KEPULANGAN Tan Sri Ilham dan Puan Sri Nirmala disambut dengan hati yang lapang. Semua pekerja baik dari pembantu rumah mahupun tukang kebun berdiri di halaman rumah bagi menyambut kedatangan mereka.
"Tu mama dan papa I" kata Kayden dengan senyuman manis.
Natasha agak kaget. Kenapa wajah Kayden dan kedua orang tuanya tampak berbeza?
"Mama..Papa.." Kayden tunduk menyalami tangan kedua orang tuanya.
Natasha juga berbuat demikian. Wajahnya dielus oleh Puan Sri Nirmala.
"Tak silap mama, last kita jumpa lima tahun lepas kan? Kenapa sekarang Tasha nampak makin kurus?"
Raut wajah Kayden dipandang. Dia inginkan kepastian.
"Kay, you tak bagi menantu mama makan ke?"
"Ma..." Kayden seakan merajuk. Kenapa perhatian mama berbalik kepada Natasha? Padahal dia adalah anaknya.
"Kay tak bagi you makan ke?" Tangan Natasha diusap lembut.
"Err taklah ma! Tasha memang kurus macam ni" sahut Natasha, membela Kayden. Dia hampir lupa akan wajah kedua mentuanya. Mana tidaknya, selama lima tahun itu, dia tidak pernah bertanya khabar langsung. Dia dan Kayden dulu hanya membawa haluan masing-masing.
"Takpe! Lepas ni, duduk rumah mama, mama bagi Tasha gemuk ye? Biar nampak bertenaga sikit"
Natasha memandang suaminya. Berharap agar Kayden memihak kepadanya.
"Nak duduk sini kan? Kalau tak boleh, dua tiga hari pun jadi" pujuk Puan Sri Nirmala lagi. Dia sukakan wajah Natasha. Mengingatkan dia pada teman lama.
Kali ini, Natasha cuit lengan Kayden di sisi. "Err you nak ke?"
"You okay kan?"
Natasha angguk. Meskipun hatinya agak was-was dan dia masih marah pada Kayden, tetapi mengenangkan wajah berharap mama, dia tak sampai hati nak menolak.
"Okay! Good!" Kayden senyum kemenangan.
"MAMA you tak marah ke?"
Kayden memandang wajah Natasha yang tersenyum kelat.
"Why should her?" Majalah yang dibaca ditutup semula. Tiada yang menarik minatnya di situ. Menatap wajah Natasha jauh lebih menarik dan bikin dia tertarik!
"I kan dah lama tak jumpa dorang. I guess within this five years"
"I dah cerita semua kat dorang. They understand it. Cuma adalah dorang marah sikit. Tapi biasalah kan hati orang tua. Lama-lama cool lah"
Natasha bungkam. Kayden cerita semua kepada orang tuanya? Jangan-jangan dia sengaja memburukkan namanya.
"You kutuk I depan parents you?"
Mata Natasha mengecil. Riak Kayden ditatap.
"Ehh bijaklah you! Mana you tahu? I bagitau parents I yang you tak pandai masak. Kerja rumah pun tak pernah buat. Semua benda harap orang gaji uruskan. Malang kan nasib I dapat you yang tak pandai apa-apa?" sakat Kayden dengan tawa kecilnya.
Natasha berdecit. Riaknya berubah masam. Macam tu sekali buruknya dia di mata Kayden.
"Ye, you memang malang! Malang sebab beristerikan wanita macam I. Malang sebab you terpaksa ikut campur dalam urusan keluarga I. Sebab tu I nak cerai! I nak bebas. Supaya takde hati yang sengsara lagi" bidas Natasha lantas membaringkan tubuhnya di atas sofa. Tubir matanya bergenang.
Kayden tutup mulut. Perasaan bersalah tiba-tiba menghimpit. Dia hanya sekadar bergurau tetapi Natasha malah menganggapnya serius. Langkah kaki diatur menghampiri Natasha. Dia mahu memujuk isterinya.
Bahu Natasha dicuit. Ralit dia menatap wajah sempurna Natasha itu. Langsung tiada cacat celanya. Bahkan sebiji jerawat pun tak berani nak singgah.
"Jangan kacau I! I nak tidur" Natasha sudah menutup mata. Dia benar-benar kepenatan. Sikap Kayden yang tak habis-habis mendesak merimaskannya. Kapankah semua ini akan berakhir? Dia ingin bebas.
Kayden tak mempedulikan bicara Natasha. Pipi tembam Natasha dipicit. Nampak saja kurus, tetapi lemaknya terkumpul di bahagian pipi itu. Kayden tertawa kecil.
"Apasal you gelak?" Natasha membuka mata. Apa yang lucu pada wajahnya? Dia mendadak duduk dari pembaringannya.
"Takde! You..." Kayden raih tangan Natasha. "I nak mintak maaf. I takde maksud apa-apa pun. I cuma bergurau je. Kenapa you sensitif sangat?"
Tangan Kayden ditepis. Namun Kayden tak mengalah. Ditarik kembali tangan itu.
"You suka paksa I kan?! I bencilah! I hate you!" Natasha memalingkan wajah. Air mata segera diseka.
Kayden duduk bercangkung di hadapan isterinya. Dia sedar akan kesalahannya.
"I tahu, I salah. I banyak paksa you, I banyak desak you. Tapi I tak nak kehilangan you.."
"Enough Kayden! I tak nak dengar apa-apa. I cuma nak bebas. Kenapa you susah sangat nak lepaskan I? I nak pergi jauh dari sini. I tak nak tengok muka you, muka.." Natasha tak jadi nak meneruskan ayatnya.
"Muka keluarga you?"
Natasha menoleh. Dahinya berkerut.
"I tahu semua. Amira dah cerita pada I. Dan kalau dia tak cerita pun, I ada maklumat pasal tu. I tahu apa yang berlaku pada you dari kecik sampai sekarang"
Semalam, Kayden membaca dengan teliti maklumat yang diperolehinya melalui Emir. Segala yang diceritakan oleh Amira sepadan dengan maklumat tersebut. Itu bermaksud Amira dan maklumat tersebut tidak menipu.
Natasha diam. Rahsia yang disimpan sudah terbongkar. Tiada apa yang mampu dilakukannya. Dia tak mengharapkan simpati atau belas daripada Kayden. Dia tak perlukan semua itu.
"Kalau you tahu papa you manfaatkan perkahwinan kita, kenapa you setuju kawen dengan I?"
Air liur ditelan. Natasha belum siap berkongsi segala-galanya dengan Kayden. Baginya, masih ada garis sempadan yang perlukan dia untuk sentiasa berjaga-jaga. Dia tidak mahu terluka gara-gara melewati garisan sempadan itu.
"Lepas tu, sekarang you nak mintak cerai. Kenapa tak dari dulu you mintak cerai? Kenapa baru sekarang setelah hati I rasa sesuatu pada you?"
Natasha memejam mata. Nafas dihela perlahan. Dia sudah bosan mendengar ucapan itu. Cukuplah sekali dia pernah terluka dan kecewa gara-gara itu.
Kayden menarik nafas dalam-dalam. Sudah dua kali mereka bersama, masakan Natasha tak merasakan apa-apa? Sentuhan dan belaian Natasha masih terasa sehingga ke saat ini.
"I dengar perbualan you dengan Marisa semalam. Sebab tu you hantar surat lawyer pada I kan?"
Persoalan Kayden dibiarkan tergantung. Mengiyakan tidak, menafikan juga tidak.
"I datang nak jemput you semalam. Tapi sebabkan I dengar perbualan you sampai habis, I terus pergi dari situ. I takut I tak mampu nak kawal diri. You akan jadi mangsa I.."
Kayden menenangkan diri setelah merasakan dirinya hanya dipergunakan oleh Natasha. Walaupun Natasha tak mengungkapkan itu, tetapi dia tahu persis. Namun dia sama sekali tak menyalahkan Natasha.
Omongan Kayden bikin hati Natasha luluh. Kini baru dia tahu kebenarannya. Dia sangkakan Kayden hanya mempermainkannya. Rupa-rupanya dia yang salah faham.
"I rasa you cuma nak gunakan I"
Natasha berdecit. "Kalau you rasa macam tu, kenapa you tak nak lepaskan I? Semua benda dah terbongkar depan you"
Kayden menahan hati. Tak habis-habis dengan cerai! Kenapa Natasha tak sabar nak menceraikan dia?
"I tanya you something. I nak tahu.."
"Apa yang you nak tahu?"
Kayden kini sudah berdiri di hadapan Natasha. Dia berkira-kira untuk bertanya namun risau hatinya tak cukup kuat untuk menerima kebenarannya.
"You cintakan I?"
Natasha memalingkan wajah. Getaran di hati terasa kuat. Haruskah dia jujur atau sebaliknya? Dia mahu bersama Kayden namun hatinya tak kuat.
"Tak!"
Kayden tertawa kecil. Dia tahu Natasha berbohong.
"Kalau you tak cintakan I, kenapa you pandang tempat lain masa mengaku tu?"
Natasha terperangkap! Belum cukup kuat hatinya untuk mengaku tepat di hadapan mata lelaki itu.
Melihat kebisuan Natasha, Kayden hanya mampu memuntahkan keluhan panjang. Kenapa isterinya begitu ego dan sukar untuk mengaku? Bukannya sulit hendak mengaku. Jika dia mengaku akan perasaannya, pasti mereka akan memulakan hidup baru dan dia akan membahagiakan Natasha.
"I penat!"
Kayden angguk. Baru saja hendak mendaratkan kucupan ke dahi Natasha, isterinya lantas mengelak. Kayden kecewa. Namun dia harus bersabar. Segala-galanya memerlukan waktu. Dia yakin Natasha akan pulih.
"TASHA...Tasha tak pandai masak ma" Bergetar-getar suara Natasha mengaku. Malunya tidak terkata lagi.
"Laaa yeke? Takpe. Nanti mama ajar masak lauk kesukaan Kayden. Tapi mama tak tahu pun Tasha tak pandai masak. Kayden tak pernah cakap pun"
Puan Sri Nirmala memotong sayur-sayuran dan mencucinya di dalam sinki. Dia ingin masak untuk Natasha dan Kayden.
Natasha terpempan. Tapi semalam Kayden cakap lain? Kayden menipunya? Atau mama sekadar mengambil hati?
"Kay tu nampak je macam tenang, takde masalah..tapi dia..."
Mengenang kembali kisah lama, tubir mata Puan Sri Nirmala hampir bergenang.Kisah lama itu ibarat merobek sekeping hatinya.
"Kenapa dengan Kayden ma?" Natasha rasa tak sedap hati. Kayden ada masa silam ke?
"Takde apa-apa!" Puan Sri Nirmala mengesat air matanya.
"Tasha tahu tak, setiap kali bercakap dalam telefon atau bercakap berdepan macam ni, Kayden selalu puji Tasha. Nama Tasha tak pernah hilang dari bibir dia. Tak pernah sedikit pun mama dengar dia kutuk atau cerita benda tak baik pasal Tasha. Ibarat menantu mama ni sempurna sangat"
Sekali lagi Natasha tersentap. Bagai tidak dipercaya akan perkara itu, tetapi benarkah Kayden memujinya?
"Kayden cakap apa ma?"
"Macam-macam. Dia cakap, Tasha cantik. Setiap kali dia nampak Tasha, penat lelah dia hilang. Dia ada jugak cakap, Tasha ada business sendiri. Betul ke?"
"Aah ma. Business kecantikan" Itu saja jawapan Natasha. Hatinya masih terperanjat dengan omongan mama.
"Jadi benarlah kata Kayden"
Natasha angkat kening.
"Kayden cakap, Tasha ni kerja kuat. Berdikari. Tak nak harap ihsan dan simpati sesiapa. Tapi..." Mama pegang tangan Natasha.
"Boleh mama bercakap sebagai seorang ibu kepada anak dia?"
Natasha senyum lantas mengangguk kepala.
"Sebagai isteri, walau kuat macam mana sekalipun kita, ada masanya kita akan jatuh jugak. Masa tu, segala kerja kuat kita tak mampu nak dibandingkan dengan perhatian suami. Mama tahu Tasha kuat dan mampu. Tapi Tasha kena ingat. Tasha masih ada Kayden, tempat bersandar dan bergantung..."
Bicara mama bikin Natasha kelu. Kata-kata itu kedengaran begitu menusuk kalbu. Dari dalam dapur, dia nampak Kayden sedang bergelak tawa dengan papa di ruang tamu. Asyik keduanya bercerita tanpa menghiraukan suasana.
"Tolong jaga anak mama dengan baik. Dia pun berhak bahagia. Mama nak tengok senyuman dia selalu"
Natasha diam. Apakah masa lampau Kayden yang disembunyikan?
MARISA menggigit kukunya sendiri. Dia gelisah menanti persetujuan daripada Natasha. Dia tahu Natasha jenis menepati janji namun dia tetap masih was-was.
Tadi dia ke rumah Kayden untuk menemui Natasha. Tetapi menurut Bik Ros, Natasha dan Kayden sedang bermalam di rumah orang tua Kayden. Mendengarkan itu, Marisa meradang.
Pelbagai pesanan dihantar kepada Natasha. Namun satu pun tidak dibalas. Itu yang buat dia semakin tak tenang. Untung saja dia belum mengirim segala bukti tersebut kepada Natasha.
Kali ini dia harus bijak bertindak. Selagi Natasha tidak bercerai dengan Kayden, selagi itulah dia akan tetap menyimpan bukti tersebut.
"Jangan tipu aku Tasha! Kalau kau berani mungkir janji, tahulah nasib kau!"
Panggilan telefon dari seseorang menyentakkannya. Melihat nama itu di kaca telefon, hatinya berlagu riang. Nampak gayanya, dia bakal dimewahi lagi.
"Hello sayang..."
PESANAN demi pesanan daripada Marisa dibaca dengan hati yang sebal. Matanya mengecil. Bibirnya mengeluh. Tak habis-habis nak mengganggu dia! Tak menyabar betul!
Natasha mengukir senyum sinis. Marisa tak sabar nak lihat kehancuran rumah tangganya. Selalu saja mendesak dia untuk menceraikan Kayden.
"Menyampah betul!"
Natasha tikam telefon bimbitnya di atas lantai yang beralaskan rumput. Dia paling tak suka didesak dan dipaksa sebegitu.
Dada langit ditatap. Cuaca mendung petang itu. Petanda nak hujan barangkali. Terpegun benar dia melihat hasil tanaman mama mentuanya. Taman mini itu tampak cantik dengan bunga-bunga yang berkembang segar. Baru dia perasan hobi Kayden dan mama mentuanya sama. Di rumah juga, Kayden gemar menanam bunga. Natasha senyum sendiri.
"I tahulah you kaya. Tapi takkanlah semudah tu nak buang handphone ni?"
Kayden tunduk mengutip telefon Natasha. Dahinya berkerut melihat pesanan daripasa Marisa.
"Bagi balik handphone I" pinta Natasha. Risau pulak pesanannya dibaca.
Kayden tak mempedulikan bicara Natasha. Laju saja tangannya mengetik butang WhatsApp. Saat itu, dia hampir ternganga melihat namanya dalam kontek telefon isterinya.
"Si gigolo?" Dia menjeling tajam ke arah Natasha yang berlagak selamba itu.
Pesanan daripada Marisa dibaca satu-persatu. Wajahnya serius. Sekejap, dia memandang wajah Natash. Kemudian menyambung kembali kerjanya.
"Nah! Ambik balik phone you. Kenapa letak nama I macam tu?"
Natasha mengambil telefonnya. Dia menjongket bahu. Kayden geram. Rambut Natasha ditarik.
"Kejaplah! I tak suka tau nama tu? Tukarlah!" gesa Kayden.
"Nantilah!" Natasha melepaskan diri daripada suaminya.
"Tasha!!"
Melihat Natasha melarikan diri, Kayden mengejar dengan sepenuh hati. Dia harus mendapatkan Natasha dan memberi pengajaran kepadanya. Senyuman nakalnya terukir di wajah.
Share this novel