MATANYA tak berkedip. Dedaun yang berterbangan ditiup angin tampak indah dan menenangkan hatinya. Ingin dia bebas di dunia luar, namun dia diserkap di situ. Itu semua kerana olahnya sendiri.
Kini dia sudah tak mempunyai apa-apa lagi. Anak, isteri? Tak usah cakap! Dia sudah kehilangan mereka. Walau dia menyesali semua itu, nasi tetap sudah menjadi bubur. Yang terdaya dilakukannya kini adalah meneruskan hidup di empat penjuru dinding itu.
"Isteri pakcik dah meninggal dunia akibat bunuh diri dengan menelan racun tikus!"
Setiap hari, kata-kata itu terulang-ulang di cupingnya. Air matanya sudah kering. Nak menangis pun mutiara itu tak sudi nak singgah. Perasaan? Dia kebal dengan semua perasaan. Ego yang meninggi bikin dia bertahan dengan emosi.
Kenapa Miranda bunuh diri? Adakah kerana tidak sanggup untuk berdepan dengan hukuman di atas dosa-dosanya? Semua yang berlaku adalah salahnya. Jika dia tidak berpura-pura gila, pasti Miranda tidak akan menanggung perasaan itu seorang diri.
Ariffin mengerut dahi. Bagaimana dia bisa lolos dari ditangkap polis?
"Pakcik..."
Suara seorang lelaki memanggilnya. Dia menoleh. Bibirnya merekah dengan senyuman.
Kenapa dia bisa lolos dari pihak polis? Kerana lelaki muda di hadapannya itu! Lelaki itulah yang telah menolongnya dengan memalsukan laporan kesihatannya.
Siapa pula lelaki itu? Kenapa dia sudi membantunya? Jawapannya cuma satu..
"Tasha! Zaid dah cuba cari dia. Tapi tak jumpa. Pakcik tahu ke mana tempat dia selalu pergi?"
Ariffin senyum kelat. Iya, kerana Airis Natasha adalah cinta hatinya! Kerana Natasha, Zaid yang merupakan doktor di hospital sakit jiwa itu sanggup mengambil langkah seberani ini dan mengikuti rancangannya.
"Kenapa kamu nak tahu mana dia? Kamu tahu siapa suami dia?"
Zaid tergelak kecil. Dia kini duduk di atas kerusi, berhadapan dengan Ariffin. Dari riak gembira, kini tampangnya berubah serius.
"Laporan kesihatan pakcik pun Zaid sanggup palsukan.." jeda Zaid, mengingatkan Ariffin tentang perkara itu walau dia tahu risikonya besar.
Ariffin mengeluh. "Aku tak tahu mana dia! Dia dah lama tak jenguk aku. Dan mungkin dia takkan pernah datang jumpa aku lagi"
Kali ini giliran Zaid pula yang mengeluh. Dari dulu lagi dia sukakan Natasha. Tetapi wanita itu suka benar menguji hatinya. Dia sering dicuek dan dianggap tak ada walau selalu didekati. Arghh! Dia bisa gila gara-gara Natasha!
Ariffin menjeling tajam ke arah wajah macho itu.
"Aku nak peringatkan kamu! Kayden tu jangan dibuat musuh. Merana hidup kamu nanti. Aku ni dia sanggup penjarakan, inikan pulak kamu! Jangan ganggu Natasha kalau tak nak Kayden masuk campur"
Omongan Ariffin tidak sedikit pun menggetarkan hatinya. Bahkan dengan senang hati dia ketawa tanpa henti. Matanya mencerlung tajam ke arah wajah Ariffin.
Dahi Ariffin mengerut. Siapa yang gila sekarang ni? Dia ke aku?!
Zaid bangun dari duduk.
"Pakcik kalau perlukan apa-apa, bagitau Zaid. Zaid akan tolong sebaik mungkin"
Baru saja kaki itu nak melangkah keluar, suara itu mematikan semula derap kakinya.
"Keluarkan aku dari sini!"
"TADI kan dah makan? Takkan lapar lagi? Ni dah tengah malam sayang.."
Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah pukul 12.38 tengah malam! Waktu-waktu begini pula Natasha kelaparan.
"Tapi Tasha laparlah! Jomlah, temankan Tasha. Kita buat Maggi erk?"
Mata Kayden tajam menikam wajah itu.
"No fast food! Awak tu mengandung sayang! Kita makan buah je lah"
Natasha ternganga. Buah? Dia tahu buah-buahan sangat berkhasiat, lagi-lagi bagi wanita mengandung. Tetapi pada masa ini dia inginkan Maggi, bukannya buah!
"Tasha nak makan Maggilah! Bukannya buah!"
Mata itu sudah berkaca. Terasa di tekak sudah Maggi itu. Campur pula telur mata goyang. Perghh!! Sedaplah!
"Degil kan?" Wajah Kayden serius.
"Ala bolehlahhh! Sekali ni je"
Natasha sudah memaut leher suaminya. Di situ bibirnya berlabuh. Dikucup dan dihisap silih berganti.
"Sayang..."
Kayden hampir lemas dengan godaan itu. Dadanya rasa nak pecah saja.
"Okey, okey! Sekali ni je" Kayden beralah lantas melepaskan Natasha dari terus menggodanya.
Natasha gelak. Bertambah lucu tatkala melihat kesan gigitannya yang berbekas di leher suaminya.
"Tengok, Tasha dah buat cop kat leher abang!" ujar Natasha seraya menuruni katil dan berjalan meninggalkan Kayden di situ.
"Sayang!!"
Kayden separuh menjerit. Dia bergerak ke meja solek dan melihat kesan itu. Pijar wajahnya. Hish! Buat hallah Natasha ni!!
Kayden merungut namun kaki tetap berjalan ke arah pintu. Dia berdiri di muka pintu dan tersentak melihat Hidayah di dapur bersama isterinya. Melihatkan itu, dia membatalkan hasrat untuk ke dapur. Dibiarkan saja dua wanita itu di sana. Dia kembali ke katil dan merebahkan tubuhnya di situ.
"DAYAH masak lebih Maggi ni. Nak ke?" pelawa Hidayah. Meskipun Natasha belum memberikan sebarang jawapan, laju saja tangannya menceduk Maggi ke dalam mangkuk. Kemudian diletakkan di hadapan Natasha.
Hampir terliur Natasha melihat Maggi itu. Apatah lagi dihidangkan dengan beberapa ekor udang di atasnya.
"Akak nak ke mana?"
Soal Hidayah tatkala melihat Natasha bangun dari duduknya.
"Nak goreng telur mata" sahut Natasha.
Belum sempat dia gapai kuali, Hidayah terlebih dahulu bertindak.
Natasha terkebil-kebil.
"Akak duduk sini" Tubuh Natasha ditolak sehingga ke kerusi.
"Biar Dayah yang gorengkan. Duduk dengan tenang. Jadi customer Dayah yang pertama di tengah malam" seloroh Hidayah lalu menyiapkan kerjanya.
Natasha akur. Sesekali dia mencuri pandang ke arah gadis itu. Rasa terharu diladeni seperti itu, meskipun hanya digoreng telur!
Sempat juga Natasha menoleh ke arah kamarnya. Nampaknya Kayden mungkin melihat dia dan Hidayah di dapur. Barangkali suaminya sengaja membiarkan dia dan Hidayah berdua.
"Nah, siap dah!"
Telur goreng diletakkan di hadapan Natasha. Dia duduk semula di tempatnya.
Tak menunggu lama, Natasha melahap makanan di hadapannya. Sekejap saja Maggi tersebut sudah habis.
"Selalu ke Dayah bangun tengah malam macam ni?"
"Taklah! Jarang. Tapi ada je"
Hidayah juga baru selesai menghabiskan Magginya. Air kosong diteguk perlahan.
"Kenapa?" tanya Natasha lagi.
"Kadang-kadang, makan Maggi tengah malam best tau? Lagi-lagi layan movie.."
"Akak ganggu ke?"
"Ehh taklah! Malam ni je tak layan movie.."
Natasha angguk.
"Esok daftar ke UPM kan?"
"Aah"
"Siapa hantar?"
"Naik grab je kak"
Natasha diam. Baru dia teringat yang Tokwan tidak memiliki kereta. Hanya dua buah motorsikal dan sebuah skuter saja digunakan untuk ke mana-mana.
"Esok akak hantar" Natasha pelawa pertolongan. Tak sanggup pula melihat Hidayah naik grab ke sana. Risau pula dengan keselamatannya.
"Takpe kak! Dayah naik grab je. Dayah tak nak susahkan akak"
"I don't take 'no' as an anwer!"
Natasha mengerdipkan matanya dengan senyuman terukir di wajah.
"Tapi.."
"Eipp" cantas Natasha.
Hidayah membisu. Dia sebenarnya segan untuk menerima sebarang bantuan daripada wanita itu. Lagipun, dia tidak mahu menyusahkan Natasha. Namun melihatkan tampang Natasha yang penuh harapan itu, dia terpaksa bersetuju. Kepala diangguk perlahan-lahan.
"Yelah.."
"Okey good. Esok lepas habis daftar, kita pergi satu tempat"
Hidayah kerut dahi. Dia pamer wajah penuh pertanyaan.
"Jangan risau. Adalah tempat tu.."
Natasha gelak melihat raut wajah Hidayah. Yang pasti, dia mahu memberi kejutan itu kepada Hidayah.
HAMPIR tak percaya matanya melihat objek di hadapannya. Ianya cantik dengan warna 'chamion yellow' yang menghiasi badannya. Tak terlalu besar, tak juga terlalu kecil.
Melihat Natasha dan Kayden masih berurusan di dalam sana, dia tersenyum lebar. Kereta Suzuki Swift itu menarik minatnya namun apakan daya, tidak mungkin dia mampu memilikinya. Harganya saja setengah dari duit pemberian Natasha tempoh hari.
Tadi, selesai mendaftarkan diri di UPM, mereka bertiga ke tempat itu. Suzuki Motor Corporation! Itulah tempat yang dimaksudkan oleh Natasha semalam. Untuk apa mereka ke situ, tidak pula dia diberitahu. Dia hanya disuruh menunggu di luar. Peluang itu diambil untuk dia melihat sekeliling.
"Cantik tak?" tegur Natasha yang tiba di sisi.
Hidayah mengalihkan pandangan. Dia mengangguk. Gila tak cantik!
"Apa pendapat Dayah pasal kereta ni?"
"Warna dia cantik. Jarang ada warna ni kat jalan raya. Body dia, boleh tahan.."
Natasha senyum. "Dayah suka?"
Pertanyaan Natasha bikin Hidayah tersentak. Namun dia tetap mengangguk.
Natasha berjalan mengelilingi kereta itu. Dia berhenti di bahagian pintu penumpang. Wajah Hidayah diamati.
"Try it on!"
Kunci kereta dibalingkan ke arah Hidayah.
Dengan wajah kaget, dapat juga dia sambut kunci kereta itu.
Natasha sudah meloloskan diri ke bahagian penumpang.
Hidayah menelan liur. Betul ke ni?
"Cepatlah! Nak balik kampung makan masa. Don't waste our time!"
Walaupun banyak soalan dalam kepala, dengan hati yang masih terkejut, Hidayah turutkan jua permintaan Natasha. Dia sudah duduk di bahagian pemandu.
Kelihatan Kayden mendekati mereka.Cermin kereta diturunkan.
"Do not speed! Drive elok-elok" pesan Kayden seraya tangannya naik menyentuh kepala Hidayah.
Hidayah masih keliru. Nak drive bawak balik ke? Tadi kata nak try je!
"Kau dengar tak abang pesan apa?"
Suara garau Kayden menyentakkan Hidayah. Lama pula dia mengambil masa untuk angguk kepalanya.
"Sayang.." Kayden pandang wajah Natasha di sebelah sana.
"Tak bagitahu Dayah lagi ke?"
Hairan pula dia melihat riak terkejut Hidayah itu.
Natasha tertawa.
"Bagitahu apa?"
"Kereta ni kak Tasha belikan untuk kau!"
Omongan Kayden buat Hidayah terpana. Laju dia menoleh ke arah wajah yang sedang tersenyum itu. Dia hampir menangis kerana tak percaya dengan perkara itu. Ya Allah!
"Akak!" Tubuh Natasha didakap erat.
"Hish, akak tak bernafaslah!" gerutu Natasha apabila tubuh Hidayah mendakapnya terlalu erat.
"Sorry, Dayah happy sangat! Kenapa akak buat semua ni?"
Kayden tergelak. Pada masa yang sama, hatinya senang melihat hubungan baik antara mereka berdua.
"Nak senangkan Dayah pergi balik. Manalah tahu nanti akak tak dapat nak ambik atau hantar Dayah lagi, you can drive by your own. Ada lesen kan?"
Hidayah angguk. Tanpa sedar, air matanya sudah mengalir. Diseka mutiara itu dengan hujung jari.
"Jom balik! Bagi surprise ni kat Opah dan yang lain pulak"
KERETA berhenti di Seven-Eleven. Natasha menapak keluar untuk membeli beberapa jajan sebagai peneman sepanjang perjalanan balik ke kampung.
Tadi dia sempat mengirimkan pesanan kepada Kayden dan mengkhabarkan tentang itu. Hidayah hanya menunggu di dalam kereta.
Selesai membuat pembayaran, dia menapak keluar dari kedai. Ketika itu secara tak sengaja dia terlanggar seorang lelaki yang hanya mengenakan mask dan topi.
"Sorry" ucapnya seraya meneruskan jalan. Namun kemudian dia mematikan langkah. Lelaki itu seperti dikenalinya. Tapi tidak mungkin dia. Bukankah sekarang dia sedang berada di China kerana ugutan Kayden?
Natasha menoleh, tetapi bayangan lelaki tadi sudah hilang. Tak mahu memikirkan soal itu, dia meneruskan jalan menuju ke kereta.
Di luar kedai, ada seorang perempuan bersama anak lelakinya sedang berjualan kerepek. Natasha mendekati mereka.
"Berapa kerepek ni cik?"
"RM5 sebungkus"
"Kerepek apa je ada ?"
"Kerepek keladi, kerepek pisang, kerepek nangka.." sahut perempuan tadi sambil menunjuk ke arah kerepek itu.
Natasha terkejut. Kerepek nangka? Ada jugak rupanya!
"Bungkus semualah cik. Saya beli semua"
Perempuan tadi tersentak. Dipandangnya wajah Natasha dengan tatapan tak percaya.
"Banyak ni nak! Ada 15 bungkus"
"Takpe. Nanti saya sedekah pada sesiapa. Cik siapa nama?"
"Panggil mak Midah je"
"Ohh mak Midah. Anak ke?"
Mak Midah angguk. Selesai membungkus, plastik itu diserahkan kepada Natasha.
"Semuanya RM75 nak"
Natasha mengeluarkan beberapa keping not ungu lalu diserahkan kepada Mak Midah.
Mak Midah kaget.
"Banyak sangat ni. RM500!"
"Takpe, lebih tu saya sedekah. Siapa nama anak mak Midah?"
"Terima kasih ye nak? Nama dia Taufiq. Nama anak?"
"Saya Tasha. Taufiq tak sekolah ke?"
Mak Midah diam. Dengan keadaan ekonomi mereka, tidak mungkin dia mampu menyekolahkan Taufiq.
"Tak mampu nak"
Ayat ringkas itu bikin hati Natasha tergores. Kasihannya!
"Mak Midah selalu ke berjual kat sini? Dorang tak halau? Maksud Tasha, pekerja sini"
Mak Midah menggeleng kepala.
"Okeylah mak Midah. Tasha kena balik. Nanti ada rezeki, kita jumpa lagi"
Setapak demi setapak dia tinggalkan dua beranak itu dengan hati yang walang. Hatinya sedih melihat nasib segelintir masyarakat yang sengsara dengan ekonomi sekarang. Apatah lagi mengenangkan nasib Taufiq yang seharusnya pada usia begitu, menimba ilmu di sekolah.
"Tasha!!" Mak Midah menjerit namanya.
Natasha menoleh. Kaget dengan kereta dari arah hadapan yang laju dan terus melanggarnya. Tak sempat nak mengelak, dia dilanggar dengan kuat sehingga terjatuh ke tengah jalan.
Kereta tadi lari memecut meninggalkan dia di situ.
Natasha tersenyum melihat Mak Midah dan Taufiq yang berlari ke arahnya.
"Abang..."
Sayup-sayup nama Kayden diseru.
Share this novel