BAB 3

Romance Series 8335

ASAP rokok berkepul-kepul di udara. Dihisap dan dihembus perlahan-lahan. Hatinya masih radang. Dia masih tak boleh menerima keputusan drastik Natasha itu. Rambut ditarik kasar. Bibirnya memuntahkan keluhan panjang.

Matanya terpejam. Seketika, wajah dan senyuman Natasha terbayang di tubir mata. Kerana senyuman itulah, lenanya terganggu. Kerana senyuman itu jugalah, hidupnya mula kucar-kacir. Sudah lama dia menaruh perasaan pada Natasha, bahkan sebelum mereka diijabkabulkan lagi.

Persitiwa sembilan tahun lepas tiba-tiba kembali terusik. Dia tersenyum mengingati peristiwa itu...

SEMBILAN TAHUN LEPAS

DARI jauh, dia perhatikan sosok gadis itu yang penuh sabar melayan karenah beberapa orang tua di situ. Ada antara orang tua tersebut sudah nyanyuk. Berkali-kali bertanyakan soalan yang sama. Dan berkali-kali juga si gadis dengan sabar menjawabnya.

"Bos, Tan Sri panggil suruh balik!" ujar Emir di sisi Kayden.

Kayden mengeluh. Dia baru nak bersenang-lenang melepas lelah di situ, papa pula kacau daun. Rumah Teratak Kasih, rumah yang menempatkan orang-orang tua dan sebagai perlindungan kepada mereka. Syarikatnya merupakan peneraju utama dan pembekal dana terbesar kepada rumah itu. Dulu dia tidak ambil pusing pun mengenai rumah tersebut. Namun sejak pertama kali ketemu Natasha yang kebetulan sedang menjalankan thesis di semester akhirnya, dia berminat untuk terus melabur. Bahkan kini dia sering mampir ke rumah itu, semata-mata untuk melihat Natasha, di samping turun padang sekali. Namun Natasha sedikit pun tak pernah tahu akan kehadirannya.

"Errr boss!!"

"Aku dengarlah!"

Emir ketap bibir. Mata Kayden tak lari dari terus-menerus memandang wajah cantik itu. Senyuman manis sentiasa menghiasi wajahnya.

"Bagi aku 10 minit! Kejap lagi aku chaw!"

Emir angguk. Nak berdebat dengan Kayden pun tak guna. Majikannya itu sedang diserang angau. Pertama kali dia melihat Kayden menyimpan minat kepada perempuan.

"Aku nak tahu pasal perempuan tu! Pergi cari maklumat pasal dia. Nama dia, umur dia, kerja dia, apa dia buat"

"Okey bos" sahut Emir lantas bergerak meninggalkan Kayden di situ.

Lama Kayden berdiri di sebalik tingkap dan memerhatikan gelagat Natasha. Tatkala Natasha tergelak, dia ikut sama. Senyumannya turut terukir ketika Natasha memberikan senyuman. Debar di jantungnya semakin kuat tatkala secara tak sengaja Natasha menatapnya. Lama mereka berpandangan sehinggalah salah seorang dari orang tua tadi melirik ke arah Natasha.

"Who is she?"

SEJAK dari itu, Kayden mula mencari tahu mengenai Natasha. Keberadaannya dan kegiatannya. Namun semuanya hanya sia-sia kerana Natasha menghilangkan diri selama tiga tahun. Dan selama tempoh itu, dia juga hilang punca dan tidak tahu arah tujuannya.

Dan tatkala papa menyusulkan untuk perkahwinannya dengan Natasha, dia terus bersetuju setelah mengetahui gerangan pengantin perempuannya. Harapan dan bahagia mula bertandang di lubuk hati. Dia bakal berkongsi hidup dengan wanita yang dikejarnya selama ini.

Namun bak kata pepatah, panas yang disangkakan berpanjangan rupa-rupanya hujan di tengah hari. Begitulah punah harapannya tatkala Natasha mula menunjukkan sikap ego dan sering membantahnya. Dia bersabar kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Natasha yang dikenali sebelum mereka berkahwin dulu sangat berbeza dengan Natasha yang kini. Dia ingin jawapan di sebalik perubahan itu. Namun Natasha tak pernah memberikan sebarang respon terhadap pertanyaannya. Kadang-kala, dia terlebih mengambil berat namun semuanya tetap tak berkesan di hati Natasha.

Gara-gara itulah, dia sengaja membuat onar. Membawa perempuan yang berbeza-beza setiap malam ke dalam rumah dan bilik tidur mereka. Namun sejujurnya, dia tak pernah ingin menyentuh mereka atau merosak kesucian mereka. Dia melakukan semua itu kerana ingin membuat Natasha cemburu dan marah. Namun Natasha tetap bersahaja, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dan kini, Natasha inginkan perpisahan. Dia tak mahu dan dia tak rela! Dia berkahwin dengan Natasha untuk bersama dengan wanita itu. Bukannya untuk berpisah. Dia inginkan hubungan mereka seperti hubungan mama dan papanya yang sentiasa akur dan bahagia meskipun usia sudah mencecah 60an.

Kayden mengurut kepalanya. Apa yang harus dilakukan supaya Natasha mahu terus kekal di sisinya? Syarat yang Natasha berikan bagi dia sangat mudah untuk dilaksanakan. Dia tak perlukan semua perempuan itu. Dia hanya perlukan dan inginkan Natasha.Namun mahukah Natasha mengotakan janjinya dan membatalkan hasrat untuk bercerai? Jika Natasha sudi memberi peluang kedua untuk hubungan mereka, dia akan menggunakannya sebaik mungkin.

TERMENUNG sendiri melayani perasaan di dalam bilik kecil dan sunyi itu mewujudkan perasaan tenang dalam dirinya. Tiada Ariffin, tiada Miranda, tiada Marisa, tiada juga Kayden yang bisa menyesakkan nafas dan merumitkan pemikirannya. Perasaan seperti itulah yang dia idam-idamkan dari dulu lagi. Bebas dari golongan yang mementingkan diri!

Natasha mengeluh panjang. Jendela kecil yang ditutupi langsir cream itu diselak. Sukanya dia melihat pemandangan di luar. Kelihatan sekumpulan burung tampak gembira berkicauan sambil berterbangan ke sana sini. Alangkah indahnya jika jiwanya bisa bebas seperti itu. Tiada kongkongan, tiada desakan, tiada tekanan! Hidup tenteram tanpa harus memikirkan perasaan orang lain.

"Tasha, kau pasti boleh bebas suatu hari nanti! Sekarang kau kena sabar dan berharap akan ada seseorang untuk keluarkan kau dari kelompok manusia durjana semua tu!"

Empangannya mulai pecah. Setitik demi setitik mutiara jernih itu memenuhi ruang wajah. Entah kenapa hatinya rasa sedih. Apa mungkin kerana dia merindui arwah mama ya?

Telefon bimbit di dalam kocek seluar dikeluarkan. Dia menekan butang album lalu mencari-cari foto mama. Saat ketemu, air mata itu semakin laju mengalir. Rindunya dia pada seraut wajah itu!

Seingat dia, mama meninggal ketika dia berumur 10 tahun. Dan ketika itu juga, Miranda dan Marisa mula masuk ke dalam keluarganya. Bermula dari saat itulah, kehidupannya mulai berubah. Dari seorang anak gadis yang penyantun, dia kini berubah menjadi seorang yang pendendam dan memendam. Setelah puas dihina dan dilayan dengam teruk, kini dia bangkit untuk membalas dendam. Bukan dendam yang memerlukan rancangan jahat tetapi dendam halus yang akan digunakan.

Dia akan tunjukkan kepada Ariffin dan kedua manusia itu kalau dia bukan lagi Airis Natasha yang dulu. Dia kini Airis Natasha yang baharu. Yang tak semudahnya lemah, dan sesenangnya diinjak kepalanya. Jika ada yang menentang, dia pasti melawan. Dia tak mahu jadi lemah lagi. Cukuplah sekali!

"Kamu kawen dengan Kayden, kami akan tumpang senang!"

Itu kata-kata Miranda yang sentiasa diingatinya. Sehingga ke detik ini, dia masih tak mampu melupakan betapa teganya Ariffin mengoyak surat tawaran sambung belajar ke Amsterdam gara-gara mahu dia mengahwini Kayden. Dan peluang untuk ke Amsterdam itu pula diserahkan bulat-bulat kepada Marisa.Dia benci, dia dendam pada Ariffin. Mana tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang ayah kepadanya?

Namun dia juga bijak. Waktu itu dia belum lagi mengenali dan bertemu dengan Kayden. Jadi dia membuat syarat kepada Ariffin. Dia hanya akan mengahwini Kayden jika dia diberi peluang untuk menyambung pelajarannya. Ariffin pula bersetuju tetapi dia hanya dibenarkan menyambung pelajaran di dalam Malaysia.

Tetapi Natasha bukanlah sebodoh itu untuk menuruti semua permainan Ariffin. Tatkala Ariffin sibuk menguruskan syarikat dan isteri barunya itu, saat itulah dia mengambil peluang menjejakkan kaki ke Switzealand dan menyambung pelajaran di sana dalam bidang undang-undang.

Sehingga kini, baik Ariffin mahupun Miranda, tiada sesiapa pun yang mengetahui rahsianya itu. Semua orang menyangka dia hanya lulusan biasa. Tetapi dia sebenarnya menyandang sijil dalam peringkat PhD dan gelaran Professor! Identitinya sengaja disembunyikan kerana dia tidak suka menunjuk-nunjuk.

Nanti, setelah segala urusannya selesai, dia pasti akan mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang peguam. Dia pasti akan menuntut bela di atas kematian mamanya. Itulah sebab utama dia menjadi peguam.

Nama Kayden tertera di skrin telefon. Bibirnya mengeluh panjang. Dia tidak punya mood untuk menjawab panggilan lelaki itu. Dibiarkan saja telefon bimbitnya berdering. Teringat pula dia akan syarat yang dikenakan Kayden kepadanya.

Natasha mengetap bibir. Dia ingin bebas dari hubungannya dengan Kayden. Hanya itu satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari cengkaman dan tekanan Ariffin. Namun jika ingin Kayden bersetuju, dia harus memenuhi syarat lelaki itu. Yang menjadi masalahnya kini, dia tidak cintakan Kayden. Mana mungkin dia mahu menyerahkan tubuh dan jiwanya kepada lelaki yang tidak dicintainya.

Namun, adakah dia mempunyai pilihan lain?

"Tasha.."

Namanya diseru dari arah luar, serentak dengan ketukan di pintu. Natasha tahu itu Kayden. Pasti dia ingin membincangkan mengenai syaratnya tadi.

Dia berdiri di hadapan pintu lalu membuka pintu perlahan-lahan. Saat itu, senyuman manis Kayden mula memenuhi ruang. Entah kenapa senyuman itu membawa seribu ketenangan dalam hati. Lelaki itu tampak santai dengan baju lengan panjang dan seluar tracknya. Kedua-dua tangan diletakkan di dalam kocek seluar.

"Can we talk?"

ARIFFIN mundar-mandir di dalam bilik. Otaknya sedang ligat berfikir sesuatu. Dia harus mencari cara agar Natasha membatalkan hasratnya. Jika tidak, dia akan rugi besar. Bermenantukan Kayden umpama dimewahi dengan jutaan ringgit. Sejak dia menjadi bapa mentua Kayden, segala projek dan tender sangat mudah untuk didapatkan. Bahkan segala projek, baik dari sekecil-kecil mahupun sebesar-besarnya berjaya dalam sekelip mata. Keuntungannya pula sangat luar biasa.

"Kenapa you ni? Peninglah I tengok you mundar-mandir macam ni!" rungut Miranda yang duduk di hadapan Ariffin.

"I tengah fikir cara untuk buat Natasha batalkan penceraian dia!" ujar Ariffin lantas melabuh duduk di sisi Miranda.

Senyuman sinis tersungging di wajah Miranda. Anak yang satu itu memang keras kepala. Sangat sukar untuk dilenturkan!

"Anak you tu memang hati batu! Keras kepala, degil! Dia memang pentingkan diri sendiri. Tak fikir pasal kita. Nak senang sendiri saja! Entah dari keturunan mana entah!"

Ariffin menjeling tajam. Pantang betul dia apabila dibangkitkan soal keturunan.

"Bab-bab keturunan you jangan nak sebut-sebut! Seburuk-buruk pun Natasha tu, dia masih anak I"

Miranda mencebik. 'Yelah, anak yang kau manfaatkan! Macamlah bagus sangat!!'

"So apa plan you? Natasha tu keras kepala tau, sebijik macam you!" gerutu Miranda lagi.

Sekali lagi, Ariffin menjeling. Itu memang dia tak nafikan. Sikap keras kepala dan degilnya itu kini diwarisi oleh Natasha.

"I tengah serabut ni! I tak tahu macam mana nak buat Tasha tu batalkan rancangan dia"

"Hmm, kalau susah sangat, you suruh je Kayden tu pikat Natasha. Kalau dah jatuh cinta, takdelah dia ingat lagi pasal cerai-berai ni! Tak pun, suruh si Kayden tu buntingkan Tasha. Kalau dah ada anak, susah sikit nak bercerai. Tapi itulah kan, dah lima tahun kawen, sampai sekarang takde anak. Ke Tasha tu mandul?" ujar Miranda selamba. Dia selalu terfikir akan soal itu. Tetapi dia malas nak ambil tahu. Lagi bagus kalau Natasha tak mengandungkan keturunan Kayden. Senang sikit dia dan Marisa nak buat kerja!

Terdiam Ariffin. Idea Miranda itu sangat bagus. Tetapi dengan kedegilan dan hati batu Natasha itu, mampukah Kayden melembutkan hatinya? Bukan dia tidak tahu akan kebencian Natasha pada Kayden. Dari dulu lagi dia tidak suka dengan perkahwinan yang diatur itu. Natasha ingin bebas, tapi dia pulak paksa anaknya mengikuti arahannya. Mana tak meradang dan berdendam anak itu pada dia!

"Dah terlanjur you jahat kat anak sendiri, teruskan jelah plan tu!" sambung Miranda lagi setelah Ariffin masih membisu.

"Apa maksud you?"

Miranda menyenget dengan senyuman. "I ada plan!"

"YOU nak cakap apa?"

Natasha merapati kerusi kayu antik itu laku menghempas punggung di atasnya. Ketenangannya sebentar tadi telah dirampas oleh kehadiran Kayden.

Kayden masih diam. Ralit matanya melihat bilik kecil, tempat persembunyian isterinya itu. Walaupun agak kecil, tetapi keadaannya sangat bersih dan tampak kemas. Hiasan dinding hanya ada dua tiga jenis saja. Itupun hiasan yang kecil sahaja. Meja kecil dan dua buah kerusi kayu antik mewujudkan suasana kampung. Sangat sederhana tetapi mampu menenangkan hati! Rak buku pula tampak comel di satu sudut. Hanya ada buku berkenaan undang-undang dan sejarah saja di situ. Kayden mengerut dahi. Dia suka buku macam ni ke?

"I nak tahu keputusan you. About the things I said earlier..." ujar Kayden seraya duduk di hadapan Natasha.

"I tetap dengan keputusan I nak bercerai. Tapi I tak nak terima syarat you"

Kayden senyum sinis. Natasha sangat degil!

"You tahu kan, I nak anak"

"You banyak perempuan. Kalau you nak sangat anak, you can marry them and get them pregnant"

"But I want you!"

Natasha pandang wajah serius Kayden. Apa maksud suaminya itu?

"I nak anak dengan you. Not with those women"

Natasha gelak. Nak anak dari dia, tapi sibuk hiburkan perempuan lain!

"I don't want! Jangan paksa I! I dah cukup terseksa, dah banyak berkorban untuk..."

Kayden mengerut dahi. Ucapan Natasha mengganggu hatinya.

"What do you mean?"

Natasha tarik nafas. Kayden tak boleh tahu akan perihal hidupnya.

"Anyways, you tak boleh nak paksa I untuk beri tubuh I pada seseorang yang I tak cinta..."

"Tasha..." Kayden hilang arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience