AMIRA termangu. Bungkam, keliru dan terkilan dengan apa yang barusan terjadi. Benar ke apa yang telah berlaku? Atau dia hanya sekadar bermimpi? Berkali-kali dia menampar pipi sendiri. Tak cukup dengan itu, dicubitnya pula lengannya. Sakit! Sah! Dia tak bermimpi.
Debarannya kian terasa tatkala pesanan daripada Razif diterima. Berkira-kira pula dia nak buka pesanan tersebut. Bimbang hatinya bakal jatuh lagi dengan kejutan demi kejutan dari lelaki itu.
"Amira, I nak kawen dengan you!"
Terngiang-ngiang lamaran gemersik itu di cupingnya.Tidak dia nafikan, Razif memang seorang lelaki yang baik dan sangat menjaga tatasusilanya. Tetapi kenapa dia merasakan Razif yang kini berbeda daripada sebelumnya?
Atau mungkinkah benar, cinta bisa buat seseorang berubah?!
Pesanan daripada Razif dibuka. Tersengih-sengih dia membaca pesanan tersebut.
"I know I might be too rush on this. But I can't help myself thinking of you day and night! Dalam Islam pun cakap, tak baik selalu berangankan seseorang yang bukan muhrim. Jadi I nak halalkan you supaya tiap hari I takkan berdosa bermimpi dan mengangankan you"
Ayat itu membuatkan jantungnya seakan berhenti mengepam. Wajahnya pijar. Bibir diketap rapat. Apa yang harus dilakukannya?
"Nak jawab apa? Nak kata ya, karang dia ingat aku ni terhegeh-hegeh. Kalau kata tidak, nanti dia berhenti mengorat aku!"
Aikk?! Amira pukul mulut sendiri. Gatal betullah kau ni Amira! Namun sebenarnya dia suka dipikat oleh lelaki itu. Dulu Haris tidak seperti itu. Walaupun sudah sepuluh tahun menjalin hubungan, Haris masih tidak tahu kesukaannya. Berbeza benar dengan Razif.
Razif mempunyai ciri-ciri yang selama ini dia inginkan dari seorang lelaki. Namun tidakkah seolah terlalu cepat untuk dia mencari pengganti? Arghh!! Si Haris pula tak habis-habis mengganggunya. Seakan tak punya kerja lain. Dulu ketika mereka asyik dilamun cinta, tidak pula Haris mempunyai masa seperti sekarang. Aihh!
Jemari Amira menari-nari di atas telefonnya. Setelah yakin dengan jawapannya, mesej tersebut dihantar.
'I need time!'
Sejurus menghantar pesanan itu, dia teringat akan kenangan lama. Dulu Razif sangat pasif dan malu ketika berhadapan dengannya. Bahkan hanya Natasha yang berteman dengan lelaki itu. Menurut dari cerita Natasha, Razif memang sukakannya. Namun dia tak ambil peduli kerana ketika itu dia sedang kemaruk bercinta dengan Haris.
Yang lebih menggerunkan, Razif mengingati segala-galanya mengenai dirinya. Tarikh lahir, tempat lahir, kesukaannya, hobinya dan segala-galanya. Bahkan Natasha dan Haris tidak pula seperti itu. Adakah Razif benar-benar menyukainya atau sekadar berobsesi terhadapnya?
Sekarang, Razif tampak lebih matang dan kelihatan lebih macho berbanding sebelumnya. Yang paling ketara adalah lekuk pada dagunya. Setahu dia, Razif tak mempunyai lekuk seperti itu. Atau sebenarnya dahulu dia yang terlepas pandang akan semua itu?
Pesanan daripada Razif diterima.
'you may take your time. im out, waiting for you! come see me asap'
Amira tersentak. Cepat-cepat dia bangkit dari pembaringan dan menjenguk ke luar jendela. Kelihatan Razif sedang setia menunggu di luar. Lelaki itu tampak santai bersandar pada pintu kereta.
"Haishh buat kerja gila betullah dia ni! Apasal nak kena datang sini pulak?" rungut Amira. Sudahlah dia belum bersedia menerima kehadiran lelaki itu. Parahnya, dia tidak siap berhadapan dengan Razif! Malunya masih bersisa. Tak boleh ke bagi dia bertenang sehari dua? Macam mana nak hadap dia?!
KEPULANGAN Kayden dan Natasha disambut riang oleh Opah, Tokma serta Tokwan. Berlinangan air mata mereka melihat wajah keduanya, seolah terpisahnya lama. Rindu pula menggebu. Lama tak mendengar celoteh dari si cantik manis itu. Bertambah kaget tatkala wajah cantik itu nampak semakin berseri dengan memakai tudung di kepala. Pemakaiannya juga jauh lebih berbeza dari sebelumnya. Tampak lebih sopan dan menutup aurat.
Natasha duduk di atas kerusi bersebelahan Kayden. Rumah tampak sepi. Kelibat Hidayah juga tak kelihatan. Hmm, takpelah! Mereka kembali hanya untuk mengemas barang.
"Tidur sini ye cu?" pinta Opah sambil menggenggam erat jemari Natasha.
"Err.." Natasha serba-salah. Melihat kepada wajah bersungguh Opah, dia tidak sampai hendak mengecewakannya.
"Duduklah sini dua tiga hari dulu. Opah faham.." pujuk Opah lagi.
Kayden memaut bahunya. "Sayang.."
Natasha berpaling memandang suaminya. Sebuah senyuman dilemparkan.
"Ye Opah"
Akhirnya Natasha angguk setuju. Dua tiga hari saja, takpelah!
Opah senyum riang. Suka dengan keputusan Natasha.
"Opah, sebenarnya kami ada benda nak bagitau.." ujar Kayden dengan senyuman di wajah.
"Haa berita apa?" sampuk Tokma pula.
"Begini..." Kayden berjeda. Tangannya naik ke atas perut Natasha.
Opah dan Tokma kaget. Seolah mengerti dengan tingkah itu, laju keduanya memeluk tubuh Natasha. Hanya Tokwan yang masih blurr. Tidak mengerti apa-apa.
"Kita nak dapat cicit!" jelas Opah membuatkan Tokwan ketawa. Baru dia faham kini.
"Alhamdulillah! Rezeki. Berapa bulan dah?" tanya Tokwan.
"Nak masuk dua bulan" sahut Kayden. Suka dengan reaksi mereka. Semalam juga dia ada menghubungi mama dan papa. Bukan main gembira mereka mendengar berita itu. Tapi itulah, asyik pula mendesak mereka untuk bermalam di situ. Tunggulah, setelah semuanya selesai pasti akan ditunaikan kemahuan mama.
"KENAPA senyum ni?" tanya Kayden setelah melihat bibir itu merekah dengan senyuman. Natasha duduk di sisi katil dengan tubuh bersandar sedikit.
"Saja" sahut Natasha ringkas.
Kayden mendekati lantas duduk bercangkung di hadapannya. Perut itu diusap kemudian dikucup.
"Perut Tasha masih keciklah!" omel Natasha dengan riang.
"Tak kisahlah kecik ke besar ke, abang tetap jugak nak cium!"
Serentak itu, tangan Kayden menggeletek pinggangnya. Natasha ketawa menahan kegelian. Keduanya jatuh di atas katil.
"Ibrahim!! Apa bunyi terjatuh tu? Kamu jangan nak buat yang bukan-bukan! Tasha tu masih bunting muda lagi"
Kedengaran dari luar suara Tokma bergema. Nadanya seakan marah sahaja.
Kayden dan Natasha masing-masing tergelak dengan perangai sendiri.
"Ye Tokma!" sahut Kayden dengan suara lantang.
"Tokma marah!" getus Natasha seraya bangun dari posisinya.
Namun Kayden tak kasi can. Laju dia menyambar tangan Natasha agar berbaring di sebelahnya. Lama mereka bertatapan dalam riak penuh bahagia.
"Tasha nak kemas barang" putus Natasha setelah resah melihat pandangan suaminya.
Kayden tergelak kecil. Tubuh kecil Natasha ditarik dalam dakapan.
"Kejap lagilah! Bagi abang peluk dulu"
Belakang Natasha dikucup. Entah kenapa perasaannya rasa semacam sahaja, seakan tak mahu terus berpisah dari isterinya.
"Abang fikir apa?" tanya Natasha dengan suara lirih.
"Fikirkan sayang!" sahut Kayden sambil mengetatkan pelukan.
"Fikir pasal apa?"
"Macam-macam! Perasaan abang kurang enak. Tak tahu kenapa" luah Kayden jua akhirnya.
"Abang risau sangat pasal Tasha kan? Sebab tu perasaan tu terbawak-bawak"
Kayden diam. Benarkah itu? Hanya kerana risaukan Natasha, perasaan tersebut terbawa-bawa? Atau dia risau kerana Kamal tidak lama lagi mahu keluar penjara? Entah apa yang sedang menanti mereka di Kuala Lumpur sana. Dia sebenarnya lebih suka jika Natasha tetap tinggal bersama Opah. Sekurang-kurangnya keselamatan isterinya terjamin kerana Kamal tidak tahu keberadaan mereka. Tetapi di kampung, Hidayah pula yang membuat onar. Dia pula buntu harus bagaimana.
"Abang..." seru Natasha. Kayden diam dari tadi. Dia pula yang risau.
"Hmm?" Kayden menggumam.
"Abang fikir pasal ayah ke?"
Lambat-lambat Kayden angguk dan menyahut. Berdepan dengan Kamal, tidak seperti berdepan dengan musuhnya yang lain. Dia berani berhadapan dengan sesiapa, tetapi berdepan dengan Kamal, itu merupakan mimpi ngerinya!
"Ayah tu orangnya macam mana?"
Tiba-tiba saja Natasha ingin tahu.
Kayden telan liur. Mengingat kembali wajah Kamal, hatinya gerun. Setiap kali melawat Kamal di penjara, hanya wajah bengis dan sindiran yang diberikan.
"Dia bengis dengan wajahnya yang penuh dengan misai panjang. Mata dia sentiasa memerah, macam tunggu nak terkam mangsa. Badan dia tegap.."
"Abang takut dengan dia?"
"I guess so! Mungkin sebab trauma masa kecik yang buatkan abang takut. And now that I have you and baby, I scared he might.."
"Dia takkan apa-apakan Tasha dan anak kita. Ni kan cucu dia jugak. Takkan dia sanggup nak cederakan darah daging dia?"
Hal tersebut Kayden tak berani memberi jaminan. Sedangkan dia, anak kandungnya saja sering disakiti.
"Jangan risau okey? Takkan jadi apa-apa"
Kayden tak menjawab sebaliknya hanya mengeluh berat.
"Abang sebenarnya nak sayang tetap duduk sini. Ayah takkan cari kita kat sini sebab dia takut dengan Tokwan. Kalau kat KL, abang takut dia cari kita dan apa-apakan sayang"
Tubuh Natasha berpaling menghadap suaminya. Jelas riak ketakutan pada tampang itu. Dielus lembut wajah itu dalam senyuman.
"Everything is gonna be okay. Tasha percaya, ayah takkan apa-apakan Tasha. Percayakan Tasha"
Kayden geleng kepala. Dia tahu benar kemampuan dan fikiran licik Kamal.
"Not this time sayang! Abang tak mampu nak percaya"
Luah Kayden lalu memeluk tubuh Natasha. Dia yakin sangat jika Kamal akan kembali menuntutnya. Dia cukup bersedia tetapi jika melibatkan Natasha, hatinya gerun.
DI DAPUR, Natasha mencuci mulutnya setelah memuntahkan segala isi dalam perut. Tekaknya kembang dan rasa mualnya menjengah. Dia tidak larat. Badan rasa lemah semacam.
Dia berpaling dan tersentak melihat Hidayah tercegat di belakangnya. Tangan Natasha naik ke perut. Risau jika Hidayah mencederakannya dan mengapa-apakan bayinya. Lehernya memanjang, melihat kelibat Kayden yang berada di dalam kamar. Baru dia teringat suaminya masuh lena. Tokma ke bendang. Opah dan Tokwan pula masih solat sunat.
Tak mahu terus berfikir negatif, langkah kaki Natasha diatur cepat-cepat menuju ke kamar. Dia tidak akan merisikokan kandungannya lagi. Biar Hidayah mencaci, memukul, menghina, dia akan mengalah demi bayinya.
"Tasha..."
Langkah Natasha mati. Tubuhnya mengeras di hadapan Hidayah.
Suara Hidayah kedengaran sebak. Dia terkejut melihat perubahan besar dalam diri Natasha. Tampak lebih anggun dan berseri.
"Ta...Tasha..." panggil Hidayah lagi. Melihat tubuh Natasha yang membelakanginya, baru kini dia sedar betapa kecilnya tubuh itu jika dibandingkan dengan dirinya.
"Hmm" sahut Natasha ringkas. Dia bukan bencikan Hidayah, dia cuma risaukan kandungannya. Apatah lagi hanya mereka berdua di situ.
Hidayah berdiri tepat di hadapan Natasha. Memandang wajah pucat itu membuatkan hatinya sedih. Kenapalah dia tega menyakiti wanita sebaik Natasha?
Air mata Hidayah mengalir tak henti-henti. Lantas tanpa sepatah bicara, tubuh kecil Natasha didakap erat. Tangisannya berlabuh di situ.
Natasha tersentak. Dia masih keliru. Apa yang sudah jadi? Adakah ini sebahagian daripada rancangan Hidayah untuk mengenakannya lagi?
"Maafkan Dayah...maafkan Dayah! Dayah salah pada Tasha"
Kali ini, tubuh Natasha kaku. Dia benar-benar tidak menyangka dengan kejutan ini.
"Dayah bersalah pada Tasha selama ni. Dayah hina dan caci Tasha hanya sebab perasaan Dayah pada abang Ib. Dayah kejam. Dayah pentingkan diri. Dayah jahat" akui Hidayah dengan penuh merendah diri. Wajahnya sudah lencun dek air mata. Ternyata penyesalan benar-benar telah menghimpit hatinya.
Natasha masih diam. Dia masih terkejut. Seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Tolong maafkan Dayah. Dayah menyesal. Dayah janji, takkan ganggu Tasha dan abang Ib lagi. Dayah baru sedar diri sekarang.." luah Hidayah jujur dan ikhlas. Jika Natasha mahu memaafkannya, barulah hatinya tenang.
"Dayah.." panggil Natasha dengan suara lemah. Pelukan dileraikan.
"It's okay! Benda dah jadi. I tak nak salahkan you terus. I dah maafkan you.." ucap Natasha dengan suara yang lirih.
"Betul ke ni?" tanya Hidayah dengan mata yang berkaca.
Natasha angguk dengan senyuman. Jika Hidayah sudah meminta maaf, untuk apa dia masih berdendam? Dia hanya ingin hidup tenang tanpa segala dendam di hati.
"Terima kasih. Tasha baik sangat. Dayah rasa makin bersalah"
"Taklah! Allah tu Maha Kaya, Maha Penyayang. Dia yang gerakkan hati I untuk maafkan Dayah"
Hidayah mengangguk. Bersyukur dengan segala yang terjadi. Dari jauh, Kayden menyaksikan segala-galanya. Bibirnya merekah dengan senyuman melihat perkara itu. Natasha dan Hidayah sudah berbaik. Satu lagi berita baik diterimanya! Sekurang-kurangnya tak perlulah dia nak menambah musuh dan menyelesaikan urusannya dengan Hidayah. Gadis itu setapak lebih maju daripadanya.
Kayden berbalas senyuman dengan Natasha yang sedang berpelukan dengan Hidayah. Natasha gembira, dia juga sama! Syukur, satu masalah sudah selesai!
Share this novel