BAB 40

Romance Series 21222

SUDAH hampir seminggu sejak pergaduhan di antara Natasha dan Hidayah berlaku. Semenjak peristiwa itu, masing-masing berdiam diri dan tak bertegur sapa. Mereka seakan saling mengelak dari bertembung muka.

Natasha malas nak ambil peduli. Baginya cukuplah sekiranya masing-masing hanya membawa haluan sendiri. Dia tak menyibuk hal Hidayah. Dan Hidayah juga tak ambil tahu akan urusannya. Dia lebih tenang dengan keadaan mereka seperti itu.

Jika waktu untuk makan, Hidayah akan sengaja makan lewat kerana tak mahu berhadapan atau duduk semeja dengan Natasha. Hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi setelah perkara ini diketahui oleh Tokma. Teruk dia dimarahi oleh wanita itu tempoh hari.

Dia tak mampu nak melawan kerana takutkan ancaman dan amaran daripada Kayden. Dia tahu sejarah silam lelaki itu. Gara-gara itulah dia tak berani nak bertindak jahat lagi.

Lagipula, tidak lama lagi dia akan menyambung pelajarannya. Jadi untuk tempoh beberapa minggu ini, dia hanya mampu untuk terus bersabar berhadapan dengan semuanya.

Dari sebalik jendela kamarnya, dia lihat Natasha dengan riang sedang berkejaran dengan ayam dan angsa peliharaan Tokwan. Lama dia merenung wajah cantik itu. Tak dinafikan, dia dapat menyelam kedukaan wanita itu melalui matanya yang bersinar. Tetapi bukanlah urusannya untuk mengetahui kisah hidup wanita itu. Baginya, Natasha tiada kepentingan di dalam hidupnya.

Cuma dari sudut pandangannya, kenapa Natasha kelihatan kasihan? Wajah itu tampak cengkung. Badannya yang kecil itu semakin susut. Tetapi aura kecantikannya tetap bersinar. Itu yang dicemburuinya pada wanita itu.

Sejak seminggu ini, dia perasan Natasha sudah banyak berubah. Dia semakin kerap mengaji dan menunaikan solat. Opah dan Tokma menjadi pembimbingnya. Pakaiannya juga agak tertutup. Hanya saja dia belum lagi berhijab.

"Lantaklah! Bukan urusan aku nak fikir pasal kau! Masalah aku sendiri pun dah berserabut" omel Hidayah seraya mendengus kasar.

PENAT mengejar Ali dan Aldo, Natasha duduk di pengkin. Cuaca tampak terik saja. Namun tidak pula dia berganjak dari situ. Entah kenapa dia gemar benar berkongsi wajahnya dengan sang matahari. Mengingatkan Ali dan Aldo, dia tercuit sendiri. Kreatif betul Tokwan memberi nama kepada ayam dan angsanya. Seronok pula dia bermain dengan Ali dan Aldo.

Bunyi enjin motorsikal mengejutkannya. Dia menoleh ke arah bunyi bising itu. Kelihatan Hidayah sedang naik atas motorsikal dan menghidupkan enjinnya berkali-kali. Wajah gadis itu tampak keruh. Barangkali perasaannya masih marah, di tambah pula dengan cuaca panas itu.

Sekilas, Hidayah menoleh ke arahnya. Kedua mereka kelu lidah dan masing-masing memalingkan wajah ke arah tempat lain. Tak lama kemudian, bayang-bayang Hidayah sudah lenyap di sebalik dinding rumah kayu itu.

Natasha membuang pandang ke arah jalan raya di hadapannya. Dari arah bertentangan pula, terdapat sawah padi yang terbentang indah milik Tokma dan Opah. Lama dia merenung sawah padi itu. Hatinya tercuit melihat Tokma dan Opah yang sangat aktif di sebalik bendang itu. Senyumannya lebar.

Sejak peristiwa pergaduhannya dengan Hidayah seminggu lepas, dia perasan hubungan Hidayah dan Tokma agak renggang. Mungkin wanita itu masih marahkan Hidayah. Teruk juga Hidayah dimarahi tempoh hari. Dia pula tak kuasa nak ikut campur. Hidayah memang patut kena dengan Tokma. Kalau ikutkan hatinya, memang teruk dibelasahnya gadis itu. Namun dia masih punya iman. Dan sebagai seorang isteri, dia harus tetap menjaga aib suaminya. Biarlah, suatu hari nanti Hidayah pasti akan move on!

Telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Amira di situ. Senyumannya bergentayangan. Laju dia menjawab panggilan sahabatnya itu.

"Amboi engkau! Kalau aku tak call, kemain susah nak dihubungi ye?" Belum sempat bersuara, Amira sudah berleter di hujung sana.

"Halah halah halah dia ni pun! Tak reti nak bagi salam dulu ke?" selar Natasha dengan riak gembira. Lama dia tidak menghubungi Amira. Rindunya!!

"Assalamualaikum Puan Airis Natasha binti Ariffin! Sihat ke?"

Nada suara Amira seperti menyetir saja. Tergelak Natasha dibuatnya. Serentak itu, salam Amira disahut.

"Bila kau balik KL? Lama tak lepak sama"

"Tak tahu lagilah babe! Agaknya mungkin tak balik KL terus kot.."

"Whatt??!" Amira tersentak. Hampir tersembur air kopi di mulutnya.

"Tak payah nak terkejut sangat ea? Hari tu aku dah bagitau kan?"

"Tahulah. Aku ingatkan kau main-main.." Amira mengeluh. Keputusan Natasha buat dia tidak bersedia. Perpindahan Natasha ke kampung menjadikan dia seorang perindu yang sepi.

"Sedihlah aku.. nanti kau takde.."

Natasha diam. Faham benar dengan keadaan hubungan mereka. Namun dia tak punya pilihan. Jiwanya sudah menyatu di situ.

"Nanti kau datanglah jumpa aku kat sini. Kalau ada masa, aku pulak lawat kau kat sana" Natasha menenangkan hati Amira.

"Babe..." seru Amira. Suaranya lirih.

"Kau akan selalu ada aku. Aku takkan tinggalkan kau. Kita cuma terpisah jarak je. Tapi kita masih dapat jumpa kan?" pujuk Natasha dengan intonasi yang lembut.

Amira di hujung sana mendiamkan diri. Dia tidak bersedia dengan kejutan itu. Tetapi apalah dayanya untuk terus menghalang.

"Tapi kau selesa ke duduk sana? Hari tu kau cerita pasal budak Hidayah tu. Gedik semacam je aku dengar.."

Teringat Amira akan mesej yang dihantar oleh Natasha beberapa hari lepas. Natasha ada menceritakan mengenai Hidayah dan tingkah gadis itu. Dan dengan keputusan Natasha tersebut, Amira agak sukar untuk menerimanya.

"Selagi dia tak jahat macam Miranda dan Marisa, aku masih okey. Lagipun Kay kan ada? Aku tahu dia akan lindungi aku"

Amira mengeluh. Mungkin ada benarnya kata-kata Natasha namun sebagai seorang sahabat, dia tetap merisaukan Natasha.

"Kau tak payahlah risau. Aku tahu jaga diri. Aku bukan budak kecik lagi" ujar Natasha setelah Amira tidak memberikan sebarang respon. Dia tahu Amira merisaukan dirinya. Tetapi selagi ada Kayden, dia percaya semuanya akan baik-baik saja.

"Yelah! Tapi kalau ada apa-apa, kau kena bertindak..."

"Ya aku tahu"

"Kes mama tiri kau macam mana? Setahu aku dia masih dalam perbincangan kan? Papa kau pulak macam mana? Marisa?"

Pertanyaan Amira bikin dada Natasha sesak. Sejauh mana dia berlari, dia masih perlu menguruskan hal mereka. Dia takkan melepaskan orang-orang yang telah menyakiti keluarganya.

"Ya aku tahu pasal perkara tu. Sekarang ni, Miranda masih dalam perbicaraan. Aku kena tunggu bila tarikh bicara tu. Pasal papa aku.."

Natasha berjeda. Dua bulan lepas, dia ada berjumpa Ariffin di hospital sakit jiwa. Sempat dia khabarkan ke Ariffin jika itu adalah pertemuan terakhir mereka. Namun, dia sebenarnya masih mengikuti perkembangan Ariffin. Segala perkembangan dan berita mengenainya disampaikan seseorang kepadanya.

"Aku dah uruskan. Selagi dia masih kat hospital tu, selagi tu dia akan baik-baik je"

"Marisa?"

Sepotong nama itu buat hati Natasha terkilan. Marisa tak dijumpai sejak pihak polis menggeledah rumah mereka beberapa bulan lepas. Dia yakin Marisa akan kembali membalas dendam. Jadi kini dia hanya harus berhati-hati dan tidak boleh terlepas pandang.

"Dia masih dalam pencarian pihak polis"

Amira mengeluh berat. "So dia masih bebas?"

"Hmm" Natasha menggumam. Marisa sungguh licik dan bijak memperdayakan pihak polis. Gara-gara itulah dia dapat melarikan diri.

"Aku tahu dia akan kembali" kata Natasha dengan jiwa yang berkecamuk.

"Untuk membalas dendam" sambung Natasha lagi.

"Kau kena hati-hati.." pesan Amira.

"I know. You too.."

"I will"

"Kau dengan Haris macam mana?"

Mendengar nama Haris, hati Amira dipukul sebu. Beberapa hari lepas, lelaki itu datang menemuinya dan meminta peluang kedua. Namun sebagai seorang wanita yang tetap pendirian, tak mungkin dia mahu menerima Haris kembali. Tempoh sepuluh tahun yang dihabiskan bersama adalah sia-sia.

"We broke up!"

"Tak menyesal?" Natasha cuba menelaah perasaan Amira. Dulu pun mereka pernah memutuskan hubungan. Tetapi dua bulan kemudian, kasih bertaut kembali.

"Yup! Aku tak menyesal. Aku sebulat dengan keputusan aku"

"Tapi kau cintakan dia"

"That was before. Sekarang, dia akan kekal sebagai kenangan dalam hidup aku"

Natasha diam. Ternyata Amira sudah membuat keputusannya dengan berfikir panjang. Apa boleh buat, soal hati tiada siapa mampu menduga.

"Now, aku nak fokus dengan kerjaya aku. Kalau ada jodoh tu, adalah. Kalau takde, apa boleh buat. Aku berserah je"

Suara Amira kedengaran pasrah. Hatinya sudah redha. Takkan lagi dia berharap pada cinta manusia.

"You always have my back"

Besar harapannya agar Amira menemui cinta sejati yang mampu memenuhi kehendaknya. Jika tiada, dia sendiri yang akan mencari jodoh untuk sahabatnya itu.

"SERONOKLAH kau mengata dia kan? Tapi betul ke cerita kau tu?"

Hidayah mendengus. Sebentar tadi, dia bercerita kepada Melati mengenai perangai Natasha. Melati adalah sahabatnya dari kecil. Walaupun mereka adakalanya tak sekepala, namun hubungan mereka tetap akrab.

"Aku bukan mengatalah! Ni cerita betul. Perempuan tu macam tuan puteri kat rumah tau? Semua orang kena sediakan untuk dia. Nak makan, dah terhidang atas meja. Masak, berbasuh, mencuci, semua tu aku yang buat"

Wajah Melati keruh. Macam tak percaya je?

"Betul ke?"

"Betullah! Takkan aku nak tipu pulak"

"Ke kau saja nak reka cerita sebab kau sakit hati abang Ibrahim tak pilih kau?" duga Melati pula.

Langkah Hidayah mati. Dia berpaling ke arah Melati dan bercekak pinggang. Kepala Melati dipukul dengan bukunya.

Mengaduh Melati dengan perlakuan Hidayah. Serentak itu, tangannya hinggap pada lengan gadis itu.

"Tu kisah lama. Aku dah tak kisah dah pasal tu.." nafi Hidayah dengan suara yang penuh yakin. Siapa kata dia tak kisah? Bertahun lamanya dia bangkit dari kekecewaan itu. Dalam kekecewaan itu, dia sentiasa berharap agar Kayden memandangnya dengan tatapan cinta.

Wajah Hidayah ditilik. "Yeke? Aku macam tak percaya je"

Hidayah menjeling tajam. "Tak percaya sudah!"

Langkah keduanya dihayun sehingga ke bendang. Melihat Tokma dan Opah di situ, hatinya pilu. Dalam usia yang sudah cukup tua itu, sepatutnya mereka berdua berehat saja. Tetapi masih sibuk mengerjakan sawah padi.

"Kau tengok tu! Opah dan Tokma aku. Sibuk di rumah, sibuk jugak di sawah. Perempuan tu kerja asyik nak bersantai je. Bukan dia reti nak menolong. Kalau aku, malulah nak mengadap dorang. Dahlah menumpang, hidup pulak macam tuan puteri!" cemuh Hidayah. Sejak peristiwa tempoh hari, dia langsung tak berkesempatan untuk mengata Natasha kerana risau akan diancam oleh Kayden. Kini dia punya peluang tersebut. Diluahkanlah sehabis mungkin. Biar hatinya puas.

"Kau tak baik tau kutuk dia macam tu? Manalah tahu, suatu hari nanti dia lagi baik dari engkau. Kita tak tahu kan apa akan jadi? Allah yang bolak-balikkan hati kita. Jangan berlagak sangat Dayah. Nanti tak pasal-pasal, kau malu sendiri"

Melati menasihati. Dia bukannya apa, mengata tak pandang kiri kanan. Risau pulak terkena batang hidung sendiri!

"Aku tahulah! Kau tak payahlah nak nasihat aku" rungut Hidayah. Usianya sudah cukup matang untuk menilai baik buruk. Tak perlu Melati nak menasihatinya. Dia bisa berfikir sendiri.

"Tapi kan, dia cantik tak? Bini abang Ibrahim tu?"

Teringin pula rasanya nak bertemu dengan Natasha. Selama ini, dia selalu mendengar cerita mengenai Natasha melalui Hidayah. Ketemu orangnya saja belum pernah!

"Cantiklah jugak.." puji Hidayah sambil membayangkan wajah Natasha. Hidungnya mancung, wajahnya bujur sirih, matanya agak bundar, kulitnya pula cerah. Alisnya tebal dan bibirnya mungil berbentuk hati. Giginya tersusun rapi dan cantik. Wajahnya pula, sebiji jerawat pun tak berani nak singgah. Pipinya yang montel dihiasi pula dengan lesung pipit di kedua belah pipi. Pendek kata, wajah itu memang sempurna. Dipadankan pula dengan rambut panjangnya mengurai yang berbentuk layered cut. Mana tak jatuh hatinya Kayden dengan Natasha! Kalau dia lelaki pun, dah confirm dia angau! Ehh dah kenapa pulak aku ni?!

"Waah! Dayah, bawaklah aku jumpa dia"

Hidayah menjeling. "Kau jangan nak mengada ye? Takde maknanya aku nak bawak kau jumpa dia"

Simpang malaikat 44 dia nak bawak Melati jumpa Natasha! Nanti bernanah telinganya mendengar pujian Melati terhadap Natasha.

"Jealouslah tu!" omel Melati.

Hidayah pamer wajah mual. Malaslah dia nak bertekak dengan Melati gara-gara perempuan itu. Buang masa saja! Cantik pun tak guna kalau dapur tak berasap!

sorry ye baru update lagi ? happy reading guys ☺️?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience