KAYDEN duduk melunjur kaki di atas meja. Gelas kaca berisi jus epal dicicipi perlahan. Raut wajah Natasha yang sedang lena di atas katil ditatap tak berkelip. Malam tadi, asmara mereka kembali membara. Dia tidak tahu apa yang telah merasuk Natasha, tetapi Natasha benar-benar telah melepaskan nafsunya semalam.
Tadi, dia menghubungi Amira kerana inginkan kepastian akan sesuatu perkara. Nombor Amira diperolehi daripada telefon bimbit Natasha. Lama dia dan Amira berbual. Inti perbualan mereka adalah berkenan dengan masa lampau Natasha yang menurut dia sangat kelam dan menyedihkan.
Amira mula membuka cerita satu-persatu. Tentang diri Natasha yang sering dipukul dan dikurung jika sebarang arahan dibantah, tentang dirinya yang selalu diabai dan disisihkan, tentang betapa kejamnya layanan Ariffin terhadapnya. Juga berkenaan dengan perkahwinan antara mereka. Menurut Amira, perkahwinan mereka terjadi kerana kemewahan yang diidamkan oleh Ariffin. Dan banyak lagi rahsia kelam Natasha yag diceritakan oleh Amira.
Mendengarkan itu, hati Kayden jadi sedih. Rupa-rupanya banyak perkara dan penderitaan yang dialami oleh Natasha selama ini. Kerana itukah dia ego?
"You tahu kenapa Tasha nak ceraikan I?"
Amira di hujung sana membisu. Haruskah dia membongkar segala-galanya? Atau membiarkan Kayden mencari jawapan sendiri melalui Natasha?
"I tahu, you kawan baik dia. And I'm sure, she told you everything. Tasha takde sesiapa untuk dia berkongsi rahsia. So I guess you are the right person for her! Tapi sebagai suami dia, I rasa I patut tahu semua. I really hope you can consider this. I beg of you!" Kayden mula merayu. Sesungguhnya, dia benar-benar ingin tahu alasan Natasha mengajukan penceraian terhadapnya. Hanya Amira orang yang tepat untuk dirujuki.
Emir datang membawa sebuah dokumen. Kayden angguk faham lantas menyuruh Emir meletakkannya di atas meja. Setelah itu, Kayden mengarahkan Emir untuk keluar.
"Okey, I akan bagitahu. But please make sure you tak marah atau bertindak di luar kawalan. And please, don't tell this to Tasha"
NATASHA sedar dengan keadaan kepala yang berat. Mata dicelik perlahan. Dia memegang kepalanya yang terasa pening itu. Apa sudah jadi?
Dia baru sedar, bajunya sudah diganti. Dahinya mengerut. Siapa yang menukar pakaiannya?
"Lama you tidur. Jam segini baru sedar"
Natasha membuang pandang ke arah suara garau itu. Kayden senyum ke arahnya sambil menghampirinya. Duduk di birai katil sambil membawa segelas air kosong.
"Minum air kosong sesudah bangun tidur sangat bagus untuk kesihatan.."
Gelas itu sudah bertukar tangan. Laju saja Natasha menghirupnya. Benar kata Kayden. Dia rasa segar semula. Selesai minum, dia menyandarkan kepala ke badan katil.
"Apa jadi semalam?" tanya Natasha. Dia benar-benar tidak ingat kejadian semalam.
Kayden senyum nakal. "You tak ingat ke?"
Natasha angguk lemah. Dia cuma ingat dirinya berada di kelab malam bersama Amira. Ehh Amira!
"Amira mana?"
"Dia kat rumah dia. So now you remember?" Kayden mempamerkan senyuman sinis.
Natasha masih bingung. Dia ingat namun hanya separuh saja. Pandangannya jatuh pada wajah nakal Kayden. Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang sangat memalukan. Kejadian semalam...Huh Tasha! Apasallah kau bodoh sangat?!
"So you do remember!" bidas Kayden sambil mengelus pipi isterinya.
"Kenapa you pergi kelab malam tu? You tahu tak, tu tempat bahaya untuk wanita macam you"
Natasha diam. Dia tak fikirkan natijah dari perbuatannya semalam. Hanya ingin tenang tetapi tidak kena cara! Kau memang bodoh Natasha!
"Lepas tu, you seret Amira yang macam ustazah tu pergi temankan you. You tak rasa bersalah ke? You dah kecewakan I!" luah Kayden jujur. Dia tidak mungkin mampu memaafkan dirinya jika sesuatu terjadi kepada Natasha semalam. Untung saja Amira bijak bertindak dengan menghubunginya. Jika tidak, bagaimana entah dengan nasib mereka.
"I..I mintak maaf. I tak fikir panjang.." luah Natasha pula.
Kayden memaniskan wajah. "It's okay! You dah bayar semalam"
Dahi Natasha berkerut. "Maksud you?"
"Maksud I, you pergi mandi sekarang. Bersihkan diri. You pergi ofis ke hari ni?"
Natasha membungkam. Dia memahami maksud bicara Kayden itu. "Ye, I nak pergi ofis"
"Nanti I hantar you"
"I nak drive"
"I bagi Amira drive kereta you semalam"
"Tapi..."
"No buts! Jangan degil boleh?"
Natasha mendiamkan diri. Mood nak bertekak pun sudah hilang. Akhirnya dia terpaksa mengalah juga dengan Kayden.
"APA kita nak buat bos?"
Kayden diam. Kepalanya bersandar di dada kerusi. Matanya terpejam. Dia sedang mengatur rancangan untuk menjatuhkan Ariffin. Bukan mudah baginya kerana Ariffin adalah ayah mentuanya. Namun teringat kembali cerita Amira, pantaskah Ariffin digelar dengan panggilan itu?
"Mana laporan kewangan Hotel De'Luxe?"
"Kenapa? Bos nak ke?"
Kayden angguk. Hanya ada satu cara untuk menjatuhkan Ariffin. Dia mahukan kemewahan, jadi Kayden akan menunaikan hasratnya.
"Selain hotel, apa lagi business Ariffin yang lain?"
"Rasanya beberapa pusat pelancongan di Singapura dan Indonesia. Kalau dalam Malaysia, rasa-rasanya hanya hotel tu saja dia ada. Tapi hotel tu bagi keuntungan besar pada dia"
Kayden angguk faham. Setahu dia, dia juga punya saham dalam hotel Ariffin. Kerana itu adalah perjanjian yang telah termeterai antara mereka. Selama ini, dia tak ambil pusing akan perniagaan Ariffin meskipun dia antara pemegang sahamnya. Dia percayakan Ariffin. Dia yakin Ariffin bisa menguruskan perniagaan dengan sebaik mungkin. Namun kini, dia harus juga ikut bertindak. Jika Ariffin terus-terusan bertindak semahunya dan mengugut Natasha, dia tak rasa dia harus duduk diam.
"Aku nakkan laporan kewangan dan situasi semua business dia. Dan dengan siapa dia bekerjasama, supplier dia, client dia..semuanya!"
"Beres bos!"
Emir berlalu keluar dari situ. Saat itu, dia berpampasan dengan Hannah. Emir mengeluh berat. Lagi-lagi dia ni!
"Hai Kay!"
Tanpa dipelawa, Hannah sudah duduk di hadapan Kayden.
"Buat apa you datang sini?" tanya Kayden tanpa memandang wajah itu. Dia sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Pesanan dihantar kepada Natasha. Dia mahu mengajak Natasha keluar makan.
"Amboi! I tak boleh jumpa you ke?"
"I sibuk Hannah!"
"Sibuk?" Hannah menjongket kening. "Tapi I tengok you main handphone. Sibuk apanya?"
"I sibuk bermesej dengan wife I! Takkan tu pun I nak kena cakap?"
Suara Kayden mendatar. Tersenyum sendiri dia membaca meseja yang dibalas oleh Natasha.
'i tak lapar! tengok muka you i dah rasa kenyang.muka menyakitkan hatiiiii!!!'
Hannah menggumam. Hatinya mendongkol geram. Dia cemburu dengan sikap dan perhatian Kayden yang sudah mula berubah itu.
"You mesej apa dengan Tasha?"
Kayden tak mempedulikan soalan Hannah. Rancak saja tangannya membalas mesej itu.
'ohh you dah kenyang sebab puas mkn I semalam ke? hahahahaha'
Dihantar. Tak lama menunggu, laju saja Natasha membalas.
'Kayden Ibrahimmmm!!!!'
Kayden tergelak. Dapat dia bayangkan wajah dan intonasi Natasha yang menjerit memanggil namanya itu.
"Kayden! I nak keluar ni.."
"Okay!" Kayden membalas namun matanya masih fokus pada telefon bimbitnya.
Hannah menggigit bibir. Dia tak pedulikan aku?
'japg I ambik you! get ready tau? kalau lambat, siap!! ada hukuman menanti'
Kayden balas mesej Natasha. Dia baru teringat kehadiran Hannah di situ. Kerusi dipusing menghadap Hannah yang sudah berjalan ke arah pintu.
"Hannah.."
Belum sempat membuka pintu, langkah Hannah terhenti. Dia mengorek senyuman sinis.
'See? You tak boleh takde I!'
"Yes?" Hannah berjalan melenggok di hadapan Kayden. Senyumannya lebar.
"Lepas ni, you tak payah datang ofis I lagi. I tak nak staff I mengata. Lagipun, kita takde apa-apa hubungan. Nanti wife I salah faham pulak"
Senyuman Hannah mati secara tiba-tiba. Perasaan marahnya berkecamuk. Macam tu saja Kayden membuangnya!
"MENGADA-NGADA betullah main ugut-ugut! Hihhh!!" bebel Natasha dengan hati yang mendongkol geram. Telefon bimbit dicampak di atas meja. Dia mengeluh. Kepalanya masih terasa berat. Dia menyumpah lelaki semalam di dalam hati. Berani betul memabukkan dia! Huh!
Teringat pula dia bicara Kayden ketika mereka di dalam kereta pagi tadi.
"I dah suruh orang I uruskan lelaki tu dengan kawan-kawan dia.."
"You...you killed them?" Natasha rasa takut. Masakan Kayden sanggup melakukan kerja terkutuk itu.
"You gila ke? Taklah! I masih waras lagilah. I suruh kerjakan cukup-cukup je. Now, dorang kat hospital. Taklah teruk, tak juga ringan. In between!" Kayden tayang senyuman.
Natasha menarik nafas lega. Nasiblah Kayden tak buat yang bukan-bukan.
"Kenapa? You risau dengan kekasih gelap you tu?"
Riak Kayden kedengaran cemburu. Keningnya terangkat. Lelaki semalam yang dikenali sebagai Daniel merupakan anak salah seorang Datuk, kenalannya juga. Dia tak nafikan Daniel memiliki seraut wajah yang tampan dan tubuh badan yang sasa.
"Kenapa? I tak boleh risaukan dia ke?" Natasha sengaja menguji.
Kayden mencengkam rahang Natasha. "Don't ever think of that!"
"Tahulah! Lepaskan I boleh tak? You buat I tak bernafas" pinta Natasha dengan suara yang sengaja dikuatkan. Padahal dalam hati, dah berkumpul segala mak nenek ketakutannya. Dia tak boleh percayakan Kayden sekarang. Jika dia tak menjaga jarak dengan baik, pasti dia rebah dalam dakapan lelaki itu.
DERAP kaki seseorang menyentakkannya dari lamunan. Dia dapat mengagak gerangan yang bertandang ke situ. Wajahnya terbias riak kebencian. Wangian Bvlgari sangat menyengat rongga hidung.
"Tasha..."
"What?!" jerkah Natasha dengan riak kurang senang. Dia menjeling memandang wajah Marisa itu.
"Aku datang ni sebab nak tanya kau sesuatu. Make some negotiation!"
Kening Natasha yang lebat itu terjongket.
"Apa dia?"
"Pasal kematian mama kau"
Mendengarkan itu, pantas saja Natasha mengangkat wajah. Riak bersahaja Marisa ditatap.
"Aku tahu siapa yang bunuh mama kau. Dan punca kematian dia. Dan, aku ada bukti sekali"
"Siapa?! Tell me!" gertak Natasha. Hatinya tak sabar nak mengetahui.
"Boleh tapi..." Marisa menyilang tangan ke dada.
"Tapi apa?"
Marisa memaniskan wajah. Dia tak boleh menunggu Miranda bertindak. Dia harus merangka rancangannya sendiri. Kalau terus-menerus menunggu Miranda, agaknya sampai ke sudahlah hatinya kepinginkan Kayden!
"Macam aku cakap. There's negotiation takes place!"
"Kau nak apa? Duit? Berapa kau nak?"
Marisa menggeleng. Suka benar dia melihat Natasha merayu padanya.
"Habis tu? Kau nak apa?"
"Kayden!"
Share this novel
marisa ni nk mtk kena maki beramai2 ke apa.. tiba2 nk laki org plk