USAI berjemaah Isyak, Natasha meminta diri untuk ke bilik. Dia benar-benar sudah kehabisan tenaga. Emosinya pula bercampur-baur. Entah kenapa dia berperasaan seperti itu. Dia sendiri yang memaksa Kayden untuk menolong Hidayah namun dia juga yang diserang amarah.
Opah hanya angguk bersetuju. Belas dia melihat wajah dan tubuh yang semakin susut itu. Tadi selepas solat Maghrib berjemaah, mereka sekeluarga makan malam. Natasha hanya makan sedikit. Lauknya pula langsung tak terusik. Dia perasan Kayden dan Natasha saling tak bertegur. Seolah ada sesuatu yang sedang berlaku.
Dan yang lebih memeranjatkan, Hidayah tiba-tiba mahu turut serta untuk makan malam bersama mereka. Sedangkan selama ini dialah yang paling mengelak apabila diajak makan bersama. Dia yakin, ada sesuatu yang sedang berlaku.
Kayden yang masih duduk berteleku di atas sejadah dipandang. Asyik dia melihat tingkah Kayden yang seperti tidak keruan itu. Dicuit bahu itu.
"Opah..." Kayden kaget. Senyuman hambarnya terukir.
"Ib ada masalah ke?"
Kayden diam. Tidak tahu bagaimana hendak menceritakan perkara sebenar.
"Ada masalah dengan Tasha?"
Mendengar itu, pantas Kayden memanggung kepala. Riak keruh Opah ditatap.
"Opah tahu, kamu berdua ada masalah.."
Tubir mata Kayden pecah. Tak mampu nak mengungkap perasaan, hanya bisa melepas emosi dengan tangisan yang kian kedengaran. Pertama kali dia rasa gagal menuntun hatinya. Pertama kali juga dia rasa kecewa dengan Natasha. Terlalu banyak yang telah mereka lalui bersama tetapi Natasha masih enggan mempercayainya. Berkali-kali dia mengakui perasaannya yang malu apabila berhadapan dengan Kayden gara-gara parut itu. Sedangkan Kayden beribu kali juga telah meyakinkan perasaannya terhadap Natasha. Dia harus bagaimana? Kenapa sukar untuk Natasha mempercayainya?
"Selesaikanlah masalah kamu sebaik mungkin. Apa yang berlaku dalam rumah tangga kamu, ini semua dugaan dari Allah. Berpegang teguhlah pada jalan Allah. In Shaa Allah, Dia akan berikan yang terbaik untuk kamu berdua" pesan Opah sambil menepuk lembut bahu itu. Meskipun Kayden enggan berkongsi, namun dia bisa memahami hanya dari bahasa badan.
Kayden mengesat air mata. Kepalanya angguk perlahan. Nasihat Opah akan dituruti. Dia harus percaya pada takdirNya.
PINTU bilik terkuak luas. Terjegul wajah Kayden di situ. Matanya mencari-cari kelibat Natasha, namun isterinya tiada kelihatan. Pandangannya berkalih ke arah pintu bilik mandi. Barangkali Natasha ada di dalam sana.
"Uwerkk.."
Bunyi itu datang dari arah kamar mandi.
Kayden mengorak langkah ke hadapan pintu. Telinga ditekap ke situ. Wajahnya cemas.
"Sayang.."
Tombol pintu dipulas berkali-kali. Namun ianya terkunci.
Kali ini, Kayden mengetuk pintu dengan lebih kuat. "Sayang!"
Tak menunggu lama, Natasha membuka pintu kamar. Wajah pucatnya jelas kelihatan. Kayden panik. Dipapah tubuh itu sehingga ke birai katil.
"Kenapa ni? Salah makan ke?"
Natasha geleng kepala. Badannya rasa lemah sahaja. Dia cuma ingin baring.
"Kita pergi klinik nak?" tanya Kayden setelah membaringkan Natasha di atas katil.
"Tak nak.." balas Natasha dengan suara yang lemah. Matanya terpejam. Dia hanya ingin berehat.
"Sayang nak tidur ke?"
Gusar benar dia melihat keadaan Natasha itu. Sejak akhir-akhir ini, badan kecilnya kelihatan semakin susut.
Natasha tak menjawab. Hanya deruan nafasnya yang kedengaran.
Kayden tunduk mencium dahi hangat isterinya. "I love you"
TENGAH MALAM itu, Natasha tersedar daripada tidur. Lenanya terusik setiap kali teringat akan kesan parutnya. Baru kini dia rasa kurang percaya diri dengan kekurangan sendiri. Dia menoleh ke sebelah. Kayden sedang duduk bersandar di kepala katil sambil menguruskan sesuatu di dalam laptopnya.
Dahi Natasha mengerut. Apa yang dilakukan oleh Kayden sehingga jam segini belum tidur? Dikerling jam di dinding. Sudah pukul satu pagi.
"Abang bangunkan sayang ke?"
Suara gemersik itu menyentakkan Natasha.
Kayden menutup laptopnya lalu disimpan di atas meja. Tubuhnya rapat mendekat ke sisi Natasha.
"Kenapa ni? Abang ada buat salah ke? Dari petang tadi asyik diam je. Abang sedih" adu Kayden. Tiada senyuman dan godaan manja dari Natasha.
Natasha geleng kepala. Sebenarnya perasaan cemburunya masih kuat menguasai. Cuma dia yang tidak tahu cara untuk mengungkapkan.
"Marahkan abang ke?"
Kayden menanya, kot-kot ada salah satu dari soalannya yang tepat mengena.
Sekali lagi, Natasha menggeleng.
Kayden menghela nafas berat. Dari baring, kini dia sudah duduk. Wajah pucat Natasha ditatap.
"Sayang..." Kayden berjeda. "Cemburu? Dengan abang dan Dayah?"
Kali ini, Natasha tak memberikan apa-apa respon. Menggeleng tidak, mengangguk juga tidak. Tubir matanya hampir bergenang.
Kayden senyum. Dia sudah dapat jawapannya. Natasha cemburu!
"Abang tak tahu pun Dayah mintak digendong. Abang tak nak pun, tapi keadaan memaksa. Lagipun sayang jugak yang suruh abang tolong dia kan? I had no choice!" jelas Kayden. Baru tahu asbab Natasha mendiamkan diri dari tadi.
Keadaan masih sunyi. Hanya lampu meja yang menerangi suasana bilik mereka.
"Abang rindu.." luah Kayden.
"Tasha malu. Tubuh Tasha buruk sebab parut tu. Tasha malu kalau abang jijik dengan Tasha. Tasha takut kalau abang tinggalkan Tasha sebab badan Tasha dah tak cantik.."
Menitis jua air matanya setelah ditahan dari tadi. Sejak kebelakangan ini, cepat benar emosinya terusik. Pantang disakiti, pasti dia sensitif.
"Abang tak pernah jijik pun dengan Tasha. Siapa yang cakap macam ni? Kita dah pernah bincang kan tentang perkara ni? Kan dah janji tak nak ungkit lagi.."
Kayden masih dalam nada mengawal suaranya. Entah gerangan siapa yang seakan meracuni fikiran itu. Adakah Hidayah? Tetapi Natasha sendiri menafikan.
"Dan kenapa abang nak tinggalkan Tasha hanya sebab tu? Kecantikan tak kekal selamanya sayang! Abang kawen bukan sebab kecantikan. Abang kawen sebab abang perlukan peneman. Dan Tashalah peneman abang"
Natasha membisu. Air mata yang gugur dikesat perlahan. Segala kata cacian dan hinaan Hidayah akan sentiasa berbekas di hatinya. Bahkan rasa itu lebih sakit daripada dipukul oleh Miranda dan Marisa. Namun kata-kata Kayden sedikit sebanyak meredakan sedihnya.
"Tasha tengok diri Tasha dalam cermin. Tasha nampak hodoh dengan parut ni. Tasha rasa tak layak bergandingan dengan abang. Tasha risau kalau abang berpura-pura..."
Kayden bungkam. Kenapa sedalam itu Natasha berfikir? Segala keburukan yang ada dalam diri Natasha adalah pelengkap hidupnya. Dia tak pernah merungut sedikit pun mengenai itu.
"Kenapa fikir sampai macam tu?"
Sejujurnya Kayden kesal. Natasha memandang ringan akan perasaannya. Sedangkan selama ini dia begitu merindui dan mencintai isterinya.
Natasha tetap mendiamkan diri. Hanya esak tangisnya yang memecah kesunyian malam itu.
"Okey, abang buktikan"
Laju dia menarik tubuh itu ke dalam dakapan.
Natasha meronta-ronta, minta dilepaskan. Usahanya hanya sia-sia. Kayden tak menurut.
"Abang nak buat apa ni? Let me off!" bentak Natasha.
Kayden tak mendengar. Tangannya menarik zip gaun tidur Natasha di bahagian belakang. Kemudian gaun tersebut ditanggalkan.
"Abang!! Lepaskan Tasha"
"Jangan melawan. Nanti Tasha sakit sendiri" ujar Kayden lantas membalikkan tubuh itu membelakanginya. Saat itu, terlihat jelas kesan parut yang begitu banyak di belakang Natasha. Dia tersentak. Melihat parut itu, hatinya diserang amarah. Seolah-olah kenangan masa lalu mengingatkan dia akan kekejaman Marisa terhadap Natasha.
"Abang jijik kan?! Abang malu kan? Tasha dah cukup malu dengan keadaan ni di hadapan abang. Tasha tak mampu nak lupakan pasal parut ni.."
Suara itu merintih pilu. Betapa pijar wajahnya tatkala renungan Kayden tepat ke bahagian belakangnya. Dia tahu Kayden sedang merenung ke arah itu.
Kayden tunduk lantas mengucup setiap parut di belakang Natasha dengan begitu asyik. Serentak itu, air matanya gugur. Tak mampu dia bayangkan kesakitan dan trauma yang harus dihadapi oleh Natasha gara-gara sikap kejam manusia.
Perlakuan Kayden menyentuh hati Natasha. Air matanya semakin deras mengalir. Dapat dia rasakan bibir itu sedang hinggap di bahagian punggungnya.
Kayden membalikkan tubuh Natasha menghadapnya. Air mata itu diseka dengan hujung jarinya. Bibir diketap. Lantas, perlahan-lahan mata basah Natasha dikucup.
"Lepas ni, jangan pernah ungkit lagi pasal perkara ni. Abang tak suka dan abang tak nak dengar. Cukuplah Tasha tahu perasaan abang selama ni. Abang tak peduli seberapa banyak parut di badan Tasha. Yang abang tahu, abang cintakan Tasha melebihi segala-galanya.."
Pipi montel itu dikucup.
"Dan abang tak pernah jijik atau geli dengan tubuh badan Tasha. Segala yang ada pada tubuh Tasha adalah milik abang sorang!"
Serentak itu, Kayden mendaratkan kucupannya di bibir Natasha.
Terlalu asyik dibuai perasaan, Natasha tak mampu nak menolak. Dibalas setiap kucupan itu dengan penuh nikmat.
"Sayang masih belum mampu nak lupakan?" tanya Kayden dengan suara gemersik.
Perlahan-lahan, Natasha menjatuhkan kepalanya. Terlalu perit saat mengingati itu.
"Then this would heal you.."
Satu-persatu pakaian mereka dilepaskan.
PAGI sudah memunculkan diri. Namun suasana masih sunyi. Hanya bunyi hujan yang kuat kedengaran di luar sana. Dua insan itu masih kaku terbaring di atas katil. Asmara semalam seakan masih berlanjutan kerana tubuh keduanya masih menempel antara satu sama lain tanpa seurat benang.
Natasha mencelikkan mata. Deruan nafasnya dilepaskan perlahan-lahan. Tangan Kayden yang melingkari pinggangnya sedaya-upaya dilepaskan. Namun kudratnya tak mampu nak melawan kudrat lelaki itu.
"Nak pergi mana?" tanya Kayden dengan mata yang masih tertutup.
"Abang, kejap lagi nak masuk Subuh!"
Kayden mencelikkan mata. Jam dikerling sekilas. Baru pukul lima pagi.
"Masih awal lagi sayang.." ujar Kayden lalu melepaskan kucupan di dahi isterinya.
"Tapi abang.."
Tak habis lagi ayatnya, Kayden diamkan dia dengan kucupan di situ.
"Abang tak suka Tasha melawan abang.." omel Kayden dengan riak serius.
Natasha mengeluh. Sikap Kayden tak ubah seperti diktator. Suka mengarah dan nak ikut kepala dia saja!
"Sayang nak pergi mana?" tanya Kayden setelah Natasha bergerak dari sisinya.
"Nak pakai baju" balas Natasha polos.
"Abang tak cakap pun kena pakai baju"
Kayden menarik Natasha rapat ke sisi.
Wajah Natasha kebingungan. Apa yang Kayden mahukan dari dia sebenarnya?
"Tapi Tasha nak mandi. Nak Subuh kejap lagi"
"Bagi 30 minit. Lepas tu kita mandi dan solat sama-sama"
Dahi Natasha mengerut. Kenapa nak kena 30 minit?
"Maksudnya?"
Senyuman nakal Kayden mula bergentayangan di wajahnya. Lantas tubuh itu didakap erat. Semalam dia tak puas kerana Natasha mengadu penat dan pening kepala.
"Abang.."
Wajah Kayden ditolak tatkala bibir itu singgah di buah dadanya. Kayden memang bisa buat dia gila! Anginnya pula sentiasa berubah-ubah!
"Abang.."
"Puaskan abang!"
NATASHA mencuci mulut di singki. Tekaknya tiba-tiba terasa kembang dan mual sahaja. Peningnya pula dari semalam tak surut-surut.
Tadi setelah mengerjakan solat Subuh, dia kembali terlelap di atas katil. Kayden mengajaknya ke klinik namun dia menolak. Enak saja dia ketiduran sehingga tak sedar matahari sudah meninggi. Sedar saja dari tidur, dia menerima pesanan daripada Kayden yang mengatakan akan ke pekan bersama Tokwan dan Opah. Tinggallah dia di rumah bersama Tokma dan Hidayah. Tetapi Tokma pula awal-awal lagi sudah ke masjid untuk aturcara majlis ceramah malam nanti. Kelibat Hidayah pula dia tak lihat di mana-mana.
"Seronoklah kan, semalam kena gendong dengan abang Ib. Sasa kan dada dia?!"
Tiba-tiba suara Hidayah menyampuk dari arah belakang. Laju Natasha berpaling. Hidayah kini berdiri di sebelahnya. Raut wajahnya sinis.
"Kau mesti rasa cemburu kan? Aku dah cakap kan, abang Ib sayangkan aku lebih dari segalanya. Kalau tak, semalam dia dah tinggal je aku kat situ.."
Natasha menggigit bibir. Suka benar ye Hidayah mengganggunya? Padahal dia elok saja tak kacau sesiapa. Dia tak pedulikan Hidayah dan terus berjalan meninggalkan gadis itu di situ. Kepalanya sakit dari semalam. Nak layan Hidayah juga dia tak kuasa.
"Hehh! Tak guna punya perempuan. Dia tinggal je aku macam tu?"
Hidayah mengekori langkah Natasha yang bergerak ke luar rumah. Ditarik tangan itu agar menghadapnya.
Natasha menepis dengan sekuat tenaga yang tersisa.
"Apa lagi ni Dayah? I tak kacau you kan? Tak boleh ke kalau kita masing-masing sibuk hal sendiri je?"
Suara Natasha lemah. Dia tak tahulah manusia jenis si Hidayah tu! Tak faham bahasa!
Hidayah kerut dahi. Bibir Natasha pucat. Tubuhnya lemah semacam. Tapi, arghh! Lantaklah! Bukan hal aku.
Hidayah berpaling dan dengan sengaja melanggar bahu itu. Tak sempat nak menyeimbangkan diri, Natasha rebah di atas lantai. Kepala yang pening terasa semakin mencucuk-cucuk. Pandangannya gelap. Dalam samarnya pandangan, dia sempat melihat Hidayah melarikan diri dari situ.
"Abang..."
done utk harini. esok kiki smbung lagi ? happy reading guys ☺️?
Share this novel