. Dia dapat mengagak pasti gara-gara Haris.
"Kau kan tahu, aku dengan Amira rapat macam mana? So there's no secret between us!"
Haris terdiam. Maknanya segala yang berlaku dalam hubungan mereka sudah diketahui oleh Natasha. Sepatutnya dia boleh mengagak semua itu. Amira dan Natasha saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.
Haris memuntahkan keluhan lantas menyandarkan badannya ke sebelah Natasha.
"Kenapa kau masih tak nak lepaskan Amira? She's a good girl. She deserves better"
Haris diam lagi. Mereka tidak ada masalah apa-apa di dalam hubungan. Keluarga Haris sangat merestui hubungan mereka. Orang ketiga juga bukan isunya. Terus yang menjadi masalahnya adalah kekangan dari diri sendiri.
"Kau tahu kan? Kerja kita orang ni takde masa sangat. Dia doktor. Aku pulak kerja kat laut"
Natasha mengangguk. Mulai memahami keadaan dan masalah mereka.
"So ni dari korang sendirilah?"
Kali ini, Haris pula yang mengangguk.
"Menurut akulah kan, dalam hal ni ada seorang yang kena berkorban. Either you or Amira. Kalau tak boleh nak berkorban, so dua-dua kena hadaplah segala kemungkinan"
Bijak pula dia menasihati orang lain. Bila giliran dia, tak tahu pulak nak buat macam mana! Sob sob..
"Iye, aku tahu! Tapi macam mana nak berkorban kalau hati masih sayang?"
"Kau sayang siapa lebih? Kerjaya ke Amira?"
Tertelan liur Haris menerima soalan itu. Susah benar dia nak memilih. Dia perlukan kerjaya untuk kelangsungan hidup. Tapi dia juga perlukan Amira sebagai peneman.
"Kalau kau tak boleh nak decide, kau fikirlah dulu dalam-dalam. Aku tak boleh nak buat keputusan untuk kau. Sebab bukan aku yang berada dalam situasi kau"
Natasha memberi kata putus sebelum membuka pintu kereta. Dia perasan ada parking kosong di bawah bumbung. Dia nak park kereta di situ. Namun perlakuannya dihentikan oleh Haris.
"Apasal pulak?" soal Haris, tidak faham.
"Apasal apa pulak?"
"Aku tak fahamlah!"
"Aduii! Kau balik rumah, pastu fikir dalam-dalam. Nanti hati dah tenang, baru boleh buat keputusan. Dahlah, aku nak park kereta kat sana. Ada parking kosong"
Belum sempat Natasha membuka pintu kereta, Haris terlebih dahulu melakukan itu untuknya. Haris dan Natasha sama-sama tergelak.
"Baiklah cik puan Kayden!" lirih Haris dengan senyuman di wajah.
"Tak payahlah sebut nama dia!" Natasha menggerutu.
"Yelah! Drive elok-elok!" pesan Haris sambil menutup pintu kereta.
Natasha mengekek. "Aku park kat situ jelah!"
"Dah nama pun drive, dekat ke jauh ke, kenalah berhati-hati!"
"Yelah yelah! Kau ni, macam Amiralah. Tak habis-habis nak membebel"
Haris tergelak. Dia melambai ke arah Natasha sebelum bergerak mendapatkan kereta Hiluxnya di hujung sana.
Perlakuan mereka ternyata disaksikan oleh Kayden dari dalam kereta. Dia cemburu dan marah dengan Natasha. Kesal benar dia dengan sikap dan pembohongan Natasha.
"Tadi kata kat ofis. Tapi rupa-rupanya jumpa lelaki lain! Pandai betul menipu!!"
Kayden menggenggam penumbuk. Dia tak terima diperlakukan Natasha seperti itu. Tega benar Natasha menipunya gara-gara lelaki lain. Tetapi siapa pulak lelaki itu?
Share this novel