KAYDEN sudah selesai mengemas semua barangan Natasha. Sekejap lagi, mereka akan meninggalkan hospital dan kembali ke rumah. Di rumah, Kayden sudah memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Dia memesan kepada mereka agar tidak membenarkan Natasha untuk melakukan sebarang pekerjaan rumah.
Kesihatan Natasha adalah keutamaannya saat ini. Pelbagai persediaan sudah dilakukan. Dia sudah mengupah confinement lady(CL) untuk menjaga Natasha sepanjang tempoh berpantang. Sebarang terapi atau perawatan yang diperlukan Natasha juga sudah disediakan semuanya.
"Siapa Razif tu?" tanya Kayden sambil melirik ke wajah yang duduk di birai katil itu. Dia masih belum berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan yang diingini.
"Kawan lama I dengan Amira" balas Natasha. Asyik saja tangannya mengetik telefon bimbit. Pesanan demi pesanan dihantar kepada Amira. Cuek benar dia dengan perasaan dan wajah Kayden ketika itu.
"I tengok dia semacam je. Dia macam sukakan you" luah Kayden. Riaknya cemberut.
Tiada balasan daripada Natasha. Sibuk benar dia dengan telefon bimbitnya.
Kayden berdiri di hadapan Natasha. Hatinya panas apabila Natasha mengabaikannya.
"I cakap dengan dinding ke?" tempelak Kayden. Telefon bimbit Natasha direbut. Pesanan Amira dibaca. Isi utama mesej mereka adalah Razif! Meluap-luap rasa cemburunya!
"So you rasa mesej tentang Razif lebih penting daripada bercakap dengan I?" Kayden sudah marah. Namun saat ini perasaan cemburu lebih menguasai.
Natasha diam. Dia sudah membuat onar. Habislah! Kayden sudah salah faham.
"You salah faham!"
"No I don't! You sukakan Razif?"
Erkk, soalan apakah itu?! Sudah jelas-jelas jawapannya tidak!
"Taklah! Kenapa pulak I sukakan dia?"
"So you sukakan siapa? I ke dia?"
"Kay..." Suara Natasha meleret. Tangan Kayden ditarik agar rapat dengannya. Pinggang lelaki itu dipeluk.
"Aikk, I dengar ada bunyi dengupan jantunglah kat dalam tummy you! You pregnant ea?" seloroh Natasha sambil melekapkan telinganya ke arah perut Kayden.
Hampir nak terburai tawa Kayden. Namun ditahan saja.
"You merajuk ni sebab pembawakan baby kan? Ala siannya dia.." Natasha kucup perut suaminya. Kayden sembunyi senyum.
"Sayangggg diaaa!!" sambung Natasha lagi.
Kayden mengalah. Tak tahan benar dengan pujukan si isteri.
“Yelah, I cemburu! You abaikan I.." akui Kayden.
Natasha gelak. "Janganlah cemburu. Nanti I cerita pasal Razif"
"Tak naklah! Dia tak penting bagi I"
"Tapi kalau you dengar cerita I, taklah you terus macam ni. Mesti you lagi suka!"
Wajah comel sengaja Natasha pamer di hadapan suaminya. Berkelip-kelip matanya memandang si suami.
Kayden menahan gelora. Arghh!! Kena tahan lagi 45 hari! Dia meletakkan kedua tangan di kedua belah pipi Natasha.
"Kalau hari-hari you goda I macam ni, I tak boleh tunggu sampai 45 hari tau?"
Natasha gelak.
"Kalau macam tu, tak payahlah tunggu sampai 45 hari"
Saja Natasha nak menguji gelojak suaminya. Suka pula melihat wajah itu kemerahan.
Riak Kayden berubah. "Jangan nak memandai-mandai! 45 days is on the count"
Tertawa kecil Natasha dibuatnya.
"And one more thing! Kalau lepas ni you pregnant lagi, I tak nak Razif jadi doktor you! I tak nak dia tengok seluruh tubuh badan you" Kayden berkata dengan nada tegas dan wajah serius. Natasha adalah miliknya! Takkan sesekali dia membenarkan lelaki lain menjamah tubuh isterinya. Hanya dia yang berhak dan layak!
"Okey sayang" Natasha akur akan permintaan suaminya. Malaslah dia nak bertekak. Cemburu Kayden memang tak boleh dibawa berbincang!
KAYDEN mencempung tubuh Natasha sehingga ke atas ranjang. Diletakkan dengan berhati-hati tubuh itu. Bantal dialaskan untuk bersandar ke kepala katil. Selesai dengan kerjanya, dia duduk menghadap isterinya yang sudah lengkap berbaju panjang dan berkain batik. Dilihatnya kaki putih Natasha bogel tanpa sebarang stokin.
Lantas dia bergerak ke almari baju dan mengeluarkan sepasang stokin. Dia kembali ke sisi Natasha dan menyarungkan stokin itu.
"Perlu ke pakai stokin?"
"You tak nak ke?"
Natasha menggeleng lemah. Rimaslah nak berstokin bagai!
"Nanti mak marah I lagi. You tak dengar ke tadi? Masa kita sampai, mak membebel kat I. Gara-gara rambut you terurai, tak diikat. Ni kalau dia tengok you tak pakai stokin, entah apa lagi bebelan dia yang keluar" adu Kayden.
Tiba saja di rumah, Mak Yah sudah awal-awal berleter dan memarahinya hanya kerana Natasha tidak mengikat rambut. Bukannya bertanya khabar, sebaliknya wanita itu sibuk memarahinya. Lucu pula mengenangkan kisah itu. Tidak disangkanya Mak Yah sangat tegas dalam menjaga orang berpantang. Dia pula jenis tak tahan kena bebel.
Natasha gelak. Geli hati melihat riak Kayden yang pucat tatkala dibebel oleh Mak Yah sebentar tadi. Belum lagi tazkirahnya yang panjang melebar itu. Boleh naik pusing dibuatnya!
"You gelakkan I?"
"Ala you ni! Takkan tak tahan kena bebel?"
"Memanglah I tak tahan! Mak membebel banyak betul corner dia. Pening I tau?"
Pun begitu, Kayden tetap bersyukur kerana masih ada insan yang menyayangi isterinya selain dia.
"Tapi I faham. Mak sayangkan you. Sebab tu dia tegas"
"Tahu pun!"
"Tapi I pun sayang you" ucap Kayden lantas mencium dahi dan pipi Natasha.
Baru saja Natasha nak membalas ciuman suaminya, Mak Yah datang membawa dua cawan air. Terjegil anak matanya melihat perlakuan mereka berdua.
"Kamu berdua ni memang tak dengar kata! Tak menyabar!!"
Tersentak Kayden dan Natasha mendengar jeritan Mak Yah. Empat pasang mata sedang tertumpu ke arah wajah tua itu.
"Mak kan dah pesan? Tasha ni masih dalam pantang. Rahim tu, dalaman tu kena jaga. Jangan sembarangan je nak masuk dalam! Nanti sakit di kemudian hari, baru tahu"
Kayden sudah berdiri di tepi. Kecut perutnya dengan bebelan Mak Yah itu.
"Mak, Tasha cuma cium.."
"Nanti dari cium tu, jadi benda lain pulak. Mak tak larang pun kamu berdua nak cium ke apa ke. Tapi bukan sekarang. Tunggu 45 hari lagi! Apalah susah sangat nak mengikut kata mak?"
Berdesing telinga Natasha menerima khutbah percuma petang itu. Mak Yah kalau sudah membebel, alamatnya sampai ke Subuh esok pagi baru selesai!
Punggung dihenyak di hadapan Natasha. Elok saja dia menggapai cawan lalu diberikan kepada Natasha.
"Air apa ni mak?" Muka Natasha berkerut menerima bau pelik dari air tersebut.
"Air akar kayu" sahut Mak Yah seraya merapikan ikatan rambut Natasha.
Natasha pandang Kayden, minta bantuan kecemasan dari lelaki itu. Kayden menggeleng, tak berani nak bersuara, bimbang jika 'bom' Mak Yah meletus lagi!
"Haaa minumlah! Apa tunggu lagi?"
"Err...kena minum ke mak? Kalau tak minum, tak boleh?" Natasha seakan merayu.
"Boleh, tapi esok hari mak doublekan sukatan air ni.. haa amacam?"
Natasha telan liur. Pandai pulak Mak Yah bernegosasi.
"Haaa bukan Tasha je minum! Nah Kay!" Cawan yang satu lagi diserahkan kepada Kayden.
Dalam keterpaksaan, Kayden merelakan! Cawan sudah bertukar tangan.
"Haaa minum! Selagi kamu berdua tak minum, mak takkan berganjak dari sini"
"Mak, yang berpantang kan Tasha? Kenapa Kay kena minum jugak?"
"Aikk, tak salah! Air ni bagus untuk dalaman. Kata sayang bini. Kalau sayang, minum!! Haa cepat"
Melihat akan gaya Mak Yah, terpaksalah Kayden dan Natasha meneguk air pahit tersebut. Meskipun pada mulanya tekak rasa mual dan hampir nak termuntah, namun digagahi jua demi untuk menghabiskan air tersebut. Risau sekiranya Mak Yah memaksa mereka lagi. Haishh, kalah hukuman tentera!
TELEFON BIMBIT dihempas di atas katil. Amarahnya menguasai. Bibirnya diketap rapat. Rasa sakit pada seluruh badan tidak mampu menandingi rasa sakit di hatinya saat ini. Dia benar-benar berdendam dengan Natasha dan Hardi.
Gara-gara Natasha, dia harus menanggung kesakitan pada seluruh tubuh badannya. Bahkan sudah beberapa hari dia tidak mandi. Pedihnya saat luka itu terkena air. Bencinya semakin meluap-luap tatkala Natasha sedang diulit bahagia di sisi Kayden.
Hardi pula satu hal. Berani betul lelaki itu menipunya! Kini dia yakin, dia ketularan penyakit itu. Arghh! Sial punya Hardi! Dulu bukan main lagi bersumpah dan berjanji kesihatan dirinya. Kata Hardi, dialah satu-satunya wanita yang ditidurinya selain dari isterinya. Dia pula bodoh! Percaya bulat-bulat bicara lelaki itu. Seharusnya dia tahu jikalau Hardi itu buaya darat, buaya tembaga!
Arghh!! Marisa menjerit. Dia tak boleh duduk diam. Dia tahu, dia takkan bisa membalas dendam pada Natasha kerana sudah serik diancam oleh Kayden. Namun dia harus melakukan sesuatu terhadap Hardi. Lelaki itu harus membayar di atas setiap kesakitan yang dialaminya sekarang.
Telefon digapai semula. Video dia dan Hardi yang pernah dirakamnya suatu ketika dulu ditonton semula. Senyuman sinis tersungging di wajah. Untungnya wajahnya tidak nampak dengan jelas di dalam video itu. Hanya wajah dan desahan Hardi yang jelas kelihatan.
"Kau tunggu nasib kau Hardi! Kau tipu aku, dasar lelaki keparat! Tengoklah apa akan jadi kalau aku hantar video ni pada wife kau.."
Nombor Sahima, isteri Hardi diketik. Kemudian tanpa ragu-ragu dia menghantar video tersebut kepada Sahima.
"Kau akan hancur lepas ni Hardi!"
Ketukan dari arah kamar menyentakkannya. Dahinya berkerut. Siapa pula yang sedang mengganggunya saat-saat begini?
Pintu kamar terbuka. Wajah cemas Eton terpampang.
"Apahal kak Eton ni?" Marisa menyoal dengan riak separuh jengkel.
"Po..polis!! Poliss!!"
"Haa??"
BARU saja Emir mengkhabarkan berita itu, hatinya dijentik rasa puas. Tidak menyangka secepat itu pihak polis membuat kerja. Mana tidaknya, salah seorang anggota polis adalah kenalannya. Dia teringat ketika menghantar bahan bukti tersebut ke balai polis. Dia juga menceritakan segala-galanya termasuklah aktiviti haram yang dijalankan oleh Ariffin di atas namanya. Segala bukti yang sudah puas dicari akhirnya menemui hasilnya. Puas hatinya kerana rancangannya berjalan lancar. Bahkan sebelum Natasha diserkap oleh Marisa, dia juga sudah terlebih dahulu merancang segala-galanya.
Segala gambar dan video bukti tersebut sudah cukup untuk memasukkan Ariffin dan Miranda ke dalam penjara. Mereka adalah suspek yang telah menyeksa dan membunuh arwah Nilam. Kayden sudah bersumpah tidak akan melepaskan sesiapa pun yang telah menyakiti isteri dan keluarganya.
Kali ini, dia akan pastikan Ariffin dan Miranda tidak mampu melarikan diri. Untuk Marisa pula, penyakit yang disebarkan oleh Hardi pasti sedang menyerangnya saat ini. Bagaimana dia bisa tahu Hardi punya HIV? Kerana dia sendiri yang telah berdepan dengan lelaki itu.
"Cakap, apa yang berlaku dalam hubungan kau dan Marisa sebenarnya?"
Hardi diam. Dia tidak berani hendak melawan. Meskipun Kayden mendepaninya seorang diri, namun ketakutannya terhadap lelaki itu sangat menebal.
"Aku..aku dan Marisa dah macam suami isteri!"
"Ohh.." Kayden sinis. Sudah diagak akan jawapan itu. Dia tahu siapa Hardi, dia juga kenal siapa Marisa. Dua manusia bodoh yang tak sedar sedang masuk dalam perangkapnya!
"Aku ada HIV! Tapi Marisa tak tahu sebab..."
"Sebab kau tipu dia!" cantas Kayden. "Kau dah tidur dengan banyak perempuan. Entah perempuan dari mana kau kerjakan, kau main hentam je! Asal kau puas kan?!"
Kayden jijik dengan Hardi. Sahima seorang isteri yang menurutnya sangat bijak dan tidak kurang cantiknya. Namun kenapa Hardi tega makan luar? Kerana hatinya takkan pernah puas dengan satu perempuan!
"Kau jangan cakap pasal akulah! Kau pun sama kan? Dah banyak jugak perempuan yang kau angkut masuk bilik, entah-entah kau pun macam aku!"
Bulp!! Sebuah tumbukan dilayangkan ke wajah Hardi. Terteleng wajah itu. Tubuhnya rebah ke tanah.
"Aku tak macam kau! Memang aku angkut banyak perempuan, tapi bukan untuk aku tiduri. Atas alasan apa, bukan urusan kau! Yang jelas, wanita pertama yang aku sentuh adalah isteri aku sendiri! Aku tak makan luarlah sebab yang aku miliki sudah cukup puaskan aku. Yang penting, dia halal bagi aku"
Kayden mengeluh mengingatkan kejadian itu. Tujuannya bertemu Hardi adah untuk mengetahui sejauh mana hubungan dia dan Marisa. Namun jawapan yang diperolehinya sangat memuaskan!
Rupa-rupanya dia dan Marisa sudah lama menjalinkan hubungan terlarang. Marisa hanya akan mencari Hardi jika gadis itu perlukan sesuatu atau tengah berasa marah. Yang paling buat dia jijik bila Hardi kata,
"Marisa sangat hebat di atas ranjang!"
Tak terfikir olehnya sejauh mana sudah hubungan keduanya terjalin. Yang pasti, itu bukan urusannya. Yang penting, dia dan Natasha harus tetap hidup bahagia.
"Bos.."
Kayden menoleh. Eric membisikkan sesuatu ke telinganya. Serentak itu, Kayden terpempan.
"Betul ke ni?"
Hatinya mulai gelisah. Rancangannya yang satu itu sudah gagal!
Eric menoleh.
Kayden mendengus. Arghh!! Bagaimana bisa terlepas?! Tak! Dia takkan sesekali duduk diam. Lantas dia membisikkan sesuatu ke teling Eric.
"Tapi bos..."
"Buat je apa aku suruh!"
done 2 bab.. esk sambung lagi. cerita ni msih pjg tau? tp jgn risau..tak complicated sgt ☺️ happy reading ?
Share this novel