BAB 1

Romance Series 8335

LIMA TAHUN! Tempoh perkahwinan yang terjalin di antara dia dan Kayden. Berkahwin atas percaturan keluarga. Berkahwin kerana kepentingan keluarga. Dan berkahwin kerana mahu melebarkan sayap perniagaan.

Bahagia? Ada apa dengan bahagia? Bagaimana rasa bahagia? Dia tak tahu macam mana rasa bahagia. Kalau ada yang menanya, dia pasti bengong sendiri. Kayden bukan suami pemabuk, bukan juga kaki pukul. Kayden ada segala-galanya. Kayden cukup pakej. Kayden sangat sempurna. Kayden tuan besar, Kayden juga tuan muda! Kayden mampu sediakan segunung emas dan selautan permata. Kayden sangat lemah-lembut. Namun Kayden ada satu sifat lemah. Dia tak boleh menolak perempuan! Jadi harus bagaimana dia mengungkap bahagia itu?

"Jangan ceraikan Kayden! Don't ever let him go!"

Itulah pesanan Ariffin kepadanya setiap kali mereka berkunjung. Dia hanya mengukir senyuman sinis. Dia tahu, apa yang diinginkan oleh ayahnya. Dia mengerti maksud itu. Namun dalam hati dia sangat memberontak! Dia tak bencikan Kayden. Dia cuma tak suka. Sampai bila dia harus menutup mata di atas setiap yang berlaku?

"Ehh bila you balik? Tak nampak pun kereta you kat luar" tegur Kayden yang baru sampai. Laju bibirnya mendarat di dahi dan pipi si isteri.

"Masuk bengkel!" Itu sahaja jawapannya setiap kali Kayden bertanya. Atau sebetulnya, dia selalu memberi jawapan seringkasnya jika Kayden mula membuka topik perbualan.

Kayden mengangguk. Faham benar dengan fiil si isteri. Lima tahun mereka mendirikan rumah tangga. Dan dalam tempoh itu, dia sangat memahami setiap selok-belok pemikiran dan perasaan Natasha.

"Nanti I suruh orang datang ambik kereta you kat bengkel. Meanwhile, you can pick any car you want. All yours!"

Natasha diam. Salah satu sikap Kayden yang gentleman? Atau kita nak panggil apa ye sikap ini? Membodek?

"You bawak perempuan mana kali ni?" tanya Natasha sambil menyapu losyen ke tangan dan seluruh badan. Kebiasaannya sebelum tidur!

Kayden angkat kening. Wajah bersahaja Natasha ditatap. Setiap hari, itu sajalah soalan yang akan ditanya oleh Natasha kepadanya. Namun tak sedikit pun Natasha cemburu atau marah kepadanya. Entah terbuat dari apa agaknya hati isterinya itu. Keras macam batu!

"Kenapa I nak kena bagitahu you? You act like nothing happened!" keluh Kayden. Dia sedikit kesal dengan sikap acuh tak acuh Natasha itu.

"I tak tahu! Maybe you nak share something dengan I. You kan selalu bercerita pasal perempuan-perempuan simpanan you. Betapa lentoknya tubuh mereka, manja mereka. Dan you suka dengan belaian mereka"

Kayden mendengus. Riak Natasha tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau cemburu.

"You memang tak rasa apa-apa ke?"

Natasha menapak ke arah ranjang. Dipanjat ke atas lalu menyelimutkan tubuh dengan comforter mewah itu. Soalan Kayden dibiarkan sepi. Dia bosan harus bersemuka dengan Kayden dan pertanyaannya setiap hari.

"Tasha.." seru Kayden perlahan. Dia kini sudah duduk di birai katil, bersebelahan isterinya. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini dia merasa perasaannya berbeza.

"I cakap dengan you kan? Boleh ke you jawab?" tanya Kayden dengan lembut.

Natasha diam. Mata sudah dipejam rapat. Hatinya sakit setiap kali melihat Kayden membawa perempuan lain ke dalam rumah mereka. Bahkan hatinya terasa disiat-siat ketika membayangkan kemesraan Kayden dan semua perempuan di atas katil.

"I mengantuk Kayden. Hari dah malam ni! Esok I ada meeting dengan client" jawab Natasha dengan suara seraknya.

Jawapan Natasha bikin hati Kayden membara. Namun apakan daya. Dia tidak mampu untuk terus mendesak Natasha. Dia tahu, perkahwinan mereka bukan berdasarkan cinta. Hanya kerana mahu menyelamatkan syarikat perniagaan, hubungan tanpa cinta itu terjalin. Dia harus terpaksa merelakan!

MELIHAT figura seksi di hadapannya, Natasha pamer senyum sinis. Dia sudah masak benar dengan perangai semua perempuan simpanan Kayden. Datang kepadanya dan merayu-rayu. Ada pula sengaja mengapi-apikan hatinya. Namun dia tidak ambil pusing.

Urusan Kayden, bukan urusannya! Dan urusan dia, juga bukan urusan Kayden!

"You wife Kayden kan?"

Natasha angguk. Namun matanya masih fokus pada komputer riba di hadapannya. Wangian perempuan itu menusuk ke rongga hidung. Itu wangian milik Kayden! Hati yang lara dipendam sahaja.

"I Hannah, kekasih dia"

"Yang ke berapa?" tanya Natasha spontan. Jari-jemarinya laju menaip di atas papan kekunci itu.

"Maksud you?" Hannah melirik ke arah wajah Natasha yang fokus pada komputernya. Dia memuji kesempurnaan wajah itu. Tapi sayang, secantik apapun Natasha, belum mampu untuk mengatasi godaannya pada Kayden!

"You tak tau ke Kayden banyak perempuan? You..." jeda Natasha sambil memikirkan sesuatu. Berkerut-kerut saja dahinya. "Maybe yang ke 1000 lebih!"

Hannah melirik dengan senyuman. "I tak kisah pun pasal tu! Yang penting, I dapat rasa harta dia, dan paling best, I boleh rasa setiap inci tubuh badan dia!"

Mendengarkan itu, hati Natasha jadi rapuh. Pekerjaannya tiba-tiba terhenti. Entah kenapa, sakitnya terasa begitu nyeri. Walaupun dia tahu apa yang berlaku di antara Kayden dan semua perempuan simpanannya, namun apabila mendengar sendiri perkataan itu, hatinya rasa bagai dirobek!

"You tahu tak, Kayden ada badan yang sangat sasa! He is too perfect! Jatuh dalam dakapan dia adalah perasaan yang indah!! Kalau jadi wife dia, tentu I rasa I lah wanita paling bahagia kat dunia" Hannah bersorak gembira. Membayangkan betapa kekarnya tubuh Kayden dan berada di dalam dakapan lelaki itu, membuatkan hatinya berlagu riang.

"Dah tu, kenapa bagitau I?" tanya Natasha, mencuba menyembunyikan perasaannya.

"Saja! Lagipun sharing is caring! Share dengan you rasa best pulak. Kayden cakap, you tak pernah ambik peduli pun dia keluar dengan siapa, buat apa, so I rasa macam terpanggil nak share dengan you"

Natasha hela nafas. Ohh, jadi Kayden bagitahu semua ni?!

"Tak perlulah you susah payah buat semua ni! I tak berminat pun"

Hannah mencebik. Elehh, berlagaknya!

"You okey ke kalau I kawen dengan Kayden?"

Natasha tertawa kecil. Dia rasa lucu pula dengan kenyataan Hannah itu.

"Kenapa you gelak? I tak buat lawak pun!" Hannah meradang. Natasha seolah-olah menyindirnya.

"You nak kawen dengan dia? Dipersilakan! I tak kisah pun. Asalkan you tahan dengan perangai playboy dia. Kalau you boleh tahan cemburu tengok dia dengan perempuan lain, I tak kisah pun! Tapi kalau you tak boleh tahan, I rasa baik you blah dari hidup dia"

Hannah mengetap bibir. Rupa-rupanya tak mudah nak sakitkan hati isteri Kayden Ibrahim ini! Riak cemburu, riak sedih, tak wujud pun dalam kamus hidup dia! Boleh tahan kebal jugak ye dia ni?!

"Kalau you takde apa-apa lagi nak cakap, I harap sangat you boleh keluar dari sini. I banyak kerja. Dan I takde masa. You've wasted my precious time!"

"TAKKAN kau nak biarkan je si Kayden tu? Dia suami kau! Kau kena berkeras sikit"

Amira mengeluh. Dia tak faham betul dengan fiil sahabat baiknya itu. Teganya dia membiarkan Kayden hanyut dalam dosa. Menutup mata dengan setiap perlakuan bejatnya.

"Habis tu kau nak aku buat apa?"

"Nasihat dia! Cakap dengan dia, benda tu tak baik"

Bicara Amira justeru mengundang tawa di bibir Natasha. Bercakap dengan Amira, semuanya guna akal agama. Amira adalah sosok wanita yang agak tegas kalau bab-bab agama. Jauh berbeza sekali dengan dirinya yang jahil itu. Maka itulah, setiap kali dia punya masalah, Amiralah tempat dia mengadu dan bercerita.

Meskipun Amira itu ala-ala ustazah, entah kenapa hatinya suka dan tenang dinasihati gadis itu. Segala butir bicaranya begitu mudah diterima.

"Nasihat dia? Kau ingat Kayden tu nak dengar ke? Dia tu tuan muda! Billionare! Dia nak semua orang tunduk pada dia"

"Tapi kau isteri dia. Isteri yang sah, yang ada hak 100% terhadap dia kat dunia ni! Kau kena tegur dia, jangan sama-sama hanyut dengan dia" Amira menasihati dengan lembut.

Natasha mengeluh. Selama ini, dia dan Kayden tak pernah berbicara dari hati ke hati. Dia sendiri tidak mahu sebenarnya. Dia tak cintakan Kayden. Begitu juga sebaliknya. Untuk apa dia berkorban jika Kayden juga tak mahu berubah? Lagipula perkahwinan yang terjalin antara mereka adalah kerana arahan dari Ariffin, bukan dari hatinya sendiri!

"Tasha..." panggil Amira dengan lembut. Anak mata Natasha dipandang. Cantik betul mata biru itu!

"Kau dah lima tahun kawen dengan dia. Kau masih takde apa-apa perasaan ke pada dia?"

Natasha membuang pandang. Ketika itu, dia menangkap sesosok tubuh yang dikenalinya dari jauh. Kayden! Lelaki itu sedang melayan mesra Hannah dengan penuh senyuman. Ditarik kerusi untuk Hannah duduk. Mereka bagaikan sepasang kekasih romantik yang sedang menikmati makan tengah hari.

Melihat adegan itu, hatinya sakit sendiri. Air mata yang ingin jatuh diseka segera. Dia tak mahu membazirkan air mata untuk lelaki itu!

"Tak! Aku takde apa-apa perasaan pun pada dia! Kalau ada pun, anggap jelah perasaan tu hanya sepintas angin yang melewati hati aku. Lagipun hati aku ni takde makna apa-apa pada dia!"

"Tasha..."

Amira tahu apa yang dimaksudkan oleh Natasha. Dia juga melihat apa yang dilihat oleh Natasha. Sakitnya jadi Natasha! Semua tak mengerti perasaan dia. Semua hanya menjadikan dia batu loncatan untuk kesenangan sendiri. Semoga kau kuat sahabat!

"Aku doakan semoga kau kuat dan bahagia. Aku akan selalu ada untuk kau!"

NATASHA duduk di balkoni bilik. Merenung ke dada langit yang suram dan kelam tanpa kerdipan bintang. Dia mengeluh. Langit tak selalunya cerah! Seperti itu juga kehidupannya.

Entah sampai kapan dia harus menahan perasaan dengan sikap Kayden. Sebetulnya, dia tak tahu makna bahagia itu apa. Hatinya kosong, jiwanya mati! Dia hanya hidup untuk berkorban kepada orang lain.

Alangkah bagusnya jika dia bisa menyusul arwah mama. Pasti perasaannya lebih tenang. Dia mati pun tidak ada sesiapa yang peduli dan menangisi. Hidup di dunia penuh fana ini hanya membuatkannya sesak nafas.

Surat penceraian di atas meja dibelek. Dia mengeluh hampa. Pertama kali di dalam hidupnya, dia mengambil keputusan itu dengan berfikir panjang. Setelah ditimbang-tara baik buruknya, dia yakin dengan keputusan itu. Dia tak mahu terus-menerus terluka dengan perkahwinan ini. Dia terluka, Kayden juga sama.

Bukan senang untuknya terus bertahan dengan hubungan ini. Segala pahit manis, suka duka ditelan sendirian. Tak dinafikan, Kayden seorang suami yang baik. Tetapi itu tetap tidak menjadikan dia wanita paling bahagia di dunia.

Cukuplah dia menelan segala kesengsaraan ini sendirian. Setelah urusan penceraiannya selesai, dia akan pergi jauh dari sini. Dia akan menghilang terus dari kehidupan semua orang.

Dia benar-benar penat harus terus berkorban untuk kepentingan orang lain. Dia ingin bebas. Dia tidak mahu terikat dengan sesiapa. Biarlah dia menjalani kehidupannya sendiri tanpa ada yang mengatur.

Telefon bimbitnya berbunyi. Pesanan daripada Kayden dibaca dengan perasaan kosong.

'I tak balik mlm ni. Got work!'

Natasha mencebirkan bibir. Ada kerja? Atau mengerjakan perempuan lain? Macamlah dia tak tahu fiil playboy Kayden itu.

Telefon bimbit ditikam ke lantai. Untung saja skrinnya masih bagus. Pun begitu, dibiarkan saja telefon itu di atas lantai. Dia ingin menjerit namun suaranya tak mampu hendak dikeluarkan. Hatinya merintih. Jiwanya tersiksa. Ya Allah, harus sampai bila dia menahan perasaan ini?!

Pesanan daripada Kayden diterima lagi. Natasha capai telefonnya lantas dibaca.

'you okay, kalau i tak balik?'

Natasha off telefonnya. Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun, termasuk Kayden! Sekali lagi, air matanya mengalir. Dia tahu, pasti Kayden sedang menghabiskan malamnya dengan wanita lain. Hatinya perih membayangkan kemesraan Kayden di samping wanita lain.

"You jahat Kayden!"

NAFAS dihela panjang. Pesanannya tidak dibalas oleh Natasha. Entah ke mana isterinya itu menghilang. Dia hanya mahu menguji sejauh mana hati Natasha kepadanya. Dia bukannya tidak mahu pulang, tetapi kerjaannya di pejabat memaksa dia untuk tetap tinggal di situ.

Emir, pengawal peribadi sekaligus temannya berdiri di samping. Riak serius Emir ditatap.

"Hari ni, tak payah balik! Stay kat office je" arah Kayden dengan suara seraknya.

Emir mengangguk faham. Tahu persis gelora yang sedang melanda rumah tangga sahabatnya itu. Namun sebagai seorang pengawal peribadi merangkap sahabat baik, dia masih tak punya hak untuk ikut campur di dalam masalah rumah tangga Kayden. Tugasnya hanya melindungi dan meladeni Kayden.

"Puan tak marah ke?" tanya Emir lagi.

"Nope! Dia tak pernah peduli dengan aku pun" keluh Kayden dengan sesalan meninggi. Entah sampai kapan dia dan Natasha harus terus menyanjung tinggi ego masing-masing.

Perasaannya tak pernah salah. Dia tahu apa yang diinginkannya. Dia sedar hala tuju hubungan mereka namun dia masih mahu terus mencuba. Dia percaya, Natasha akan menerimanya suatu hari nanti.

"Tasha akan terima aku suatu hari nanti!"

Terima kasih sudi singgah dan menadah telinga utk novel ke enam ini. salam sayang dari kiki :) happy reading guys (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience