"AKU tahu kau siapa! Jangan nak berlagak sangat"
Suara yang kedengaran keras itu menggamit perhatiannya. Laju saja tubuh itu berpaling. Tak semena-mena, sebuah tumbukan dilayangkan ke wajahnya. Terhuyung-hayang dia cuba menyeimbangi tubuh sendiri.
Haris menyeringa. Amukan marahnya sudah merasuki tubuhnya. Melihat Razif yang seolah-olah lemah, dia mengambil kesempatan itu untuk menumbuk perut lelaki itu. Namun Razif pantas bertindak. Dielak setiap tumbukan Haris dengan tangkas.
Bibir Haris menyenget dengan senyuman sinis. Sudah diduganya! Ternyata sangkaannya tidak salah sama sekali.
"Kau ni apasal? Datang rumah aku tiba-tiba, lepas tu serang aku. Kau tahu tak, kau dah dikira menceroboh sebab kau masuk tanpa diundang!"
Ugutan Razif tidak sedikit pun dihiraukan. Dia tidak takutkan itu. Yang penting, dia akan membongkar penipuan Razif tidak lama lagi. Mungkin Razif mampu menipu sesiapa saja, tetapi bukan dirinya.
"Aku tahulah siapa kau! Kau boleh tipu banyak orang termasuk Amira, tapi bukan aku!"
Mendengar itu, Razif sedikit tersentak. Hatinya cuek. Bibir diketap rapat. Darah yang mengalir dari arah bibir diseka dengan hujung jari.
Sial! Rasa-rasanya sudah sehabis baik dia menyiapkan segala rancangannya. Tetapi lelaki di hadapannya ini pula kacau daun! Arghh!!
"Aku akan bagitahu Amira segala-galanya. Aku takkan lepaskan kau semudah itu" getus Haris berbaur ugutan.
"Go ahead! I don't care!!" sahut Razif sambil menentang tatapan Haris dengan berani. Jika Haris ingin membongkar semuanya, dia sudah siap dengan rancangan yang lain. Yang jelas, dia akan pastikan Amira menjadi miliknya.
Raut Haris berubah. Lelaki di hadapannya beriak selamba membuatkan hatinya mendongkol geram.
"Kau ingat aku takut?" soal Razif pula. Kini dia sudah berdiri tepat di hadapan Haris.
"Aku tak takutlah! Kau ingat, kalau kau beritahu semuanya pada Amira, dia akan balik pada kau?"
Nafas Haris turun naik menahan amarah yang bukan sedikit. Ketenangan pada wajah kacak Razif benar-benar telah menggoncangkan kemarahannya. Lantas, dipulas kolar baju lelaki itu dengan wajah bengis.
"Aku tak takut! Kau nak bunuh aku? Cederakan aku? Dipersilakan. Tapi ingat, koridor rumah aku ni ada CCTV. Kalau rasa nak menginap di penjara, buatlah!"
Mendengar omongan itu, perlahan-lahan Haris melepaskan kolar baju Razif. Sempat juga dia mengerling sekilas ke arah CCTV yang dipasang dari sudut kirinya. Ternyata Razif lebih bijak berbanding dirinya.
"Macam tu lah!" omel Razif lantas membetulkan kolar baju Haris pula. Dia tahu Haris sedang diserang api kemarahan yang membara.
"Now you listen, I talk! Memandangkan rancangan aku dah berjaya untuk buat Amira jatuh cinta pada aku, apa kata kita sepakat untuk satu perkara?"
Kening Haris berjongket. Wajah tenang dan selamba Razif ditatap. Dari sudut pandangan dekat, memang lelaki itu jauh sekali berbeza dengan Razif yang pernah dikenalinya dulu.
"Biarkan aku dan Amira kawen. Aku akan pastikan dia bahagia. Dan kau tak perlu risau. Sebab ada orang lain yang akan jaga dia dengan lebih baik. Kau pun cintakan dia kan? Kalau kau cintakan dia, kau kena lepaskan dia untuk cari kebahagiaan dia. Aku.." jeda Razif sambil merujuk kepada diri sendiri. "Akulah kebahagiaan dia!"
"Kenapa?"
Razif gelak. Kolar baju Haris dilepaskan.
"Kau nak tahu ke?"
Haris diam. Namun pandangan matanya mengiyakan pertanyaan lelaki itu.
"Okey, I'll tell you"
DARI jauh, Hidayah lihat Natasha sedang termenung memikirkan sesuatu. Kuih karipap di atas meja buatannya dibawa sambil jejak kakinya mendekati Natasha.
Punggung dilabuhkan di sebelah Natasha. Kuih karipap diletakkan di atas meja.
"Tasha..."
Terkebil-kebil Natasha mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah suara itu lantas mengukir senyuman.
"Sorry. I tak perasan you kat sini. Lama dah ke duduk sini?"
Hidayah tergelak kecil. Benar dugaannya. Natasha sedang memikirkan sesuatu sehingga tak menyedari kehadirannya di situ.
"Lama jugaklah. I think, around two hours?" Sengaja Hidayah berseloroh.
Spontan, tangan Natasha naik menampar lembut lengan itu. Dia turut sama tergelak.
"Jauh sangat menung tu. Tasha fikir apa?"
Suara lembut Hidayah sungguh gemersik. Sudah lama dia ingin berbual seperti itu dengan Hidayah. Tercapai juga impiannya.
"You tahu pasal ayah abang Ib?"
Hidayah tersentak. Hampir tiga dekad persoalan itu diutarakan. Itupun oleh isteri Kayden.
"Tahu. Pakcik Kamal. Dekat 30 tahun baru ada yang bertanya"
Natasha angguk. Siapa sebenarnya gerangan Kamal sehingga baru sekarang nama itu disebut?
"Kenal rapat dengan dia ke?"
"Mestilah! Dia kan anak Opah dan Tokwan. Satu kampung pun kenal dia. Tapi sejak dia masuk penjara, Tokwan tak bagi sesiapa pun sebut pasal dia. Tokwan terluka teruk dengan apa yang dia buat pada abang Ib dulu.." keluh Hidayah. Apabila mengingat kembali sejarah hitam itu, hatinya juga tertampar hebat. Gara-gara itulah Tokwan tidak mahu mendengar namanya atau bertanya mengenainya.
"Kalau I tanya dengan Opah atau Tokwan, dorang marah ke?"
"Dayah tak rasa tu idea baik. Tokwan dah mampu lupakan pasal tu, kalau Tasha ungkit balik, takut nanti amarah Tokwan datang balik. Pakcik Kamal takut dengan Tokwan. Sebab tu dia tak berani nak datang sini. Dan Tokwan pun tak pernah nak ambik tahu pasal dia. Seolah-olah pakcik Kamal tu dah mati dalam hati dia. Yang paling dia kesalkan, pakcik Kamal layan arwah makcik Nilam dengan teruk. Sebab arwah makcik Nilam tu menantu kesayangan Tokwan. So kalau Tasha nak bukak cerita pasal pakcik Kamal, rasanya baik tak payah kot"
Natasha diam. Bicara Hidayah dihadam sebaik mungkin. Nampak gayanya, besar perseteruan antara Tokwan dan Kamal. Jika kedua mereka tidak berbaik, sampai bila-bila pun dendam itu akan terus membara.
"Tasha..."
"Iye?"
"Errr sebenarnya Dayah nak ucapkan terima kasih"
"Untuk?"
"Well you know. Pasal duit yang Tasha bagi dan jugak tawaran dari UPM tu. I owe you one"
Natasha gelak. Besar hatinya dapat membantu. Dia ikhlas dan melakukannya demi kebaikan Hidayah dan ketenangan hatinya. Dia tak mahu Hidayah mensia-siakan kebijaksanaannya.
"You deserve it. Use it wisely!"
"I will. Errr ada satu lagi.."
"Oh duit tu tak cukup ke? Nak I tambahkan lagi ke?"
"Eh bukan!" Laju Hidayah memotong. Dia bukan inginkan itu.
"Duit tu lebih dari cukup. Dayah ada one request"
"Oh okey.. Apa dia?"
"Boleh tak lepas ni kalau Dayah bahasakan Tasha dengan panggilan akak? Dayah tahu kita sama umur tapi sangat tak wajar kalau panggil dengan nama. Lagipun, Dayah panggil abang Ib dengan panggilan abang. Tasha kan isteri dia?"
Natasha senyum riang. Dia cukup senang dengan permintaan Hidayah.
"Okey, that's not a problem!"
Hidayah bersorak gembira. Hatinya bahagia dapat menjalin perhubungan baru dengan Natasha. Pasti dia akan menjaga hubungan ini sebaik mungkin.
"Thanks. Oh ye, ni Dayah buatkan karipap. Khas untuk akak"
Natasha tergelak. Agak lucu pada pendengarannya namun dia senang. Karipap dimasukkan ke dalam mulut. Serentak itu, dia memuji di dalam hati akan kesedapannya.
"Sedaplah! Karipap daging ke?"
Hidayah mengangguk. Senang hatinya dengan penerimaan Natasha.
"Dayah pandai masak. Kalau hari-hari makan sedap, mesti akak gemuk" akui Natasha.
"Takpe. Biar Dayah gemukkan badan akak yang kurus dan kecil ni yang..."
Tak jadi Hidayah meneruskan ayatnya. Terasa macam berlebihan pulak ayat tersebut. Apatah lagi setelah anak mata Natasha menjamah wajahnya.
"Akak! Dayah tak bermaksud nak hina akak atau body shaming akak. Dayah cuma..."
"Akak fahamlah! Akak tak marah pun. Akak tahu Dayah ikhlas. Tapi sebagai balasan, Dayah kena masak sedap-sedap untuk akak dan baby lepas ni"
Tersentak Hidayah mendengar omongan itu. Seakan tak percaya dengan berita tersebut.
"Baby?"
Natasha tertawa sambil angguk.
"Jadi Dayah akan jadi maksulah?"
Sekali lagi, Natasha mengangguk.
Tanpa sedar, tubuh itu didakap erat oleh Hidayah. Dia turut menumpang gembira dengan berita itu.
"Berapa bulan dah?"
"Almost two months"
"Wah happynya dengar!"
Bahagianya hati mendengar berita itu. Dia boleh bayangkan wajah anak Natasha nanti. Pasti cantik persis Natasha.
"Lusa akak dah balik KL"
Mati senyuman Hidayah. Wajah Natasha ditatap.
"Kenapa? Tak nak duduk sini sebab Dayah ke?"
Hidayah sedih jika itulah penyebabnya.
Natasha angguk. Dia tidak mahu menyembunyikan perasaannya. Memang itulah penyebabnya.
"Tapi akak dah tak marah Dayah"
"Kalau macam tu, tak payahlah balik KL. Duduk sini je"
"Tapi Dayah nak pergi KL sambung belajar tak lama lagi. Siapa nak gaduh dengan akak nanti?"
Hidayah mengekek. Lagi beberapa hari dia bakal menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Rumah bakal sunyi, tiada lagi gelak tawa dan suaranya menghiasi rumah itu.
"Tapi nanti Dayah baliklah kampung"
"Dayah fokus je pada pelajaran. Nanti dah berjaya, boleh kerja dengan akak. Ambik business kan?"
Hidayah angguk. Cita-citanya dari dulu ingin mempunyai bisnes sendiri. Apabila sudah berjaya, dia akan menyenangkan Tokma, Opah dan Tokwan. Tidak perlulah mereka ke sawah lagi untuk menyara dia.
"Nanti Dayah kat KL, boleh jenguk akak kat rumah. Nanti akak send location"
Tampang Hidayah kelihatan gembira. Senang menerima layanan daripada Natasha. Ternyata, dia silap menilai Natasha selama ini. Seharusnya dia tidak menilai seseorang hanya dari penampilan sahaja.
"BETUL ke you nak kawen dengan Razif?"
Langkah Amira ke kereta dibontoti. Banyak kali dia menghubungi, bahkan menghantar pesanan kepada gadis itu. Namun semuanya tiada respon.
Gara-gara itulah dia mengekori Amira sehingga ke tempat kerja. Dia harus menyelamatkan Amira daripada lelaki itu. Ini bukan soal cemburu tetapi lebih kepada keselamatan Amira.
"Haris..." Amira berdiri di hadapan Haris. Kaget dia melihat ada kesan lebam di seluruh wajah lelaki itu. Tapi tidak pula dia menanya kerana terlalu banyak yang berlegar-legar di fikirannya. Namun buat masa kini, dia hanya ingin Haris melepaskan dia pergi. Biarlah dia yang mengurus kehidupannya.
"Tolong jangan ganggu I lagi. Dan jangan pernah buat keputusan untuk hidup I. You yang paksa I buat keputusan ni"
"I am not! You yang tak sabar nak putus dari I.."
"Yes! Sebab you biarkan I tunggu you selama sepuluh tahun. You nak cakap pasal finance? I dah bagitau kan, I tak kisah berapa duit you ada. I tak kisah kalau majlis kawen kita sederhana atau tak buat majlis pun takpe. Yang penting, you halalkan I. Bukan biar I macam tunggul! Dan sekarang bila I nak kawen, you pulak nak halang? You are just selfish!"
Amira sudah menghambur kemarahannya. Haris memang tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham? Kalau pun dia tidak mengahwini Razif, dia tidak mungkin akan kembali kepada Haris.
"I cuma nak you faham. I tak nak you menyesal kawen dengan dia"
"Enough Haris! I tak nak dengar apa-apa lagi"
"You kawen dengan dia sebab nak sakitkan hati I kan? You ingat dengan cara tu, you boleh bahagia ke? You kawen bukan kerana cinta! Tapi sebab you nak sakitkan hati I"
"Wah! Hebat betul you kan? Boleh menilai hati I.." sindir Amira dengan dengusan kasar. Bilalah dia bakal bebas dari lelaki itu??
"Amira..."
Haris tak mempedulikan kata-kata Amira. Sebaliknya, dia hanya ingin gadis itu mendengar omongannya.
"Boleh tak dengar apa I nak cakap?"
Dari mengangkat barang ke bonet, kini tingkah Amira terhenti. Wajah tegang Haris ditatap.
"Sebab dari dululah I dengar cakap you, hubungan kita jadi macam ni!"
Padat dan ringkas!
Bikin hati Haris nanar. Tingkah Amira dipandang sepi. Tubuhnya mengeras.
"Let me decide. Ini hidup I. Not yours! Kalau I tak kawen dengan Razif sekalipun, I takkan kembali pada you"
Amira masuk ke dalam rumah. Telefon bimbit digapai. Pesanan dihantar kepada Razif. Dia tertekan. Apa nak jadi, jadilah! Kali ini, dia takkan berundur lagi.
'you nak kawen dgn I? Come, kita kawen! tp I tak nak tggu lama. take it or leave it!'
"Amira!!" jerit Haris dari arah luar.
Amira keluar dari rumah. Fikirnya Haris sudah berlalu. Rupa-rupanya lelaki itu masih setia di situ.
"Apa lagi Haris?"
"Please, dengar apa I nak cakap"
Amira menjeling tajam. Dia malas nak hiraukan bicara lelaki itu. Laju saja derap kakinya melangkah masuk ke dalam rumah semula.
"Dia bukan seperti yang you fikirkan!"
kalini, kiki fokus n bagi ruang sikit pd kisah amira ye ? happy reading ?
Share this novel