BAB 55

Romance Series 21222

SAPU TANGAN berwarna biru dan bercorak bunga lili itu ditenung lama. Hatinya terkedu melihat isi bungkusan itu. Rasa-rasanya dia tahu siapa pengirim tersebut.

Namun dia belum pasti untuk apa sapu tangan itu dikembalikan kepadanya. Sudah beberapa tahun lelaki itu hilang jejak. Sangkanya, lelaki itu takkan pernah mengganggunya lagi namun dia silap. Apa yang diinginkan oleh dia?

"Emir cakap, Bik Ros yang bagitahu alamat kita kat sini. Katanya, Amsyar tipu dia dan bagitahu yang dia sepupu jauh Tasha. Mulanya Bik Rosa tak nak bagitahu tapi dia paksa. Ada hal penting pasal papa yang dia kena sampaikan pada kita"

Cerita Kayden membuatkan Natasha mengeluh berat. Semudah itu ya Bik Ros membocorkan keberadaan mereka. Tetapi silap dia juga kerana lupa memesan Bik Ros untuk tidak membocorkan keberadaan mereka. Nak salahkan Bik Ros pun tak ada guna. Benda dah jadi.

"Do you know Amsyar?"

Kayden duduk di sebelah Natasha. Sapu tangan yang terletak elok di atas meja digapai.

"And this?" Sapu tangan tersebut dilayangkan di hadapan Natasha.

Natasha menyepi. Dia tahu siapa Amsyar. Pantas sajalah pada mulanya dia tak mengenali gerangan tersebut. Namanya berbeza.

"I guess we have to hire more bodyguards here!"

Kebimbangan Kayden semakin menjadi-jadi. Dua masalah sedang menyerang, kini tambah pula satu masalah. Arghh!

"Zaid Amsyar! Dia satu kampus dengan Tasha masa kat Australia dulu.."

"Boyfriend?" Kening Kayden terangkat sebelah.

"No!" Laju Natasha menidakkan. Dari dulu lagi dia tak pernah sukakan Zaid. Lelaki itu saja sibuk mengejarnya. Macam tak reti bahasa!

"Then who he is?"

Wajah Kayden tegang. Nafasnya turun naik.

"Dia pernah sukakan Tasha. Tapi Tasha tolak dia banyak kali. Mungkin tu kot sebab dia datang cari Tasha.."

"Why didn't I know about this? Five years has passed! Kenapa baru sekarang dia muncul? After what we've been through?"

Kayden menagih jawapan. Selagi tak berpuas hati, dia takkan melepaskan Natasha dari sisi.

"Tasha pun pelik. Lama jugak dia menghilang. Lepas Tasha reject dia last time, Tasha dah tak nampak dia lagi. Satu kampus pun tak nampak bayang-bayang dia.."

Kayden diam. Dia tak boleh melepas nafas lega selagi perkara ini tidak diselesaikan. Satu persatu masalah timbul! Dia tertekan!

"Sapu tangan ni?"

"Tasha bagi dia. Masa mula-mula jumpa dia dulu, dia terjatuh kat padang. Takde siapa tolong dia. So I helped him.."

"With this?" Sapu tangan masih dalam pegangannya.

Natasha angguk.

Kayden bertambah cemburu. Akal mula memikirkan yang bukan-bukan.

"Tasha bagi dia untuk lap darah pada lutut dia. Sebab Tasha tak bawak tisu masa tu. Ada sapu tangan je. Abang tahu, Tasha tak suka bekas orang. So lepas je dia guna sapu tangan ni, Tasha tak nak ambik semula. Tasha bagi dia.."

Penerangan itu buat Kayden bernafas lega. Diusir jauh anasir jahat dalam diri.

"I don't feel good about this!"

Luah Kayden dengan rahang bergerak-gerak. Nombor Emir segera didail. Dia harus melakukan sesuatu.

"Emir.."

"Bos, ada berita pasal orang yang langgar puan!"

Kayden tersentak. Tak jadi nak bagitahu perkara itu, dia biarkan Emir menghabiskan ayatnya.

"Tapi bos takkan percaya siapa dia!"

"Mana dia sekarang?"

"Ada dalam tahanan kami"

"Tahan dia sampai aku balik! There's one more thing..."

RAZIF termenung jauh. Tarikh perkahwinannya sudah ditetapkan. Lagi dua minggu majlis tersebut bakal berlangsung. Dia meminta izin kepada Amira untuk menguruskan semuanya. Amira tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya hadir sebagai pengantin perempuannya. Untungnya, gadis itu bersetuju tanpa banyak bicara.

Sebuah dokumen sulit diletakkan di atas mejanya. Sebelum mereka berkahwin, dia ingin Amira mengetahui segala kebenaran tentang dirinya. Dia tidak mahu berahsia. Sudah tiba masanya Amira mengetahui kebenarannya. Walaupun dia tahu risikonya, namun dia tetap dengan keputusannya.

Bahunya dipeluk erat oleh seseorang dari arah belakang. Haruman dari tubuh itu membuat Razif mampu menebak gerangan insan itu.

"Are you sure about this?"

Tangan Sofya ditarik. Sekejap saja, gadis itu sudah duduk di atas ribanya.

"You ingat I main-main?"

"Marriage is a huge thing. Two hearts united. There's no turn back!"

Razif tertawa kecil. Dagu itu dipaut. Wajah cantik Sofya ditatap. Manis lagi wajah Amira. Dan gadis itu lebih suci dan baik berbanding Sofya.

"You want me?" bisik Sofya ke cupingnya.

"I'm ready if you want this.."

Sofya sudah bersedia membuka bajunya. Namun perlakuannya dihalang oleh Razif.

"No. I tak nak" tegas Razif. Dia dan Sofya mula biasa melakukan yang ringan-ringan saja. Tetapi untuk bersetubuh dan melakukan zina, itu bukan dia. Dia mungkin liar, tetapi dia masih ada secebis iman.

Sofya tergelak. Namun ketawanya terdengar sumbang. Kecewanya kembali menjengah. Sudah sedekad bersama dengan lelaki itu. Namun tak sedikit pun dia diberi layanan istimewa. Sedangkan hati dan tubuhnya sudi dia serahkan kepada lelaki itu.

"You selalu tolak I macam ni!" rengek Sofya.

"You kena sedar, orang yang you nak goda adalah bakal suami kepada seorang wanita"

Sofya berdecit. Mendengar omongan itu, dia bingkas bangun. Menapak ke sisi jendela dan melihat deretan kenderaan di sepanjang lebuh raya.

"Tapi you tak sedar. Orang yang you buat kecewa adalah seorang wanita jugak!"

Razif mengeluh. Dia mendekati Sofya dan memaut kedua bahu itu.

"Dari awal lagi, I dah cakap I tak nak ada harapan untuk hubungan ni.."

"I tahu. I guess, it's my fault! I terlalu berharap lelaki sebaik you akan pandang dan terima I"

"You akan sentiasa ada di tempat istimewa dalam hati I"

Sofya mencemuh. Istimewa dalam hati dia?! Sekejap lagi, dia bakal rebah dalam dakapan seorang wanita.

Air mata yang menitis diseka dengan hujung jari. Dia tak rela melepaskan Razif pergi lagi, untuk selama-lamanya.

"Do you love her?"

Soalan itu dibiarkan sepi. Dia tak punya jawapan. Sebaliknya berkahwin atas satu sebab dan alasan. Dan jika Amira mengetahui alasan tersebut, dia tahu hatinya bakal hancur.

"You tak jawab I. It means that you do love her"

Kecewanya datang bertimpa-timpa. Lelaki pujaan sekali lagi menghampakan hatinya.

"Just let you know that I'm always here for you. If you ever need anything.." ujar Sofya dengan suara sebak.

"I hantar you balik" putus Razif seraya meninggalkan Sofya di situ.

Kata-kata Sofya tidak dipedulikan. Kenapa hatinya rasa ragu-ragu? Adakah keputusannya tepat?

SETELAH diberitahu oleh Amira akan berita tersebut, dialah insan paling bahagia sekali. Untung saja Amira itu jauh di sana. Kalau gadis itu di hadapannya, pasti tak bernafas dipeluknya.

Tidak disangka, cinta yang lama bersemi jua. Rasa-rasanya sudah lama Razif memendam rasa terhadap Amira. Dia tahu kerana Razif sendiri yang memberitahunya.

"Nanti kau datang tau?"

"Mestilah! Sahabat baik aku nak kawen. Rugi tak datang, makan free"

Amira ketawa. Ada-ada saja Natasha!

"Tercapai jugak hasrat Razif nak kawen dengan kau.."

Dahi Amira berkerut. "Maksud kau?"

"Razif tu dari dulu lagi minat kat kau. Dia selalu cerita pasal kau. Tapi disebabkan kau tangkap cintan dengan Haris, dia tak beranilah nak ganggu. Lagi-lagi Haris tu suka buli dia dulu"

Terbayang di matanya akan wajah Razif yang bercerita dengan teruja tentang sahabat baiknya itu. Perasaannya tampak tulus dan sangat menyayangi gadis itu. Tapi apakan daya, dia mengalah demi Haris. Si Haris pula selalu membulinya. Pantang nampak peluang, pasti akan dikerjakannya si Razif. Kasihan dia melihat Razif waktu itu. Itulah, dia nak mengadu dengan Amira pun Razif tak kasi.

Tampang Amira berubah. Kenapa dia tak pernah tahu soal itu?

"Maksud kau apa? Haris buli Razif masa kat kampus dulu?"

"Yelah! Kau tak tahu kan? Razif tak bagi aku cakap dengan kau"

Bicara itu ternyata bikin Amira kaget. Baik dari pihak Haris mahupun Razif, tiada siapa yang bercerita.

"Tapi benda tu dah berlalu. Aku syukur sangat kau dah jumpa soulmate kau. Aku harap sangat kau bahagia dengan dia"

"Ye babe. In Shaa Allah" ucap Amira dengan penuh rasa syukur. Kenapa hatinya rasa kurang enak sejak majlisnya semakn dekat? Semoga yang baik-baik saja untuk mereka!

"Kau masih admit ke?"

"Dah discaj"

"Haa aku dah agak dah! Degil kan kau ni? Kan masih dalam pemantauan doktor lagi? Kau tu tengah mengandung. Suka tau buat masalah!"

Leteran Amira memaksa Natasha menjauhkan telefonnya dari telinga. Berdesing telinganya mendengar bebelan itu. Sudah diagak akan reaksi Amira. Kerana itulah dia tak mahu memberitahu Amira. Pasti dia yang dileteri.

"Susahlah orang degil macam kau ni! Kalau aku doktor kau, jangan haraplah aku nak luluskan borang discaj kau"

Natasha diam. Walaupun sudah menjauh dari telefon, namun suara leteran Amira masih mampu didengari.

"Tasha? Tasha??"

Telefon dilekap kembali ke telinga.

"Iye, aku ni! Kau ni, sakitlah telinga aku tau tak?! Membebel je kerja dia" gerutu Natasha.

"Siapa suruh jadi orang degil?"

"Yelah yelah! Jangan selalu sangat membebel dan buat muka masam. Nanti tak naik seri muka tu!"

"Tahulah! Naik seri ke tak naik seri ke, dah dia nak aku. Dia kenalah terima!"

"Yelah! Ada je kan jawapan kau?"

Tawa Amira masih bersisa.

"Kau kat mana ni? Kayden mana?"

"Aku kat kampung. Kayden balik KL kejap. Ada hal dia nak kena uruskan. Dia tak bagi aku ikutlah! Sunyi tau?"

"Laa yeke? Dia buat apa?"

"Entahlah babe! Katanya ada urusan.."

"Tahu macam ni, baik kau stay dengan aku je"

"Tak bolehlah babe! Suami aku tu overprotective.Risau dia memanjang tau?" Natasha mengeluh. Teringat kembali saat melepaskan Kayden pergi tadi. Hatinya berat.

"Takpelah! Kau kena percayakan dia. Jangan risau sangat. Banyakkan berdoa"

"Yelah. Aku tahu tu"

"Okeylah babe! Aku kena gerak. Razif baru datang jemput aku.."

"Amboi engkau! Jangan gelojoh sangat erk? Ingat Allah" Sempat juga Natasha memberi ceramah.

Amira tertawa.

"Mengada erk?! Tahulah!"

"Yelah cik pengantin. Elok-elok jaga diri tu"

Sejurus selepas itu, panggilan dimatikan. Natasha jadi rindu pada suaminya.

Huwaaa!! Abang, cepatlah balik!

"ABANG pergi kejap je. Pagi esok abang balik"

Dahi Natasha dikucup. Wajah muram isterinya ditatap. Faham benar dengan maksud memek muka itu. Dari tadi Natasha merayu untuk ikut, namun dia tak mengizinkan. Katanya, ada baiknya dia tetap saja di rumah.

"Kenapa Tasha tak boleh ikut?"

Natasha masih dalam usaha memujuk. Leher Kayden dipaut.

"Sayang.."

"Abang nak buat apa sebenarnya?"

"Ada urusan sayang. Sayang tunggu abang balik okey?"

"Tak boleh balik hari ni jugak ke? Kena balik esok jugak?"

Senyuman Kayden meleret. Manjanya Natasha, nak berpisah sekejap pun tak boleh.

"Trust me okey?"

Dahi dan pipi montel itu dikucup. Dia tahu Natasha berat melepaskan dia pergi. Tetapi urusan itu sangat mendadak. Dia tak mahu Natasha terbabit. Jika Natasha tetap di rumah, keselamatannya akan terjamin.

KAYDEN tersenyum mengingati peristiwa itu. Baru berpisah tiga jam lebih, rindunya pada sang isteri sudah menggebu. Arghh! Dia bisa gila jika terus-terusan menjauh dari Natasha.

"Dia kat mana?" tanya Kayden sebaik tiba di muka pintu.

"Atas"

Derap kaki Kayden menapak ke tingkat atas. Di dalam talian, Emir tak mahu memberitahu gerangan yang melanggar Natasha. Jadi debarannya terasa sedikit.

"Kenapa tak bagitahu siapa orang tu?"

Emir diam. Tak tahu nak mula dari mana. Pada awalnya, dia juga kaget setelah menyiasat mengenai kes tersebut. Namun setelah mendengar kisahnya, baru kini dia mengerti dendam itu. Melanggar Natasha dan mengharap kematiannya adalah dendamnya pada Kayden!

"Kau tengok sendiri! Aku tak pasti nak cakap ke tak.."

"Pengecut!" bentak Kayden dengan jiwa yang membuak-buak.

Emir diam dan hanya menunduk wajah. Dia tak berani bila melihat kemarahan bosnya itu. Kayden bisa gila jika tengah marah.

Mereka tiba di muka pintu. Berkira-kira Kayden nak membuka pintu, wajah Emir dipandang.

"Kau yakin ke dia orangnya?"

Laju Emir mengangguk. Tak mungkin dia silap. Segala-galanya disiasat dengan penuh teliti.

Perlahan-lahan Kayden membuka pintu. Hatinya penuh debaran. Walau siapapun gerangannya, dia berhutang kepada keluarganya. Perhitungan bermula sekarang!

Pintu terkuak luas. Melihat gerangan yang sedang diikat di atas kerusi itu, dia terperanjat. Wajahnya sudah berlumuran darah, menandakan yang dia teruk dikerjakan oleh Emir dan orang-orangnya.

Dahinya mengerut. Raut wajahnya tampak tegang. Rahangnya bergerak-gerak.

Lelaki di hadapannya itu mengekek. Meski badan dan wajah penuh lebam, namun kesakitan itu tidak terasa jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh Kayden.

Kayden mendengus. Matanya memerah, seakan menunggu masa hendak menerkam mangsanya.

"Kau!"

done. happy reading?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience