"MANALAH tahu lepas ni, akak takkan hantar Dayah lagi!"
Air mata itu menuruni segenap ruang wajah. Bicara syahdu itu mengisi penuh cuping telinganya. Suara dan senyuman Natasha masih terbias dalam anak matanya. Seakan seperti mimpi, perkara itu berlaku tepat di hadapan matanya. Belum sempat dia menyelamatkan Natasha, tubuh itu melayang di tengah jalan. Bergegas dia keluar mendapatkan wanita itu.
Melihat tubuh kecil yang berlumuran darah, Hidayah seakan mahu pengsan. Tapi dikuatkan hati untuk menyelamatkannya.
Hidayah tunak memandang ke arah kedua belah tangannya. Darah segar yang terpercik dari tubuh itu masih melekat di situ. Dia tak punya kekuatan untuk mencuci darah itu.
"Dayah!"
Kayden menerpa ke arah Hidayah yang terduduk di atas lantai.
Sesak nafas Kayden melihat darah di tangan itu.
"Mana Tasha? Siapa yang langgar dia?"
Hidayah tak mampu berkata-kata. Segalanya berlaku terlalu pantas. Dia tidak tahu gerangan yang menganiaya Natasha. Yang dia perasan, kereta itu jenis Nissan berwarna putih.
"Cakap!! Siapa yang langgar isteri aku?!"
Jeritan Kayden bergema. Bahu Hidayah digoyang. Wajahnya bengis. Siapa pun orang tersebut, tidak akan sesekali dilepaskannya.
"Tangan... tangan ni.." Hidayah tunjuk kedua tangannya.
"Tangan ni yang bawak akak ke hospital. Darah dia banyak.."
Kayden tertekan. Emir di sisi digamit.
"Pergi cari maklumat pasal kejadian ni! 24 jam!"
Baru saja Emir nak melangkah pergi, suara Hidayah bergema semula.
"Kereta jenis Nissan warna putih. Kalau tak silap, nombor pada kereta tu cuma ada satu, iatu nombor 9"
Emir mengangguk faham. Dia berlalu mengerjakan arahan Kayden.
Tan Sri Ilham dan Puan Sri Nirmala turut berada di situ setelah dihubungi oleh Opah.
"Kay.." Bahu Kayden disentuh oleh Puan Sri Nirmala.
"She's pregnant ma!"
Pelbagai perasaan berkecamuk dalam diri. Bimbang dengan keselamatan Natasha dan bayi mereka, dia gagal melawan emosi. Tangisannya pecah.
"Sabar cu. Kita doa semoga Tasha tak apa-apa" sampuk Opah pula. Dia dan Tokwan bergegas ke hospital setelah dihubungi oleh Hidayah. Tokma pula di rumah, tak sempat nak berkemas.
"Dayah gagal lindungi kak Tasha! Dayah gagal" Acapkali ayat itu diulang. Tak sanggup membayangkan apa yang bakal berlaku selepas ini.
Kayden mendengus kasar. Dadanya berombak menahan nafas yang menderu.
"Kay takkan lepaskan sesiapa yang cederakan Tasha! Kay akan pastikan dia terseksa!!"
Jenuh Kayden memikirkan gerangan orang itu. Tidak mungkin pelakunya Kamal. Lelaki itu masih lagi di dalam penjara.
Justeru siapa sekejam itu?
Hartika keluar dari bilik pembedahan dan menapak ke arah mereka. Kayden didekati.
"How is she? How is my baby?"
Kayden menanya dengan tidak sabar. Dia tidak mahu ada apa-apa yang terjadi kepada mereka.
"They are okay. It was such a miracle that your babies are strong.."
Hartika menyampaikan berita itu dengan wajah riang.
Mendengar khabar itu, Kayden menarik nafas lega. Syukurlah, Natasha dan bayi mereka tidak apa-apa. But wait! Babies??
"Babies? What do you mean?"
Riak Kayden berubah.
"I dah periksa your wife. Ada dua dengupan jantung.."
"Dua? Isteri I dan baby kami?"
Hartika tergelak kecil.
"Kalau termasuk Tasha, maknanya tiga dengupan jantung"
Semua yang mendengar tercengang.
"Come on Kay! Tak faham lagi? Your guys are having twins!"
Kayden terkedu. Adakah dia sedang bermimpi? Natasha mengandung anak kembar? Dia bakal punya bayi kembar?
"Alhamdulillah Ya Allah! Cucu aku kembar!" ucap Tan Sri Ilham lantas memeluk tubuh Kayden.
Hidayah yang berdiri di sebelah Opah mengucap syukur. Tenang hatinya mendengar berita itu.
Riak ceria terukir di wajah masing-masing.
"Ni semua memang kuasa Allah. Baby twins you selamat. Dorang kuat. Biasanya kalau seseorang tu jatuh pada awal kandungan, percentage untuk selamat agak tipis. But I guess, it was a miracle!"
Kayden masih diam. Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengari. Namun jauh di sudut hati, dia benar-benar bersyukur.
"Boleh kami masuk tengok dia?" tanya Hidayah pula.
"Boleh. Tapi jangan ramai sangat" Hartika mengingatkan.
Sejurus selepas itu, Hartika berlalu meninggalkan mereka.
"Kay..." Tan Sri Ilham memaut bahunya.
"Kay nak tengok isteri Kay"
"You should go first. Kami semua tunggu luar"
Kayden angguk.
PELUKAN itu sangat erat, seolah-olah tak bagi peluang untuk dilepaskan. Air mata pula setia menemani dari tadi. Entah apa akan berlaku kepada dirinya jika Natasha ditimpa sesuatu yang buruk. Dia mungkin mampu kehilangan anak, tetapi tidak bisa hatinya meratapi kehilangan Natasha.
Natasha membalas pelukan itu dengan senyuman lebar. Dalam hati, tak berhenti dia mengucap syukur di atas nikmat ini. Dia merasa seolah diberi peluang kedua untuk mengharungi kehidupan. Ya Allah, terima kasih!
"I was worried" luah Kayden setelah meleraikan pelukan. Wajah Natasha ditatap. Ciumannya mendarat di situ.
"I'm okay. I'm still alive"
"I know.." Tubuh itu didakap kembali.
Natasha jadi ingat akan sesuatu. Tubuh Kayden ditolak.
"Why sayang?"
Natasha sentuh perutnya.
"Baby?"
"They're okay"
Natasha menarik nafas lega. Itu yang dikhuatiri. Dahinya tiba-tiba mengerut.
"They?"
Kayden senyum lebar.
"We're having twins!"
Natasha tercengang. Matanya terkebil-kebil. Kepala digeleng berkali-kali.
"Tipu!"
Suara itu kedengaran sebak.
"Betul sayang! Hartika bagitau. Dia yang periksa sayang.."
Mata Kayden bergenang. Sayu hatinya tatkala teringat bicara Hartika. 'They're strong!'
Natasha tak mampu nak menahan sebak. Tangisannya pecah. Tidak diduga akan rezeki yang satu ini. Agaknya pengganti kepada anaknya yang keguguran beberapa bulan lepas.
"Abang happy? Do you like twins?"
"I do like twins. And I'm so happy!"
Dahi Natasha dikucup.
Natasha mendepakan tangan. Minta dipeluk. Lantas, permintaan itu ditunaikan oleh suaminya.
Dari luar bilik, kelihatan seseorang menyaksikan kemesraan mereka. Hatinya bertambah benci. Rancangannya gagal lagi. Arghh!! Dia mengharapkan jenazah Natasha yang menyusul tetapi lain pula yang terjadi.
Mendengar derap kaki seseorang, laju saja dia bergerak dari situ. Dia tidak mahu dirinya dihidu dan ditangkap secepat ini. Sekurang-kurangnya jika dendamnya terbalas, barulah dia pasrah akan ditangkap oleh Kayden. Tetapi bukan sekarang!
"BABE, kau okey ke? Aku dapat tahu dari Kayden pasal kau"
Suara Amira di hujung talian kedengaran cemas dan panik. Natasha menggemam bibir. Ish! Kayden memang tak boleh simpan rahsia. Dia bukan main lagi tak nak Amira bimbangkan dirinya. Alih-alih, Kayden pula bocorkam rahsia. Hampehh!
"Aku okeylah! Tak payah risau. Kandungan aku pun selamat" ujar Natasha sambil mengusap perutnya. Teruja menerima kehadiran bayi kembar yang kini sedang menumpang di situ.
Kayden keluar dari bilik air lantas duduk di sebelah isterinya. Telinganya ditekap rapat ke arah telefon. Mahu mendengar butir perbualan mereka berdua.
Natasha menolak, namun Kayden lebih pantas bertindak.
"Syukur! Lega aku dengar. Nanti aku datang lawat kau tau?"
"Tak payahlah! Aku nak discaj kejap lagi"
"Haaa? Kau biar betul? Cepatnya discaj"
"Aku tak tahanlah duduk hospital. Aku nak balik cepat" ujar Natasha sambil menepis tangan Kayden yang nakal merayap ke serata tubuhnya. Kayden mengekek. Namun masih sambung kerjanya tadi.
"Tapi kau masih tak sihat kan? Masih perlukan pemantauan doktor. Janganlah degil babe! Duduklah dulu dua tiga hari kat sana.." nasihat Amira lagi. Tapi seperti biasa, kedegilan Natasha memang tak ada tolak tandingnya!
"Aku okeylah! Nanti kalau tak okey, aku cepat-cepat masuk hospital.."
"Kau ni kan...degil tau? Hishh!!" omel Amira dengan memek wajah muram.
Natasha gelak. Tangan Kayden kini hinggap di buah dadanya. Yang sorang ni pun degil! Degil merenyam!
"Babe.."
"Hmm?"
"Ada sesiapa ke yang tak puas hati kat kau?"
Ketika dihubungi oleh Kayden, dia telah diberitahu segala-galanya oleh lelaki itu. Terfikir juga dibenaknya, barangkali ada sesiapa yang berdendam dengan Natasha. Atau mungkin, ada yang berdendam dengan Kayden dan melepaskan rasa itu kepada Natasha.
"Not surelah babe! Aku pun tak tahu" getus Natasha sambil memikirkan perkara yang sama.Setahu dia, dia tidak berdendam dengan sesiapa. Dia teringat akan Miranda tetapi wanita itu telah meninggal dunia.Mesya? Suaminya masuk penjara gara-gara dilaporkan oleh Kayden. Marisa? Adik tirinya itu menghilang sehingga sekarang. Jejaknya juga tak ditemui di mana-mana. Hubungan mereka juga tidak baik dari kecil lagi.
"Kau ada terfikirkan sesiapa ke?"
Entah kenapa, wajah seseorang menjelma di benaknya. Tetapi mereka sudah lama tidak ketemu dan keberadaannya juga tidak mampu dijejaki. Dia seolah menghilang terus setelah berita perkahwinan Natasha tersebar beberapa tahun lalu. Amira menggumam. Tak mungkin dia!
Natasha memandang Kayden di sisi. Suaminya turut sama memandangnya.
"Tak tahulah! Sekarang, aku tak nak fikir dulu pasal benda tu.." putus Natasha.
Amira angguk. Dia mengerti.
"Okeylah babe! Aku tak nak ganggu kau. Nanti apa-apa, please let me know okay?"
"Iye"
Panggilan dimatikan. Natasha mengeluh panjang.
"Kes ni dah dalam siasatan pihak polis. Emir pun abang dah kerah untuk cari pelaku dia. Abang harap sangat, abang akan jumpa dia dulu sebelum pihak polis jumpa. Tahulah nasib dia!" gerutu Kayden. Rahangnya bergerak-gerak. Amarahnya meletus tiap kali teringat akan perkara itu.
"Abang.. serahkan perkara ni pada pihak polis. Let them do the work"
"I know. Tapi kadangkala seseorang perlu diajar agar dia serik"
"Abang..."
"I'm done! Sesiapa yang berani usik isteri abang, akan tanggung akibat yang dia sendiri tak boleh nak bayangkan!"
Air liur ditelan. Melihat wajah menyeringa itu, hatinya rasa gerun. Adakah gara-gara sikap Kayden itu yang menyebabkan dia menjadi mangsa?
"I just want you to be safe. You are my whole world.."
Tangan Natasha dibawa ke bibir. Demi Natasha, dia sanggup melakukan apa-apa saja.
"I know.."
Tubuh Kayden dipeluk. Namun jauh di sudut hatinya, adakah dia berasa selamat dengan sikap panas baran Kayden?
KEPULAN asap rokok berkumpul di udara. Si perokok pula galak menghembus asap dek emosinya yang mulai tak stabil. Kepala yang tidak gatal digaru-garu.
Seketika, wajah cantik Natasha menjelma di minda. Senyuman menggoda dan suaranya sangat dirindui.
Bertahun lamanya dia mengejar wanita itu. Pelbagai alasan dicipta oleh Natasha untuk menolaknya, alih-alih dia menyerah diri di dalam dakapan seorang jutawan muda. Kayden Ibrahim!
Siapa saja tidak mengenali sosok lelaki berjaya itu? Berani mencari pasal dengannya umpama menempah maut! Namun dia tak gentarkan lelaki itu. Dia hanya ingin bertemu Natasha.
Wajah diraup kasar. Penolakan demi penolakan dari Natasha umpama belati tajam yang menikam tepat ke jantungnya.
"I'm not ready to settle down!"
Zaid mendengus.
"I tak boleh terima you Zaid!"
Rambut ditarik dengan emosi yang membara. Hatinya sakit tatkala teringat akan penolakan Natasha.
"Bagi I peluang please"
Langkah Natasha dibontoti sehingga ke parking lot. Banyak pelajar sudah kembali ke asrama masing-masing.
"No.. I tak boleh. Cari orang lain please. But not me"
Zaid mendengus.
"I tak ready nak ada komitmen. I nak kejar cita-cita I"
"I boleh tunggu you" Zaid mendesak.
Natasha berpaling. Wajah pengharapan Zaid ditatap. Inikah ketenangan yang dicari? Melarikan diri ke Australia semata-mata untuk mengelak dari keluarganya, alih-alih Zaid pula menganggu ketenteramannya. Arghh!!
"No! Leave me alone"
"Tasha!"
Tangan Natasha ditarik. Dia memaksa Natasha mengikutinya.
"Lepaslah!"
Zaid tak mendengar, sebaliknya terus membawa Natasha untuk mengikutinya.
"Zaid!"
Suara garau Razif menjerit ke arahnya.
ZAID bangkit dari duduk lantas mencampakkan barangan di atas meja ke lantai. Perasaannya berkecamuk. Dia tak mampu memiliki Natasha sehingga ke detik ini. Bahkan wanita itu enggan memberi peluang kepadanya.
Si Razif itu pula penyibuk! Berlagak bak seorang hero di hadapan Natasha. Gara-gara lelaki itu, rancangannya kerap kali gagal.
Nafas dihela perlahan-lahan. Mengingati Razif, senyuman sinisnya memekar. Lelaki itu sudah diuruskannya. Kini muncul pula insan lain. Arghh!
Bertahun lamanya dia mengintip Natasha. Sedikit pun wanita itu tak pernah terlepas dari pemerhatiannya.
Elok saja dia merangka rancangan, ada pula orang lain yang sibuk menggagalkan rancangannya.
"Sial!"
Jerkah Zaid dengan nafas menderu kuat.
"Doktor.." panggil Raina, tersentak dengan keadaan bilik doktor muda itu.
Zaid mencerlung tajam.
"Keluar!!" bentak Zaid dengan suara lantang.
Bergegas Raina melarikan diri. Takut benar dia dengan fiil doktor itu. Kadangkala dia okey, ada masa dia menggila. Atau Zaid sememangnya sudah tidak waras?
Zaid menatap wajah Natasha di dalam bingkai foto. Senyuman itu menghidupkan jiwanya.
"Kau sepatutnya bagi peluang pada aku. Bukan rebah dalam pelukan lelaki tak guna tu!"
Ketawa Zaid pecah. Makin jelas kedengaran sehingga tawanya berubah rentak.
"Airis Natasha"
Sinis. Penuh makna.
korang blh teka ke siapa yg langgar tasha? ? selamat mencelarukan fikiran dan happy reading ??
Share this novel
,pening tak nak pikiaq