BAB 32

Romance Series 9656

"YOU pergi mana? Dari tadi I tak nampak"

Tampang Kayden menyenget dengan senyuman. Dia duduk di hadapan Natasha yang sedang enak menjamu selera. Resepi pantang yang dimasak oleh Mak Yah nampak menyelerakan.

"I ada benda nak buat" balas Kayden sambil memerhati ayam bakar itu. Perutnya berbunyi minta diisi.

"Benda apa? You ni banyak rahsialah!" omel Natasha dengan riak kurang senang.

Kayden tertawa kecil. Haruskah dia memberitahu perkara tersebut kepada Natasha atau mendiamkan saja dahulu? Hatinya khuatir dengan penerimaan isterinya nanti.

"Kerja sayang..Nampak sedaplah makanan you"

"You nak ke?"

Mata Kayden bersinar. "Boleh ke?"

"Mestilah boleh! Mulai sekarang, apa yang I makan, you kena makan. Apa yang I minum, you kena minum"

Kayden menelan liur. Yang part minuman itu dia rasa tak sedap hati pula. Tekaknya rasa kembang.

"Duduk.. I ambikkan pinggan"

"Takpe" Kayden menegah. Tangan Natasha diraih. "Biar I yang ambik. You duduk je"

Usai mereka makan, Kayden mengemas meja dan membawa pinggan kotor ke sinki. Entah kenapa tangannya ringan saja nak membasuh. Otaknya sedang berfikir. Bagaimana caranya untuk memberitahu perkara sebenar kepada Natasha? Dia risau sekiranya emosi Natasha terganggu.

"Kay..."

Tersentak Kayden ketika Natasha berdiri di belakangnya. Jarak mereka sangat rapat sehingga nafas dan dengupan jantungnya kedengaran. Gelora Kayden membuak-buak. Natasha seolah sengaja menggodanya.

"Kenapa termenung ni? Ada something ke?"

Suara gemersik Natasha mengacau-bilaukan hatinya. Aduhh hati! Sabar please!! Kalau tidak mengenangkan Natasha yang sedang berpantang, pasti didakapnya erat tubuh itu.

"I ada benda nak bagitahu you. Tapi I risau you tak boleh terima"

Natasha senyum menggoda, sengaja menguji hati Kayden. Pipu Kayden dielus manja. Dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Kayden.

"Tell me"

EMIR mengangguk faham. Serentak itu, bibirnya mengeluh panjang. Penjelasan daripada Doktor Naily cukup difahami. Namun yang belum bisa dia mengerti, bagaimana dan kenapa Ariffin berakhir di tempat ini? Adakah dia hanya berpura-pura atau sebaliknya? Tetapi ujian imbasan menunjukkan yang sebaliknya terjadi. Persoalannya, kenap pula tiba-tiba?

Dengan keadaan Ariffin yang diserang mental secara tiba-tiba itu disahkan oleh doktor, maka sulitlah rancangan Kayden untuk memasukkan dia ke dalam penjara. Adakah Ariffin sengaja pura-pura gila untuk mengelak hukuman penjara? Arghh! Sungguh dia tak mengerti.

Derap kakinya sudah berada di hadapan Ariffin. Lelaki tua itu tersengih-sengih sambil melukis sesuatu di dinding. Lagaknya pula memang sudah seperti orang gila!

"Aku tak tahulah kau ni berpura-pura atau memang betul kau gila. Tapi satu yang pasti, Kayden tetap takkan lepaskan kau!"

Mendengar suara Emir, laju Ariffin menoleh. Crayon yang dipegang diberikan kepada Emir.

"Lukis....lukis..." pintanya sambil menepuk tangan.

Dahi Emir mengerut. Gila betul orang tua ni! Crayon tadi dicampakkan di atas lantai.

Melihat itu, Ariffin mula marah. Dia mendekati Emir dan menumbuk dada lelaki itu.

"Jahat!! Jahat!! Orang jahat!!" jerit Ariffin sambil menangis. Tak berhenti dia menumbuk dada itu.

Emir tercengang. Dia berusaha melepaskan diri daripada cengkaman Ariffin namun tak berhasil.

"Lepaslah!!" rungut Emir.

Keriuhan di dalam bilik itu membuatkan beberapa orang staf hospital menghampiri mereka.

Tubuh Ariffin ditarik lantas diletakkan semula di atas katil. Kemudian kedua tangannya diikat ke dinding.

Emir memegang leher sendiri sambil terbatuk-batuk. Hampir hilang nafasnya gara-gara dicekik lelaki itu.

"Encik okey?" tanya salah seorang staf di situ. Emir hanya angguk.

"Jangan biarkan dia terlepas! Nanti tak memasal orang lain pulak yang jadi mangsa"

Semua staf mengangguk. Emir melangkah keluar dari bilik itu. Ngeri benar memikirkan sikap ganas Ariffin tadi.

"Dah gila pun masih ganas! Hihh!"

MATA Miranda memandang sekeliling. Dari dinding ke siling, dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah. Bilik yang menempatkan dia sangat kecil dan tertutup. Ruang untuk tidur juga hanya cukup-cukup. Sudahlah dia harus berkongsi bilik itu dengan seorang perempuan tua. Maka sangat terhadlah ruang itu buatnya.

Miranda menyumpah dalam hati. Dia takkan sesekali memaafkan Kayden dan Natasha kerana telah memasukkan dia ke dalam penjara. Dendam akan dituntut juga nanti.

Terbayang akan kemewahan dan keselesaan di dalam hidupnya sebelum ini, hatinya merintih. Dia mahu kembali ke kehidupan itu. Dia begitu merinduinya. Dia tak mahu berada di dalam sangkar itu, bak seekor burung yang tak mampu bebas.

Teringat kembali akan penangkapan mereka di rumah semalam, dia dan Ariffin benar-benar tidak menyangka dengan kehadiran pihak polis di situ. Saat pertuduhan dibacakan di hadapan mereka, lutut dan anggota badan menggigil ketakutan. Segala-galanya sudah jelas terbongkar disertakan dengan bukti. Penganiayaannya terhadap nama Kayden juga sudah terbongkar. Kini dia dan Ariffin tidak mampu untuk melarikan diri lagi. Dalam kekalutan itu, Ariffin tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital. Di sana, pihak polis tidak boleh menangkapnya kerana dia disahkan menghidap penyakit mental dan harus dibawa ke hospital sakit jiwa.

Meremang bulu roma Miranda mendengar berita itu. Apakah benar Ariffin sudah gila atau suaminya hanya berpura-pura? Namun keputusan imbasan pihak hospital tidak mungkin sesekali menipu.

Marisa pula entah hilang ke mana. Dia kini dalam pencarian pihak berwajib. Entah ke mana anak yang satu itu bersembunyi. Dia risaukan keselamatan Marisa. Adakalanya, anak gadisnya itu bisa melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Arghh!!" Miranda menjerit sambil menarik rambut sendiri. Hatinya mendongkol geram.

"Hoii!!" sergah perempuan tua tadi. Wajahnya keruh memandang Miranda. Ada kesan parut di tepi mata kanannya.

Miranda menoleh. Tertelan air liurnya tatkala mata itu mencerlung tajam ke arahnya.

"Bilik ni, bukan kau sorang je yang guna! Aku pun sama. Jadi hormat sikit!"

Miranda diam. Dalam hati dia sudah menangis. Tempat itu menakutkan. Bak neraka!

"Aku sepak kanggg!!" sambung perempuan tua tadi. "Sekali lagi kau buat bising, berkecai isi-isi dalam perut kau tu!"

Mendengarkan itu, Miranda menelan liur. Badannya menggigil. Rasa takut mula menyerang. Bagaimana harus dia menghadapi hari-hari mendatang?

HANYA diam membisu Natasha setelah mendengar cerita yang dibawa oleh Kayden. Sungguh dia tidak menyangka akan nasib yang menimpa papanya. Namun yang lebih mengagetkannya adalah sekelip mata saja Miranda tertangkap. Adakah itu bererti hidup mereka sudah aman? Dan dia harus bertenang kerana tiada lagi desakan dan gangguan daripada Miranda?

Atau segala-galanya hanya baru bermula?

"I sebenarnya tak tahu nak bagitahu you perkara ni ataupun tak. Tapi I tak rasa yang I kena berdiam diri. I'm sorry about your dad" Kayden ingin menyalahkan diri sendiri namun keselamatan rumah tangganya yang lebih penting saat ini.

"It's okay. I faham. So papa I kat hospital sakit jiwa?"

Kayden angguk. Natasha mengeluh.

"Apa yang I kena buat sekarang?"

"I tak rasa papa you betul-betul gila. Maybe he's pretending" Kayden membuat andaian.

"Tapi scan result tu berpihak pada dia"

Jika benar andaian Kayden, bagaimana pula dengan keputusan imbasan pihak hospital? Masakan pihak hospital menipu tentang perkara ini. Apatah lagi ianya membabitkan campur tangan pihak berwajib.

"Itu yang peliknya. Takkan papa you sekongkol dengan doktor untuk palsukan keputusan tu?"

Diam. Masing-masing sibuk memikirkan soal itu. Ariffin bukan setekad itu. Namun jika dia benar-benar tekad, bermakna hidup mereka masih belum aman!

"You know your father well.." ujar Kayden. Tunak matanya memandang wajah tegang itu.

"Kay..."

"I know. Jangan risau pasal kita okey? I akan pastikan takde sesiapa yang sakitkan you lagi.."

Kayden memberi jaminan. Sejujurnya dia juga risau dengan apa yang berlaku. Apatah lagi Marisa juga hilang entah ke mana. Dia yakin, Marisa pasti kembali untuk membalas dendam.

"How about Marisa?"

"Pihak polis masih lagi mencari dia. Dan I akan kerahkan orang untuk cari dia jugak"

"I tahu, dia pasti kembali untuk membalas. I know her. She's my stepsister anyway" keluh Natasha. Mereka membesar bersama walaupun hanya berstatus adik-beradik tiri. Buah pemikiran Marisa sudah mampu ditebaknya.

"Don't worry too much okay? I tak nak you stress. You masih perlu jaga diri"

Natasha mengangguk setuju. Dia yakin, buat masa sekarang Marisa belum berani memunculkan diri.

"Nanti lepas you habis pantang, kita balik kampung I nak?" cadang Kayden.

Sudah lama dia kepingin membawa Natasha ke kampung halamannya. Hajatnya sering tak kesampaian kerana masalah yang menimpa. Kini sementara masalah masih lagi reda, dia harus mengambil peluang ini untuk menenangkan diri di sana bersama Natasha.

"Serius?" Natasha seakan tak percaya.

Kayden angguk dengan senyuman di wajah.

"Nak tak?" tanya Kayden.

"Nak!!" sahut Natasha riang lantas memeluk erat tubuh suaminya. Tak sabar nak habiskan pantang. Dia sudah punya rencana baru.

DUA BULAN KEMUDIAN...

LANGKAH kakinya dihayun mendekati lelaki tua itu. Tampak tenang lelaki itu duduk di atas katil sambil mengira sesuatu di atas siling. Entah apa yang menarik perhatiannya, ralit sekali tingkah anehnya itu.

Sesekali, kedengaran tawa halus dari bibir itu. Mengilai seperti ada sesuatu yang melucukan hati. Kemudian, bersambung pula dengan tangisan dan amarah seolah-olah sudah lama memendam rasa.

Tepat di hadapan Ariffin, derap kaki Natasha terhenti. Riak tak bersalah Ariffin dijamah. Entah apa yang sedang berlegar-legar di fikiran lelaki itu. Kehadiran Natasha sedikit pun tak menjentik hatinya.

"Papa..." seru Natasha dengan nada sebak. Tenggelam timbul suaranya menahan pelbagai rasa di hati. Melihat keadaan Ariffin yang digari di sisi katil itu, hatinya luluh sekali.

Ariffin menoleh. Namun riak pada wajah itu menunjukkan tiada perasaan apa-apa. Pandangannya kembali ke atas siling. Mengira dan terus mengira sesuatu.

"Tasha ni.. anak papa" ujar Natasha lagi. Sekejam apapun Ariffin terhadapnya, perasaan sayangnya tetap tak mampu diusir.

"Shhh..shhh...jangan bising" ujar Ariffin sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

Natasha sudah menangis. Rapuh benar hatinya melihat keadaan Ariffin seperti itu. Namun dia harus tetap kuat.

"Aku tengah tengok bintang atas tu. Tengok tu, cantikk!!" kata Ariffin lagi.

"Pa..." Natasha menyentuh bahu Ariffin. Perlahan-lahan langkah kaki diatur mendekati Ariffin. Lantas, tubuh itu didakap erat bersama tangisan yang tak mampu reda. Sudah lama dia ingin memeluk tubuh itu. Betapa rindunya dia pada sentuhan dan kasih sayang seorang ayah.

"Pergi!! Pergi!!! Jangan ganggu aku! Pergi!!"

Tubuh kecil Natasha ditolak menyebabkan dia terpelanting tidak jauh dari katil Ariffin. Untung saja Kayden cepat tiba di situ. Cepat-cepat dia menahan Natasha daripada jatuh.

"Are you okay?" tanya Kayden dengan riak bimbang. Dari tadi dia ingin menemani isterinya tetapi Natasha menolak. Perasaannya pula tak tenang kerana staf di situ sering mengingatkan untuk berhati-hati dengan Ariffin. Lelaki itu agak bahaya dan bisa mencelakan sesiapa sahaja.

Soalan Kayden dibiarkan sepi. Dia bergerak mendekati Ariffin. Wajah itu ditatap lagi.

"Paa!" jerit Natasha lalu menyentuh wajah Ariffin. Dia memaksa Ariffin untuk memandangnya.

"Ini Tasha. Anak papa. Papa tak ingat?!"

Ariffin menolak kasar tangan Natasha yang melekap pada wajahnya. Sebolehnya dia tak mahu menatap mata dan wajah itu.

Natasha tersenyum pahit. "Papa ingat Tasha kan? Sebab tu papa tak berani nak pandang muka Tasha lama-lama. Sebab muka ni mengingatkan papa pada kenangan pahit. Muka ni buat papa takut. Muka ni yang sering papa dera, yang selalu papa abaikan!" bentak Natasha. Dia yakin Ariffin masih bisa mengingatinya walau cuma secebis kenangan lama.

"Sayang.." Bahu Natasha diraih. Dia tidak tega melihat Natasha bertingkah seperti itu.

"Papa mungkin sakit mental. Tapi papa tak mungkin boleh lupa pada wajah yang sering papa seksa dulu. Wajah ni yang akan sentiasa menghantui papa!"

Air mata yang berlinangan diseka. Wajah Ariffin yang berubah ditatap lagi. Dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik wajah itu.

"I know you very well. Dan Tasha yakin yang papa sebenarnya bukan gila! Takpe. Carry on. Tasha nak tengok sejauh mana papa mampu bertahan dengan keadaan macam ni. Ingat satu benda pa!"

Natasha sudah berdiri di hadapan Ariffin yang tidak terkutik itu. Perlahan-lahan dia menunduk lantas membisikkan sesuatu ke cuping telinga Ariffin.

"Harta dan aset papa automatically is mine! Because you're insane and unable to perform. Papa tahu apa Tasha akan buat dengan harta tu?" Sinis! Sehingga tubuh Ariffin terketar-ketar. Anak matanya menikam tajam ke dalam pandangan itu.

"Papa tak gila! I know that. Papa cuma nak mengelak daripada hukuman undang-undang. But it's okay! Tasha akan tunggu dan tengok sehebat mana lakonan papa!"

Usai berbicara, Ariffin meludah tepat ke wajah Natasha. Kemudian dia bertepuk tangan dan tersengih-sengih.

Mata Natasha terkatup rapat. Wajahnya dilap sambil keluhan berat kedengaran. Sekilas, mata dibuka. Pandangan keduanya bersabung.

"Bertaubatlah pa. Tasha takkan jejak kaki ke sini lagi. Apapun yang terjadi selepas ni, Tasha harap papa sentiasa dirahmati..." ujar Tasha seraya meletakkan sekeping gambar di atas meja.

Langkah diatur keluar. Kali ini, dia tidak akan menoleh lagi ke belakang. Ariffin sudah membuangnya. Dan dia pasrah!

happy reading. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience