"BILA I boleh discaj?"
Mata Kayden melirik ke tampang isterinya. Natasha tampak kelaparan. Hidangan yang dihantar oleh pihak hospital tadi sangat menyelerakannya.
"I kena tanya Tik dulu" ujar Kayden sambil membersihkan comot di bahagian pipi kiri Natasha.
"Who's Tik?"
"Hartika. Doktor kat sini. Dia yang in-charge you"
Natasha memandang wajah itu dalam-dalam. Cemburunya mulai menerpa. Wajahnya cemberut.
"Kenapa pandang I semacam? You rindukan I?" Kayden bernada romantis dan nakal. Niatnya hanya bergurau. Natasha masih dalam fasa berpantang. Takkan semudah itu dia nak 'menyerang' tubuh isterinya.
"She's a doctor here?"
Kayden angguk.
"Then why didn't you address her as a doctor? You close to her?"
Tak tertelan air liur Kayden mendengar soalan isterinya. Mula dah! Pasti Natasha berfikir yang bukan-bukan!
"You fikir apa sayang? I dengan Tik dah lama kawan. But not that close! Kalau I cari dia pun, atas dasar rawatan. Not more than that"
"Ohh..." Itu sahaja jawapan Natasha. Dia tak suka nak terlalu mempamerkan perasaannya.
"You nak rehat?" tegur Kayden tatkala melihat Natasha sudah mula berbaring. Dia tahu apa yang ada di dalam fikiran isterinya. Tetapi dia tidak mahu terlalu mendesak. Perasaan Natasha masih perlu dijaga.
"Kenapa?"
"Kalau you nak rehat, I boleh balik. I tak nak ganggu you"
"Ohh..baliklah. You pun dah bosan mengadap muka I kat sini"
Entah kenapa Kayden rasa tak sedap hati dengan bicara itu. Keluhannya termuntah. Natasha kalau bercakap, memang tak tengok kiri kanan! Tunak saja dia memandang wajah itu.
"Kenapa cakap macam tu? You marahkan I ke?"
Natasha diam. Tubuhnya mengiring ke kiri, tak mahu nak mengadap muka suaminya. Entah kenapa dia cemburu secara tiba-tiba. Dia tak pernah pun berjumpa dengan Hartika, tetapi dia tahu gadis itu punya aura yang kuat.
"Sayang..." Kayden sudah pun berbaring di sisi isterinya. Pinggang Natasha dipeluk. Dagunya diletakkan di atas kepala Natasha.
"You tahu kan, how much I love you? Hmm? Takkanlah I sanggup nak sia-siakan you?"
Natasha diam. Dapat dia rasakan pelukan Kayden semakin erat.
"You cemburu?"
Soalan Kayden buat Natasha berpaling. "I'm not!"
Kayden tertawa. Dia melagakan hidung mereka bersama.
"Okey, you tak cemburu!"
Pipi Natasha dicium.
"Nakkk..." Natasha memuncungkan bibirnya, minta ciuman di situ.
"Sayang, you kan masih berpantang. Jangan suruh I goda you. Nanti I yang tak tahan"
Tak jadi Natasha nak memuncungkan bibirnya. Dia lupa jika detik ini dia sedang berpantang. Aduhh!
"Nanti you dah habis pantang, I cium semua yang ada pada you! Masa tu you jangan nak protes pulak!" ujar Kayden dengan senyuman nakal.
"Okey, I tunggu!" Natasha membuat janji. Bahagia berada dalam dakapan si suami.
Pintu bilik terbuka. Kayden dan Natasha menoleh. Melihat wajah itu sedang tersenyum, Natasha mengeratkan pelukan. Dia yakin, itulah doktor Hartika!
"PUAN sihat hari ni?" tanya Hartika dengan senyuman menghiasi wajah. Dalam diam, dia sangat mengagumi wajah cantik dan putih bersih yang dimiliki oleh Natasha. Wajahnya persis seperti pelakon Indonesia, Pervita Pearce. Bezanya Natasha agak kecil dan rendah.
"Alhamdulillah saya sihat" sahut Natasha dengan riang. Meskipun hatinya was-was, namun dia tak boleh semudahnya menjatuhkan hukum.
"Okey, luka puan dah ada okey sikit. Tapi nanti luka tu kena disapu ubat. Nanti saya akan sertakan dalam slip ubat. By any chance, do you know about the pregnancy?"
Natasha angguk. Sempat juga dia selitkan senyuman hambar. Kayden di sisi erat menggenggam jarinya.
"I'm sorry to hear about the loss"
"It's okay. Kehendak Allah" balas Natasha dalam walang. Walaupun hatinya juga sempat merasa sedih dan terkilan, namun dia tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.
"Dan puan aware kan, yang puan sedang berada dalam fasa berpantang?"
Natasha angguk.
"So that means, puan masih belum boleh bersama dengan suami puan"
Natasha angguk lagi. Kayden juga tak berani nak menyentuhnya dulu.
"Okay good! Hasil darah puan semuanya okey. Takde apa yang membimbangkan. Cuma untuk luka bekas kena cebukan pada bahagian belakang puan, akan ambil masa yang lama untuk sembuh. Untunglah luka tu tak terlalu dalam. Kalau tak, puan kena jalani rawatan alternatif yang lain.."
Keluhan berat dilepaskan oleh Natasha. Masih lagi terbayang-bayang akan kekejaman Marisa terhadap dirinya. Takkan semudah itu dia nak memaafkan gadis licik itu.
"Saya faham. Terima kasih.." ucap Natasha.
"Puan tahu ke punca puan keguguran?"
"Perut saya kena tumbuk banyak kali" sahut Natasha dalam nada terkawal. Setiap tumbukan yang diberikan oleh Marisa masih perit terasa. Betapa dia menyesali apa yang telah berlaku.
Kayden tersentak. Genggaman Natasha dipereratkan. Kenapa baru sekarang dia tahu?
Hartika mengeluh. Kasihan dia melihat wajah Natasha itu.
"Tumbukan tu yang ganggu proses tumbesaran dalam perut puan. Lagipun janin puan masih terlalu awal dan belum cukup kuat.."
Tubir mata Natasha bergenang. Dia hanya mampu mengangguk.
"Tapi puan jangan risau. Rahim puan masih kuat dan puan jugak masih subur. Puan masih boleh pregnant selepas puan sihat nanti. Nasihat saya, puan kena jaga diri betul-betul semasa dalam tempoh berpantang. Sebab ini merupakan fasa berpantang pertama bagi puan.."
Mendengar penjelasan Hartika, hati Natasha mampu bernafas lega. Terbukti, dia masih boleh memiliki anak. Dia akan sabar menanti detik bahagia itu.
"See? I dah cakap kan? You kena jaga diri baik-baik lepas ni. Nanti kita akan usaha lagi" Tangan Natasha dikucup.
Anggukan Natasha beserta senyuman di wajah melegakan Kayden. Tak perlulah Natasha terlalu bersedih selepas ini. Mereka masih punya waktu dan peluang.
"Petang nanti puan dah boleh discaj.."
Mata Natasha berkaca-kaca. "Ye ke doktor?"
Hartika mengangguk. "Tapi puan kena promise dengan saya untuk jaga diri sentiasa. Harap-harap kita boleh jumpa lagi dalam masa tiga empat bulan"
Mulanya Natasha tidak memahami maksud omongan itu. Namun setelah agak lama berfikir, barulah dia mengerti. Lantas, dia mengangguk dengan senyuman di wajah.
"Maksudnya?" Kayden kurang faham.
Natasha dan Hartika sama-sama tergelak.
"Bukak buku pink!" sahut Hartika dengan wajah riang.
Akhirnya Kayden mengerti dan tawanya bersabung dengan mereka.
TERGOPOH-GOPOH Amira menutup pintu kereta dan berjalan menuju ke pintu. Telefon bimbit di dalam beg digapai dan kunci kereta disimpan pula di dalam beg. Nafasnya tercungap-cungap, penat barangkali. Hari ini, pekerjaannya terlalu banyak. Pesakit pula ramai yang menunggu. Pun begitu, dia menyempatkan diri untuk melawat Natasha di hospital.
Pintu lif terkuak luas. Derap kaki diatur memasuki lif. Tangannya masih sibuk mengetik mesej kepada seseorang.
"Cik?"
Satu suara menegur.
Amira hanya menyahut namun tak menoleh.
"Cik naik ke tingkat berapa? Saya tak rasa cik ada tekan butang"
Amira memanggung kepala. Saat itu, dia tersentak melihat insan yang berdiri di belakangnya. Lelaki itu segak berpakaian dengan kot putih tersarung di badan. Stetoskop pula terlilit kemas di leher. Dia doktor ke?
"Razif?"
Lelaki yang dipanggil Razif itu tersenyum manis. Kepalanya mengangguk.
"Amira Salsabila right?"
Amira angguk dengan senyuman di wajah. Tidak menyangka dia bakal ketemu dengan Razif di situ. Teman satu kampusnya dahulu.
"Naik tingkat berapa?" tegur Razif lagi.
"Empat"
Razif menekan butang nombor empat. "You visit somebody?"
"Aah" sahut Amira lantas menyimpan kembali telefonnya di dalam beg. "Tasha"
"Tasha? Airis Natasha?" tanya Razif ingin tahu. Gadis cantik persis pelakon Pevita Pearce itu pernah digilai satu universiti suatu masa dahulu.
Amira angguk.
"What happened to her?"
Pintu lif terbuka. Mereka sudah tiba di tingkat empat. Razif membontoti langkah Amira dari arah belakang. Kebetulan hari ini juga dia ada sesi meronda untuk melawat pesakit di tingkat yang sama.
"Something happened to her! But I don't know yet. You pergi mana?"
"I ada rondaan kat sini. Saja nak melawat para pesakit. Can I come with you?"
Amira serba-salah. Dia yakin Kayden ada menemani Natasha. Risau pula sekiranya Kayden salah faham dengan kehadiran lelaki itu.
"Tak boleh ke?"
"You kan doktor. Takkan I nak larang you lawat pesakit you kan? Ha ha" ujar Amira dengan tawa kecilnya.
Razif juga tertawa kecil. Sudah hampir tujuh tahun agaknya mereka tidak ketemu. Bagaimana agaknya keadaan Natasha sekarang? Setahu dia, Natasha sudah berkahwin. Tetapi tidak tahu pula siapa suaminya.
"KAU sihat ke? Dah betul-betul baik? Siapa yang buat kau macam ni? Kenapa kau tak..."
"Shhh" Natasha meletakkan jarinya di bibir Amira. Soalan terlalu banyak, pening mana satu dia nak jawab.
"Banyak sangatlah soalan kau! Mana satu aku nak jawab?"
Amira menarik nafas dalam-dalam. Tubuh Natasha didakap erat.
"Sorry kalau aku takde dengan kau"
"Not your fault!" sahut Natasha. Pelukan dileraikan.
"Marisa...dia yang buat aku macam ni. Belakang aku ni, kena sama macam kecik dulu. Aku keguguran" Natasha bercerita dengan linangan air mata.
Amira tersentak. Keguguran? Jari-jemari Natasha digenggam erat.
"Babe..."
"Aku boleh tahan semua penyeksaan yang dia bagi pada aku. Tapi bila aku hilang anak, separuh dari nyawa aku rasa nak hilang!" Natasha sudah teresak-esak.
Amira memeluk tubuhnya kembali. Dia mencuba menyalurkan seberapa banyak kekuatan untuk sahabat yang satu itu.
"Allah sedang uji kau. Kehilangan tu adalah satu salah bentuk ujian yang menunjukkan Dia sayang pada kau. Kau kena kuat dan redha"
Natasha mengangguk setuju. Air mata diseka perlahan.
"Lepas ni, kau usahalah lagi. Bagi anak buah yang comel-comel dengan aku!" usik Amira sambil melepaskan pelukan.
Natasha ketawa. Lengan Amira dicubit. Amboii!!
"Tasha, suami kau mana?"
"Dia keluar kejap. Nak beli barang makan. Kejap lagi baliklah tu"
"Ohh, weyy Tasha! Kau tahu tak aku terserempak dengan siapa tadi?"
Natasha mengerut dahi. "Aaron Aziz?"
"Hampehh!" Kepala Natasha diluku. Tersengih-sengih Natasha dibuatnya.
"Aku jumpa Razif. Razif Ikhwan. Budak medical, satu kampus dengan kita dulu"
Puas Natasha mengingati gerangan lelaki itu. Razif Ikhwan yang dikenalinya sangat kemas dalam berpakaian. Kacamata bulat yang dipakai simbolik dirinya yang merupakan pelajar cemerlang suatu masa dahulu.
"Ingat tak?" gesa Amira. Wajahnya teruja.
Pintu kamar terbuka. Terpancul wajah Razif di situ. Natasha pandang Amira. Sahabatnya itu beri signal mata. Sekarang baru dia mengerti. Itulah Razif! Iya, dia baru teringat gerangan lelaki itu. Lelaki yang pernah rapat dengannya gara-gara satu alasan!
MELIHAT Natasha yang tunak memandangnya tanpa berkelip, dia jadi segan. Kacamata dibetulkan. Dia berdehem. Natasha tersentak. Malu apabila dirinya ditangkap oleh lelaki itu.
Natasha tidak menyangka akan bertemu dengan Razif di situ.Sangkanya tujuh tahun yang lepas adalah pengakhiran dari pertemuan mereka. Rupa-rupanya rencana Allah menulis yang sebaliknya.
"You haven't changed!" tegur Razif sambil menatap wajah cantik itu. Wajah yang pernah dikenalinya dahulu masih tidak berubah. Bahkan dengan wajah pucat sebegitu pun dia tetap kelihatan cantik dan natural.
"I see you have!" sahut Natasha pula. Razif memang banyak berubah. Dia tampak lebih maskulin berbanding dahulu. Wajahnya juga tampak lebih matang.
"I guess so.." ujar Razif lalu menoleh ke arah Amira. Saat bersabung mata dengan gadis itu, ada sinar yang tak bisa dia ungkapkan. Sinar yang sama tujuh tahun lalu!
Natasha berdehem. Razif dan Amira masing-masing membuang pandang.
"Kalau nak saling memandang, sini bukan tempatnya! Lagipun I tak nak jadi ubat nyamuk!" sindir Natasha dengan selamba.
Amira memukul lengan Natasha. Dia ni kan, kalau bercakap memang tak toleh kiri kanan kan?!
Razif gelak. Terlupa pula dengan kehadiran Natasha di situ.
Pintu bilik terbuka. Natasha senyum melihat Kayden kembali. Razif mengerut dahi. Kayden Ibrahim? The bilionaire?
"Ohh tak sangka pulak ramai orang kat sini!" ujar Kayden dengan senyuman di wajah. Dia mendekati Natasha lalu memaut bahu itu.
"Kawan-kawan I" balas Natasha. Riak kurang senang pada wajah Kayden mampu dihidu.
"Amira I memang kenal. This guy?" Kayden merujuk ke arah Razif.
Razif menghulur tangan. "Razif Ikhwan. Doktor sakit puan kat sini. You must be Kayden Ibrahim. A young billionaire"
Kayden berdecit. Huluran tangan Razif disambut. "Taklah muda sangat. 35 dah!"
"You guys know each other?" tanya Natasha.
"Tak! I just know him. Everyone does. Siapa tak kenal jutawan muda?" balas Razif. Berita dan wajah Kayden ada di mana-mana. Jutawan muda yang berjaya dalam sekelip mata. Kejayaan lelaki itu menjadi inspirasi kebanyakan golongan muda kini. Namun dia tidak menyangka Kayden adalah suami Natasha.
"Apa yang pakar sakit puan buat kat sini? I don't think this is your area" Kayden seakan menyetir saja.
Razif gelak. Ada bau-bau cemburu!
"I saja nak lawat pesakit kat sini. Besides, Tasha is one of my patient too. Walaupun bukan under I"
Kayden hanya mengangguk. Dia pandang Natasha yang menatap wajah Razif. Cemburunya menyerang! Segera dia alih wajah itu menatapnya.
"Husband you kat sini! I cemburu"
Natasha gelak. Mengada lahaii!!
Razif dan Amira turut sama tertawa.
Share this novel