BAB 7

Romance Series 8335

SETELAH memastikan Kayden benar-benar lena, Natasha perlahan-lahan memasuki kamar tidur. Keadaan kamar pula gelap-gelita membuat dia terpaksa berhati-hati dalam pergerakannya.

Malam itu, dia sengaja pulang lewat kerana tidak mahu berhadapan dengan Kayden. Dia belum siap dan perasaan malunya masih tersisa lantaran peristiwa malam semalam.

"Dah jam segini baru you pulang?!"

Natasha tersentak dengan suara garau Kayden. Serentak itu, lampu kamar kembali menerangi ruang. Dia lihat Kayden duduk di atas sofa dengan wajah seriusnya.

"I ada kerja"

"Ohh kerja! Kerja ke, atau dikerjakan lelaki lain?"

Riak Natasha berubah. Wajahnya serius. Dia malas nak bertekak dengan Kayden. Dia kepenatan dek mesyuarat dan kerja yang bertimpa-timpa. Kini Kayden pula datang menyerang tanpa seusul periksa.

"Apa maksud you?" Natasha sudah berdiri di hadapan Kayden. Radangnya mulai menyerang. Riak Kayden yang sinis itu ditatapnya.

"I tahulah you jumpa siapa pagi tadi! You tahu tak, berdosa seorang isteri menipu suami dia"

"I..tak..faham!" Natasha berbicara satu-persatu. Dahinya berkerut. Dia jumpa lelaki mana?

"Stop lying Natasha!I tak suka kena tipu"

"Ohh..." Natasha menyilang tangan ke dada. Senyumannya berubah sinis.

"Kalau macam tu, kita bercerai jelah! Yes, I tipu you. Kalau dah tahu kena tipu, kenapa you masih simpan I?"

Kayden mendengus. Rambut dikuak kasar. Sebolehnya dia menahan sabar dengan karenah Natasha. Kalau sebelum ini Natasha bisa mengabaikannya, tetapi sekarang dia tak akan membenarkan perkara itu berlaku. Dia cintakan Natasha. Dan Natasha miliknya! Seutuhnya!

"Siapa lelaki tu?" Suara Kayden mengendur.

"Lelaki mana?" Natasha mengangkat kening.

"Lelaki yang you jumpa masa kat parking lot! I nampak you dengan dia kat sana. Bergelak ketawa, senyum-senyum. Siap buka dan tutupkan pintu kereta lagi! Woww so gentleman!"

Mata Natasha mengecil memandang Kayden. Huh! Si Haris rupanya. Takkan cemburu kot?!

"Kenapa? You cemburu?"

"Ye! Kenapa? I tak boleh cemburu ke?"

Pertanyaan Kayden mematikan bicara Natasha. Untuk apa dia cemburu? Nafas dihela dalam-dalam sebelum langkah diatur meninggalkan Kayden di situ.

"Papa you yang plan kejadian malam semalam!"

Mendengarkan itu, langkah Natasha terhenti. Raut wajah Kayden yang bersahaja ditatap lagi.

"I dah siasat perkara ni. Dia letak pil peransang dalam minuman kita. Sebab tu kita jadi macam tu semalam. I tak tahu apa motif dia buat kita macam tu. But I guess you might have the answer!" Kayden angkat kening. Pandangannya menjamah seraut wajah cemberut itu.

Natasha hilang kata-kata. Dia juga buntu dengan rencana Ariffin. Namun dia yakin pasti ianya bersangkut-paut dengan kepentingan dirinya sendiri.

"You tak tahu apa-apa ke?" Kayden sudah berdiri di hadapan Natasha.

Natasha menggeleng kepala. Letih betul dia dengan rancangan licik Ariffin itu. Dia yakin, pasti masih banyak rancangan yang sedang dirangka oleh Ariffin saat ini.

"Okey!" Kayden mengalah. Melihat pada wajah dan anak mata itu, dia percayakan Natasha .

"I wanna know one thing"

Natasha pandang suaminya.

"Apa yang you sembunyikan dari I? I dapat rasa, you ada rahsia yang kelam. Kenapa I rasa you banyak memendam rasa?"

Tak senang perasaannya dengan pertanyaan Kayden itu. Seboleh mungkin dia tak mahu berkongsi apa-apa. Dia takut terlalu bergantung kepada lelaki itu. Selama ini dia bisa berdiri sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Jadi dia tidak perlukan Kayden atau sesiapa pun di dalam hidupnya.

"I takde rahsia! You je yang banyak fikir"

"Okey, you masih nak berdalih. Takpe. I akan cari tahu perkara ni sampai ke lubang cacing. You know I'm capable of anything!"

Natasha mengetap bibir. Lantaklah! Dia penat sudah. Nak cari sampai ke liang lahad pun, dipersilakan!

"You tak jawab lagi soalan I"

Tubuh Natasha ditarik menyatu dengannya. Pipi Natasha dielus manja. Scarf yang melilit batang leher Natasha dilepaskan. Senyumannya terukir tatkala melihat peninggalannya di situ.

"You nak tahu apa lagi?" Dalam keberaniannya menatang tatapan itu, perasaan takut tetap beraja di hati. Dia bimbang sekiranya dia tewas dalam godaan Kayden. Sementelah hatinya bagai nak meletup saja saat itu.

"I cuma nak tahu, siapa lelaki tadi? Kalau you tak jawab, I akan tambah lagi love bite kat leher you ni!" Kayden tayang senyuman nakal.

Natasha mengeluh. Namun dia tetap simpan perasaan takut dengan ugutan Kayden itu. Buatnya Kayden benar-benar memaksudkannya, tak ke naya dia? Arghh! Selagi tak dapat, selagi tu lah dia takkan berhenti mendesak! Hishh!

"Haris Ridzuan bin Datuk Hamidi! Kekasih kepada Amira, kawan baik I. Dia jumpa I sebab nak tanya pasal Amira. Tu je. Kalau masih tak percaya, you boleh tanya Amira atau Haris personally!"

Jawapan panjang Natasha bikin hatinya lapang. Dia sembunyi senyumannya. Dia tahu Natasha tak menipu.

"Dah puas ke? Lepaskan I boleh tak? I nak mandi"

Kayden senyum sinis. "I tak nak bercerai! Buatlah apa pun. I tetap dengan keputusan I!"

Wajah Natasha cemberut. Dasar tak tepati janji! "You dah janji nak lepaskan I! Mana boleh mungkir janji"

"I cakap dan buat decision tu sebab you desak I. But the truth, I don't want this divorce"

"You've signed the paper! I akan bawak paper tu ke mahkamah!"

Kayden tergelak dengan pemikiran cetek Natasha. Setakat surat hitam putih, mahkamah takkan semudahnya meluluskan penceraian mereka.

"Go ahead darling! But whatever it is, the court still needs my approval! Dan kalau I tak bersetuju dengan penceraian ni, mahkamah tak boleh buat apa-apa. Lagipun I tak lafaz talak pada you"

Natasha gigit bibir. Terlalu bijak si Kayden rupa-rupanya. Kenapa dia tidak terfikir akan itu?

"One more thing! Kita dah pernah bersama sebelum ni. So jangan harap I nak lepaskan you semudah tu"

Bibir Natasha ditindih dengan ghairah. Pelukan diperkemaskan. Natasha meronta-ronta sambil memukul dada Kayden. Tak duduk diam tangan Natasha bikin Kayden tak senang buat kerja. Dikunci tangan itu dalam genggamannya.

Natasha bertindak dengan menggigit bibir Kayden sehingga akhirnya lelaki itu menyerah. Natasha dilepaskan. Kayden menyentuh bibirnya yang berdarah.

"I tak sangka, wife I seganas ni!" Kayden pamer senyuman nakal.

Natasha tak menjawab. Sebaliknya dia bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Yang penting, dia harus menjaga jarak selepas ini. Kayden bisa buat kerja gila. Sekejap saja dia hampir rebah dalam dakapan lelaki itu. Arghh!! Kayden memang gila!

Kayden melemparkan senyuman kemenangan. Natasha pasti berada dalam genggamannya selepas ini. Jangan haraplah dia nak mengalah! Okeylah, dia gembira dan senang hati. Bolehlah dia beradu dengan tenang dan lena selepas ini!

LAJU saja derap kakinya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Hatinya panas, jiwanya meronta. Dia inginkan jawapan dan penjelasan daripada Ariffin mengenai perkara yang sudah berlaku itu.

Punggung dihantar pada permukaan sofa mewah itu. Dia duduk bersilang kaki sambil memerhati keadaan sekeliling. Dulu rumah agam yang besar ini menjadi saksi kebahagiaan dia bersama Nilam. Mereka keluarga bahagia meskipun Ariffin tak pernah menganggapnya sebagai anak. Bahkan sejak dari lahir lagi, Ariffin sudah lepas tangan. Segala keperluan dan kebajikannya tak pernah diambil tahu. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada Nilam. Entah apa salah dan dosanya menerima layanan sebegitu dari ayah kandungnya sendiri.

Dia tak membenci Ariffin kerana janji yang sudah dibuat bersama Nilam. Apa pun yang terjadi, dia sudah berjanji akan sentiasa menghormati dan menerima Ariffin. Tetapi itu dulu. Sewaktu usianya masih kecil dan dia belum bisa mengerti. Kini dia sudah dewasa dan bisa membuat keputusan sendiri. Kekuatan yang dikumpulnya dari usia kecil kini sudah menggunung dalam dirinya. Maka dari itulah dia berani menentang Ariffin dan Miranda. Mereka sudah jahat kepadanya. Rasa hormatnya sudah lenyap tatkala dia dipukul dan dikurung dalam stor sewaktu usia kecil dulu. Dia kini bangkit membentuk Airis Natasha yang baru. Jika mereka berani jahat padanya, dia akan membalas berganda-ganda!

"Datang dah anak gampang ni!" sapaan Miranda bikin Natasha ketawa. Anak gampang? Huh! Dasar perampas tua tak sedar diri!

"Lagi baik jadi anak gampang daripada jadi perampas! Anak gampang lahir bukan atas kemahuan sendiri, tetapi sebab aturan Allah. Sedangkan perampas, lahir dari keinginan yang sanggup memurahkan diri sendiri! Perampas takde class!" bidas Natasha dengan wajah selamba.

Miranda naik hantu mendengar bicara Natasha. Dari atas tangga, dia cepat-cepat menghampiri Natasha dan hendak menampar wajah itu. Namun belum sempat pun dia berbuat demikian, Natasha terlebih dahulu menghalangi jalannya.

Tangan Miranda dipaut. Pipi Miranda ditampar dua kali. Kemudian dia melepaskan tubuh itu ke lantai.

"Aku datang bukan nak jumpa kau! Aku nak jumpa suami kau. Mana dia? Panggil dia sebelum aku naik gila!"

Natasha membersihkan tangannya dek kerana menampar Miranda tadi. Jijik! Bau perampas!

Miranda menahan amarah yang bukan sedikit. Dia bangkit lantas hendak melayangkan penampar lagi. Namun bicara Natasha membuatkan perlakuannya terhenti lagi.

"Tamparlah! Tapi kali ni aku takkan balas. Sebab nanti bila aku balik rumah suami aku, dia mesti hairan tengok muka aku yang cantik ni kemerahan. Masa tu lah aku bagitahu dia, yang kau tampar aku! Kau boleh bayangkan tak reaksi suami aku macam mana? Kau tahu kan siapa suami aku? Kayden Ibrahim. Kayden. Ibrahim. Kayden Ibrahim"

"Aku tahulah!!" bentak Miranda dengan wajah sugul. Bijak betul Natasha mengenakannya. Mendengar nama Kayden, dia jadi takut. Bukan apa, dia bimbang sekiranya Ariffin pula yang ikut campur. Mampuslah dia nak menjawab nanti!

"Haa macam tu lah! Bijak jugak si perampas ni! Sekarang, aku nak jumpa suami kau. Aku cari dia kat hotel takde. Pergi panggil dia!"

Miranda terpaksa menurut bicara Natasha. Dia menaiki anak tangga dan berlalu ke bilik. Jika tidak menuruti kehendak Natasha, risau pulak dia mengamuk di situ. Huhh!

"YA aku yang buat! Semua tu plan aku. Kenapa? Kamu nak protes?"

Natasha pandang wajah serius Ariffin. Penumbuk digenggam. Jika bukan kerana janjinya pada Nilam, pasti sudah lama dia membalas Ariffin. Dia menghela nafas dalam-dalam.

"Kenapa?"

Ariffin melemparkan senyuman sinis. Pandangannya turut jatuh pada wajah cemberut itu.

"Sebab aku tak nak kamu buat tindakan bodoh dengan bercerai dengan Kayden!"

Benar dugaannya. Rancangan licik Ariffin sudah mampu dihidu. Dia benar-benar tak mengerti sejauh itu Ariffin mengatur hidupnya.

"Kalau kamu bunting dan lahirkan anak Kayden, itu jugak satu kelebihan untuk kami. Aku dapat kesenangan, kemewahan. Kamu dapat anak. Tak ke seronok tu?"

Natasha memalingkan wajah ke kanan. Air mata yang berlinangan diseka perlahan. Terluka lagi hatinya dengan omongan Ariffin itu. Benar kali ya, dia memang tidak ada dalam hati dan hidup Ariffin. Ariffin hanya menggunakannya sebagai batu loncatan untuk kesenangan dan kepentingan sendiri.

"Tak boleh ke, sedikit je dalam hati papa tu, papa fikirkan pasal perasaan Tasha? Sikit je jadilah!"

"Fikirkan apa? Aku tengah fikir pasal perasaan kamulah ni. Kan seronok mengandungkan keturunan keluarga kaya-raya di Malaysia ni. Kamu dapat berjuta perhatian dari mereka. Tak cukup ke? Duit dapat, perhatian dapat!"

Tangan yang terletak di atas beg kecilnya digenggam erat. Hatinya berlagu sedih.

"Jadi selama ni, papa memang pentingkan duit dan kemewahan? Papa tak pentingkan Tasha ke?"

Suara Natasha berubah sayu. Betapa dia mengharapkan kasih sayang dan perhatian dari papanya seperti seorang pengemis.

"Kat dunia ni, orang tak pandang berapa besar kasih sayang kamu ada. Tapi orang pandang berapa besar duit kamu! Jadi bijak sikit boleh tak?! Nak sangat kasih sayang, kamu pergi gali kubur si Nilam tu. Kat sana kasih sayang kamu banyak!"

"Papa!!!" Natasha membentak. Dia sudah berdiri di hadapan Ariffin. Esak tangisnya tak mampu ditahan lagi.

"Kamu tak payah nak fikir sangat pasal kasih sayang, pasal cinta. Kamu ingat dengan cinta, kamu mampu bahagia? Kamu tengok mama kamu tu. Dia cintakan aku sangat tapi bahagia ke dia? Tak! Tahu tak sebab apa? Sebab hanya duit mampu beli bahagia. Kalau mama kamu tu banyak duit, mungkinlah dia boleh bahagia dengan aku. Tapi alih-alih beri aku anak yang tak berguna macam kamu! Kalau tahu macam ni, baik aku bunuh je kamu dari dulu. Menyusahkan aku!"

"Papa!!!"

Natasha tersentak. Sakitnya hati mendengar kata-kata itu. Apakah dosanya sehingga diladeni sebegitu oleh ayah kandung sendiri? Kenapa dia tak pernah dihargai oleh keluarganya?

"Kamu dengar sini Tasha! Aku ni ayah kandung kamu. Jadi selagi aku masih hidup, selagi itulah kamu kena dengar cakap aku! Buktikan pada aku kalau kamu memang anak yang berguna. Barulah aku akan sayang kamu! Kalau tak, jangan harap aku nak sanjung tinggi kamu!" ujar Ariffin lantas berlalu dari situ.

Natasha rebah di atas lantai. Air mata laju mengalir. Ya Allah, seksanya rasa dada ni! Disentuh bahagian dadanya yang bergetar. Badannya menggigil. Dia tak diinginkan oleh ayahnya sendiri. Sakitnya terasa sungguh nyeri.

Ya Allah, bantu aku untuk terus kuat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience