BAB 25

Romance Series 8335

TUBUH Natasha dicempung sehingga ke atas ranjang. Perjalanan yang memakan masa selama lima jam itu membuatkan isterinya kepenatan lantas tertidur. Kasihan pula dia melihat wajah polos itu. Natasha nampak saja kuat, namun dalamannya hatinya begitu rapuh. Tak sanggup dia nak mendengar cerita-ceritanya yang menyakitkan itu.

Tidak disangkanya, Natasha menderita semenjak dari usia kecil lagi oleh ahli keluarganya sendiri. Ayah yang seharusnya menjadi pelindung hanya menutup mata dan membutakan hati. Penderitaan itu pula hanya dipendam seorang diri. Tidak mustahillah kenapa Natasha begitu dingin dan sukar untuk mempercayai sesiapa. Kini dia mengerti akan nasib dan penderitaan isterinya.

Wajah tenang Natasha ditatap.Betapa dalam cintanya pada wanita itu. Tadi tiba saja di rumah, dia tak sampai hati nak kejutkan Natasha. Lantas dicempung saja tubuh itu ke dalam kamar.

Air-conditioner dihidupkan. Seraya itu, dahi dan pipi Natasha dikucup manja. Dia menapak ke dalam kamar mandi lantas membersihkan diri. Usai itu, dia keluar dan mengatur langkah ke arah almari. T-shirt pendek dan seluar pendek dikeluarkan.

Notifikasi dari telefon bimbit Natasha menyentakkannya. Digapai telefon itu di atas meja. Pesanan daripada Marisa dan Ariffin diterima. Berkerut-kerut dahi Kayden membaca setiap baris ayat tersebut.

'kau kena tepati janji kau utk serahkan kayden pd aku! kalau tak, aku akan buat hidup kau merana!'

Kayden mengetap bibir. Tak pandai serik Marisa nak menyusahkan hidup isterinya.

Pesanan daripada Ariffin pula dibaca.

'aku nak jmpa kamu. kamu kata nak cerai kan? baik, aku setuju. kalini, aku takkan bantah lagi kptusan kamu. mari kita jmpa. tak payah bagitau kayden'

Penumbuk dikepal. Bibirnya mencemuh. Tak habis-habis lagi mereka ini mengganggu isterinya. Wajah Kayden keruh. Apa hak Ariffin untuk mengatur rumah tangga mereka? Dia harus mengatur rencana untuk membalas. Jika tidak, tidak tenanglah hidupnya di sisi Natasha. Hairan pula dia, kenapa Ariffin tiba-tiba bersetuju dengan penceraian mereka? Menurut Natasha, Ariffinlah orang pertama yang membantah sekeras-kerasnya keputusan itu. Dia yakin, ini ada kaitannya dengan Marisa.

Senyuman sinis tersungging di wajah itu. Jelas yang Ariffin lebih mementingkan Marisa dibandingkan Natasha. Tidakkah dia sedar Natasha adalah satu-satunya anak kandungnya?

Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor seseorang didail seraya dia menjarakkan diri dari Natasha.

"Buat sesuatu untuk aku!"

SINIS senyuman pada wajah cantik itu. Kali ini, dia akan pastikan dia menang. Segala yang menjadi milik Natasha akan dirampasnya satu-persatu. Dia sudah berjaya merampas keluarga Natasha. Segala kasih sayang dan perhatian hanya terarah kepadanya semenjak dari kecil lagi. Bahkan sebahagian daripada harta Ariffin kini sudah sah menjadi miliknya. Hanya ada satu lagi yang dia inginkan. Kayden!

Tadi dia berjaya menghasut Ariffin mengenai hubungan Natasha dan Kayden. Betapa bijak dia mengatur bicara sehingga orang tua itu bersetuju dan menurut kehendaknya.

"Papa kan masih ada Mar? Cuba bayangkan kalau Mar kawen dengan Kayden. Papa akan untung sepuluh kali ganda daripada sekarang. Takpelah kalau Tasha bercerai dengan Kayden. Papa masih ada seorang lagi anak perempuan. You can always count on me!"

Kata-kata itu hanya membuatkan Ariffin membisu. Banyak yang difikirkannya. Kenapa tidak dari dulu lagi dia mengahwinkan Marisa dengan Kayden? Kenapa pula harus Natasha? Perkahwinan mereka memang menguntungkannya tetapi hanya sedikit saja.

Jika Marisa yang menjadi isteri Kayden, agaknya kehidupannya jauh lebih baik dari ini. Natasha pun tidak boleh diharap. Bukan boleh bagi dia cucu. Setidak-tidaknya, jika Natasha mengandungkan keturunan Kayden, maka mudahlah untuknya masuk jarum. Sekarang, apa sudah jadi?Natasha pula tidak menunjukkan minat terhadap Kayden. Dia risau pula sekiranya perkahwinan mereka berakhir dengan sia-sia.

"Mar cintakan Kayden?"

Soalan itu dibalas dengan anggukan.

Miranda di sisi menggenggam erat jari-jemari anaknya. Sekiranya Ariffin bersetuju, senanglah kerja mereka. Natasha akan dibuang jauh dari mereka. Lagipula, Natasha sudah tidak berguna untuk mereka lagi.

"Kenapa tak bagitahu dari dulu? Kalau tak, papa dah pinangkan Kayden untuk Mar. Bukan untuk Tasha"

Mencebik Marisa dengan soalan itu. Dari dulu lagi Ariffin tak pernah menanyakannya. Asyik memikirkan tentang kebajikan Natasha saja.

"Papa kan asyik fikir pasal Tasha. Papa pun tak pernah tanya Mar"

"Yelah you! You tak pernah tanya Mar. Asyik Tasha je you tanya. Lepas tu, you asyik aturkan date Tasha dengan lelaki lain" sahut Miranda pula. Sengaja nak mengapi-apikan keadaan.

Ariffin tergelak. Tujuan utamanya berbuat demikian kerana ingin mengahwinkan Natasha secepat mungkin. Manalah dia nak tahu Marisa juga berminat. Lagipun, Marisa waktu itu masih sibuk belajar.

"I manalah tahu Mar sukakan Kayden jugak. Kalau I tahu, dah lama I aturkan dia dengan Kayden"

Marisa mendekati Ariffin. Dipicit-picit tangan itu, sekadar mengambil hati.

"Sekarang papa kan dah tahu! Jadi papa buatlah apa yang patut. Mar yakin Tasha akan dengar cakap papa. Papa tunaikanlah apa-apa permintaan dia. Asalkan dia mahu bercerai dengan Kayden.." Marisa berusaha untuk memujuk. Dia pamer senyuman manja.

Ariffin tertawa kecil. "Yelah! Nanti papa cakap dengan Tasha. Jangan risau, anything for my little baby"

Mengingatkan janji dan bicara Ariffin, hati Marisa puas. Tak sabar dia nak melihat perpisahan Kayden dan Natasha. Yang pasti, menjadi isteri Kayden banyak kelebihan. Paling penting, dia bakal disayangi dan dicintai!

NATASHA tersedar dari lena. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul satu. Lamanya dia lelap. Batang lehernya rasa macam nak patah. Sedar-sedar je, dia dah tercampak di atas ranjang itu. Pasti kerja suaminya.

Teringatkan Kayden, anak matanya lantas mencari-cari kelibat itu. Dia tak nampak Kayden di mana-mana. Turun dari katil, dia bergegas ke lif. Masuk ke dalam lif, ditekan butang nombor satu yang menuju ke ruang tamu.

Pintu lif terbuka. Natasha menapak keluar. Keadaan rumah sangat sunyi. Mana pergi semua orang? Kelibat Kak Lina yang sedang mengemas kabinet televisyen diperhatikan. Enak saja wanita itu bergelek sambil menyanyi. Tak sedar dia diperhatikan oleh Natasha.

'Cinta satu malam
Oh indahnya'

Kak Lina berpusing. Mati tingkahnya tatkala melihat Natasha sedang ketawa memerhatikannya.

"Amboi Kak Lina! Seronok ea bergoyang?" tegur Natasha lantas duduk di atas sofa.

Kak Lina tersengih. "Ala saja nak hiburkan hati! Sambil mengemas ni"

Natasha mengekek. "Kak, mana semua orang? Senyap je rumah ni"

"Bik Ros ada je dalam bilik dia. Dewi dengan Mika kat luar kot.."

"Kayden?" Dari tadi dia mencari kelibat itu tetapi tidak ketemu.

"Dia keluar kejap. Katanya ada hal. Akak lupa nak bagitahu kau"

Natasha mengeluh. Hal apa yang memerlukan Kayden keluar jam-jam segini? Mereka baru saja balik dari pulau. Kayden pula tidak mengirim sebarang pesanan kepadanya.

"Ala tak payah risaulah! Kayden cakap, dia setia kat kau. Dia dah pesan kat akak awal-awal yang kau akan persoalkan mana dia pergi. Jadi dia suruh kau buka laci dalam almari bilik tu. Nanti kau tahulah mana dia pergi"

SELESAI saja urusan yang satu itu, Kayden menapak keluar dengan wajah sinis. Sempat dia membisikkan sesuatu kepada Emir. Emir mengangguk faham. Menerima arahan daripada Kayden, laju saja Emir masuk kembali ke dalam rumah tersebut. Kayden menunggu diluar. Badannya bersandar pada pintu kereta.

Ketika itu, dia ternampak ada sebuah kedai emas di seberang jalan. Juliana Goldsmith! Bibirnya mengulum senyuman apabila teringat akan perbualannya dengan Natasha ketika masih di pulau tempoh hari.

Derap kaki diatur menuju ke kedai emas tersebut. Sempat dia kirimkan pesanan kepada Emir untuk menunggunya setelah urusan selesai.

Masuk saja ke dalam kedai emas, dia bungkam melihat begitu banyak aksesori perhiasan yang cantik dan sudah pastinya mahal! Seorang pekerja perempuan bertag nama Deena menghampirinya dengan penuh senyuman.

"Encik, ada apa yang saya boleh bantu?"

"Saya nak cari rantai untuk isteri saya"

"Kalau begitu, encik ikut saya. Rantai di sebelah kanan"

Kayden mengekori langkah Deena sambil matanya melilar memandang sekeliling. Nampak cantik! Dia mula membayangkan jika Natasha memakai semua perhiasan itu. Tetapi adakah Natasha gemarkan emas? Kerana selama ini dia tidak pernah nampak walau seutas emas pun dipakai oleh isterinya. Hanya cincin kahwin mereka saja yang menghiasi jari manisnya.

"Sini encik.." Deena menunjuk ke arah bahagian rantai. Ada beratus jenis rantai yang berbeza corak dan berat. Kayden duduk di salah satu kerusi dan memerhati satu-persatu rantai emas tersebut.

"Encik nak cari yang macam mana?"

Kayden diam. Teringat pula perbualannya dengan Natasha tempoh hari. "I suka bangau"

"Yang bentuk bangau ada tak?"

Deena diam memerhati satu-persatu rantai di situ. Bibirnya tersungging senyuman manis. Ada seutas rantai berbentuk seperti bangau di hujung sana. Sekeliling hiasan bangau pula bertatahkan emas yang berkilauan.

"Ni encik" Deena tunjuk rantai tersebut.

Kayden senyum melihat rantai tersebut. Nampak cantik dan eksklusif! Pasti nampak lagi cantik dipakaikan di leher jinjang isterinya.

"Okey, I'll take this!"

NATASHA tergumam dengan apa yang dilihatnya di hadapan mata. Segala bukti gambar dan video berkenaan Nilam kini terbentang di hadapannya. Dahinya mengerut. Dia benar-benar tidak faham bagaimana bukti itu bisa jatuh pada tangan Kayden.

Apa sebenarnya yang telah terjadi? Kenapa Kayden tidak pernah memberitahunya apa-apa?

Setahu dia, bukti itulah yang ingin diserahkan Marisa kepadanya. Sebagai balasan, dia dan Kayden harus berpisah. Namun memandangkan hubungannya dengan Kayden sudah menapak ke fasa baru, dia tidak perlu membuat perjanjian tersebut dengan Marisa. Yang menjadi persoalannnya sekarang, bagaimana Kayden mendapatkan bukti itu? Adakah ada sebarang perjanjian di antara Kayden dan Marisa yang tidak diketahuinya?

Telefon bimbit berbunyi. Dia baca pesanan daripada Kayden.

'you dah bangun? sorry i pergi tak bagitahu you. i have something for you. tggu i balik'

Natasha tak membalas pesanan tersebut. Sebaliknya dia ralit membaca pesanan daripada Marisa dan Ariffin. Berkerut dahinya. Apa yang ingin dibincangkan Ariffin dengannya? Kenapa Marisa tak habis-habis mendesaknya?

Apa yang harus dilakukannya?

PINTU kamar terkuak luas. Terpancul wajah Kayden yang penuh dengan senyuman. Derap kaki dihayun ke arah isterinya yang sedang duduk di atas kerusi tempatnya bekerja.

Sebuah kucupan dilayangkan ke pipi dah dahi itu. "So I guess you've found that" Kayden maksudkan salinan bahan bukti yang berada dalam tangannya.

"Mana you dapat? Dengan cara korbankan perkahwinan kita? So you dah mengalah dan menyerah diri pada Marisa?"

Sindiran itu berdesing di cuping telinga Kayden. Begitu cepat Natasha membuat andaian yang menjatuhkan fitnah ke atas dirinya. Wajah keruh Natasha ditatap dengan riak serius. Sudah kali kedua Natasha menuduhnya tanpa seusul periksa.

"Cepat betul kan you buat andaian? Tak tanya I dulu, but straight to the point" selar Kayden dengan riak sinis.

"Huhh!" Natasha mencemuh. Tangan disilang ke dada. Hampir saja air matanya mengalir gara-gara itu.

"Sayang.."

Natasha diam. Entah kenapa hatinya rasa sakit. Memikirkan dia bakal kehilangan Kayden, sakit itu terasa begitu mencucuk jiwa.

"You tak nak dengar penjelasan I dulu ke? You fikir yang bukan-bukan lagi kan?"

Kayden sudah mencangkung di hadapan Natasha. Perasaannya terhadap Natasha sangat sukar untuk dijelaskan. Bagaimana lagi harus dia membuktikan bahawa perasaannya tidak main-main?

"Salinan tu Emir yang dapatkan untuk I masa kita kat pulau. Tu pun Emir dapatkan bantuan dari seseorang. Dan sekarang, disebabkan salinan ni dah hilang, Marisa dan papa you tengah gelabah. Sebab semua bukti ada dalam ni. Tapi Marisa ingat you yang ambik. Sebab tu I rasa dia banyak kali hubungi you masa kita kat pulau. I tak pernah ada apa-apa perjanjian pun dengan Marisa. Kalau you rasa I dapatkan bukti ni dengan korbankan hubungan kita, you are totally wrong!" terang Kayden dengan tegas dan keras.

Mendengar suara keras Kayden beserta pengakuan lelaki itu, hatinya bagaikan dicuit. Dia tahu Kayden tidak akan mengkhianatinya. Hanya trauma masa lalunya yang menyebabkan dia begitu pesimis.

"You masih tak percayakan I?" Wajah tegang Natasha direnung. Dagu itu dipagut. Bibir mereka bertaut lama. Serentak itu, tangan Kayden hinggap pada belakang Natasha.

Spontan Natasha kaget dengan perlakuan suaminya. Laju saja dia menolak bibir itu.

"You masih tak percayakan I?" Kayden ulang pertanyaan.

"Sorry! I fikir negatif pasal you" Akhirnya Natasha mengakui kesilapannya.

"You tahu kan, I takkan sia-siakan hubungan kita. I tak marah kalau you cemburu tapi jangan pernah meragui kesetiaan I" ujar Kayden lantas mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menyerahkannya kepada Natasha.

"What's this?" tanya Natasha.

"For you. Open it" gesa Kayden dengan wajah teruja.

Natasha menurut. Mulutnya ternganga tatkala melihat rantai emas yang cantik dan berkilau itu. Loketnya pula bentuk bangau. Sesuatu yang sangat dia suka!

"I bought it for you" kata Kayden lantas menyarungkan rantai tersebut kepada Natasha. Benar dugaannya! Natasha tampak lebih anggun dengan rantai itu.

"Thank you Kay!"

Tubuh Kayden didakap.

"Thanks je?" Nakal!

Natasha mengerut. Kayden mencempung tubuhnya ke ranjang. Kini baru dia mengerti maksud suaminya. Arghh, Kayden memang nakal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience