BAB 34

Romance Series 10131

SELESAI dengan kerjanya, dia sudah bersiap untuk pulang. Pesakit tidak terlalu ramai hari ini. Dapatlah dia menghela nafas lega. Tidak seperti sebelumnya, beratur pesakit menunggunya.

Telefon bimbit diperiksa. Ada beberapa pesanan daripada Natasha. Itu pun dihantar empat jam yang lalu! Sibuk sangat dengan kerjanya sehingga dia lupa pada telefon bimbitnya.

'aku balik kpg..bcuti di kpg kay.'

Tersentak Amira menerima berita itu. Baru saja dia berkira-kira nak ajak Natasha keluar bersama. Kayden pulak dah larikan sahabat baiknya ke kampung. Alahai!

Amira mengeluh lantas membaca pesanan seterusnya.

'busy ke babe?'

Agaknya pesanan itu dihantar ketika dia sibuk dengan pesakit tadi. Tak sempat dia nak membalas.

'miss you. lama tak lepak sama. nanti lepak sama tau? kau jgn cari kwn lain pulak masa aku takde. awas!'

Amira tertawa kecil membaca pesanan itu. Natasha memang manja dengannya. Siap bagi amaran lagi! Tasha, Tasha! Dia teringat ketika melawat Natasha bulan lepas. Ketika itu Natasha masih lagi dalam tempoh berpantang. Walaupun berpantang, dia tetap nampak segar dan cantik. Mana tidaknya, Kayden memang sangat menjaganya. Dari segi pemakanan sehinggalah ke penampilan! Beruntung benar Natasha mempunyai suami sebaik dan seprihatin itu.

Bahkan keluarga mentuanya juga sangat menyayangi Natasha. Setahu dia, selama tempoh berpantang Natasha juga dijaga dengan baik oleh mentuanya. Walaupun dijaga selama dua minggu saja, namun segala keperluan dan kebajikan Natasha terjaga rapi.

'rindu kau jugak. jaga diri elok2 kat sana. jgn kuat marah dan jaga prsaan tu. takde maknanya aku nak cari kwn baru. see u soon!'

Pesanan tersebut dihantar kepada Natasha.

Pintu bilik diketuk. Amira mengarahkan untuk masuk.

"Busy ke?"

Mendengar suara itu, laju Amira memanggung kepala. Hampir ternganga mulutnya menerima kehadiran Razif di situ. Tanpa disuruh, Razif sudah duduk di hadapannya.

"Nak balik dah?" tanya Razif seraya mengerling jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 4.36 petang!

"Iye. Apa you buat kat sini?"

Debaran di hati Amira mula berirama. Anak mata Razif tak lari dari terus memandangnya. Dia jadi segan dengan pandangan itu.

"Saja..nak lawat kawan lama. Tak boleh ke?"

"Tak!" sahut Amira.

Dahi Razif berkerut. "Why is it so?"

"Tasha tak suruh I cari kawan baru. Nanti dia mengamuk!"

Omongan Amira membuatkan Razif ketawa terbahak-bahak. Sempat pulak dia berseloroh! Dia bukan main lagi serius!

"I bukan kawan baru. I kawan lama yang baru berjumpa balik"

Bijak pula dia mengenakan Amira. Berubah air muka Amira.

"Coffee? My treat"

"I nak balik terus"

"Maybe next time?"

"Not sure"

"Then I'll wait till you're sure enough"

Wajah bersahaja Razif ditatap. Tampang machonya jelas kelihatan. Dia bukan tak sukakan Razif, namun dia tidak tahu apa sebenarnya niat Razif. Dia serik setelah apa yang terjadi kepada hubungannya dengan Haris.

"Kenapa pandang I macam tu?" soal Razif seraya membetulkan kacamatanya.

"Nope! Nothing" balas Amira. Sebenarnya jika dibandingkan dengan Haris, lelaki di hadapannya ini tampak lebih maskulin. Teringat akan Haris, sudah lama dia tak mendengar khabar lelaki itu. Entah ke mana dia menghilang!

"Amira..."

Terkebil-kebil Amira memandang wajah itu. Keningnya terangkat.

"Sure tak nak keluar dengan I?"

"Next time"

"I hope you are man of your words! I tuntut janji tu nanti"

Amira menggigit bibir. Ahh sudah! Razif menuntut janji pula. Itulah, terlanjur pulak dia berjanji semata-mata untuk mengelak.

DI dalam bilik, Kayden sudah menantinya penuh resah. Suaminya tampak gelisah duduk membelakanginya di birai katil. Kehadirannya tidak disedari oleh suaminya. Natasha mengeluh. Dia jadi teringat akan cerita sekaligus nasihat Opah terhadapnya sebentar tadi.

"Ib memang rapat dengan Dayah. Tapi dorang takde apa-apa hubungan. Opah percaya Ib mampu jaga diri dia. Lagipun, dia kan dah jadi suami kamu? Opah ni yang tengok dia membesar. Jadi Opah tahu Ib macam mana"

Natasha kesal bertindak terburu-buru. Dia sepatutnya tidak menuduh suaminya dahulu. Hatinya bisa saja mempercayai Kayden namun dia tak mampu nak menepis rasa cemburu itu.

"Ib dengan Dayah dah macam adik-beradik. Kalau pun Dayah tu ada perasaan pada Ib, Opah tak rasa Ib rasa benda yang sama. Tasha tahu tak, dulu masa Ib balik kampung sorang diri, dia selalu cerita pasal Tasha. Tak pernah tak meniti nama Tasha di bibir dia. Dia tampak sangat sayangkan kamu. Dia selalu cakap, suatu hari nanti dia nak bawak kamu balik sini jumpa kami. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat dia"

Cerita Opah bikin hati Natasha terharu. Sebegitu dalam perasaan Kayden terhadapnya. Adakah dia yang tak bisa menghargai suaminya selama ini?

"Kalau kamu tengok Dayah semacam je, kamu tegurlah dia. Tapi Opah harap jangan sampai bermusuhan. Anggap je Dayah tu mereng sikit" ujar Opah diiringi tawa halusnya.

Pecah juga tawa Natasha dibuatnya. Jemari runcingnya digenggam oleh Opah.

"Opah sayang cucu-cucu Opah. Kamu pun cucu Opah jugak. Jadi Opah harap kamu jangan berkeras sangat ye? Kalau ada yang tak berkenan, eloklah dibawak berbincang"

Nasihat dan bicara lembut dari Opah dicerna sebaik mungkin olehnya. Perlahan-lahan dia mengangguk dan memahami maksud omongan Opah. Dia berjanji akam sedaya upaya menahan rasa amarahnya. Bak kaya Opah, anggap saja Hidayah mereng!

Melihat belakang Kayden yang sasa itu, Natasha perlahan-lahan naik ke atas ranjang. Dicuit bahu suaminya. Laju Kayden menoleh. Wajah tenang Natasha ditatap.

"Sorry"

Belum sempat Kayden meluah kata, Natasha terlebih dahulu mengungkap bicara. Tangan dihimpun bersama dengan wajah comel sengaja dipamerkan.

"Sorry for what?"

Kayden tak rasa Natasha berbuat salah. Yang menjadi pesalah sekarang adalah dirinya.

"Sorry pasal tadi"

Natasha malu untuk mengakui perasaan cemburunya. Egonya masih menebal. Biarpun dia mengaku salah tetapi untuk mengakui cemburu, dia benar-benar tidak mahu.

"Kenapa dengan tadi?" Kayden sengaja mengusik.Dia tahu Natasha cemburu. Isterinya itu terlalu ego untuk mengaku.

"Janganlah tanya lagi! Tak sukalah!!" rungut Natasha.

"Okey" Kayden mengaku kalah. Yang penting Natasha tak marah lagi. Dia tersenyum lantas menindih bibir itu. Lama.

"Kay!" Natasha separuh marah. Tubuh Kayden ditolak.

"Kenapa?"

"You suka kan ambik kesempatan dalam kesempitan"

Terburai tawa Kayden. "Kesempatan apa? I buat apa?"

"You cium I!"

"Tak boleh ke?"

"Tak boleh!"

"Eleh, dia jugak yang nak!"

Natasha diam. Bergaduh dengan Kayden benar-benar bikin dia pusing.

"I dah tak boleh cium dan peluk you ke lepas ni?" Sengaja Kayden menduga. Kalau Natasha mengiyakan soalan itu, mahu merana hatinya!

"Takdelah cakap tak boleh. I cuma..." jeda Natasha lantas memandang sengihan Kayden.

"You kena janji dulu"

"Janji apa?"

"You tak boleh dekat sangat dengan Dayah!"

"Sayang, kan I dah cakap.."

"Nope! Kena janji dulu!"

"Ye sayang. I janji.. I janji tak dekat dengan Dayah" ujar Kayden sambil mengangkat tangan tanda berikrar.

Natasha senyum senang. "Awas, kalau you langgar janji!"

"Ye, I tak langgar janji! Boleh peluk tak?"

Anggukan Natasha bikin hati Kayden senang. Rasa kemenangan miliknya kini. Didakap erat tubuh kecil itu. Rindunya nak bermanja-manja! Tempoh dua bulan adalah tempoh yang sangat menyeksakan baginya.

"I nak kenalkan you dengan Dol dan Bara. Nak?" tanya Kayden usai melepaskan pelukan.

"Nakk!!" sahut Natasha dengan riang.

"Jom!"

MENERIMA ugutan daripada Kayden membuatkan hatinya mendongkol geram. Jelas terbukti yang dia tidak berharga lagi di mata lelaki itu. Segala perbuatan dan sayangnya terhadap lelaki itu hanya sia-sia. Kayden lebih memilih untuk menyebelahi isterinya berbanding dia yang dari kecil mendampingi si pujaan.

Hujung baju ditarik-tarik kasar. Perasaannya bercampur-baur. Dia cuma inginkan secebis ruangan di hati lelaki itu. Dia takkan tamak. Namun Kayden semudah itu mengabaikannya. Tidakkah Kayden tahu bahawa dia sentiasa menjadi perindu yang setia?

Foto di atas meja digapai. Tunak dia memandang wajah mereka di situ. Foto itu diambil ketika mereka masing-masing berusia 27 dan 18 tahun. Dia teringat akan perbualan mereka ketika itu.

"Abang Ib kena ingat satu benda tau?"

Kayden yang sibuk mengopek buah kelapa segera menghentikan kerjanya. Wajah itu dipandang.

"Apa dia?"

"Abang Ib.." Hidayah letak telapak tangannya di atas dada. "Milik Dayah selamanya!"

Kayden gelak. Kerjaannya disambung semula. Berkerut-kerut wajahnya mengopek buah kelapa itu.

"Abang Ib dengar tak ni?" Lengan Kayden digoncang.

Kayden tersentap. "Dayah! Abang tengah kopek kelapa ni! Bahaya tau tak? Parang ni kena Dayah nanti"

Tersenyum Hidayah mendengar bicara itu. Kayden nampak mengambil berat akan dirinya. Terbukti yang dia sangat bernilai di hati lelaki itu.

"Nah.." Kayden menyerahkan air kelapa kepada Hidayah. Kasihan pula dia lihat wajah itu. Sanggup benar gadis itu menunggu dia di situ dengan cuaca yang terik itu.

"Waaa ada upahlah! Terima kasih" ucap Hidayah dengan senyuman melebar. Bangga dapat upah kerana menunggu Kayden di situ. Cuaca pula panas terik, tak ada tanda hendak turun hujan.

"Sedap tak?" tanya Kayden.

"Sedap! Segar jadinya.."

Kayden senyum. Dia pandang sekeliling. Memang banyak buah kelapa yang dikopeknya. Dia membantu Tokwan kerana kasihan dengan keadaan Tokwan yang sudah tua itu.

"Abang Ib.."

Kayden menoleh.

"Abang sayang Dayah tak?"

Sajalah dia bertanya soalan itu. Kot-kot nampak cahaya sinar di situ, bahagianya hati!

"Dayah kan adik abang. Mestilah abang sayang"

Dari kecil dia yang turut sama menjaga gadis itu. Hidayah anak yatim piatu. Dia diangkat oleh Tokma menjadi cucunya. Hubungan mereka sangat akrab. Sehinggakan ada yang pernah salah faham akan hubungan itu. Setiap kali Hidayah diusik oleh jejaka di kampung itu, pasti Kayden menentang mereka dan memberi amaran keras. Dia tak suka Hidayah diganggu. Hidayah masih gadis. Dia tak mahu gadis itu diapa-apakan.

"Tapi Dayah tak nak jadi adik abang Ib.." Muncung Hidayah sudah ke depan. Dia mahu lebih dari itu.

"Hish, Dayah ni banyak sangat layan drama! Belajar dulu rajin-rajin ye?"

Hidayah menggeleng. "Boleh tak?"

"Boleh apa?"

"Hidayah nak jadi lebih dari adik abang" Hidayah seakan merayu. Tatapannya pada wajah hensem itu tak berkedip. Mengharap benar ada jawapan yang bisa bikin hatinya puas.

Permintaan Hidayah membuatkan Kayden tersentak. Apakah yang diinginkan oleh Hidayah sebenarnya? Dia tidak mampu menganggap Hidayah lebih dari itu. Dia sayangkan Hidayah seperti kasih sayang seorang abang terhadap adiknya. Dia tidak mahu Hidayah salah faham akan hubungan mereka.

"Imani Hidayah. Awak akan selalu jadi adik abang. Sampai bila-bila..."

Muncung Hidayah sedepa. Punah harapannya. Namun tidak mengapa. Selagi Kayden masih membujang, harapannya masih ada. Dia akan mencuba memikat hati itu.

"Tapi abang Ib akan sentiasa jadi milik Imani Hidayah kan?"

Hidayah ulang pertanyaan itu sambil meletakkan telapak tangan di atas dadanya.

"Yelah yelah"

Bosan asyik didesak oleh gadis itu, akhirnya Kayden mengalah juga.

"Yeayyy!! Abang Ib milik Dayah" Hidayah bersorak gembira.

Tampang Kayden penuh dengan senyuman. Kepala Hidayah diusap lembut. Sayangnya pada Hidayah takkan berkurang. Kerana itulah satu-satunya adik perempuan yang dimilikinya.

HIDAYAH mengetap bibir rapat. Teringat akan janji itu, hatinya sakit sendiri. Kini Kayden telah memungkiri janjinya. Dia ditinggalkan dengan penuh harapan dan janji palsu. Janji untuk terus memiliki terkubur begitu saja. Gara-gara janji itu, dia mengunci ketat pintu hatinya dari dimiliki lelaki lain. Kerana dia sangat yakin Kayden akan kembali menunaikan janjinya.

"Sampai hati abang buat Dayah macam ni! Abang kan dah janji? Kenapa janji dimungkiri? Sebab Dayah tak mampu bergaya macam Tasha ke? Abang jauh sudah berubah!"

Kenyataan yang harus diterimanya sampai bila-bila. Dia tak secantik Natasha! Kecantikan Natasha itulah yang membutakan hati Kayden dari memandangnya.

Ahhh hatinya sakit!

Dari jauh, dia mendengar suara dan gelak tawa Natasha. Anak matanya segera menangkap kelibat wanita itu dengan Kayden di hujung sana. Asyik benar mereka bermain dengan Dol dan Bara.

Melihat keriangan wajah Natasha, dia jadi muak. Asyik sekali wanita itu bermain dengan Dol dan Bara. Over betul!

"Macam tak pernah nampak sapi!" selar Hidayah dengan bibir menyenget.

Tangan disilang ke dada. Ralit matanya melihat kemesraan kedua mereka. Sebolehnya dia tak mahu membenci Natasha tetapi perasaan cemburu mendorong hatinya terisi sebegitu. Dia sedar Natasha tak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. Namun kehadiran wanita itu umpama belati tajam yang menusuk jauh ke lubuk hati. Jika dia boleh reda, bukan dengan cara begini!

done 2 bab..esok kiki sambung lagi..korang mesti nak sambung maki hidayah kan? sejujurnya kiki terhibur dgn komen korg.. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience