BAB 8

Romance Series 8335

"TASHA, kau dah gila ke? Jomlah keluar! Aku tak selesalah kat sini"

Amira pandang sekeliling. Alunan muzik yang kuat dan dereta manusia yang bergoyang mengikut rentak muzik melemaskan dirinya. Ada pula beberapa pasangan yang bercumbuan di tengah dansa, tak kurang juga bermesraan di atas sofa. Amira telan liur. Dia menadah tangan. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini!

Memang kerja gila betullah dia bersetuju untuk mengikut Natasha ke kelab malam itu. Dengan dia yang berpakaian tertutup dan bertudung labuh itu, nampak sangat imejnya yang menjadi sorotan manusia di situ. Tetapi jika dia tidak mengikuti Natasha ke situ, entah apa agaknya nasib Natasha. Lelaki-lelaki di situ kebanyakannya berhidung belang! Menyentuh dan meraba perempuan sesuka hati mereka.

"Weyy jomlah balik!" Amira menggoncang tubuh Natasha. Dari tadi sahabat baiknya itu hanya mendiamkan diri sambil menikmati minumannya. Tetapi bukan minuman keras. Hanya Coke saja yang dipesan mereka tadi.

"Kau nak balik, baliklah! Biarkan aku kat sini" balas Natasha dengan perasaan penuh kecewa. Bicara Ariffin masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Di mana status dan hak yang seharusnya menjadi miliknya? Dia tak perlukan harta dan wang berjuta. Dia hanya inginkan keluarga yang bahagia. Dia inginkan papa yang sentiasa menyayangi dan memerlukannya. Dia sudah kehilangan seorang ibu. Tetapi dia juga terasa seperti sudah lama kehilangan papa. Dengan sikap papa yang begitu, nampak sangat dia hanya dimanfaatkan.

"Jomlah kita balik sama! Kau tahu tak, tempat ni sangat asing bagi aku! Bagi kau! Kau tu dah bersuami tau? Nanti kalau Kayden tahu kau kat sini, naya kau tau?!" Amira masih cuba memujuk. Bunyi muzik yang kuat memaksa dia bercakap dengan suara yang kuat juga.

"Kan aku dah cakap! Kau nak balik, balik jelah! Tak payah pedulikan aku. Aku stress tau tak?!"

"Tasha, kalau kita rasa tertekan, rasa sedih, kita cari Allah. Bukannya berhibur dengan cara macam ni"

Nasihat Amira membuatkan sepasang kekasih yang duduk tidak jauh dari mereka menjeling tajam. Terasa agaknya dengan bicara Amira itu.

Natasha memandang seraut wajah polos itu. Kemudian, ketawanya bergema seiring dengan esakannya.

"Aku dah lama tak sujud pada Dia. Nak ke Dia dengar suara dan doa aku?"

Amira mengeluh perlahan. Jari-jemari Natasha digenggam.

"Allah tak pernah lupakan hambaNya. Kita je yang sombong dan lalai" ucap Amira lagi.

"Kak, kalau nak bagi ceramah, bukan sini tempatnya! Pergilah masjid. Buat mood orang hilang je!" jerkah lelaki tadi lantas menarik teman wanitanya untuk duduk di tempat lain.

Amira hanya diam sambil memerhati gelagat pasangan tersebut. Geli dia melihat pasangan tersebut melakukan aksi berahi di satu sudut tersembunyi. Cepat-cepat dia alihkan pandangannya.

"Tasha, kau nak pergi mana?" Tangan Natasha ditarik.

Natasha tak menjawab sebaliknya berlalu ke tengah dansa. Muzik bergema dengan rancak dan kuat menyebabkan dia ikut menari sekali.

Amira mencapai telefon bimbit Natasha di dalam beg. Nombor Kayden dicari. Dia harus memaklumkan kepada Kayden akan perkara ini.

PANJANG batang leher Kayden menjenguk ke luar. Dari tadi dia menunggu kepulangan Natasha. Jam sudah lewat begini, namun bayang-bayang isterinya tak kelihatan.

'Mana dia pergi?'

Kayden susah hati. Puas dia mendail nombor Natasha namun tak berhasil. Pesanannya juga tidak dibalas.

Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Natasha di situ. Kayden menghela nafas lega. Dia menjawab panggilan namun tersentak kerana pemanggilnya bukan Natasha.

"Waalaikummussalam" sahut Kayden setelah Amira memberi salam di hujung sana.

"Ni Amira. Kawan Natasha"

Kayden angguk. Dia pernah mendengar nama Amira tetapi tidak pernah ketemu orangnya. Dahinya berkerut mendengar bunyi muzik yang sangat kuat dari arah sana. Sepertinya, dia dapat mengagak keberadaan mereka berdua. Emir di sisi dicuit. Dia memberi isyarat kepada Emir untuk membontotinya sehingga ke kereta.

"Ya ada apa ye? Isteri I mana?"

"I think you should come here. Tasha...dia.."

"Kenapa dengan wife I?" Kayden masuk ke dalam kereta. Emir sudah menghidupkan enjin kereta. Dia hanya menunggu arahan seterusnya daripada Kayden.

"Tasha bawak I pergi kelab malam.."

"What??!"

Kayden rasa dadanya hendak pecah. Seumur hidupnya, belum pernah sekalipun dia jejak kaki ke tempat itu. Kenapa Natasha senekad itu?

"Kayden, I harap you jangan marah. Tasha ada masalah dengan papa dia. Dan I tak tahu pun dia ajak pergi sini. Lagipun takkan I nak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini"

Kayden menghela nafas dalam-dalam. Natasha memang cari nahas! Fikirannya mula membayangkan yang bukan-bukan. Tidak! Dia tidak sanggup Natasha disentuh oleh lelaki lain.

"You guys dekat mana sekarang ni? I pergi sana.."

AMIRA memerhatikan tingkah Natasha di tengah sana. Dia mengerut dahi melihat gelagatnya yang seakan lain macam itu. Ada tiga orang lelaki sedang mengelilinginya. Salah seorang dari lelaki tersebut memberikan segelas air kepadanya.

Dengan perasan penuh debar, dia mendekati Natasha dan berusaha membawa Natasha ke sisinya. Namun usahanya hanya sia-sia apabila dia ditolak oleh Natasha.

"Tasha, apa kena dengan kau ni?"

"Diam! Shhh!!" Natasha meletakkan jarinya ke bibir Amira. Wajah penuh ketakutan Amira ditatap. Kemudian dia mengekek. Bau aneh keluar dari mulutnya.

"Tasha, kau mabuk ke?!"

Amira merampas gelas tadi dari tangan Natasha. Dihidu baunya. Dia sendiri hampir hendak muntah.

"Bak sinilah! Aku nak minum" Natasha merebut kembali gelas tadi.

"No! Tak boleh. Ni air haram, tau tak? Kenapa kau sentuh air ni?"

Mata Natasha mengecil. Gelas tadi berjaya direbut dari tangan Amira.

"Haa? Air haram? Mana ada. Tu Cokelah! Dia yang bagi kat aku"

Natasha menunding jari ke arah lelaki tadi. Lelaki itu hanya tersengih-sengih. Dia senyum nakal melihat lenggokan dan lentok tubuh Natasha itu.

Amira cepat-cepat menyembunyikan Natasha di belakangnya. Namun Natasha pula bertindak agresif. Ditolak kembali tubuh Amira lantas dia ke tengah dansa.

"Tasha!!" Amira memanggil dengan suara yang kuat tetapi Natasha buat tak endah.

"Tasha..."

"Cik nak temankan kami tak?" Dua orang lelaki tadi mula mengerumuni Amira. Mereka mengekek ketawa melihat ketakutan pada wajah itu.

"Saya tak kacau kamu berdua ye?! Saya cuma nakkan kawan saya balik!"

"Cik tak tengok ke bos saya tengah seronok dengan kawan cik?"

Lelaki yang berkot hitam itu memandang Amira dari atas sampai bawah. Pertama kali dia melihat gadis bertutup seperti itu kelihatan seksi dan menggiurkan.

Amira menelan liur. Dia lihat Natasha asyik bergoyang dengan lelaki tadi di tengah sana. Dalam hati, dia berdoa agar keselamatan mereka berdua terjamin dan Kayden akan segera datang.

"Lepaskan kawan saya! Jangan nak cari pasal boleh tak? Korang kenal tak suami dia siapa?"

Dua lelaki tadi berpandangan. Mereka beriak selamba. Lants, kedengaran gelak tawa dari bibir kedua mereka.

"Suami dia Kayden! Kayden Ibrahim!"

Kedua lelaki tersebut mula beraksi seolah-olah ketakutan tetapi hanya sekadar mengejek Amira.

"Ohh takutnya kami! Jangan nak tipu kami dan semudahnya petik nama Kayden!"

Amira mengeluh. Jadi mereka memang kenal dengan Kayden?

TIBA-TIBA saja, berlaku keributan di tengah sana. Manusia yang rancak menari dan melakukan aksi berahi mula bertempiaran melarikan diri. Terdengar juga jeritan dari mereka. Seolah-olah ketakutan mula mengambil tempat di sanibari.

Amira mengerutkan dahi. Apa sudah jadi? Takkan polis datang serbu? Dia mulai panik memikirkan nasib dia dan Natasha sebentar lagi. Dua lelaki tadi mula kepoh. Mereka terpanggil untuk ke tempat kejadian. Amira juga sama. Meski hatinya takut dan ragu-ragu, namun dia juga harus berusaha menyelamatkan Natasha.

Tatkala melihat kelibat itu bersama beberapa orang lelaki, senyuman puas mula terbit di wajahnya. Kayden! Hatinya bernafas lega. Dia dan Natasha selamat!

"Kau sentuh lagi isteri aku, patah segala anggota badan kau yang sempurna tu!" bentak Kayden dengan wajah menyeringa. Kolar baju lelaki tadi dipulas. Puas hatinya melihat lelaki tersebut lemah. Wajahnya lebam dek tumbkkan Kayden. Namun hatinya pula sakit dan marah melihat Natasha disentuh oleh lelaki itu. Cemburu mula bermaharajalela. Kali ini, dia tidak peduli. Natasha harus membayarnya!

"Emir, habiskan dia!" arah Kayden kepada Emir. Emir akur dan cepat-cepat melakukan kerjanya bersama beberapa konco Kayden.

"Amira right?" tanya Kayden setelah Amira menghampiri. Tubuh Natasha dicempung.

Amira angguk. Nafas lega dihela. Rasa syukur diucap dalam hati. Dia serik untuk ke tempat itu. Selepas ini, dia akan pastikan Natasha tidak ke tempat itu lagi.

"Kita balik sekarang! I hantar you. Mereka tu biar orang-orang I yang habiskan"

"TERIMA kasih untuk hari ni Amira. Kalau takde you, I tak tahu apa akan jadi pada Tasha" ungkap Kayden dengan penuh rasa syukur. Natasha yang kemabukan itu dipapah.

Amira angguk dengan senyuman. Dia tumpang gembira dan rasa bersyukur kerana dia dan Natasha tidak apa-apa.

"Kereta ni macam mana?"

"You pakailah dulu. Ni kereta Tasha. Nanti I akan suruh Emir ambik dekat rumah you. Lagipun you tak drive kan? I bet Tasha drove you there"

Sekali lagi, Amira mengangguk. Nasib baiklah Kayden mengizinkan dia membawa kereta BMW i7 Natasha itu. Kalau tidak, mana dia nak cari teksi tengah-tengah malam begini?

"Atau you boleh bermalam kat rumah I. In case, you're too scared to drive" pelawa Kayden sambil membetulkan posisi tubuh Natasha yang hampir terjatuh itu.

"It's okay Kayden. I boleh drive. Lagipun, takde apa yang nak ditakutkan. In Shaa Allah, I tak apa-apa" Amira menolak penuh sopan. Tidak manis rasanya menumpang tidur di situ meskipun Natasha itu sahabat baiknya. Dia lagi selesa berada di rumah sendiri.

"Okay then"

"You...you takkan marahkan Tasha kan? Lagipun, I rasa lelaki tu tipu Tasha pasal air tu"

Kayden mengerut dahi seraya menghela nafas. Pandangannya jatuh pada wajah pucat Natasha itu. Geram, kecewa, marah, semuanya bercampur-baur dalam perasaannya. Dia tidak pasti bagaimana hendak menangani masalah ini, namun yang pasti Natasha harus membayarnya!

"I suami. I wajib marah pada dia. Tapi I takkan sampai nak memudaratkan tubuh badan dia. You don't worry"

Amira angguk kepala. Syukurlah, dia risau jika Kayden berbuat yang bukan-bukan. Setelah selesai berbicara, Amira pamit dari situ.

"ARE you drunk Natasha?!" Kayden geram. Entah bagaimana isterinya tergamak meminum air haram itu.

Tubuh Natasha dihempas ke atas katil. Wajahnya menyeringa. Hatinya sakit. Natasha benar-benar menganggu ketenangan hatinya.

Dia lihat Natasha tersengih-sengih di atas ranjang. Seolah-olah dia sedang berada di dalam dunianya sendiri. Kayden mengeluh. Entah kenapa hatinya terganggu dengan keadaan dan penampilan Natasha itu. Teringat akan sentuhan lelaki tadi, hatinya meradang.

Kayden angkat tubuh Natasha yang kecil itu lalu dibaringkan di atas katil dengan posisi yang betul. Dia mencuba membuka baju Natasha untuk menggantikan dengan yang baru. Namun tangan Natasha pula tak duduk diam.

"Tasha!" gerutu Kayden tatkala dadanya tempat jari Natasha menari-nari. Dia tak boleh kawal diri kalau Natasha terus buat hal seperti itu.

"Siapa erk?" Natasha mula berbicara. Matanya mengecil memandang insan di hadapannya. Melihat wajah serius Kayden, dia tertawa kecil.

"My dear husband! Hensemnya suami I!" Natasha tekapkan kedua telapak tangannya pada kedua belah pipi Kayden.

Kayden sembunyi senyum. Suka apabila dipuji oleh Natasha. Baju Natasha telah pun ditanggalkan. Pakaian dalam Natasha yang berwarna merah itu menggoyahkan imannya.

"You nak pergi mana?"

Natasha tarik semula tangan Kayden yang hendak berlalu dari situ. Kini wajah mereka dekat dengan posisi Kayden di atas tubuh Natasha.

Jantung Kayden seakan berhenti berdegup. Tubuhnya mengeras. Keadaan mereka seakan meminta yang satu itu saja.

"Comelnya husband I!" Natasha picit kedua belah pipi Kayden. Kayden masih diam. Tak beri apa-apa reaksi.

Jari Natasha hinggap pada bibir Kayden. Lama. Dia senyum. Dielus perlahan bibir itu.

"Bibir you macam..." jeda Natasha lantas mengecilkan mata. Dikucupnya bibir Kayden sekejap. Kaget Kayden dibuatnya.

"Macam strawberry!" sambung Natasha setelah melepaskan kucupan. Dia tertawa kecil.

"Tasha, jangan nak buat hal okey? I nak salin pakaian you. Berani betul you pergi tempat tu dan mabuk macam ni! I marah dengan you tau tak?"

"No no! You tak boleh marah. You kalau nak marah, marah dengan papa I. You tahu tak, dia tak bagi I cerai dengan you sebab kepentingan dia sendiri" Natasha mula meluahkan isi hatinya.

Kayden mengerut dahi. Apa maksud Natasha?

"Tasha, you penat ni. Rehat okey?"

Natasha menolak sedikit tubuh Kayden. Dia menggeleng kepala.

"I tak penatlah! I cuma penat hidup. I tak sanggup nak jadi boneka untuk keluarga I lagi"

Dahi Kayden berkerut seribu. Boneka? Dia semakin tidak mengerti bicara Natasha.

"I tak mabuk! Lelaki tu cakap, dia beri I Coke! Tapi kenapa I rasa lain macam?"

Kayden jadi teringat akan bicara Amira. Mungkinkah benar?

"Tasha..."

Belum sempat Kayden mengatur bicara, bibirnya ditindih oleh Natasha. Namun hanya sekejap. Kayden tak puas hati. Laju saja dia menyambung kerja Natasha.

"You have to pay for the damage you've made!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience