BAB 13

Romance Series 8335

NATASHA menyeka air matanya yang bergenang. Dia puas menangis semalaman gara-gara mesej daripada Hannah. Meskipun hatinya sakit dengan berita itu, namun dia harus tetap kuat.

Esak tangisnya kian mengendur. Hidung yang berair dilap. Semalam, dia kaget melihat dirinya beradu di atas katil. Sedangkan Kayden terlena di atas sofa. Pagi tadi, dia dan Kayden saling tak bertegur sapa meskipun mereka sarapan bersama. Dan perasaannya meruntun tatkala Kayden berlalu pergi tanpa meninggalkan ciuman di dahi dan bibirnya, seperti yang selalu dilakukan lelaki itu sebelum ini.

Namun dia tak menyalahkan Kayden. Semuanya berpunca daripada dirinya sendiri. Dia memang ego namun itu kerana dia mahu melindungi hatinya sendiri. Dia sudah puas terluka. Dia tak mahu merasai kesakitan itu lagi. Cukuplah kesekian kalinya dia merasakan keperitan itu.

Wajah yang berkeringat dilap. Air-conditioner yang diputar pada suhu 16°C seolah tak mampu mengusir keringatnya itu.

'I pregnant!'

Natasha mengeluh mengingat kembali pesanan Hannah itu.

'ni anak Kayden!'

Bibirnya diketap. Untuk apa asmara mereka membara sebelum ini jika akhirnya Kayden lebih rela mengandungkan wanita lain?

'you tahu, kayden akan ceraikan you lepas je anak kami lahir. dia selama ni menahan hati dgn perangai sombong you'

Natasha pejam mata. Tanpa dipinta, mutiara jernih itu kembali menuruni pipi. Peritnya rasa hati dikhianati oleh suami sendiri. Meski perkahwinan tanpa cinta itu terjalin sudah hampir lima tahun, namun kenapa baru sekarang Kayden menyakitinya? Kenapa tidak dari dulu lagi?

AMIRA meletakkan secawan milo panas di atas meja. Melihat wajah cemberut Natasha itu, dia dapat mengagak apa yang telah berlaku. Apatah lagi dengan membawa bagasi ke tempatnya. Tengah hari tadi, dia terkejut menerima kehadiran Natasha di situ dengan bagasinya. Natasha memeluknya sambil menangis.

Puas ditanya, akhirnya Natasha bersuara juga. Mendengar cerita Natasha, hatinya jadi sebak. Tak disangka begitu perit kehidupan yang dilalui oleh Natasha kala ini. Gara-gara itu, dia bersetuju menumpangkan Natasha di situ.

"Thanks" ucap Natasha ringkas. Mata dan wajahnya nampak sembam.

"Hmm" sahut Amira lantas duduk di sebelah Natasha.

"Tak nak bincang dengan Kayden ke?"

Natasha geleng kepala. Tiada apa yang harus dibincangkan. Kayden pasti punya akal dan cara untuk mengelak.

"So, dah decide nak bercerai?" Amira soal siasat lagi.

Kali ini, Natasha angguk kepala.

"Aku tak tahulah nak komen macam mana. Aku tak berada di tempat kau. Tapi satu hal yang pasti, kau kena jugak tanya Kayden pasal hal ni. Jangan diamkan diri. Nanti kau jugak yang menyesal"

"Sekarang ni pun aku dah menyesal!"

Amira mengeluh. Natasha memang degil dan sangat ego!

"Menyesal sebab kawen dengan Kayden?"

Yang itu, Natasha tak berani nak mengangguk dan menggeleng. Sudahnya dia biarkan saja soalan Amira tanpa jawapan.

"See? Kau sendiri pun takde jawapan untuk soalan aku. Ni kan pulak nak bercerai dari Kayden. Aku rasa, kau ni dah jatuh cinta dengan suami kau. Tapi kau ego! Tak nak mengaku" omel Amira. Dia bisa menyokong apa pun keputusan Natasha. Namun untuk berpisah, itu bukanlah sesuatu yang harus disokong atau dibanggakan. Baginya, harus ada perbincangan terlebih dahulu. Barulah dapat mengambil kata putus. Tetapi Natasha pula ambil jalan sendiri. Entahlah, dia nak kasihankan Kayden atau nak kasihankan Natasha!

"Kau pun marah aku?" luah Natasha kecewa. Sangkanya, dapatlah dia sokongan daripada Amira. Alih-alih, dia pula yang dimarahi. Kalau tahu begitu, baik dia menginap di hotel saja.

"Ye, aku marah! Sebab kau buat keputusan tergesa-gesa. Lepas tu keluar dari rumah tanpa izin suami. Tahu tak tu dah jatuh hukum durhaka?"

"Habis tu, buntingkan perempuan lain jatuh hukum apa pula? Berzina kan? Tu kau nak cakap suami mithali?"

Amira mengeluh. Susahlah nak cakap dengan orang keras kepala ni! Asyik dia je betul, orang lain salah!

"Laa kau yakin ke Kayden buat semua tu? Kau lebih tahu sebab kau isteri dia. Zaman sekarang ni, dengan teknologi canggih, fitnah dan salah faham pun semakin berleluasa tau tak?!"

Sudahnya Natasha mendiamkan diri. Ada betulnya kata-kata Amira. Namun hatinya masih keliru dan bingung. Dia tak mahu membuat keputusan di sebalik perasaan itu. Jika benar Hannah sedang mengandungkan anak Kayden, dunianya bakal gelap-gelita!

"Tapi kau akan sentiasa ada aku. Kau kena ingat tu" Amira menggenggam tangan Natasha. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat sahabat baiknya itu.

"Kau fikirlah baik-baik dulu ye? Jangan cepat buat keputusan. Nanti kalau hati dah tenang, baru kau buat keputusan"

KAYDEN ke dapur. Wajahnya serius. Dia lihat Bik Ros sedang mencuci pinggan di sinki.

Didekati wanita tua itu. Badannya disandarkan ke sinki.

"Kenapa tuan? Tuan pengen sesuatu? Bibik bisa buatin"

Kayden menggeleng. Rumah yang cukup besar tetapi tetap sunyi. Seperti hatinya saat ini. Dia merindukan Natasha. Namun Natasha pula semakin menjauhinya. Apakah kesalahannya?

"Sunyi kan rumah ni bik?"

Bik Ros menggumam. Laju saja tangannya menangkap itu ini. Kak Lina, pembantu rumah yang satu lagi turut ke dapur. Kaget betul dia melihat majikan mereka di situ.

"Kamu nak apa-apa ke Kayden?" tanya Kak Lina pula. Peti ais dibuka. Ais krim berperisa vanilla dibawa keluar.

Kayden geleng. Dia duduk di kerusi. Matanya tak lari dari terus menjenguk ke arah pintu besar di hadapan rumah.

"Tasha takkan baliklah!" ujar Kak Lina. Bik Ros menoleh. Lengan Kak Lina dicuit.

"Alamak!!" Kak Lina tekup mulut sendiri. Dia dah bocorkan rahsia itu.

Kayden mengerut dahi. Dari duduk, kini dia sudah berdiri di hadapan dua wanita itu.

"Apa maksud akak tadi?" Riak Kayden berubah.

"Err... errr..." Kak Lina serba salah. Dia sudah berjanji pada Natasha untuk tidak memberitahu Kayden akan perkara itu.

"Cakap sebelum Kayden paksa!" jerkah Kayden dengan suara yang keras. Wajahnya menyeringa.

"Gini tuan..." Bik Ros mengambil alih. "Puan bilang, dia nggak akan pulang. Dia nggak mahu ketemu sama tuan dulu"

Rahang Kayden bergerak-gerak. Postur badannya hampir tak seimbang. Berani Natasha jauhkan diri daripadanya?!

"Dia ada cakap kenapa?"

Kak Lina mengangguk. Bik Ros pula menggeleng. Itu yang buat Kayden semakin sakit hati.

"Cakap!" Di hadapan Kak Lina dia berdiri. "Sebelum Kayden hilang pertimbangan diri!"

"Dia...dia nak bagi ruang untuk Kayden dan Hannah!"

"What??!!" Kayden menggigil. Ruang apa? Lagi-lagi Hannah puncanya. Memang nak kena ajar perempuan tu!

"Tasha cakap apa lagi?"

"Sumpah Kay! Akak tahu tu je. Tapi masa Tasha cakap tu, dia menangis.."

Rahang Kayden jatuh.Tubir matanya bergenang. Jadi inilah punca Natasha menjarakkan diri daripadanya?

Setelah mampu menenangkan diri dengan menarik nafas, dia tatap wajah takut Kak Lina dan Bik Ros.

"Tasha ada cakap dia pergi mana?" Suara Kayden kembali mendatar. Tiada riak bengis dan nada yang kurang menyenangkan kedengaran.

Kak Lina dan Bik Ros geleng kepala serentak.

"Okey, Kay faham. Terima kasih dan Kay mintak maaf..."

Kayden berlalu dari situ. Dia harus mula dari mana? Mencari Natasha atau mendapatkan cerita sebenar daripada Hannah? Dia yakin pasti Hannah merencanakan sesuatu. Kalau tidak, masakan Natasha tega melarikan diri daripadanya.

"KAU tak kerja ke hari ni?"

Amira lihat Natasha masih dengan pijama berwarna putih itu. Sedangkan jam sudah agak lewat.

"Tak! Aku cuti" Natasha masih fokus pada beberapa surat itu. Tiga helai surat amaran menarik perhatiannya.

"Lama ke kau cuti?" tanya Amira lantas cepat-cepat menyembunyikan surat tersebut daripada Natasha. Kenapalah dia bisa secuai itu?

"Sampai hati aku tenang. Aku yakin sangat Kayden akan cari aku kat sana"

"Habis tu, dia takkan cari kau kat sini ke?"

Natasha angkat kening. "Does he know where your house is?"

"Not sure! " Amira jongket bahu. "Tapi orang hebat macam dia, takkan tak boleh cari rumah aku yang kecik ni?"

Arghh sudah! Natasha ketap bibir. Betul jugakkan? Dulu pun Kayden bijak mencari tahu masalah antara mereka.

"Ni..." Natasha berjeda. Dia lihat Amira nampak tenang walau seribu masalah juga sedang menghimpitnya.

"Kau ada masalah ke dengan klinik kau tu?"

Pertanyaan Natasha buat Amira tersentak. Alamak! Dia tahu ke?

"Kenapa pulak tiba-tiba tanya macam tu?"

"Kau tak payah nak berdalih bagai! Aku dah bacalah surat tu. Kau tak bayar hutang ke? Klinik kau ada masalah?"

Amira mengeluh. Sudah masuk empat bulan dia tak melunaskan sewa kliniknya. Jika bulan ini tidak dibayar juga, alamatnya terpaksalah dia tutup klinik itu. Kasihan dengan nasib para pekerjanya.

"Jangan sembunyi apa-apa dari aku boleh tak?" desak Natasha. Dia tak suka melihat Amira sedih. Amira adalah sahabatnya, kakaknya, temannya dan keluarga yang tak pernah langsung membuangnya.

"Dah nak masuk empat bulan aku tak bayar sewa.."

"Haa? Mana pergi duit hasil dari klinik tu?"

Amira mengeluh. Nak cerita, macam panjang sangat. Tapi kalau tak cerita, Natasha pasti mendesak.

"Kau tahu staf aku yang nama dia Imani?"

Natasha angguk. Rasanya mereka dulu pernah berjumpa tapi sekali saja. "Kenapa dengan dia?"

"Dia songlap duit klinik tu! Dahlah duit tu untuk aku bayar sewa, bayar gaji tiga orang lagi staf aku tu. Sekarang aku pun buntu nak buat macam mana?"

"Berapa yang kau perlukan?"

"Ada dalam RM200k"

"Haa? Banyak gilerr"

"Aku bukan hutang dengan pemilik bangunan tu je. Tapi aku hutang jugak dengan supplier aku. Kau pun tahu kan, harga ubat sekarang bukannya murah. Apatah lagi yang klinik swasta macam aku ni.."

"Aku dapat tolong kau. Tapi sikit je.."

"Tak payahlah Tasha. Nanti tahulah aku nak buat macam mana"

Natasha diam. Meskipun Amira menolak, namun dia tahu dia harus menolong sahabatnya itu. Dia tak akan membiarkan Amira dalam kesusahan.

PUAS Kayden mencari Natasha ke mana-mana namun tak ketemu. Dari ofis sehinggalah ke tempat yang sering dikunjunginya, masih juga tidak bertemu jejak Natasha. Harapan terakhir Kayden adalah Amira!

Namun gadis itu juga tak memberi sebarang respon. Agaknya berpuluh kali dia menghubungi nombor Amira namun tiada reaksi. Rumah Amira juga dia tak tahu. Dia belum pernah lagi ke tempat Amira.

Hannah juga susah dijejaki kini. Bijak jugak gadis itu menyembunyikan diri. Barangkali dia tahu dirinya menjadi buronan.

"Bos, susah nak cari rumah Amira. Tapi kami dapat alamat tempat kerja dia"

Berita yang disampaikan oleh Emir itu membawa sinar baru. Laju saja dia memalingkan wajah.

"Amira ada klinik dia sendiri, walaupun dia sekarang penjawat awam di salah sebuah hospital. Tapi mungkin klinik dia bakal ditutup"

Kayden angkat kening. "Kenapa?"

"Dengar cerita, dia hutang banyak pada pemilik bangunan tempat dia menyewa dan supplier ubat-ubatan dia"

Jari-jemari Kayden menari-nari di atas meja. Otaknya berfikir sesuatu. Jika tempat tinggal Amira sukar dijejaki, mungkin dia harus ke tempat gadis itu bekerja.

"So sekarang dia kat mana? Hospital atau klinik dia sendiri?"

"Itu tak dapat dipastikan bos! Sebab kadangkala dia di klinik, ada masa jugak dia di hospital"

Lama Kayden berfikir. Boleh ke doktor kerajaan seperti dia memiliki klinik sendiri? Bukan ke itu melanggari akta pekerjaan? Ehh betul ke?

"Hannah pula macam mana? Dapat cari dia?"

"Tak bos!"

Kayden tarik nafas dalam-dalam. Memang Natasha dan Hannah sengaja menyembunyikan diri daripada dia ke?

"Okey, takpe. Teruskan mencari. Keluar"

Emir akur.

"I DENGAR you cari I"

Kayden menoleh. Wajah Hannah yang tersenyum manja padanya ditatap. Rahangnya bergerak-gerak.

Hannah mendekati Kayden dan mengelus lembut pipi itu. Senang pula hatinya tatkala lelaki itu bagai nak gila mencarinya.

"Jangan sentuh I!" jerkah Kayden seraya menolak tubuh Hannah.

Hannah senyum simpul. Mana Kayden nak larikan diri? Dia punya benih milik Kayden.

"Sombongnya you Kayden! Macam mana ni ke you layan wife you?"

Kayden berdecit. Wajahnya kemerahan menatap riak selamba Hannah.

"You nak apa datang sini?"

"Bukan ke sepatutnya I yang tanya soalan tu?" Hannah duduk di hadapan Kayden. "You yang cari I"

"Apa you dah buat atau cakap pada Tasha?"

"Kita orang borak biasa je. Mana ada lebih dari tu" Hannah bermain dengan rambutnya.

"Jangan nak tipulah Hannah! I tahu you bukannya baik sangat nak cakap biasa dengan wife I. Kalau tak, takkanlah you sanggup hantar gambar lama kita pada dia?"

Hannah ketawa terbahak-bahak. Lucu pula dengan wajah ketat Kayden itu.

"Tapi I dah berjaya buat dia pergi dari hidup you kan?"

Kayden mendadak berdiri. Dia mendekati Hannah dan mencengkam leher itu.

"Cakap! Apa kau dah buat pada Tasha? Cakap!!"

Hannah melemparkan senyuman sinis. Suka betul dia melihat wajah itu meradang. Makin seksi!

"Cakap!! Jangan buat aku naik gila!!"

"I cakap, yang I mengandungkan anak you!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience