BAB 12

Romance Series 8335

"LEPASLAH! I rimas tau tak?" gerutu Natasha. Tak habis-habis nak peluk dia yang sekeping itu!

Kayden tertawa kecil. Tubuh Natasha kini berada dalam dakapannya. Wajah cemberut itu ditatap.

"Kalau you tak tukar nama I, I takkan lepaskan you!"

Bibir Kayden semakin mendekati bibirnya. Natasha cepat-cepat menolak bibir itu.

"Okey! I tukar" Natasha mengalah. Laju saja tangannya membuat kerja. Takut pula dengan riak lelaki itu. Bukan dia boleh percaya sangat. Hu hu "Dah..."

"Mana? Bagi I tengok"

Natasha memuncungkan bibir. Kenapa Kayden bersikap diktator hari ini?

"You letak apa?" Kayden pandang ke arah kaca telefon. Kayden Ibrahim!

"Tukar!" ujar Kayden sambil mengemaskan pelukan.

"Nak tukar apa? Jangan nak mengada-ngada boleh tak?!"

"Tukar! Selagi I tak puas hati, selagi tu I takkan lepaskan you. You know me right?" Kayden pamer senyuman nakal.

Natasha mendengus. Kayden dengan si pemaksanya! Lama dia berfikir nak letak nama apa. Setelah yakin, Natasha menunjukkan kepada Kayden.

Kening Kayden terangkat. "Orang Kaya? You ingat I suka ke dengan nama tu? Lagi!"

"Hishh!!" gerutu Natasha. Dapat dia rasakan pelukan diperketatkan. Kayden memang sengaja nak kenakan dia!

"Si macho..hmm" Kayden berfikir sejenak. Aku ni macho ke? Kayden tersengih. Wajah Natasha dipandang kemudia dia geleng kepala.

Natasha mencuba lagi. Kali ini, dia letak nama KI. Kayden tak setuju bikin hati Natasha jengkel.

Huhh!! Agaknya yang ni kot. Mula-mula tu Natasha taip. Lepas tu, dia padam. Bibir diketap. Riak serius Kayden dipandang seketika. Hmm..

"Dah?" tanya Kayden. Tak sabar nak tahu apa gelaran selanjutnya yang dicipta oleh Natasha untuknya.

"Nah..." Tasha tunjuk telefonnya sambil memalingkan wajah.

Kayden senyum. A Good Kisser! Ohh jadi aku ni pandailah mengucup dia? Kayden gelak dalam hati.

"No!!"

"Haa? Dahlah, I letihlah! Lepaslah!" Natasha menggumam. Malunya tak habis lagi. Kayden pulak sengaja menduganya.

"One last chance! Kalau kali ni tak berjaya jugak, you tahu apa I akan buat pada you"

Air liur ditelan tatkala melihat senyuman nakal Kayden itu. Dia dapat mengagak apa yang akan Kayden lakukan kepadanya. Seriau..

Lama Natasha berfikir. Nak letak apa? Semua serba tak kena. Tak lama kemudian, Natasha senyum. Laju tangannya mengetik di atas telefon.

"Nah.." Natasha tunjuk pada Kayden.

Kayden pandang lama skrin telefon. Tersenyum-senyum dia melihat nama itu.

"Suamiku...okey, acceptable!" Kayden senyum lebar. Laju saja dia mendaratkan bibirnya pada bibir sang isteri. Tangan Natasha yang tak duduk diam itu dikunci rapat.

"Hishh!!" Natasha merungut sesudah Kayden melepaskannya. Dasar tak tepati janji!

"I'm a good kisser after all!" usik Kayden dengan tawa kecilnya.

PAGI itu, Kayden dan Natasha pamit untuk pulang. Sudah dua hari mereka menghabiskan masa di situ. Selepas ini, ada banyak hal yang harus diuruskan.

Puan Sri Nirmala teresak-esak. Bukan selalu dia dapat meluangkan masa bersama anak dan menantunya. Perasaan hiba mula menyelubungi.

"Mula dah!" Tan Sri Ilham menyelar. Tahu sangat dengan sikap isterinya itu.

Kayden dan Natasha tertawa kecil. Melihat mama dengan tangisannya, Natasha pantas mendekati. Tubir matanya turut bergenang.

"Tasha happy sangat duduk sini. Mama layan Tasha dengan baik. Tasha rasa macam Tasha dah dapat mama Tasha balik"

Kayden mengusap lembut bahu si isteri. Belas benar dia melihat nasib isterinya.

"Mama pun happy. Macam ni rupanya rasa ada anak perempuan. Nanti Tasha datanglah sini selalu ye?"

Natasha angguk. Itu sudah pasti. Dengan atau tanpa Kayden, dia pasti akan ke situ lagi.

Puan Sri Nirmala mengeluarkan sesuatu daripada kotak emasnya. Sebuah gelang jed disarungkan ke tangan Natasha.

"Mama..." Natasha mengelak. Namun mama menegah.

"Ni hadiah mama untuk menantu mama. Gelang ni gelang warisan keluarga mama. Dari arwah moyang mama dulu, sampailah ke mama sendiri. Sekarang, mama ada menantu perempuan. Jadi gelang ni milik Tasha"

Air mata Natasha mengalir. Jatuh sayang dia pada mama mentuanya. Pertama kali dia dilayani selayaknya manusiawi.

"Ingat tau apa pesan mama?"

Natasha mengangguk.

Tan Sri Ilham berdehem. "You ni, macamlah anak-anak you nak pergi berperang! Menangis macan takde hari esok"

Kayden ketawa. Gurauan papa dibalas cubitan oleh mama. Papa pula memaut bahu itu demi memujuk sang pujaan hati.

Tersenyum sendiri Natasha melihat kemesraan mentuanya. Mereka masih akur meskipun usia sudah 60an. Cemburunya dia!

Tersentak Natasha tatkala Kayden memeluk bahunya. Dia pandang wajah itu. Kayden memaniskan wajah. "You dah tak boleh lari dari I lagi!" Bisik Kayden ke telinganya.

Natasha merona. Apa maksud Kayden? Gelang jed disentuh dengan penuh senyuman.

"APA you nak buat dengan Marisa?"

Natasha diam. Sehingga kini dia belum lagi menerima bukti seperti yang dimaksudkan oleh Marisa. Adakah Marisa sengaja mempermainkannya?

"You masih nak teruskan dengan penceraian kita?"

Natasha tetap membisu. Dia punya pilihan lainkah?

"I boleh tolong you untuk dapatkan bukti tu..."

Kali ini, Natasha menoleh ke arah Kayden yang fokus memandu.

"Macam mana?" tanya Natasha tidak sabar.

"Kalau I boleh dapatkan bukti tu, you akan stay dengan I?"

Dahi Natasha berkerut. "You mintak balasan?"

"Kenapa tidak? You pun letakkan syarat dalam perkahwinan kita"

Bicara Kayden mematikan akal Natasha. Sudah hilang idea untuk membalas lelaki itu.

"I tak harap apa-apa dari you. I just hope, you can stay by my side. I nak bina keluarga bahagia dengan you. Dengan anak-anak kita..."

"Kayden!"

Kayden mengekek. Sebut saja pasal anak, Natasha seperti trauma.

"I tak nak anak!" tegas Natasha. Dia tidak yakin dia bisa menjadi seorang ibu yang baik sementelah masa kecilnya penuh dengan duka.

"Kenapa?" Kayden bertanya dalam nada yang lembut.

"I tak tahu! I tak nak anak, tu je! Kalau you desak I..."

Bicara Natasha terhenti apabila Kayden mengucup tangannya. Automatik air matanya mengalir. Adakah Kayden mengharapkan hasil dari hubungan mereka? Dia sendiri tidak pasti dengan arah tuju hubungan mereka.

"I faham"

Tangan Natasha dilepaskan. Dia pasti dapat melembutkan hati Natasha yang keras itu. Dia yakin, dengan kasih sayang dan cintanya pada wanita itu, Natasha mahu beralah kepadanya.

Kayden mengeluh. Fokusnya hanya pada pemanduan. Dua hari dia bagi cuti pada Emir dan menugaskan lelaki itu menjaga rumahnya.

KAYDEN duduk di balkoni. Dari bawah, dia lihat Natasha menyiram pokok bunganya. Senyumannya lebar. Sejak bila Natasha suka akan bunga? Mungkin sejak balik dari rumah mama.

Melihat senyuman Natasha, hatinya berbunga. Bolehkah dia mengekalkan senyuman itu? Dia tahu trauma yang ada dalam hidup Natasha. Dari kecil dihukum dan dipukul oleh orang tersayang, penderitaannya juga banyak. Dia sendiri tak mampu nak membayangkan kejadian itu.

Baru Kayden teringat akan kesan terbakar pada bahagian punggung isterinya. Dia pernah nampak itu ketika mereka bersama. Adakah kesan terbakar itu juga salah satu penderitaannya?

"Emir..." Kayden panggil Emir di sisi.

"Bos" Emir menyahut.

"Kau pernah jatuh cinta?" tanya Kayden. Matanya tetap fokus pada Natasha.

"Pernah bos!" Emir tersengih mengingati cinta hatinya.

Sengihan Emir buat Kayden ketawa.

"Kau pernah obses pada kekasih kau?"

"Err..." Emir garu kepala.

Kayden pandang Emir. "Jawab sebagai kawan. Bukan antara bos dan pekerja. Lagipun kau kan kawan aku? Aku nak borak santai je"

"Emmm..Obses tu tak pernah. Tapi cinta sangat-sangat tu pernah"

"Tak sama ke?"

"Mana ada sama! Kalau cinta sangat-sangat, kau relakan dia walaupun hati kau terluka. Tapi kalau obses, kau tak boleh biarkan dia pergi walaupun kau tahu hati dia terluka. Kau obses bila nampak dia dengan lelaki lain. Cemburu yes, tapi benda tu akan buat kau jadi tak terkawal"

Kayden menarik nafas. Jadi perasaan dia pada Natasha bukanlah cinta? Sebaliknya hanya obses? Tapi dia akan terluka kalau harus melepaskan Natasha pergi dari hidupnya.

"Kau rasa, Tasha cintakan aku?"

Emir diam. Dia turut memandang Natasha di bawah sana. Ikut tersenyum tatkala Natasha melemparkan senyuman.

"Tak payahlah tengok isteri aku macam tu!" Kayden cemburu. Tak sanggup melihat Natasha dilirik oleh lelaki lain.

Emir gelak. Dia tak punya jawapan untuk soalan Kayden. Yang punya jawapannya hanyalah Natasha.

"Tanyalah dia. Aku takde jawapan dia"

Kayden pula yang membisu. Sudah pernah ditanya soalan itu kepada Natasha namun dia tidak mendapat jawapannya. Mungkin dia harus mengatur rancangan untuk memikat Natasha tapi bagaimana? Entahlah, dia nampak sayang namun dia masih ego!

MELIHAT gambar itu, hatinya hancur berkecai. Tidak mungkin itu berlaku. Dia percayakan Kayden. Kayden bukan jenis lelaki seperti itu.

Namun segala mesej dan gambar mesra itu seolah-olah membuktikan segala-galanya. Natasha tak mahu menangis namun air matanya degil! Semakin ditahan, semakin laju pula dia munculkan diri.

'kalau you tak percaya, its up to you. I tak perlukan kepercayaan you. yg penting, you dah tahu apa pernah jd antara i dgn kayden'

Telefon bimbit ditutup. Natasha tak mahu melihat mesej itu lagi. Melihat pintu bilik air hampir terbuka, Natasha bergegas keluar dari bilik dan menapak ke bilik kecilnya. Malam itu, dia tak mahu melihat wajah Kayden. Dia tak mahu disentuh oleh Kayden.

MALAM itu, Natasha tidak berada di kamarnya. Sebaliknya dia berada di dalam bilik kecilnya, tempat dia selalu menghabiskan masa sendirian.

Kayden gelisah menunggu kemunculan si isteri yang dinanti sudah hampir tiga jam itu. Nombor Natasha didail namun tiada respon. Entah Natasha sengaja tidak mahu mengangkat panggilannya atau dia tidak mendengarnya.

"Tasha ni memang suka betul buat hal!"

Kayden menuruni anak tangga. Bilik kecil Natasha diketuk berkali-kali. Dia tidak suka Natasha menyisihkannya.

"Tasha, open the door!"

Natasha mengeluh. Dia ni memang tak boleh biarkan aku senang ke?!

"Tasha, open up!" Kayden hilang sabar. Memang nak kena Natasha ni!

Masih tiada respon daripada Natasha. Kayden geram. Kenapa suka mengabaikan dia dengan cara begitu? Dia tak suka!

Natasha mengeluh panjang. Telefon bimbit dibuka. Mesej daripada Hannah diterima lagi. Melihat pesanan itu, hatinya hancur berkecai. Air matanya berlinangan. Benarkah apa yang didengarinya itu? Mungkinkah Hannah menipu? Tetapi...?

"Natasha! Bukak pintu ni! Jangan sampai I pecahkan pintu ni.."

Pintu terbuka luas. Wajah selamba Natasha ditatap. Tangan Natasha ditarik. Natasha melawan.

"Ikut I ke bilik! You tak boleh tidur sini. I tak izinkan"

"I tak nak!"

"You ni kenapa? Ada benda ke yang merasuk? Sebelum ni okey je. Kenapa sekarang you tiba-tiba berubah?"

Suara keras dan lantang Kayden ternyata menggamit perhatian Bik Ros dan pembantu rumah lainnya.Mereka tak berani ikut campur.

"I nak tidur sini. I tak nak tidur dengan you"

Kayden gelak. Habis madu, sepah dibuang! Macam tu ke Natasha memperlakukannya?

"I tak nak berkasar dengan you. Dengar cakap I sebelum I naik angin"

"Tak nak!!" Natasha memberontak. Jika Kayden buat hal dengannya, dia juga bisa!

"Kenapa susah sangat nak dengar cakap I?"

Bibir Natasha ditindih. Natasha hendak mengelak namun Kayden pantas bertindak. Tubuh Natasha dicempung sehingga ke dalam bilik.

"Lepaslah! Jangan buat I macam ni" rintih Natasha. Kayden memperlakukannya seperti seorang perempuan simpanan. Terkenang kembali mesej dan gambar yang dihantar oleh Hannah, hatinya kembali hancur.

"I nak bersama dengan isteri I. Tak boleh ke?" ujar Kayden. Tubuh Natasha sudah ditindih.

Natasha ketakutan. Dia tak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Dia tak mahu Kayden menyentuhnya lagi.

"I period"

Kayden gelak. "Jangan nak tipu I. You baru je period dua minggu lepas. Takkan period lagi?"

Hampir tak tertelan air liur Natasha. Macam mana dia tahu?

"Sebagai seorang suami, I kena peka dengan keadaan you. Supaya I tak kena tipu. Macam sekarang!"

"I tak nak you sentuh I lagi!"

Kayden tersentak. Wajah serius Natasha ditatap. Rahangnya bergerak-gerak.

"Kenapa?" Suara Kayden mendatar.

"I tak nak beri tubuh I pada lelaki yang I tak cinta.."

Kayden mencengkam bahu Natasha dengan kasar. Tubir matanya bergenang. Harus bagaimana lagi usahanya untuk mendapatkan hati si isteri?

"Unless, you anggap I macam perempuan jalang, pelacur, perempuan simpanan, you do it! Then, I akan tahu yang I memang takde nilai di mata you"

Perit perasaannya mendengar ungkapan Natasha seperti itu. Perlahan-lahan dia melepaskan Natasha dan berlalu meninggalkan Natasha di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience