BAB 47

Romance Series 21222

TUBUH itu memeluk lutut. Tangisannya hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri. Setelah melakukan 'tugasnya', dia ditinggalkan bak sampah kotor yang jijik untuk disentuh. Tubuh yang tanpa seurat benang itu diselimuti dengan comforter tebal.

Meski dia merayu kepada mereka untuk membiarkan dia berehat, mereka hanya mengekek ketawa dan mengabaikan rayuannya. Bahkan dia sempat disepak dan dipukul dengan sekuat hati sebagai pelepas kemarahan.

Dulu dia begitu inginkan hidup mewah dan harta yang berlimpah. Sehingga sanggup dia menggadai maruah dan membiarkan jantan keparat seperti Hardi meninjak-injak harga dirinya. Kini, dia menyesali semua itu. Dia tak inginkan duit yang banyak. Dia hanya ingin bebas dan hidup seperti biasa.

"Mama, tolong Mar.." rintihnya namun suara itu hanya didengari oleh dirinya saja. Entah apa khabar Miranda setelah ditangkap oleh pihak polis beberapa bulan yang lepas. Dia masih ingat, setelah diberitahu Kak Eton mengenai kedatangan polis ke rumah, dia cepat-cepat melarikan diri dari rumah.

Dari jauh, dia melihat Miranda dan Ariffin ditangkap polis. Tangan keduanya digari. Masih jelas di cupingnya akan jeritan dan rayuan Miranda minta dilepaskan. Tak habis-habis juga bibir itu menyumpah Natasha dan Kayden.

Dia fikirkan dia selamat dan berjaya melarikan diri. Namun dugaannya salah. Dia ditemui Hardi di hotel milik Ariffin. Lelaki itu berjanji akan mengahwininya dan ingin mereka kabur dari Malaysia. Dia yang bodoh dan polos menurut saja. Namun tidak pernah diduganya akan akal jahat Hardi. Lelaki itu tega menjualnya ke rumah pelacuran. Sejak dari hari itu, hampir setiap hari dia dipaksa melayan jantan-jantan keparat seperti Hardi. Bahkan ketika dia sakit dan tidak berdaya, dia tetap dipaksa. Jika dia melawan atau pelanggan tidak berpuas hati dengan khidmatnya, pasti dia akan diseksa dengan teruk. Agaknya itulah balasan di atas apa yang pernah dilakukannya terhadap Natasha.

Dia masih ingat kata-kata Hardi sebelum meninggalkan dia di neraka jahanam itu.

"Kau bagi sampah, aku balas dengan tahi berbaur racun! Mereputlah kau sampai kau mampus!!" jerkah Hardi lalu melepaskan rambutnya. Puas hatinya dapat membalas rasa sakit hatinya. Jika bukan kerana video lucah itu, pasti dia masih dibanjiri dengan hidup mewah dan wang berlimpah. Setelah dia bercerai dengan Sahima, dia automatik papa kedana. Segala kemudahan dan kesenangan yang pernah dinikmati sebelum ini dirampas begitu saja. Arghh!! Kacau! Siallah!

"Hey perempuan!!"

Suara jerkahan Que menyentakkannya. Lelaki itu memandangnya dengan mata mencerlung.

"Ada customer nakkan kau!"

"Aku..aku penat.." rintihnya separuh merayu.

Que menyampah dengan rayuan itu. Laju saja kakinya mendekati Marisa. Rambut kusut itu ditarik.

"Aku tak kira kau penat ke, rasa nak mati ke, kau kena kerja! Kalau tak, mampus kau aku kerjakan!!"

Serentak itu, wajah Marisa diludah dan rambutnya dilepaskan.

"Cepat bersiap! Rambut kau tu, sikat elok-elok! Nanti customer ingat dorang berjimak dengan hantu!!" gerutu Que lantas melepas tawa.

Pintu bilik dihempas kuat. Marisa menangis. Terasa tubuhnya sangat jijik dan dirinya sangat hina di mata seorang lelaki. Kini, penyesalan sudah tiada berguna. Semuanya sudah jadi bubur!

"MANA abang dapat baju ni?"

Usai mandi dan bersiap, Natasha kaget melihat ada beberapa helai pakaian milik mereka berdua di atas katil. Pakaian itu pula labuh dan agak besar di tubuhnya. Seingat dia, mereka berdua tidak membawa pakaian semalam.

Tubuh Natasha dipeluk dari arah belakang. Leher itu dikucup berkali-kali. Dia sempat menghubungi Amira dan Emir untuk meminta bantuan mereka mengirimkan pakaian tersebut kepada mereka berdua.

"Abang mintak tolong Amira dan Emir"

Seraya itu, tubuh Natasha berpaling.

"Dorang kat sini?"

Wajarlah pakaian itu menepati ukurannya. Kerana Amira memang sudah hafal saiz badannya. Arghh, suaminya itu memang suka bikin kejutan yang kadangkala menggila!

Kayden angguk dengan senyuman. "I know, you've been wanting to meet your friend. So I asked her here"

Wajah Natasha memekar dengan senyuman. Laju dia mendakap tubuh kekar itu.

"Amira kat mana?"

"I think, downstairs. Tadi abang suruh dia tunggu kat cafe. Maybe she's around there" ujar Kayden lalu melabuhkan ciuman di dahi Natasha.

"Kejap lagi kita turun. Abang pergi washroom kejap"

Setelah Kayden hilang di dalam tandas, Natasha kembali membelek wajah dan tubuhnya di dalam pantulan cermin. Dia berpaling dan mengusap perutnya. Bibirnya merekah dengan senyuman. Tak lama lagi, perut kempisnya bakal membesar. Tak sabar rasanya!

Baju yang dipakai juga tampak agak besar dan labuh serta tidak seksi. Dia tahu maksud Amira. Dan dia tak pernah marah dan salah faham dengan niat baik sahabatnya itu.

Natasha kembali ke katil. Bungkusan plastik H&M dikemaskan. Dahinya berkerut kerana ada sesuatu masih tertinggal di dalam salah satu plastik tersebut. Dia melihat di dalamnya dan tersentak kerana ada sehelai tudung di situ. Ditarik keluar tudung berwarna biru itu.

Tanpa sedar, air mata dan senyumannya mula memenuhi wajah. Ya Allah, mendalam sungguh maksud Amira! Ada terselit kertas kecil di atas tudung itu.

'Jom sama-sama cari redha Allah. Mulakanlah dengan menutup aurat! Dari sahabatmu, Amira!'

Dipeluk tudung itu. Hatinya terkesan dengan niat baik dan mulia Amira. Air mata dikesat. Dia menapak ke meja solek dan mula menggayakan tudung tersebut. Entah kenapa, ada perasaan halus mula menapak di ruang hatinya.

"Dah sayang. Jom kita ke.."

Ayat Kayden terhenti tatkala melihat wajah di hadapannya. Hatinya berdebar saat melihat Natasha mengenakan tudung. Nampak lagi ayu dan anggun. Didekati sang isteri dengan senyuman lebar di wajah.

"Sayang.." Hampir tidak berkata-kata bibir itu. Tubir matanya bergenang.

"Abang suka ke Tasha pakai tudung?"

Kayden angguk perlahan. Berbakul rasa syukurnya jika Natasha mahu bertudung. Namun dia tak pernah memaksa. Mungkin Natasha masih memerlukan masa dan dia menghormati itu.

"Tapi abang takkan paksa. If you need time, you may take it as you please!" ujar Kayden seraya membetulkan labuh tudung di dada Natasha.

"Nanti sayang labuhkan bahagian ni.." pinta Kayden lagi.

Natasha angguk dengan senyuman. Lengan Kayden dipaut.

"Jom! Tasha dah siap"

"With the hijab on?" Kayden tersentak.

Sekali lagi Natasha angguk.

"Tasha nak pakai tudung terus boleh kan?"

"Boleh sayang! Boleh sangat-sangat" balas Kayden dengan hati penuh kesyukuran.

"Nanti Tasha nak beli tudung lagi. Ni Amira bagi tapi satu je. She left it with this note"

Nota kecil tadi diberikan kepada Kayden. Berkaca mata Kayden membaca nota itu. Beruntungnya isterinya mempunyai sahabat seperti Amira yang mahu menuntun jalannya ke redha Allah.

"She's so sweet and nice!" puji Kayden, sangat menghargai usaha Amira.

"She is!" sahut Natasha.

"Okey, lepas ni kita shopping tudung dan baju.."

LAMA mereka berpelukan sambil diselami emosi masing-masing. Sungguh tidak menyangka, kejadian itu menemukan mereka walau dalam keadaan tak terduga.

Melihat Natasha yang tampil dengan tudung pemberiannya, betapa hatinya girang. Serta-merta air matanya mengalir. Emosi benar dia pagi itu.

"Kau nampak cantik!" puji Amira. Kedua mereka melabuh duduk di kerusi antik itu. Sengaja Kayden tinggalkan Natasha bersama Amira di cafe tersebut. Dia pula ke tempat lain bersama Emir dan Eric. Ada urusan yang harus diselesaikan.

"Sebab orang yang bagi tudung ni sangat bijak membeli!" puji Natasha kembali. Seharusnya pujian itu milik Amira.

Amira tersengih. Jemari Natasha digenggam erat. Betapa dia merindui sahabatnya itu. Lama mereka tidak bersua wajah. Terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama.Mujurlah pagi itu Kayden menghubunginya dan meminta bantuannya. Gara-gara itu, dia dapat meluangkan masa bersama Natasha.

"Kau sihat?" tanya Amira.

Natasha angguk kepala. Seraya itu, tangannya naik mengusap perut.

Amira berkerut. Setelah lama dia berfikir, akhirnya senyumannya memekar. Dia tumpang bahagia dengan berita itu.

"How many months?" Amira tampak gembira.

"One month plus!"

"Alhamdulillah tahniah babe! Aku happy.." ucap Amira dengan sebaknya.

"Aku tak sangka secepat ni Allah bagi rezeki.." tutur Natasha namun hatinya tetap bersyukur. Teringat kembali asmara mereka pagi tadi, hatinya berbunga bahagia. Mujurlah Kayden melepaskan segala rasa itu ke atas dirinya. Jika dilepaskan ke tempat yang salah, dia tak rasa dia mampu bertahan.

"Dah rezeki kan? Tak sabarnya nak timang anak saudara"

"Nak anak, buatlah!" seloroh Natasha dengan tawa kecilnya.

Wajah Amira menyenget.

"Amboi!! Kau ingat senang ke? Nak buat anak, kena cari bapaknya dulu. Bapaknya pulak tak boleh main hentam je. Kena cari yang betul-betul bertanggungjawab dan faham kewajipan. Tiang kukuh dalam rumah tangga tu berlandaskan iman seorang suami.." Amira memberi tazkirah.

Natasha diam. Suka pulak dia dengar bibir kecil itu bertazkirah. Bersyukur, dia masih dikelilingi oleh orang-orang yang peduli padanya.

"Dan sebagai isteri, kita kena ikut jalan yang dibimbing oleh suami. Tapi kalau suami tak betul, kita wajib tegur dan perbetulkan"

"Faham ustazah!" omel Natasha dengan wajah serius.

Amira ketawa. "Sorrylah, aku bagi ceramah pulak pagi-pagi ni"

"Aku sukalah! Aku rasa, baby aku pun suka" ujar Natasha sambil mengusap perutnya.

"Kau apa cerita?"

Pertanyaan Natasha mengundang keluhan di bibir Amira. Nak cerita apa erk? Pasal Haris yang tak berhenti-henti mengganggunya? Atau pasal Razif yang seolah bersikap agresif melindunginya? Sejak peristiwa di parking tempoh hari, dia perasan Razif seperti mahu memikatnya. Namun lelaki itu tak berkata apa-apa. Hanya sentiasa menghantar buku-buku dan makanan kepadanya setiap hari. Buku yang dihantar pula semuanya berkenan agama. Macam tahu-tahu saja lelaki itu akan hobinya! Tapi kalau benarlah Razif sedang memikatnya, lelaki itu memang berbeza! Caranya sangat lain. Amira senyum sendiri mengingati itu.

"Hoii!!" Bahu Amira dicuit.

"Apa?" sahut Amira.

"Tersengih pulak! Siapa yang buat kau tersenyum ni?"

Ingin pulak Natasha nak tahu gerangan yang mampu membuat bibir itu tersenyum. Kot-kotlah ada khabar baik!

"Babe! Aku ada benda nak share. Tapi kau jangan terkejut"

Rancak mereka berborak sehingga tak sedar ada mata-mata sedang memerhati dari jauh. Wajah yang ditutupi dengan topeng muka itu berkerut memandang si cantik Natasha. Kaget juga dia melihat wanita itu sudah berhijab.

"Takpe Tasha! Kau bahagialah dulu. Tunggulah pembalasan dari aku!"

LAMA Kayden merenung wajah girang yang melipat tudung-tudungnya di atas tilam. Sampaikan lidahnya kelu untuk mengkhabarkan berita yang satu itu. Dia risau, Natasha tak kuat untuk menerima berita tersebut.

Usai saja urusannya dengan Emir dan Eric tadi, dia bergegas mendapatkan Natasha dan Amira di cafe. Niatnya mahu membawa Natasha dan Amira berbelanja namun Amira menolak dengan alasan kerja. Jadi dia dan Natasha terpaksa melepaskan gadis itu pergi dengan dihantar oleh Emir.

"Sayang suka?" tanya Kayden lantas mendekati isterinya.

Laju Natasha angguk kepala. Tekaknya rasa mual mencium bau dari Kayden.

"Kenapa?"

"Busuklah!"

"Haa?" Kayden mencium bau sendiri. Tadi dia spray wangian Bvlgari ke badannya. Apa yang busuknya?

"Tukarlah! Tasha tak tahanlah bau tu"

Kayden tak banyak bicara. Dia melepaskan bajunya lalu dicampakkan di atas lantai. Baru saja nak berganjak menggapai baju, tangannya disambar oleh Natasha kembali. Berkerut dahinya.

"Tasha suka bau badan abang! Tak payahlah pakai baju" ujar Natasha dengan sengihan di wajah.

Terpaksa juga Kayden akur. Ralit dia menatap wajah ceria itu. Bagaimana ya nak mengkhabarkan berita itu?

"Sayang.."

"Iye?"

Natasha masih fokus pada pakaian dan baju yang dibeli tadi. Tiada lagi baju seksi yang mendedahkan tubuhnya. Hanya baju panjang yang cukup untuk menutup tubuh dan auratnya.

"Abang ada nak cakap sikit"

"Apa dia bang?"

Bibir diketap. Mata Natasha masih fokus pada beberapa helai tudung itu.

Faham akan maksud pandangan Kayden, cepat-cepat Natasha menyimpan kembali tudungnya. Kini tatapannya hanya tertancap pada wajah serius itu.

"Abang nak cakap apa?" tanya Natasha namun matanya jatuh pada bahagian dada Kayden yang putih dan kekar itu. Hish! Buat hal betullah!

"Abang harap Tasha boleh bertenang lepas tahu berita ni.."

Dahi Natasha berkerut.

"Berita pasal apa?"

Kayden menderu nafas dengan laju. Perbualannya dengan Emir sempat menerjah ke ruang benaknya.

"Kau yakin dengan perkara ni?"

Emir membuka laluan kepada Kayden. Melihat sekujur tubuh terbaring tak bernyawa di atas katil itu, dia terpempan.

"Abang.."

Jemari Kayden dielus. Jauh benar suaminya itu termenung.

"Sorry. Where were we?"

"Haaa tengok tu! Jauh sangat termenung. Tadi abang cakap nak berita Tasha pasal sesuatu. Apa benda tu?"

Riak Natasha ditatap. Berharap agar isterinya bersedia menerima berita itu meskipun banyak sudah yang berlaku kebelakangan ini.

"Sayang, pihak penjara ada called pagi tadi.."

Kening Natasha terangkat.

"Kenapa bang? Pasal ayah ke?" tanya Natasha apabila teringat akan Kamal yang masih di penjara.

"Bukan pasal ayah"

"Habis tu?"

"Mama Miranda! They found her around the toilet.. She's..."

Dahi Natasha mengerut. Bicara Kayden dinanti penuh debaran.

"She's dead!"

done ? suka tak bab kali ni? harap thibur. happy reading ?☺️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience