BAB 28

Romance Series 8335

"MANA isteri aku? Mana korang sembunyikan Tasha? Cakap!! Sebelum aku naik gila!" hambur Kayden dengan wajah menyeringa. Kereta Natasha parkir tepat di halaman rumah. Namun bayangan Natasha tidak kelihatan. Tidak mungkin Natasha kabur tanpa memandu keretanya.

Kecut perut Ariffin dan Miranda dengan wajah serius yang dipamerkan oleh Kayden. Hati mereka masing-masing gelisah dan tubuh mula kedinginan. Menyesal tak sudah dengan idea bodoh Marisa sebentar tadi. Jika Kayden mengetahuinya, masaklah mereka!

"A..apa kamu cakap ni Kayden? Tasha memang ada ke sini tapi dia dah balik. Kan Mir?" Ariffin menyiku Miranda, meminta sokongan dari wanita itu.

"Aah! Betul tu. Dia singgah kejap je! Lepas tu, dia terus balik. Tak tahu pergi mana"

Kayden yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua lantas berpaling. Langkahnya merapati kedua mereka. Wajahnya keruh. Pistol yang terselit di sebalik baju dikeluarkan lantas diacukan ke arah bawah dagu Ariffin.

Ariffin mula berketar-ketar. Seumur hidupnya, inilah pertama kali dia diteror seperti itu.

"Jangan nak tipu aku! Kereta dia elok je parking depan tu. Ingat aku buta ke?! Haaa??!!" jerkah Kayden lagi. Rasa hormatnya pada Ariffin dan Miranda sudah hilang. Kehilangan Natasha bisa bikin dia gila. Silap besarlah Ariffin nak main tahi dengannya!

Ariffin menjeling Miranda sekilas. Dia benar-benar lugu! Terlupa akan perihal kereta Natasha di luar sana. Aduh, kenapalah dia bodoh sangat?!

"Sebelum peluru ni menembusi dagu dan otak kau, baik kau cakap mana Tasha! Aku tak main-main!"

Ariffin menelan liur. Ketakutan sedang bermaharajalela di gelung hatinya saat ini. Apa yang harus dilakukannya? Jika Kayden mengetahui perkara sebenar, mereka tetap tidak selamat.

"Kayden, kan mama dah cakap.."

Belum sempat Miranda menghabiskan ayatnya, Kayden sudah melepaskan peluru ke arah tepi meja. Miranda dan Ariffin tersentak. Jelas kelihatan riak takut di wajah dan tubuh mereka menggigil.

"Kau tak pernah anggap Tasha sebagai anak kau. Jadi jangan pernah anggap aku sebagai menantu kau!"

Tertelan liur Miranda dibuatnya. Mereka benar-benar telah mengundang gila lelaki itu. Sikap lembut dan sopan Kayden selama ini sudah lenyap hanya gara-gara kehilangan Natasha. Memang silap besar kerana mereka mengikuti idea bodoh Marisa.

"Emir, geledah seluruh rumah! Cari Tasha sampai dapat. Kalau Tasha tak dapat, aku akan buang mereka berdua ni ke tengah sungai! Biar kena baham oleh buaya dan jerung!!"

WAJAH Natasha yang sedang pengsan itu ditatap. Berbekalkan perasaan benci dan amarah, dia merotan tubuh kecil itu dengan besi panas. Natasha menjerit. Sakitnya terasa sehingga ke dalam sana. Lenanya terganggu. Perlahan-lahan dia membuka mata. Pukulan daripada Marisa mengembalikan dia kepada peristiwa pahit itu. Dia terbayang-bayang akan tingkah Ariffin dan Miranda yang seakan menggila menghukumnya dengan cara yang sama.

Meski dia meminta tolong dan merayu untuk dilepaskan, semua omongannya hanya dijadikan lelucon oleh mereka. Saat itu, dia sudah tidak mampu hendak melawan. Hanya pasrah kepasa Yang Maha Esa untuk nyawanya yang seakan di hujung tanduk itu.

Wajah Marisa yang sedang sinis menatapnya dipandang. Jelas kelihatan riak benci pada wajah itu.

Natasha mencuba untuk melepaskan diri namun tidak berhasil. Tenaganya sudah benar-benar hilang. Kedua tangannya diikat dengan erat. Kakinya pula dipasung. Hukuman yang sering dikenakan ke atasnya ketika dia masih belasan tahun dahulu.

"Apa kau nak buat haa?!"

Marisa ketawa terbahak-bahak. Menatap wajah kasihan itu bikin hatinya geli. Dah nyawa-nyawa ikan pun masih berani nak melawan perempuan ni! Cemuh Marisa dalam hati. Riak yang selalu sombong dan merasa diri kuat kini sedang bertatih di hadapannya.

"Apa aku nak buat?" Marisa ulang pertanyaan itu.

Mata Natasha lekap pada lantai. Ada darah yang sedang mengalir dari bahagian belakang badannya. Mungkin kerana terkena besi panas tadi.

"Lepaskan aku! Apa kau nak?"

Dari riak sinis, kini wajah itu berubah keruh. Dia mendekati Natasha lantas mencengkam rahangnya.

"Aku nak kau mampus!! Kalau Kayden tak nak aku, takpe! Kau pun jangan harap dapat bersama dia.."

Natasha gelak. Nada tawa itu pula seperti mengejek saja. Diludahnya wajah keruh Marisa itu sehingga akhirnya Marisa mengalah dan melepaskannya.

"Sial!!" Wajah Natasha ditampar berkali-kali.

Namun Natasha tak berhenti ketawa. Makin Marisa sakit hati, semakin kerap dia memperlekehkan perasaan gadis itu.

"Kalau aku mampus, kau ingat Kayden nak lepaskan kau?! Sampai lubang cacing dia cari kau!"

Kali ini, giliran Marisa pula ketawa. Tangan disilang ke dada. Natasha cukup berani menentangnya walaupun dalam keadaan lemah dan tidak berdaya itu.

"Aku tak kisahlah! Yang penting, aku puas sebab kau dah mampus! Aku bencikan kau dari dulu lagi. Dasar anak sialan!"

Perut Natasha ditumbuk. Natasha mengerang kesakitan. Entah kenapa sakitnya begitu terasa di situ.

"Mar, please! No!! Jangan dekat perut. Sakitt..." Natasha separuh merayu. Suaranya antara dengar dan tidak.

Marisa semakin galak. Sekuat hati dia menumbuk ke arah perut Natasha. Jelas tubuh itu sudah semakin lemah dan seakan menggelupur saja. Wajahnya pula pucat. Melihat Natasha sudah tidak berdaya, dia beralih ke wajah itu pula. Ditampar dan ditumbuk berkali-kali.

Tidak mampu menahan lagi, tubuh Natasha tersandar lemah pada dinding. Seluruh kekuatannya sudah lesap. Darah pula semakin banyak mengalir dari arah kangkangnya. Dahinya mengerut. Darah apa ini?

Marisa mendekatkan diri ke arah Natasha. Pisau kecil dikeluarkan dari arah koceknya. Lantas diacukan ke wajah cantik itu.

"Aku akan musnahkan wajah cantik kau ni biar Kayden atau sesiapa pun geli dan jijik dengan kau..."

Belum sempat Marisa berbuat demikian, pintu stor terkuak luas. Dia kaget. Pisau tersebut jatuh dari genggamannya. Tempat persembunyiannya sudah dihidu!

"SAYANG!!" jerit Kayden tatkala melihat Natasha sudah lemah di sana. Laju derap kakinya menghampiri si isteri.

Wajahnya kaget tatkala melihat begitu banyak darah yang mengalir dari arah isterinya. Hatinya pilu melihat Natasha diseksa sebegitu kejam oleh Marisa. Cepat-cepat dia melepaskan ikatan yang terlilit tangan pada isterinya. Dia tidak menyangka bakal melihat keadaan Natasha yang dipasung seperti itu. Merintih hatinya dengan keadaan isterinya.

Marisa ingin melarikan diri namun sempat dihadang oleh Emir dan Eric.

"Kay...perut I sakit.." Natasha menyentuh bahagian perutnya.

"Kita pergi hospital ye?" pujuk Kayden dengan linangan air mata. Saat itu, tubuhnya bergetar melihat kesan cebukan dan darah yang mengalir dari arah belakang Natasha.

Pantas dia mencerlung ke arah Marisa. Besi panas yang tercampak di atas lantai digapai lantas dihayunkan ke arah kaki kanan Marisa. Meraung kesakitan Marisa akibat besi panas itu. Terduduk dia di lantai.

"Kayden, no! Sakit!! Ampunkan I!!"

Teresak-esak Marisa menahan kesakitan yang bukan sedikit.

Wajah Kayden tegang. Beribu amarah berkecamuk dalam diri. Jika dia tidak waras, sudah lama Marisa mati di tangannya.

"Ni baru sikit!" hambur Kayden dengan wajah bengisnya. Besi panas tadi dicampakkan di hadapan Marisa yang sudah terduduk di atas lantai dek kesakitan yang dialaminya.

"Emir! Eric!"

Kedua lelaki itu menyahut serentak.

"Jangan lepaskan beruk-beruk ni semua! Tunggu arahan dari aku.."

NOMBOR Kayden didail berkali-kali. Barusan, dia menerima panggilan dan khabar buruk dari lelaki itu berkenaan dengan Natasha. Hatinya diselubungi beribu kebimbangan.

Tak berpuas hati dengan berita tersebut, dia menghubungi Kayden semula namun panggilannya tidak berjawab. Dahinya mengerut. Hatinya semakin bimbang. Dia hendak melawat Natasha namun dia terlupa untuk bertanya di mana Natasha dirawat. Pelbagai persoalan mulai bermain-main di benaknya. Dia yakin, pasti itu semua kerja Ariffin.

Sudah tiga hari Natasha kembali ke rumah, namun mereka belum punya kesempatan untuk ketemu. Dia rindukan Natasha.Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama. Alih-alih, dia menerima kejutan yang tidak disangka-sangka.

Notifikasi telefon masuk. Bahagian WhatsApp dibuka. Pesanan daripada Kayden dibaca.

'tasha admitted kat pcmc. cant talk to you rn. sorry'

Amira mengeluh lega. Prince Court Medical Centre! Jauh bebenor Natasha ditempatkan. Namun hospital swasta tersebut adalah antara hospital terbaik di Kuala Lumpur. Syukurlah, Kayden masih sudi menyayangi dan melindunginya. Seingat dia, dia juga punya beberapa kenalan lama di sana.

'thanks. will pay a visit soon. hopefully, tasha is ok'

Sebenarnya ada begitu banyak persoalan yang ingin dia utarakan kepada Kayden. Namun dia juga yakin Kayden belum bersedia untuk sebarang pertanyaan. Jadi dia menunda dulu semua pertanyaan tersebut. Hanya menunggu waktu yang sesuai dan tepat saja.

Bingkai foto di atas meja dilirik. Tersenyum dia melihat gelagat mereka di situ. Senyuman riang dan manis Natasha kini sudah jarang menghiasi wajah itu. Dia mengerti benar akan keperitan dan penderitaan Natasha yang terseksa dari kecil lagi.

Beza usia mereka hanyalah dua tahun saja. Namun keakraban dan ketulusan keduanya membataskan segala perbezaan itu. Natasha sangat manja dengannya. Dia tak ubah seperti seorang kakak kepada Natasha.

Masih dia ingat lagi pertemuan pertama mereka di taman permainan. Usia mereka ketika itu masing-masing 11 dan 9 tahun. Dia dibuli oleh budak-budak yang lain. Dan Natashalah yang menyelamatkannya.

Sejak dari itu, mereka akrab dan menjadi sahabat baik. Bahkan Natasha juga saksi kepada setiap titisan air matanya yang mengalir dek kekecewaan dalam percintaan dengan Haris.

Natasha selalu berlagak bak seorang pahlawan di hadapannya. Namun jauh di sudut hati, dialah sebenarnya yang paling rapuh dan retak. Senyuman yang terukir di wajah hanyalah alat palsu untuk menutup segala kekesalan dan kepahitan di jiwa.

Di dalam sujudnya, dia selalu mendoakan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan Natasha. Besar harapannya jika suatu hati nanti Natasha juga berubah ke arah yang lebih baik.

"Allah akan selalu ada untuk kau Sha!"

WAJAHNYA keruh. Hatinya tidak tenteram. Keadaan tubuh badan Natasha sangat mengharu-birukan hati. Demi Tuhan, dia tidak sanggup membayangkan kesakitan yang dialami oleh isterinya. Sehingga ke detik ini, dia masih sukar untuk mempercayai akan kekejaman keluarga Ariffin terhadap isterinya.

Penuh sabar dia menunggu di luar bilik rawatan. Dengan hati yang walang, dia memandu dalam keadaan laju dan membabi buta. Keselamatan Natasha saja yang diutamakan saat itu. Selepas ini, dia berjanji tidak akan melepaskan mereka yang telah menyakiti isterinya.

Hartika, doktor yang juga merupakan kenalan Kayden keluar dari bilik kecemasan. Wajahnya agak nanar. Langkah kakinya mendekati Kayden yang duduk memejam mata di atas kerusi.

"Kayden.."

Serentak itu, mata Kayden terbuka luas. Posisinya berubah. Hatinya penuh debar namun pada masa yang sama, dia harus mengetahui keadaan isterinya.

"How is she?"

Hartika senyum hambar. Ada berita baik, ada juga berita buruk. Yang mana harus disampaikan terlebih dahulu?

"Tik? How is my wife? Is she okay?"

Hartika menghela nafas panjang. Dia merenung wajah keruh lelaki itu.

"She is okay. But.."

"But?? What but?" Kayden tidak sabar hendak mengetahui. Dada rasa bagaikan nak pecah sahaja.

"Dia dah stabil. That's good news. Takde kecederaan dalaman. But there's bad news too..."

Tubir mata Kayden bergenang. Di sudut yang lain, dia bersyukur kerana Natasha tidak mengalami kecederaan teruk. Untung saja isterinya cepat dikejarkan ke hospital. Jika tidak, entah apa lagi akal gila Marisa yang tidak mampu dia bayangkan. Namun berita yang satu lagi bakal bikin hatinya gelisah.

"Luka pada bahagian belakang dia agak dalam. You know why right? Dia dipukul, dicebuk dengan besi yang panas. Orang yang kuat sekalipun takkan mampu nak tahan kepanasan besi tu. Plus, dulu dia pernah mengalami keadaan yang sama. I nampak masih ada beberapa kesan dan luka pada tubuh badan dia. Dan kesan baru tu macam beri effect pada luka lama dia.."

Hampir nak terjatuh Kayden mendengar berita itu. Iya, benar! Natasha pernah mengadu perkara yang sama dulu. Ariffin, Miranda dan Marisa acapkali menderanya. Namun dia tidak pernah menyangka sekejam itu perbuatan mereka terhadap Natasha. Ya Allah, apalah nasib isteri aku?!

"Luka tu akan effect sesuatu pada dia?"

"Appereantly no! Tapi trauma, maybe yes.. right now, all she needs is fully support from you. Dan kalau boleh, jaga perasaan dia.."

Rasa nak pitam Kayden menerima berita itu. Natasha bakal trauma, sedangkan trauma lamanya belum lagi pulih sepenuhnya. Wajahnya diraup. Sungguh tidak menyangka sedalam itu penderitaan dan trauma yang dirasai oleh Natasha. Ya Allah!!

Hartika membetulkan kaca matanya. Pertama kali dia melihat lelaki itu rapuh. Kayden Ibrahim yang dikenalinya sangat kuat dan tak mudah goyah. Dan lelaki itu sangat menjaga air muka di hadapan orang lain.

Kini Kayden yang sama sedang menangis dan merintih di hadapannya. Terbukti, Airis Natasha seorang wanita yang sangat istimewa di dalam hatinya.

"You ready for the another bad news?"

done.. nanti kiki smbung lagi ye? happy reading ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience