BAB 42

Romance Series 21222

"SAYANG..."

Kayden mendekati Natasha. Dahinya berkerut melihat keadaan tubuh badan Natasha yang sudah berlumpur itu. Pulang saja dari pekan, kelibat Natasha dicari. Menurut Tokma, Natasha masih di bendang kerana mahu menyiapkan kerjanya. Lantas berbekalkan kebimbangan di tambah pula dengan hari yang mahu hujan, cepat-cepat dia mencari Natasha di bendang. Namun yang mengejutkan adalah dengan keadaan diri Natasha dan kemunculan Hidayah di situ. Hatinya tak tenang. Adakah berlaku pergaduhan?

"Kenapa Dayah ada sini?" tanya Kayden dengan riak serius. Kaget dia melihat gadis itu terduduk di atas tanah sawah sambil mengurut kakinya. Bertambah kaget tatkala kaki itu dipenuhi darah.

"Err.." Natasha tidak tahu hendak menjawab apa. Semuanya berlaku terlalu pantas.

"Abang Ib, tolong Dayah! Kaki Dayah sakit ni. Berdarah.."

Kayden mengerut dahi. Kini dia sudah berdiri di antara Natasha dan Hidayah.

"Abang Ib..." Suara Hidayah mendayu-dayu minta pertolongan.

Wajah Natasha cemberut. Mahu saja ditamparnya wajah itu. Sengaja benar nak mengalihkan perhatian Kayden.

"Takpe. Kau tunggu situ. Abang pergi panggil Tokma. Jom sayang, kita balik!"

Kayden lebih memilih untuk menemani Natasha. Tangan Natasha diraih. Kedua mereka sudah berjalan meninggalkan Hidayah di situ.

"Abang Ib, tolonglah Dayah! Kaki Dayah kena kaca. Sakit.." rintih Hidayah. Berdenyut-denyut rasa kakinya. Kali ini, dia tidak menipu. Arghh, menyesal pula dia menjatuhkan diri tadi! Berganda-ganda pula rasa sakitnya!!

Langkah Natasha mati. Keluhannya terdengar. Masakan mereka harus meninggalkan Hidayah di situ? Dengan hari yang hampir gelap dan cuaca seakan hendak hujan saja, agak tak wajar mereka membiarkan Hidayah di situ.

"Kenapa sayang?" Kayden memandang wajah isterinya.

"Kita nak tinggalkan Dayah kat sini ke?"

"Kita balik kejap. Abang panggil Tokma tolong dia"

Tangan Natasha ditarik agar mengekorinya. Masih kedengaran suara rintihan Hidayah di belakang yang meminta tolong.

"Tapi.." Langkah Natasha terhenti lagi. Rautnya kelihatan sebak. Sejahat-jahat Hidayah kepadanya, tidak sepatutnya dia dilayan seperti itu.

"Kenapa sayang? Jomlah! Kita panggil Tokma tolong Dayah. Lagipun hari macam nak hujan ni"

"Kalau kita balik rumah, belum tentu lagi kita dapat kembali sini. Hari dah nak hujan. Lagipun hari gelap jugak ni.."

Kayden mengerut dahi. "Habis tu sayang nak buat apa?"

"Abang Ib..tolong Dayah.. Janganlah tinggalkan Dayah kat sini. Tasha, takkan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini?"

Terpaksa juga Hidayah 'membeli' jiwa Natasha dengan merayu wanita itu. Dia tidak berpura-pura. Kesakitannya terlalu menyengat ke dalam sana.

"Tolonglah dia.."

Antara dengar dan tidak saja suara itu. Muncungnya ke depan. Sebelah hatinya tidak mahu Kayden membantu gadis itu. Namun di sisi lain, dia tidak sekejam itu membiarkan Hidayah kesakitan di situ.

"Apa sayang? Abang tak dengar"

Guruh semakin kuat kedengaran di atas sana.

"Abang tolonglah Dayah. Kesian pulak tengok dia kat situ" ujar Natasha dengan suara agak lantang. Meski hati tak seiring dengan fikiran, namun lebih baik dia memihak kepada akal.

Kayden tersentak. "Takpe sayang. Kita panggil Tokma.."

Guruh semakin galak memunculkan diri di dada langit. Natasha jadi takut, tetapi lebih takut jika dia meninggalkan Hidayah di situ.

Wajah keruh Hidayah dipandang. Jelas kelihatan yang gadis itu tidak menipu.

"Jauh lagi kalau nak sampai ni. Abang tolonglah dia.."

Kayden mengeluh. "Sayang okey ke abang tolong dia?"

Lama kelamaan barulah Natasha mengangguk. Biarpun dia sendiri tidak sukakan keputusannya, dia sendiri tidak punya pilihan.

"Okey, tunggu abang kat sini"

Kayden berlari mendapatkan Hidayah di hujung sana. Diketap bibir dengan keadaan Hidayah itu.

Melihat Kayden kembali kepadanya, senyumannya melebar. Hatinya senang. Kayden memang takkan mampu membiarkan dia sendiri.

"Cepatlah! Hari nak hujan ni" gesa Kayden dengan wajah serius. Dia terpaksa melakukan itu atas ihsan Natasha.

Hidayah mencuba berdiri dengan berpaut pada tangan berurat itu. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin. Bahu Kayden tempatnya berpaut. Namun akal jahatnya tiba-tiba muncul. Dia mengaduh tatkala cuba berdiri.

"Haa kenapa pulak ni?!" soal Kayden dengan riak kurang senang.

"Dayah tak dapat berjalanlah bang! Kaki darah ni, kena kaca tadi. Boleh ke abang gendong Dayah?"

Tersentak Kayden dengan permintaan gila itu. Menggendong Hidayah di hadapan Natasha seolah menempah hukuman mati!

"Jangan nak mengada boleh tak?! Kau berpaut je pada bahu abang ni.."

"Tak bolehlah bang! Sakit sangat ni. Pleasee.."

Kayden mengeluh. Melihatkan cuaca kini dengan keadaan mereka bertiga, terpaksalah dia bersetuju dengan permintaan itu. Cepat-cepat dia menggendong tubuh itu. Hidayah mengambil kesempatan dengan memeluk erat leher itu.

Keadaan itu membuatkan kondisi hati Natasha semakin parah. Cemburunya semakin galak menyerang. Tangisannya seakan mahu pecah. Suaminya sedang menggendong wanita lain di hadapannya. Sungguh dia tak kuat untuk terus menyaksikan adegan itu.

"Sayang.." panggil Kayden dengan riak kurang senang. Dia bukan suka hendak menggendong Hidayah, apatah lagi di hadapan Natasha. Riak cemburu Natasha jelas kelihatan. Masaklah dia!

"Abang jalanlah dulu. Tasha ikut dari belakang" ujar Natasha dengan suara perlahan. Dia memberi laluan kepada Kayden. Wajahnya menunduk saja.

Kayden mengeluh. Terpaksa juga dia ikut rentak dua wanita itu. Satu terpaksa, yang satu lagi memaksa!

Dari arah belakang, Natasha memandang tubuh kekar itu berjalan. Cemburunya sudah memenuhi perasaan. Hilang sudah perasaan sedihnya seketika tadi.Sakitnya perasaan itu tatkala Hidayah seolah sengaja memeluk leher Kayden dengan semakin erat. Wajahnya terbias dengan riak bangga kerana mampu mengalahkan Natasha kali ini!

"KENAPA kamu bertiga ni?" tanya Tokwan tatkala melihat keadaan mereka itu. Yang sorang digendong, yang sorang berjalan kaki! Macam terbalik pulak!

Tokma sudah mencerlung tajam ke arah Hidayah. Apa pulak akal jahat Hidayah kali ini?

Opah tersentak. Wajah kasihan Natasha dipandang. Habis kotor badan kecil itu terkena lumpur. Kemudian, wajah Kayden dan Hidayah dipandang silih berganti. Apa sudah jadi ni?!

Cepat-cepat Kayden melepaskan Hidayah di atas kerusi. Wajahnya cemberut. Raut wajah Natasha ditatap.

"Kaki Dayah kena kaca Tokwan!" adu Hidayah. Suaranya melirih saja.

"Dah kenapa pulak kena kaca?" soal Tokma dengan suara yang keras. Dia kurang berkenan melihat cara Hidayah itu.

"Tokma, Opah, Tokwan, Tasha masuk bilik dulu. Nak bersihkan diri" Natasha pamit lantas cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

Kayden juga pamit lantas mengejar Natasha. Pintu bilik ditutup rapat. Baru saja nak berhadapan dengan Natasha, isterinya sudah menapak ke dalam bilik mandi.

Kayden berdiri di muka pintu. Tombol pintu dipusing. Kaget dia tatkala pintu itu dikunci. Setahu dia, Natasha tak pernah mengunci pintu ketika hendak mandi kerana Natasha tahu, dia akan menyertai Natasha mandi. Tetapi kali ini berbeza. Natasha seolah tak membenarkan mereka bersama di dalam sana.

Kayden mengeluh. Buntu pula memikirkan perkara itu. Dia rasa bersalah namun bukanlah Natasha sendiri yang memaksanya?

"Sayang..."

Terdengar bunyi air hujan mencurah-curah di dalam sana. Natasha sedang mandi. Atau mungkin sengaja tak mahu mendengar omongannya dengan berbuat demikian.

Dengan perasaan hampa, Kayden bergerak menuju ke besi penyidai. Tuala digapai. Baju dan seluar yang sudah kotor gara-gara menggendong Hidayah tadi dilepaskan. Lantas, dia membaluti tubuh dengan tuala tersebut. Punggung dihenyak di birai katil. Dia dan Natasha harus berbicara dari hati ke hati.

Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah hampir 20 minit Natasha menghabiskan masa di dalam sana. Hatinya tak keruan. Duduknya tak senang.

"Sayang.." keluhnya perlahan.

SENGAJA dia basahkan tubuh badannya dengan air hujan. Dan sengaja juga dia mengunci pintu kerana tak mahu Kayden menyertainya. Dia jadi malu dan segan untuk menunjukkan seluruh tubuhnya kepada lelaki itu. Kata-kata Hidayah terngiang-ngiang di cupingnya. Sedikit demi setitik air mata menitis dan tumpah ke kaki. Peritnya apabila ungkapan Hidayah menyapa hati.

Keyakinannya untuk bersama Kayden sudah hampir hilang dengan bicara itu. Teganya Hidayah menghina tubuh badannya. Tidakkah Hidayah tahu tubuh badan itu sarat menanggung luka dan derita paling dalam? Enggankah Hidayah membisukan saja bibir melihat kehodohan parutnya itu?

Natasha teresak-esak. Dari dalam bilik air, dia berdiri di hadapan cermin besar dan membelek tubuhnya sendiri. Tubuhnya berpaling. Parut yang hampir memenuhi seluruh bahagian belakang dan punggungnya ditatap dengan pelbagai perasaan. Parut yang 'terukir' di situ adalah bukti kekejaman Miranda dan Marisa. Serta bukti diabaikan oleh ayah kandungnya sendiri. Setiap kali melihat parut itu, hatinya sebak dan penuh duka. Traumanya kembali menerjah. Ya Allah, dia tidak kuat!

"Kalau aku jadi Abang Ib, aku jijik dengan kau!!"

Kata-kata itu terulang berkali-kali di cupingnya. Membuatkan air matanya tak mampu berhenti mengalir. Pedih, sakit, pilu, semua rasa berkecamuk dalam hati. Tunak matanya melihat kesan parut itu.

"Parut macam petak sawah!!"

Dia memejam mata. Hinaan itu terasa dirinya begitu kotor! Tak layak disentuh oleh Kayden!

Natasha tersedu-sedan! Jiwanya merintih. Dia malu dengan Kayden. Dia segan dengan dirinya sendiri.

PINTU bilik terkuak. Kayden melepas nafas lega melihat wajah Natasha di situ. Namun wajah itu kelihatan tegang saja. Didekati tubuh itu. Hendak didakap erat, namun Natasha laju menepis. Kayden tersentak.

"Sayang.."

"Tasha dah berwuduk. Kejap lagi nak Maghrib"

Natasha mencipta alasan walaupun sebenarnya dia memang sudah berwuduk.

Kayden diam. Diperhati saja gerak-geri Natasha yang mengambil baju dari dalam almari. Usai itu, dia menapak ke dalam bilik air. Kayden menghalang. Tangan Natasha ditarik.

"Tasha dah berwuduklah!" bentak Natasha.

Kayden kaget. Baru kali ini Natasha meninggikan suara kepadanya.

"Kan boleh ambik wuduk lagi?"

Suara Kayden masih lembut. Tingkah Natasha dilayan saja. Emosi si isteri sedang bergolak hebat.

Natasha diam. Sedaya-upaya dia berusaha melepaskan diri dari Kayden.Namun tak berhasil. Kudrat Kayden jauh lebih kuat berbanding dirinya.

"Kenapa nak salin baju dalam bilik mandi? Kenapa tak salin depan abang?"

Sekali lagi, Natasha membisu. Sejak pergaduhan dengan Hidayah petang tadi, perasaan kurang yakinnya makin kerap memenuhi hati. Malunya berganda-ganda.

"Lepaslah! Tasha nak salin baju"

"Salin kat sini!"

"Tak nak!" protes Natasha dengan linangan air mata. Suaranya sudah bergetar. Dia benar-benar beremosi saat ini. Mengingatkan kembali betapa hodohnya kesan parut itu, hatinya terpukul pilu.

"Kenapa degil ni?" Suara Kayden sudah naik satu oktaf. Hendak dimarah, dia kasihan melihat wajah itu yang sudah basah dengan air mata. Apa sebenarnya yang sudah terjadi?

"Kenapa menangis ni? Dayah ada buat apa-apa ke?"

Natasha geleng kepala. Dia tak mahu Kayden bertindak di luar kawalan.

"Tasha nak salin baju! Lepaskan Tasha!"

"Salin depan abang! Jangan melawan abang Tasha.."

Suara itu separuh mengugut. Dia rindu ingin melihat tubuh dan parut itu.

Ketika itu, suara guruh dan kilat silih berganti di dada langit. Hujan mula turun membasahi bumi.

Natasha tak mampu nak melawan. Tenaganya sudah habis digunakan untuk berperang dengan emosinya sendiri.

"Okey.." Natasha mengalah. Suaranya mengendur.

Serentak itu, Kayden melepaskan tangan Natasha. Diperhatikan saja tingkah Natasha yang sudah mula menyalin pakaian. Saat itu, dia perasan Natasha seolah malu dan sengaja membaluti parutnya dengan tuala.

Kayden berdiri di hadapan Natasha. Serta-merta perlakuan Natasha terhenti. Tuala yang membaluti parutnya dilepaskan. Natasha menghalang, namun Kayden terlebih dahulu bertindak. Tubuh Natasha yang semakin mengecil ditatap tak berkedip. Parut pada bahagian belakang itu ditatap lama.

Natasha segan. 'Parut itu tampak hodoh!' Terngiang-ngiang bicara itu di cupingnya. Dia melarikan diri dari Kayden tatkala suaminya mula mendekati.

"Sini!"

Suara Kayden kedengaran garau. Dia menggamit Natasha agar menghampirinya.

"Tak nak! Tasha malu.."

Terlepas jua omongan itu dari bibir mungil itu.

Kayden kaget. Malu untuk apa? Selama ini, tubuh itu selalu ditayangkan di hadapannya.

"Tasha malu. Parut Tasha nampak hodoh.." luah Natasha akhirnya.

Tangisannya jelas kedengaran. Dia tak mampu lagi untuk menyembunyikan emosinya.

Bagaikan disambar petir, Kayden teguh berdiri di hadapan Natasha. Kenapa soal itu diungkit kembali?

"Tasha malu..."

Berkali-kali kalimat itu diungkap. Serentak itu, dia memeluk tubuhnya sendiri yang hanya berpakaian dalam itu.

Kayden bungkam. Emosinya berkecamuk. Amarahnya mula memenuhi ruang hati. Raut wajah Natasha dipandang tak berkelip.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience