HARDI menatap wajah tegang di hadapannya. Sudah dua bulan ini dia berusaha memujuk Sahima agar mempercayainya. Namun isterinya itu tetap bersikeras untuk mengabaikannya. Pelbagai cara dan hadiah diberikan namun tak satu pun yang menarik minat sang isteri.
Dua bulan lepas, Sahima menerima mesej daripada Marisa dan menghantar video intim mereka. Dan pada hari yang sama juga, dia dihentam dan diserang teruk oleh isterinya. Hardi sendiri tidak menyangka Marisa setekad itu. Berani-beraninya gadis itu mengkhianatinya. Dia tidak pernah mengetahui jika selama ini Marisa merakam aksi mereka secara senyap-senyap.
Gara-gara video tersebut, Sahima sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Bahkan dia juga tidak dibenarkan untuk menyentuh isterinya lagi. Dia takut kehilangan Sahima kerana sebahagian besar saham dan aset yang dimilikinya adalah atas nama Sahima. Jika dia kehilangan Sahima, dia juga akan kehilangan segala kekayaannya. Jujur, dia tak mampu untuk hidup di dalam kemiskinan lagi.
"Takkan you masih marahkan I? Dah dua bulan benda tu berlaku kan? Lagipun tu video edit. Takkanlah I sanggup nak menipu you?"
Bahu Sahima dipaut. Dia ingin memujuk isterinya kembali.
"Huhh!" cemuh Sahima dengan wajah sinis. Dia baru saja selesai merias wajah. Pagi ini, dia ada pertemuan dengan peguam peribadinya. Dia harus melakukan sesuatu terhadap hubungan mereka.
"Darling..."
Sengaja Hardi menggoda. Bahasa tubuh yang dipamerkan menunjukkan hasratnya yang satu itu.
Sahima menjeling tajam. Dasar lelaki miang! Selama ini, dia tak mempercayai omongan teman-temannya mengenai sikap Hardi yang kerap kali dilihat bersama seorang wanita. Fikirnya, temannya hanya ingin menabur fitnah dan merosakkan hubungannya. Namun setelah video tersebut diterimanya, baru kini dia mempercayainya. Bahkan dia sendiri telah mengupah seseorang untuk menyiasat hala tuju suaminya. Ternyata, omongan temannya benar belaka. Hardi sering menghabiskan masa dengan banyak perempuan. Dia menyesal kerana terlalu percaya dengan Hardi.
"Darling..."
"Let me off!" rungut Sahima. Tubuh Hardi yang mula melekap padanya ditolak kasar.
"You nak marah I sampai bila?" Hardi hilang sabar. Pantang benar dia apabila ditolak keinginan itu.
Sahima bangkit dari duduk lantas berdepan dengan suaminya.
"Sampai bila-bila!"
"I dah mintak maaf kan?! Semua video tu hanya edit je. You tahu kan, banyak orang nak jatuhkan I"
Sahima menggerutu dengan riak keruh. "Sebab tu you senang-senang jatuh dalam dakapan perempuan tu!"
Wajah Hardi mengerut. Sungguh sukar nak meleburkan hati keras itu.
"I takde apa-apa dengan perempuan tu!" Keras dan tegas intonasi suaranya.
Sahima menyilang tangan ke dada. Dia berpaling dan menatap dirinya di dalam pantulan cermin. Lama dia merenung dirinya. Bukannya dia tidak cantik. Dia juga seksi dan punya tubuh yang menggiurkan. Dia menjaga dalamannya sebaik mungkin untuk kepuasan Hardi. Namun tetap juga suaminya makan luar! Anak? Sudah lima orang dilahirkan untuk Hardi. Pun begitu, dia tetap menjaga tubuh badannya agar tetap langsing.
"I tak tahu mana kekurangan I! I jaga diri sebaik mungkin untuk you. Tubuh I langsing, I jaga wajah I. Bahkan I dah lahirkan lima orang anak untuk you! Tapi you tetap rasa makan luar tu lagi nikmat dan sedap! Cuba cakap, apa kekurangan I?!"
Hardi membatu. Semua yang dikatakan Sahima itu benar. Hanya dia yang salah. Dia yang masih mencari hiburan luar. Sifat playboy itu sudah tertanam dalam dirinya sedari usia remaja lagi.
"I tak rasa kita patut teruskan hubungan ni. You tunggu surat dari lawyer I!"
Sahima bergerak meninggalkan Hardi yang termangu di situ. Cukup sudah peluang diberikan untuk si suami, namun hanya pengkhianatan yang dia dapat.
Hardi terduduk di atas lantai. Punah sudah harapannya. Kini dia tak punya apa-apa lagi. Segala kekayaannya juga ranap dalam sekelip mata. Ini semua gara-gara Marisa. Tunggulah, dia akan menuntut bela!
TUBUH Natasha yang putih melepak itu menggoncang imannya. Walaupun sebelum ini dia selalu melihat tubuh itu tanpa seurat benang, namun acapkali dia gagal mengawal diri. Tak teratur nafasnya tatkala Natasha menyandarkan tubuh ke dadanya. Mereka sedang berendam di dalam jakuzi.
Debarannya terasa tatkala tangan Natasha membelai kakinya. Serentak itu, bibirnya hinggap di bahu Natasha.
"Sejuk?" tanya Kayden dalam suara romantis.
Natasha berpaling. Senyuman menggoda menghiasi segenap wajah. Dada sasa Kayden tampak menggoda. Lantas dia menggeleng. Walaupun aura sejuk sudah mencucuk ke setiap rongga tubuhnya.
"Abang tak cerita lagi pasal tadi.."
Kayden mengorak senyum. Tubuh Natasha dipalingkan membelakanginya.
"Abang teringat pasal pertemuan kita dulu.." Kayden memulakan cerita sambil menggosok belakang Natasha dengan washcloth. Perlahan-lahan dia menggosok kerana risau akan melukakan parut itu.
Natasha mengerut dahi. "Yang mana satu?" Kenapa dia tidak ingat?
"Dulu sebelum kita kawen, abang pernah nampak Tasha kat pub. Abang tak pernah sangka yang Tasha suka pergi pub. Masa tu sayang datang pada abang dalam keadaan mabuk. You came with Marisa and a few friends . Tasha kata, Tasha nak ajak abang tidur sama sebab Tasha sedang main satu game. Truth Or Dare! So you chose Dare!"
Terkebil-kebil Natasha mengingati peristiwa itu. Dia memang ada ke pub bersama Marisa suatu ketika dulu. Tapi yang selebihnya dia benar-benar lupa.
"For your information, Tasha tak pernah mabuk. Tasha rasa Marisa yang kenakan Tasha. Dan Tasha pun tak jangka yang dia akan bawak Tasha pergi pub. Bodohnya Tasha sebab percaya kata-kata dia masa tu" keluh Natasha.
"Kenapa sayang cakap macam tu?"
"Marisa kata ada maklumat pasal arwah mama. Tasha kalau dengar pasal mama, hati akan lembut. Tapi tak sangka dia tipu Tasha"
"Kalau masa tu Tasha datang dekat lelaki lain, I guess you know what happen!"
Natasha bungkam. Untunglah tidak terjadi yang buruk terhadapnya.
"Lepas tu apa jadi?"
"I sent you home, but..." jeda Kayden. Belakang Natasha dikucup. Teringat pula kali pertama Natasha mengucupnya di dalam kereta. Hampir saja dia hilang kewarasan diri.
"Tapi apa?"
"Betul ke tak ingat ni?"
Hairan pula Kayden. Masakan Natasha tak mengingati langsung kejadian itu.
Laju Natasha menggeleng. Apa yang diingatinya, dia dipukul oleh Ariffin pagi itu gara-gara cerita palsu Marisa.
"Cakaplah, apa lagi jadi lepas tu?"
"Kita dalam kereta, depan hotel. Abang tak tahu rumah Tasha kat mana masa tu. Nak tanya Tasha pun tak guna. You were in your own world imagination! So abang dropped Tasha kat hotel. Tapi, masa dalam kereta Tasha cium abang"
Terjongket kening Natasha. Alamak! Setekad itukah seorang Airis Natasha masa itu?
"I know you won't remember! Tapi itulah yang berlaku. Abang hampir hilang kawalan masa tu. Nasib baik dapat kawal emosi ni. Kalau tak.."
Kayden tergelak sendiri mengingati kejadian itu. Dia berusaha mengelak dari disentuh dan dicium oleh Natasha namun Natasha tak berputus asa menggodanya. Sudahnya, dia lemas dalam kucupan wanita itu.
"Kalau tak?"
"Kalau tak, kita dah terbuai dalam dosa. Tapi masa tu dah dosa jugak. Sebab abang tak mampu nak mengelak. Cuma kita tak terlanjur. Abang dah dinodai tau masa tu?"
Terburai tawa Natasha. Dia berpaling memandang wajah si suami. Sebuah kucupan diberikan ke pipi itu.
"Sekarang kan Tasha dah bertanggungjawab. Tasha dah kawen dengan abang.." seloroh Natasha. Geli hati pula dengan bicara sendiri.
"That was my first time" akui Kayden.
Natasha mengerut dahi.
"Kissing a woman!" Kayden menyambung sekaligus membuatkan isterinya tertawa.
"Lepas tu, Tasha tidur hotel ke?"
"Aah. Tasha penat masa tu. Abang bawak naik hotel. Lepas Tasha lena, abang keluar dari bilik tu tapi check-in bilik sebelah. And you, were so much trouble by that time!"
Mengingati kenangan itu, dia senyum sendiri. Betapa susahnya nak menguruskan Natasha ketika itu. Macam-macam saja karenahnya. Didorong perasaan bimbang, dia rela menginap di bilik sebelah bagi memastikan Natasha tetap selamat. Sehinggalah Natasha kembali ke rumahnya, barulah dia dapat menghela nafas lega.
"Kenapa abang sanggup buat macam tu?"
"Because I fell for you for the very first time I laid my eyes on you"
Tersentak Natasha mendengar pengakuan suaminya. Kenapa dia tidak pernah tahu akan kewujudan Kayden ketika itu?
"Kenapa Tasha tak pernah tahu?"
"You never ask until today.."
Tubir mata Natasha bergenang. Bertuahnya dia punya Kayden sebagai suami. Lelaki itu cukup menjaga dan sangat mencintainya. Apa lagi yang dia pinta??!
"Thanks" Sebuah kucupan dilayangkan ke pipi itu. Suaranya serak, menahan sebak di dada. Dia cintakan Kayden, terlalu dalam!
"You're always welcome!"
Bibir Natasha ditindih.
"Abang..."
"Let me finish"
Dada Natasha tempat bibirnya singgah. Gelora itu kembali menjengah. Ahh dia bisa gila!
"Tasha belum mandi wajib.."
"Lepas ni kita mandi wajib.." Kayden senyum nakal.
NATASHA merapati Opah. Lehernya memanjang, memerhati apa yang dilakukan oleh Opah. Bibir diketap. Dia juga ingin membantu Opah di dapur. Melihat Hidayah di situ, hasratnya terpadam.
"Tasha"
Segera Natasha menoleh tatkala dipanggil oleh Opah.
"Ye Opah?"
"Tolong Opah kopek bawang ni. Boleh ke?"
Natasha tampak teruja. Cepat-cepat dia mengangguk kepala. Tempat bawang dan pisau sudah diletakkan di atas meja. Punggung dihenyak di atas kerusi berhadapan dengan Hidayah yang sedang sibuk dengan komputer ribanya.
"Tak habis lagi ke kerja kamu tu Dayah?"
"Belum Opah! Masih mencari lagi ni" sahut Hidayah dengan wajah serius. Satu demi satu artikel dibaca namun semuanya menemui jalan hampa. Kriteria yang dicari semua menepati kelayakannya. Hanya wang saja yang menjadi kekangan kini.
Natasha diam. Pedih matanya mengopek bawang merah. Dia malas nak ikut campur hal Hidayah. Karang risau wujud perang dunia pula!
"Tak jumpa lagi ke?" tanya Opah lantas berdiri di sisi Natasha. Melihat cucu yang satu itu mengopek bawang, dia rasa nak tergelak pula. Merah padam mukanya menahan pedih.
"Okey ke Tasha?"
Natasha senyum. "Pedihlah Opah!"
"Alaa kopek bawang je pun! Tu pun nak berdrama bagai" sindir Hidayah.
Bicara Hidayah dibiarkan saja. Nak bertekak pun dia tiada mood.
"Tak payah sindir orang! Buat je kerja kamu tu" tegur Opah. Hidayah ni memang tak pandai jaga mulut betul!
Hidayah diam. Harapannya dari dulu ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun impian tersebut terpaksa dipendam kerana kekangan wang. Pagi itu, dia sajalah nak cuba nasib. Manalah tahu, dapat berita baik.
"Semuanya jauhlah Opah! Lepas tu nak fikir duit lagi. Macam mana ni?"
"Berapa yang kamu perlukan?"
"Banyaklah jugak. Nak harap biasiswa, manalah Dayah ni layak. Umur Dayah ni dah 26 tahun, kawan lain semua dah convo! Dayah je masih terperuk kat sini. Macam takde masa depan!" rungut Hidayah dengan riak sedih.
Opah diam. Kasihan dia melihat wajah itu. Dia tahu benar akan harapan Hidayah untuk menyambung belajar. Namun disebabkan kekangan wang dan keadaan hidup mereka, Hidayah terpaksa melupakan hasrat itu.
"Nantilah Opah bincang dengan Tokwan. Opah ni dapat bantu sikit je. Selebihnya Opah harap usaha kamu sendiri"
Hidayah angguk. Wang hasil kerja di kedai runcit Adam disimpan di dalam tabungan. Namun berapalah sangat jumlah wang tersebut.
"Dah Opah! Opah nak masak apa? Boleh tak Tasha tolong? Lepas tu, bolehlah Tasha belajar masak jugak"
"Boleh jer sayang! Baguslah, belajar masak. Nanti berkat hidup rumah tangga. Tasha tahu tak, air tangan isteri setara dengan pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah. Jadi isteri umpama ladang pahala untuk kita. Berpuasa, taat pada suami, menutup aurat, mengerjakan solat, jadi isteri solehah, Allah ganjarankan dengan pahala syurga. Seorang isteri boleh pilih nak masuk syurga yang mana asalkan memenuhi syarat tadi"
Terharunya Natasha mendengar omongan itu. Dalam hati, dia ingin menjadi isteri solehah untuk Kayden. Namun mampukah dia?
"Tasha nak jadi isteri solehah. Boleh ke Opah?"
Hidayah yang mendengar segera mencebik. Penampilan yang terdedah seperti itu nak berubah? Dia tak rasa Natasha mampu istiqamah! Tak pernah pula dia nampak Natasha solat.
"Mestilah boleh! Tasha berniat dan perlahan-lahan berubah. Nanti Allah pasti kabulkan. Tapi kena kuat. Nak berubah ni mudah. Yang susahnya istiqamah"
Natasha mengangguk faham. Dia masih perlukan ajaran dari Opah. Sementara masih di kampung, dia akan berusaha untuk terus belajar.
"Nanti Opah tolong Tasha ye?"
Opah mengukir senyum seraya mengangguk. Senang hatinya melihat niat suci Natasha itu.
"Lupa pulak Opah nak tanya. Ibrahim mana?" tanya Opah. Dari tadi dia tak nampak kelibat Kayden.
"Abang keluar dengan Tokwan tadi. Katanya ke kedai kopi Pak Ali"
Opah mengeluh. Awal-awal lagi suaminya sudah angkut Kayden keluar. Ni mesti nak sarapan kat kedai Ali tu!
Hidayah mengemas laptop. Pening kepalanya melihat skirn laptop yang bergerak laju itu.
"Haa nak ke mana tu?" tegur Opah tatkala melihat langkah Hidayah yang mulai teratur itu.
"Nak keluar kejap!"
Opah menggeleng kepala. Ni lagi sorang! Tak sedar diri tu anak dara, sibuk jugak nak keluar pagi-pagi ni!
"Opah, Tasha ada nak tanya ni"
"Apa dia?"
Natasha tersengih. Dah terlanjur itu, ingin juga hatinya nak menanya. Saja nak menyibuk!
happy reading ?
Share this novel