"BETUL ke nak discaj ni?"
Tampang Kayden serius. Bertanyakan itu, umpama mengeluar hujah di mahkamah. Natasha langsung tidak mahu mendengar bicaranya. Mereka hampir bergaduh gara-gara kedegilan Natasha.
"Tasha tak suka hospitallah! Yang abang paksa Tasha duduk sini kenapa? Oo abang nak usha misi kat sini ke?"
Mata Natasha mengecil memandang suaminya. Kecik besar je dia tengok si Kayden itu.
Riak serius Kayden berubah kelat. Ke situ pulak!
Pinggang Natasha ditarik menghadapnya.
"Mana ada! Kalau abang menggatal, mana nak datangnya kat dalam ni?"
Perut Natasha diusap. Bangga bakal punya baka kembar.
"Awas! Berani buat hal..."
"Sumpah tak sayang!" Kayden angkat tangan, ibarat berikrar.
"Dah tu, biar jelah Tasha discaj"
Kayden mengeluh. Susah benar bercakap dengan orang degil!
"Okay, tapi kita balik rumah Opah"
Wajah Natasha cemberut.
"Janganlah degil sayang!" Kayden tarik Natasha duduk di hadapannya.
"Kat sini bahaya tau? Sekurang-kurangnya kalau duduk kat sana, ada yang jagakan Tasha"
Kayden memujuk. Wajah itu dielus. Selagi orang yang melanggar Natasha tidak ditemui, selagi itulah hatinya tidak tenang. Di tambah pula dengan kehadiran Kamal tidak lama lagi, hatinya diserang bimbang yang bukan sedikit.
"Tapi..."
"Nope! Listen to me"
Tegas Kayden dengan riak bengisnya.
Natasha telan liur. Ketakutannya beraja melihat tampang itu.
"Ayah nak keluar penjara tak lama lagi. Lepas tu, orang yang langgar Tasha masih tak dijumpai. Dua benda ni buat abang stress. Jadi jangan tambahkan kemarahan abang lagi. Kalau tak nak abang tambah risau, dengar cakap abang kali ni"
Perlahan-lahan Natasha mengangguk kepala. Ada baiknya dia mengalah saja. Nak bertekak pun tak guna! Lambat-laun dia juga yang kalah.
SELESAI memeriksa keadaan kesihatan Ariffin, Zaid duduk di hadapan lelaki itu. Menatap wajah cemberutnya dengan penuh sinis.
Dia tahu apa yang dimarahkan oleh Ariffin. Dia tidak bisa banyak membantu kerana risiko itu ada pada dirinya juga.
"Pakcik kena faham. Kalau pakcik keluar dari sini, hukuman undang-undang masih berjalan untuk pakcik. Sebab pakcik dah sihat dan waras. Dan kerja saya akan berisiko jika pakcik bebas dari sini"
Ariffin memandang wajah itu sekilas. Menyesal tak sudah dengan keputusan dan risiko tersebut. Dia umpama burung di dalam sangkar. Jika dia bebas dari situ sekalipun, dia tetap kembali terkurung di dalam penjara.
"Kalau pun pakcik bebas dari sini, pakcik akan kembali ke penjara. Saya bagitaulah ye, kat sini lebih aman dan selesa daripada dalam penjara. Jadi pakcik pilihlah nak terkurung dalam mana"
Hati Ariffin mendongkol geram mendengar bicara itu. Memang silap besar dia kerana mengambil langkah sebesar ini. Arghh! Nasi sudah menjadi bubur.
"Tapi saya boleh tolong pakcik kalau pakcik bagitau saya mana Tasha tinggal"
"Kau nak buat apa dengan anak aku?"
Bibir Zaid menyenget dengan senyuman tatkala mendengar ayat itu. 'Anak aku!' Padahal selama ini Natasha seperti hamba dan boneka di dalam keluarganya. Huh! Dah susah, baru nak mengaku anak!
"Saya tak buat apa-apa pun! Just slow talk to her about you. Maybe dia boleh tarik balik laporan polis yang dia buat pada pakcik. Who knows.."
Zaid semakin bijak memerangkap dengan kata-katanya. Jika dia berhasil menemui Natasha, hatinya pasti senang.
"Aku...aku tak tahulah!" bentak Ariffin seraya membaringkan tubuhnya di atas katil dengan membelakangi Zaid.
Zaid bangun dari duduknya. Dia mengeluh berat. Takpe!
"Okey takpe. Tapi kalau pakcik ubah fikiran, bagitau je saya. Lagipun saya ni manalah berani nak buat apa-apa pada Tasha. Suami dia kan Kayden"
Ariffin diam. Mungkin niat Zaid baik hendak menolongnya. Lagipun siapa saja yang berani mengusik Natasha? Siapa saja yang tak kenal Kayden?
"Zaid.."
Langkah kaki yang baru hendak menapak segera berhenti. Senyumannya merekah. Rancangan berhasil!
"KENAPA tak bagi duduk dengan mama papa je? Tak payahlah susah-susah balik kampung" cadang Puan Sri Nirmala. Mereka semua kini sedang berada di rumah Opah.
Kayden senyap. Bukan alasan itu sebenarnya. Namun dia punya alasan yang lebih kukuh.
"Takpelah ma! Tasha okey duduk sini. Seronok sebenarnya" sampuk Natasha yang datang dari arah dapur dan membawa dulang berisi air kopi. Hidayah di belakang membawa beberapa biji kuih dan kerepek yang dibeli oleh Natasha semalam.
Usai menghidangkan di atas meja, Kayden menarik tangan Natasha untuk duduk di sisinya.
Hidayah pula duduk di sebelah Tokma.
"Tak susahkan mak dengan yang lain ke?" tanya Tan Sri Ilham pula.
Opah tersengih. "Laa susah apanya! Aku ni lagi suka tengok dorang kat sini. Riuh sikit"
"Yelah kalau dah macam tu. Kami pun tak boleh nak cakap apa.." balas Puan Sri Nirmala.
"Kamu berdua tak nak tidur sini ke?" Tokwan mempelawa.
"Itulah rancangannya pak. Nak bermalam di sini dulu. Esok pagi baru kami balik"
"Haa baguslah tu! Malam karang, kamu dan Ibrahim ikut aku pergi masjid. Ada acara kat sana"
"Yelah pak" sahut Tan Sri Ilham.
"Ni Kay..mama nak tanya"
Wajah Kayden ditatap.
"Apa dia ma?"
"Betul ke Kamal nak keluar penjara?"
Pertanyaan itu memuntahkan keluhan di bibir Kayden. Wajah yang sempat tenang kembali tegang.
"Ye ma. Dengar dari kawan Kay, lagi beberapa hari dia keluar. Itu yang bimbangkan Kay. Kay tahu ada benda yang masih belum selesai antara kami. Kay takut dia datang cari Kay"
Serentak itu, pandangannya jatuh pada wajah tenang Natasha. Seboleh mungkin, dia ingin membawa isterinya jauh dari situ. Tetapi jika dia melarikan diri, Kamal tetap akan memburunya.
"Kenapa hukuman dia dikurangkan?" tanya Tokma pula.
"Sebab dia berkelakuan baik.." sahut Kayden.
"Yeke? Kalau dia boleh berkelakuan baik dalam penjara, harap-haraplah dia dah insaf jugak" sahut Opah pula.
"Budak tu memang nak kena! Kalau dia berani apa-apakan cucu-cucu dan cicit aku, aku tak segan-segan tembak dia. Dia tak kenal lagi siapa aku. Bekas tentera!" tegas Tokwan dengan wajah bengisnya. Walaupun dia tahu Kamal tak berani dengannya, namun dia yakin anaknya tetap akan kembali ke rumah. Dia harus sentiasa bersedia.
Kayden senyum kelat. Dia tahu, Tokwan akan sentiasa ada untuk mereka. Pun begitu, hatinya tetap tak tenang. Genggaman di jemari Natasha dieratkan.
TUBUH Kayden dipeluk dari arah belakang. Tersentak suaminya dengan perlakuan begitu. Laju saja dia menarik tangan Natasha dan membaringkan tubuh itu ke atas katil.
Natasha tersengih, menampakkan barisan giginya yang putih. Leher Kayden tempat tangannya berpaut.
"Abang fikir pasal ayah lagi?"
Kayden mengangguk.
"Tasha kan dah kat sini. Tak payahlah risau lagi"
"Abang tetap risau"
Bibirnya mendarat di dahi itu.
"Kenapa pulak? Abang kan yang cakap, ayah takut dengan Tokwan. So at least, I'm safe here"
Kayden menggeleng.
"Betul, dia takut dengan Tokwan. Tapi kita tak tahu sejauh mana ketakutan dia yang bersisa.."
"Kita serahkan semuanya pada Allah" balas Natasha dengan senyuman manjanya.
Kayden balas senyuman itu. Leher Natasha dicium dengan ghairah.
"Abang, kejap!"
Natasha tolak bibir yang sudah hinggap di dadanya.
"Hmm?"
"Tasha nak bincang pasal Mak Midah dan anak dia, Taufiq"
Kayden angkat kening. Siapa tu? Macam pernah dengar nama dia.
"Siapa tu?"
"Dorang yang hantar Tasha ke hospital dengan Dayah hari tu. Abang dah lupa?"
Baru Kayden teringat. Hidayah ada bercerita mengenai mereka.
"Ya sayang. Kenapa? Abang baru ingat sekarang"
"Tasha ingat nak tolong dorang"
"Pardon?" Dahi Kayden mengerut. Isterinya itu memang suka buat amal jariah. Entah baik atau tidak orangnya, dia pula yang risau sekiranya Natasha diambil kesempatan.
"Taufiq dah tak sekolah. Sebab masalah ekonomi. Mak Midah kerja jual kerepek sebab nak cari makan. Kesianlah bang. Boleh tak kita tolong dorang?"
"Abang bukannya tak nak tolong tapi kalau dorang ambik kesempatan macam mana?"
Kayden meluahkan kebimbangan. Dia tak mahu usaha Natasha mendatangkan musibah kepada mereka.
"Taklah bang! Mana ada dorang tipu. Kalau tak percaya, abang pergilah siasat"
Kayden mengeluh. Natasha memang degil. Bukannya nak dengar pun cakap dia!
"Pleaseeee...." Natasha merayu lalu mengucup leher suaminya. Lenggoknya pula menggoda dan manja.
Kayden menelan liur. Si isteri sudah main jiwa! Dia tak mampu nak menolak. Apatah lagi setelah Natasha sengaja melepaskan bajunya.
"Hmmm?" gumam Natasha dengan bibir diketap rapat.
"Okey, tapi abang siasat dulu pasal hal ni. Kalau betul dia orang susah, baru kita tolong. Tapi kalau dia tipu..."
Belum sempat Kayden menuturkan ayatnya, bibirnya sudah dijamah oleh sang isteri.
"Nantilah abang siasat! Sekarang, Tasha nak abang!"
DARI jauh, rumah kayu itu diperhatikan. Setelah mendapat alamat rumah Kayden, bergegas Zaid ke sana. Namun Kayden dna Natasha tidak berada di rumah agam itu.
Setelah puas meyakinkan Bik Ros mengenai siapa dia dan apa tujuannya, akhirnya wanita Indonesia itu membuka mulut dan memberitahu lokasi Natasha berada.
Perjalanan yang mengambil masa selama tiga jam itu berhasil setelah dia menemui rumah milik Tokwan. Itupun setelah dia bertanya dengan orang kampung. Rancangan seterusnya adalah dengan menemui Natasha dan Kayden.
Dia tak sabar nak melihat reaksi Natasha setelag bersua muka dengannya. Apa agaknya perasaan si dia?
"Kau larilah ke mana pun, aku tetap akan menghantui kau Tasha! Kau masih ada hutang dengan aku"
Sinis senyuman di wajah. Ketika itu, dia lihat ada seorang gadis tinggi lampai bertudung putih sedang menghidupkan skuternya. Yang jelas, itu bukan Natasha. Di sampingnya pula seorang wanita tua seolah sedang membebel kepadanya. Barangkali mereka ahli keluarga Natasha atau Kayden.
Senyumannya semakin melebar tatkala melihat kereta BWM I7 milik Natasha parking elot di tepi pangkin. Itu semakin meyakinkan dia bahawa Natasha memang berada di situ.
"Sayang, here I come!"
LAMA Kayden bercakap di dalam telefon bimbitnya. Dahinya mengerut dengan wajah bengis menghiasi.
Tubuhnya yang masih tidak berbaju dipeluk erat oleh Natasha. Sekejap saja mereka beraksi kerana panggilan daripada Emir mengganggu mereka. Mahu tak mahu, Kayden terpaksa melepaskan Natasha dan menjawab panggilan tersebut.
"Okey, thanks!"
Panggilan dimatikan.
"Kenapa Emir called?"
Wajah Kayden dielus.
Kayden mengalihkan pandangan. Bahagian buah dada Natasha yang terdedah ditutup dengan selimut.
"Tasha belum puaslah!" rengek Natasha lantas menarik kembali selimut itu.
"Sayang, ada orang cari sayang kat rumah"
Omongan Kayden bikin Natasha tersentak. Siapa yang cari dia?
"Seorang lelaki. Amsyar. Sayang kenal ke?"
Berkerut dahi Natasha. Amsyar? Siapa itu? Dia tak kenal sesiapa yang bernama Amsyar.
"Tak! Tasha tak kenal" akui Natasha dengan gelengan di kepala. Baju yang tercampak di atas lantai dikutip oleh Kayden lalu diserahkan kepadanya.
Natasha akur. Baju dipakai semula.
"Seriuslah tak kenal?"
Kayden tak percaya. Kenapa lelaki itu mengenali isterinya?
"Ke kekasih lama sayang?" Sengaja Kayden menguji. Walau hati penuh cemburu.
"Mana ada! Tasha takde boyfriendlah. You're the first" jujur Natasha mengakui.
Lebar senyuman Kayden. Tubuh kecil itu ditarik merapatinya.
Natasha terduduk di atas riba suaminya.
"Betul? I'm the first?"
"Yelah! Mana ada Tasha tipu. Might be I'm you hundred or even thousand person in your life..."
"Pandai erk?!" selar Kayden. Dagu Natasha dicuit.
"Sayang orang pertama dalam hidup abang. Dan akan jadi yang terakhir" Dahi itu dikucup.
Natasha gelak. "Okey, Tasha percaya!"
"Haaa tak jawab lagi soalan abang. Siapa Amsyar?"
"Tasha tak kenal. Siapa Amsyar?"
Dahi Kayden berkerut. Jika Natasha tak mengenali lelaki tersebut, justeru bagaimana dia mengenali Natasha?
"Dia ada cakap apa-apa tak selain nama?"
"Takde pulak. Emir cakap, dia cuma bagitahu nama. Dan cari sayang. That's all. Musykillah" gerutu Kayden.
Puas Natasha memikirkan siapa Amsyar itu. Setahu dia, dia tak memiliki kenalan atau kawan yang bernama Amsyar. Lagipula, dia tak mempunyai ramai kenalan. Cuma Amira dan Razif temannya.
"Ibrahim! Tasha!"
Ketukan di pintu sekaligus suara Tokma menyentak mereka.
Kayden segera membuka pintu.
Tokma tercengang melihat Kayden yang tidak berbaju itu. Hanya mengenakan boxernya.
"Kenapa tunjuk badan dengan Tokma ni?"
Wajah Tokma keruh. Sempat juga dia melihat ke dalam kamar. Bibirnya diketap.
Alamak! Kayden malu. Lupa pulak nak pakai baju.
"Kenapa Tokma?" Natasha yang baru tiba terus menanya. Dia berdiri di sebelah Kayden. Rambutnya yang terurai diikat semula.
"Ada bungkusan untuk kamu. Tokma jumpa depan rumah. Ada nama kamu"
Bungkusan biru itu diserahkan kepada Natasha. Terpampang besar namanya di situ. Airis Natasha!
"Siapa yang bagi?" tanya Kayden pula. Hatinya kurang enak.
"Takde pulak jumpa nama atau orangnya. Cuma bungkusan tu je kat depan rumah"
Kayden dan Natasha membisu. Mungkinkah si Amsyar pengirimnya?
"Ni lagi satu Tokma nak pesan. Jangan deras sangat Ib! Tasha tu mengandung. Tak boleh nak lasak sangat" Tokma menasihati tetapi berbaur sindiran. Matanya melihat Kayden atas bawah. Sejurus itu, dia berlalu dari situ.
Kayden dan Natasha berpandangan. Pijar wajah mereka dengan nasihat itu. Tak lama kemudian, tawa keduanya bergabung.
Kantoi!
happy reading
Share this novel