BAB 17

Romance Series 8335

TERSEDAR dari tidur, dia bangkit lalu membetulkan posisi duduknya. Leher yang terasa kebas dipicit sekejap. Dia menggeliat sambil menguap. Mata yang mengecil digosok beberapa kali.

Ketika itu, Natasha terkejut tatkala ada tangan sedang melingkari pinggangnya. Dia memandang ke arah tangan tersebut. Matanya terkebil-kebil. Melihat Kayden lena di sebelah, dia menjerit ketakutan. Jeritan itu justeru telah membangunkan Kayden dari tidurnya.

Dari baring, Kayden mendadak duduk. Postur badan menegak menghadap isterinya. Dia kaget melihat Natasha yang ketakutan di sisi.

"Apasal you ni? Pagi-pagi dah terjerit!" rungut Kayden sambil menggaru tengkuknya.

Natasha diam. Dia pandang ke arah beberapa biji bantal yang tersadai di atas lantai.

"You buat erk?"

"Buat apa?"

"Tu!" Natasha tunjuk ke arah bantal tersebut.

"Kenapa?"

"Kan I dah cakap, tu boundaries!"

Kayden menggaru kepalanya pula. Alah, tu pun nak kecohlah dia ni!

"Kecohlah you ni! I nak sambung tidur.."

"Kayden Ibrahimmmm!!"

Jeritan Natasha buat Kayden tak jadi nak baring. Dia duduk semula dengan menatap wajah itu.

"Apa?!"

"Arghhhhhh!!!" Natasha sengaja menjerit dengan suara yang kuat.

Mata yang layu kembali segar. Mulut Natasha ditekup dengan telapak tangannya.

"Apasal you ni?! Tak payah nak buat I hangin pagi-pagi ni boleh tak?!"

"Lepaslah!" Natasha menolak tangan Kayden. "You mungkir janji!"

"I bukannya buat apa-apa pun dengan you! I cuma peluk you jelah! Hishh, kecoh betul! Kan dah tak mengantuk lagi" gerutu Kayden dengan riak selamba.

"You lah..." Suara Natasha meleret.

"You ni takut sangat kenapa? Macamlah kita tak pernah buat ni sebelum ni. Yang dulu tu, lebih lagi dari ni! Jangan buat-buat lupa" sakat Kayden dengan senyuman sinisnya.

Sudahnya Natasha membatukan diri di atas ranjang. Riak bersahaja Kayden dipandang sekilas. Hish! Natasha geram. Rasa macam nak gam je mulut itu, biar dia tak bercakap lagi!

Kayden bangkit lantas menggapai tuala di tepi jendela. Dia malas nak bertekak dengan Natasha di pagi hari. Sudahnya, dia tinggalkan Natasha yang masih terpinga-pinga itu. Dia pula mengukir senyuman kemenangan. Jika Natasha punya cara sendiri untuk mengelak dari disentuhnya, dia juga punya agendanya yang tersembunyi. Ha ha ha..

"MASAK apa?" Natasha menjengah kepalanya ke dalam kuali panas itu. Menggeredak isi-isi di dalam kuali tersebut. Bau harum pula menyengat di rongga hidung.

"Oixtail soup!" sahut Kayden yang lengkap dengan apron pink tergantung di badan. Saat dia menoleh, dia tersentap melihat Natasha yang tampak anggun mengenakan dress panjang bercorak bunga tulip itu.

Tak habis-habis dia memuji kecantikan wajah itu. Suka hatinya melihat Natasha memakai baju yang dibelinya.

"Pink?" tegur Natasha dengan gelak tawanya. Dia maksudkan apron yang dipakai oleh suaminya.

"Kenapa? You tak pernah nampak lelaki pakai barang warna pink ke?"

Kayden mengacau sup tersebut. Malas dia nak layan karenah Natasha yang mentertawakannya.

"Taklah! I rasa pelik je tengok you pakai apron. Colour pink pulak tu!"

Natasha berdiri di sisi suaminya. Dia perasan Kayden sangat sukakan sup ekor lembu itu. Jika di rumah, dia selalu menyuruh Bik Ros memasakkan untuknya.

"Apron ni I rasa mama punya. Takde pilihan lain. Dua je apron. Dua-dua pulak warna pink! I don't have any choice" keluh Kayden. Berpeluh-peluh wajahnya mengacau sup yang panas itu walaupun suhu air-conditioner diejas mencecah 16°C.

Natasha tergelak. Dia memang sudah agak pemilik sebenar apron tersebut.

"You memang suka sup ekor lembu ke? Sebab selalu kalau kat rumah, I tengok you berselera makan"

"Suka! My favourite. Rasa dia sedap. Tak pernah cuba ke?"

Natasha geleng kepala. Mendengar saja nama ekor, dia terbayangkan benda lain. Tekaknya jadi kembang pula.

"You should try this. It's really nice. Apalagi kalau abang Kayden yang masak. Confirm you ketagih punya!" seloroh Kayden, sengaja dia tekankan perkataan 'abang' itu.

"Okey! Kita tengok, betul ke sedap. I tak pernah tahu pun you suka makan ni" ujar Natasha lantas bersandar ke dinding. Dapur mini itu tak punya sebarang meja atau kerusi. Semuanya diletakkan di luar.

"Manalah you nak tahu! You kan tak suka I" balas Kayden seraya memandang ke arah wajah isterinya. Tampak runsing dan bingung wajah itu. Kayden gelak.

"I tak suka tau you cakap macam tu?" Wajah Natasha masih keruh. Suaranya berubah serius.

"Okay my bad! I'm sorry.."

Tangan Natasha diraih. Digenggam erat jari-jemari itu.

"Banyak kali you cakap macam tu. Buatnya I betul-betul tak suka you, baru tahu?!"

"Eh janganlah! I gurau je. Okey, I tak cakap lagi!"

Natasha ukir senyuman sinis. Haa tahu takut!!

"OIXTAIL SOUP is done!"

Kayden letak semangkuk besar sup ekor lembu ke atas meja. Natasha sudah menanti dengan senyuman manja. Nasi dan sayuran lain juga terhidang di atas meja. Sebotol besar Coke juga siap terhidang.

Terliur juga Natasha melihat sup itu. Ada tomato dan beberapa hirisan daun sup beserta bawang goreng di dalamnya.

"Jom makan!" ujar Kayden setelah duduk di hadapan Natasha. Nasi diceduk ke dalam pinggan. Sup tadi diletakkan ke tepi. Air supnya dicicipi perlahan.

"Uishh sedapnya! Pandai betullah Kayden masak" Kayden puji diri sendiri membuatkan Natasha tergelak.

"Puji diri sendiri!" omel Natasha.

"Dah tu, nak harap you puji I?"

Natasha diam. Dia malas nak bertekak dengan Kayden. Laju saja tangannya menceduk beberapa hirisan tomato dan ekor lembu itu. Dimasukkan ke dalam mulut meskipun dia agak ragu-ragu. Namun setelah dicicipi beberapa kali, baru kini dia meyakini kata-kata suaminya.

Sebelah kening Kayden terangkat. Wajah keruh Natasha ditatap.

"Macam mana?"

"Biasa je!" ujar Natasha, padahal dalam hati dia memuji masakan lelaki itu.

Bicara Natasha tidak disahut. Ralit saja dia melihat isterinya menceduk beberapa hirisan ekor lembu itu ke dalam pinggan nasinya. Kayden segera sembunyi senyum. Tadi kata biasa je, tapi makan banyak lagi dari aku!

"You tak makan ke?" tegur Natasha tatkala melihat nasi di dalam pinggan suaminya langsung tak terusik. Angin yang mendayu-dayu membuatkan Natasha terpaksa membetulkan rambut panjangnya yang terurai itu.

"Makan.. Kejap"

Kayden berlalu. Tak lama kemudian, dia muncul semula. Belakang Natasha tempat sasarannya.

"Ehh you buat apa ni?!"

Natasha kaget apabila Kayden menyentuh rambut panjangnya. Dapat dia rasakan tangan lembut suaminya sedang rancak di belakang sana.

"Braid your hair!" balas Kayden sambil menocangkan rambut isterinya. Rambut Natasha sangat panjang melebihi paras pinggangnya.

Natasha diam diladeni suaminya. Perbuatan Kayden bikin hatinya tersentuh. Dia rasa sangat istimewa dan dihargai. Dalam diam, dia mengukir senyum manis.

"Done!" bisik Kayden ke telinganya. Bahu Natasha dikucup sebelum dia kembali ke tempatnya.

"You can braid the hair?" tanya Natasha seakan tak percaya. Rambutnya yang selesai ditocang memanjang itu disentuh perlahan.

"Don't you like it?" tanya Kayden dengan wajah serius. Risau juga sekiranya hasil tangannya tidak menepati citarasa isterinya.

"Oh, I like it a lot! Cantik..." puji Natasha. Jarang dia lihat lelaki pandai bab-bab itu.

Mendengar jawapan Natasha, senyuman Kayden naik ke wajah. Dia menghela nafas lega.

"I can make a lot of style. Kalau you nak, tiap-tiap hari I boleh buatkan. But..."

Kening Natasha bertaut. "But?"

"Lagi cantik kalau rambut panjang you tu ditatap oleh I sorang je!"

Kelu lidah Natasha mendengar kata-kata suaminya. Dia faham maksud Kayden. Namun dia belum bersedia ke arah itu. Dia masih perlukan masa.

"You know what, I tamak. I don't like it when other men gawking at you!"

Natasha ketap bibir. Dia harus bereaksi seperti mana? Blushing atau buat-buat tak tahu?!

"But I know you need time. I akan tunggu sampai you betul-betul bersedia ke arah itu"

Kayden senyum. Senyuman paling ikhlas pernah dia hadiahkan buat sang isteri. Dia berharap suatu hari dia dan Natasha akan berubah ke arah yang lebih baik.

Senyuman Kayden dibalas. Dalam hati, dia berharap agar hatinya terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna. Dia juga pendosa, namun dia hanya mampu berharap agar pengakhirannya yang baik-baik sahaja.

BEBERAPA keping foto tersebut dibelek oleh Natasha. Wajah yang di dalam foto itu dia kenal sangat. Wajah tenang Kayden ditatap sekilas. Dahinya mengerut.

Itu gambar Hannah dan lelaki lain. Mereka tampak mesra berpelukan tanpa mempedulikan orang sekeliling.

"Ini..."

"Ini gambar Hannah dan Syamir. Lelaki tu yang buat Hannah pregnant!"

Natasha ternganga. Jadi selama ini Kayden difitnah?!

"You dengar ni.." Kayden sudah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dibuka video rakaman suara itu di hadapan isterinya.

"I fitnah you Kayden! Bukan you yang hamilkan I, tetapi Syamir! I tahu you tak pernah sentuh I! You gunakan I untuk cemburukan Natasha. Tapi lepas tu, you buang I macam sampah! Sebab tu I buat cerita"

Kaget benar Natasha mendengar suara Hannah itu. Suara itu teresak-esak, diiringi dengan pengakuannya. Jadi benarlah Kayden tak pernah menyentuh Hannah selama ini?

"Kenapa you buat macam tu?" Suara Kayden pula diputar.

"I tak nak tengok you bahagia dengan Tasha. She does not deserve you! You sepatutnya dapat perempuan yang hargai you, bukan sebaliknya!"

Natasha hilang arah mendengar bicara itu. Dia tidak layak untuk Kayden? Tetapi buktinya, Kayden masih setia di sisinya!

"I cintakan you. So I thought of that bold idea could make you and your wife separated!"

Rakaman suara selesai. Kayden yang berdiri di hadapan Natasha tetap menanti bicara selanjutnya.

Natasha membatukan diri. Lidahnya kelu. Sungguh dia tak menyangka Hannah sanggup bertindak seperti itu. Jikalah perkara itu tidak disiasat dan Kayden terpaksa mengahwini Hannah gara-gara perkara itu, tidakkah hanya membuat huru-hara sahaja?

"You heard it!" ujar Kayden. Dia duduk bercangkung di hadapan Natasha yang melabuh punggung di birai katil.

"Yeah, I..I heard it!" Bergetar bibir Natasha menahan sebak di dada.

"So dah terbukti yang I tak bersalah kan? You should stop getting mad of me"

Senyap. Tiada bicara dari keduanya setelah itu. Natasha masih berusaha menenangkan diri. Walaupun sebelum ini dia yakin Kayden tak bersalah, namun trauma di dalam hati tetap tak mahu hilang. Namun semuanya sudah terbukti sekarang. Cuma, dia masih belum mahu memberi sepenuh hati kepada lelaki itu. Dia harus tetap berwaspada.

"Ni semua salah you jugak!" Natasha bersuara lirih.

Kayden kaget. "Laa kenapa I pulak?"

"Kalau you tak gunakan Hannah, taklah jadi sampai macam ni! Nasiblah cuma Hannah je yang cuba nak perangkap you. Kalau semua perempuan yang you manfaatkan buat benda yang sama, mahunya I lari jauh dari you!"

Natasha memuncungkan bibir.

Kayden gelak. Geli hati dengan reaksi isterinya. Bukannya dapat kata maaf, sebaliknya dia diomeli pula!

"Ye, salah I! I tahu. Tapi punca dari siapa?" Kayden tak mahu mengalah. Seru betul mengusik isterinya yang merajuk itu.

Laju saja tangan Natasha hinggap pada lengan dan pinggang suaminya.

"Ohh masih tak nak mengalah?! I jugak ke yang salah?"

Kayden mengekek dicubit oleh Natasha. Dari bercangkung, dia kini sudah berdiri menyaingi Natasha. Teraduh-aduh dia menahan kesakitan itu.

"Okey, okey! I kalah. Sakitlah! Tasha..."

Tangan Natasha diraih. Berjaya menghentikan perbuatan Natasha, tubuh itu dibawa rapat ke sisi. Terkebil-kebil Natasha dengan tingkah Kayden.

"Pen..dek!!" ejek Kayden seraya menolak lembut dahi Natasha. Ketinggian Natasha separas dengan bahunya.

"Jahatlah you ni Kayden!!" adu Natasha lantas mencubit pinggang suaminya.

Keduanya asyik bercanda sehingga tanpa sedar postur badan mereka mula hilang imbangan. Tak sempat nak berdiri tegak, keduanya jatuh di atas ranjang dengan posisi Kayden di atas Natasha.

Dada Natasha bagaikan nak pecah tatkala wajah keduanya terlalu dekat. Natasha benar-benar takut. Apatah lagi dengan keadaan lurahnya yang terdedah itu.

Kayden merangka wajah dengan senyuman. Baju Natasha yang terdedah di bahagian dada ditutupi dengan comforter. Dahi Natasha dikucup.

"Jangan risau. I stick to my words!"

Sejurus itu, Kayden melangkah keluar dari bilik dengan perasaan yang separuh kecewa. Sabar Kayden! Sedikit masa saja lagi! Bisik hatinya sendiri.

Di dalam bilik, nafas berat dihela kasar. Tak disangkanya Kayden bertindak seperti itu. Bererti kini dia sudah mampu mempercayai lelaki itu? Atau dia masih perlu menunggu?

Sabarlah hati! Kalau masa tu tiba, cepat atau lambat saja yang menjadi taruhannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience