BAB 59

Romance Series 21222

NATASHA berjalan mendekati suaminya yang sedang duduk di pangkin kayu di bawah pokok. Jauh benar Kayden mengelamun sehingga tak sedar dia sudah melabuh punggung di sebelah.

Bahu Kayden disentuh perlahan.

Kayden menoleh lantas tersenyum. Riang hatinya melihat keadaan Natasha yang tampak sedikit berisi itu. Perut isterinya yang membesar meraih perhatiannya.

"Bila sayang muncul?"

"Amboii, jauhnya termenung! Sampai tak sedar erk Tasha kat sini"

Muncung Natasha sudah sedepa. Sejak mengandung, rajuknya semakin menjadi-jadi.

Kayden gelak. Diciut hidung mancung si isteri. Perut Natasha diusap.

"Baby, tengok mummy ni. Asyik nak merajuk je kerja dia! Cakap kat mummy, tak boleh selalu merajuk. Nanti kenan kat baby"

Natasha menjeling manja. Bibirnya terkunci rapat. Letih benar dia sejak mengandung. Tak boleh buat kerja sedikit, confirm terasa sehingga ke tulang dalam!

"Abang menung apa?"

"Teringat pada ayah. Sejak abang bagi duit lima bulan lepas, sampai sekarang abang tak dengar berita dia. Mana dia pergi?"

Terdengar keluhan di bibir itu. Sejak beberapa bulan ini, dia tidak menerima sebarang perkhabaran daripada Kamal. Adakah lelaki itu sudah berputus asa? Atau cahaya keinsafan telah menerangi hatinya? Atau ada sesuatu telah terjadi?

Natasha mengerut dahi. Baru dia teringat soal itu. Memang Kamal tidak pernah lagi tunjukkan diri sejak menerima dua juta daripada suaminya. Pelik bin ajaib! Takkan dah berputus asa untuk 'memeras ugut' suaminya? Atau sebenarnya Kamal sedang menyusun rancangan?

"Abang tak siasat ke?"

"Dalam siasatan. Abang ada upah beberapa orang untuk siasat pasal perkara ni. Sayang rasa kenapa ayah menghilang?"

Bahu diangkat perlahan. Serentak itu, keluhan dimuntahkan. Jemari Kayden digenggam erat.

Sejujurnya dia tak punya jawapan untuk itu. Yang dia tahu, hidup mereka aman sejak Kamal menghilang. Mimpi ngeri Kayden juga semakin lenyap dari tidurnya.

"Entahlah bang! Tasha tak berani nak jangka apa-apa. Risau kalau sangkaan jauh meleset. Kita doa je yang baik-baik ye?"

Kayden mengukir senyum. Kepalanya mengangguk setuju.

"Sayang.."

"Hmm?"

"Abang ada siasat pasal Raymond ataupun dikenali sebagai Syamil. Sayang tahu kan? Abang ada cerita hari tu"

Natasha mengangguk. Lima bulan lepas, Kayden ada bercerita berkenaan Hannah, Daniel dan hubungkait Raymond dan Syamil. Tidak disangka, rupa-rupanya Raymond dan Syamil adalah orang yang sama. Hanya namanya saja yang bertukar.

"Dalam siasatan abang tu, orang abang ada jumpa sesuatu. Tapi.."

Tunak Natasha menatap wajah gelisah suaminya. Sabar menanti bicara selanjutnya, digenggam erat jemari si suami.

"Tapi apa bang?"

"Kalau abang bagitahu ni, sayang kena ready tau?"

TERKETAR-KETAR Natasha melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil itu. Wajah cantiknya ditutupi dengan bekas lebam dan luka. Badannya semakin kurus dan tiada lagi wangian dari tubuh itu. Rambutnya semakin menipis.

Air mata Natasha berguguran. Hendak menjerit, namun dia tak berdaya. Suaranya tersekat. Jemari halus yang dulunya lembut kini terasa kasar disentuhnya perlahan.

"Mar...Mar..."

Sungguh, Natasha tak terdaya melihat keadaan teruk yang menimpa Marisa. Sebelum ini, gadis itu tampak cantik dan sentiasa menjaga penampilannya. Kini segalanya musnah dalam sekelip mata.

"Sayang"

Tubuh Natasha dipapah tatkala dia hampir terjatuh.

Natasha tak sanggup nak berbicara. Tubuh Kayden didakap erat. Dia mengongoi di situ.

"Sabar sayang"

Belakang Natasha diusap perlahan. Belas juga dia melihat diri Marisa seperti itu. Lima bulan lepas, ketika dia menyiasat mengenai Raymond, ketika itulah dia dikejutkan dengan penemuan Marisa di salah sebuah rumah pelacuran di Bangkok.

Hampir saja dia tak percaya akan perkara itu. Namun setelah disoal, barulah segala-galanya terbongkar. Rupa-rupanya Raymond terbabit dalam satu sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia di Asia Tenggara. Marisa dihantar di Bangkok oleh Hardi yang kebetulan tempat itu dijaga oleh Raymond. Wajarlah Raymond menghilang sejak dikhabari soal kehamilan Hannah. Rupa-rupanya dia memang sengaja meninggalkan Hannah dan melarikan diri ke Bangkok.

Seorang doktor lelaki masuk bersama seorang jururawat. Natasha mengambil kesempatan itu untuk bertanya.

"Kamu berdua ni keluarga pesakit ke?" tanya Doktor Azlan.

Natasha angguk. " Dia adik saya. Apa jadi pada dia?"

"Hasil ujian darah, kami dapati dia menghidap HIV.."

Natasha menutup mulut dengan tangan. Air mata semakin mencurah-curah mengalir. Berkali-kali dia menggeleng kepala.Tubuh Kayden tempatnya bersandar.

"Which means she has only around 8 months to a year to survive"

Kenyataan itu menampar hebat hati Natasha. Tubuhnya hampir rebah namun sempat ditahan oleh Kayden.

"Any specific treatment? Any cost is under me" tanya Kayden pula, sekaligus bertanggungjawab ke atas bayarannya.

Doktor Azlan menggeleng kepala. Wajahnya terbias kecewa.

"Malangnya kita cuma ada rawatan ART iaitu Antiretroviral Therapy yang memastikan sistem imun badan kuat dan mampu melawan sebarang infections. But still, it doesn't cure this HIV"

Kayden mengangguk faham.

"Sebenarnya cik Marisa tidak dirawat dengan segera. Sebab tu virus tu merebak terlalu cepat. Ni pun mujur dia sempat dibawak ke hospital"

"Ye doktor. Saya faham"

"Tapi ART ni kena ambik seumur hidup.."

Sekali lagi, kenyataan itu memeritkan hati Natasha. Wajah lena Marisa ditatap. Kenapa seteruk ini nasib hidup kau Mar?

"Dia kena stay kat sini ke?"

"Yes. Melainkan kalau kamu berdua nak dia dirawat di rumah tetapi kena ada jururawat peribadi. Saya boleh cakap, tak senang nak uruskan pesakit yang kena ART seumur hidup"

Umpama memberi signal, Doktor Azlan menjatuhkan pandangannya ke arah perut Natasha yang kian membesar.

Kayden angguk. Mengerti maksud doktor itu.

"Sayang.."

"Tasha nak jaga Mar. Kat rumah"

"Sayang, tadi kan doktor cakap.."

"Tasha tahu. Tapi Tasha nak jaga Mar.."

"Hmm tapi sayang kan mengandung. Buat kerja sikit dah letih, ini pulak nak jaga Marisa"

"Kan ada jururawat peribadi? Tasha cuma nak ada di sisi dia. Tasha tak pernah baik dengan Mar dari kecik lagi. Sekurang-kurangnya,bagilah Tasha peluang untuk jaga dia dan pulihkan hubungan kami. Tasha tak nak berdendam bang"

Kayden mengeluh. Sejujurnya dia tak mahu Natasha letih atau terbeban. Tetapi melihat kepada wajah penuh pengharapan itu, dia tak sanggup pulak nak menolak.

"Lagipun, Tasha je keluarga dia yang ada. Papa pun masih kat sana"

Tubuh Natasha didakap erat. Sungguh, dia tak bersetuju dengan permintaan Natasha namun tak sampai hati pula nak menolak. Dan kalau mereka harus menjaga Marisa, itu bermakna mereka juga harus berpindah kembali ke Kuala Lumpur.

WAJAH biasa Ariffin ditatap. Tak bereaksi apa-apa tampang itu tatkala Natasha menceritakan segala-galanya. Puas dia meminta belas kasihan daripada Ariffin namun hasilnya tetap sama.

Hati Ariffin benar-benar hati batu! Anak sendiri kesakitan pun masih buat tak tahu. Sedangkan Marisa dulu adalah anak yang paling disayangi. Anak yang sering diharap dan ditatang penuh minyak. Kini anak itu sudah tidak bererti baginya.

Menerima kehadiran Natasha dan Kayden di situ adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan. Apatah lagi dengan keadaan Natasha yang sedang berbadan dua itu. Sudah lama mereka tidak ketemu. Dan dia tiba-tiba menerima kejutan sebegitu. Haruskah dia gembira atau sebaliknya? Dia bakal bergelar nenek tidak lama lagi.

"Sampai bila papa nak berpura-pura macam ni? Jangan ingat Tasha bodoh! I know who you are! Papa tak gila kan?"

Tanpa sedar Natasha menghambur kemarahan. Namun nada suaranya masih mampu dikawal.

"Sayang.."

Risau benar Kayden jika Natasha tak mampu menahan diri.

"Papa pura-pura macam ni sebab tak nak kena penjara atas pertuduhan membunuh arwah mama kan?"

Ariffin diam. Hatinya sedang sakit dengan segala yang sedang berlaku. Mungkin itulah pembalasan di atas kekejamannya suatu ketika dulu. Dia tak sanggup untuk terus berpura-pura namun untuk mengaku kesalahan dan dipenjarakan, dia juga belum bersedia.

"Bukan ke Marisa dulu adalah anak kesayangan papa? Kenapa papa abaikan dia setelah dia ditimpa kesusahan macam ni? Pa, masa dia tak lama dengan kita. Tasha merayu sangat"

Suara Natasha tenggelam timbul menahan sebaknya. Entah apa lagi yang harus dilakukan buat menyedarkan papanya.

"Iye, aku tak gila"

Akhirnya kebenaran itu terungkap juga dari bibir tua itu.

Riak Natasha seperti biasa. Sudah diagak akan perkara itu. Berbeza dengan Kayden, dia benar-benar kaget. Tidak menyangka Ariffin tega menipu mereka.

"Kamu dah tahu kebenaran dia. Sekarang pergi dari sini. Dan jangan pernah jumpa aku lagi!"

"Pa..."

Natasha teresak-esak. Tangannya naik ke atas perut lantas berdiri di hadapan Ariffin.

"Ni cucu papa. Papa tak nak jumpa dia nanti ke?"

Ariffin diam. Wajahnya keruh. Sedikit pun dia tak menoleh ke arah Natasha.

"Sampai bila papa nak hukum Tasha? Sampai bila papa nak benci Tasha? Dosa ke Tasha lahir sebagai anak papa dan arwah mama? Tolonglah pa. Tasha tak nak terus hidup macam ni. Tasha masih perlukan papa. Papa dan Marisa keluarga yang Tasha ada sekarang ni"

Natasha separuh merayu. Jika melutut di hadapan Ariffin adalah cara untuk melembutkan hati itu, dia sanggup melakukannya.

"Jangan buang masa kamu kat sini! Balik!!"

Ariffin separuh menjerit. Posisinya masih seperti tadi. Duduk menegak dan tak memandang ke arah wajah itu.

"Sayang, jomlah kita balik! Papa tak perlukan kita kat sini"

Bahu Natasha dipapah. Natasha akur. Tiada lagi kudratnya hendak melawan atau membantah. Doanya agar hati itu akan lembut suatu hari nanti.

"TASHA..."

Suara garau itu menggamit perhatiannya. Natasha berpaling dan kaget melihat insan di hadapannya.

"Zaid!"

Lelaki itu tersenyum. Derap kaki mendekati Natasha.

"You sihat?" tanya Zaid sambil menghulur tangan untuk bersalam.

Natasha teragak-agak untuk membalas senyuman itu. Dia hanya mengangguk dan menolak menyambut huluran tangan itu.

Zaid berdecit. Baru dia faham kini. Wanita di hadapannya bukan Natasha seperti beberapa tahun lalu. Penampilannya juga sudah berubah. Manis berhijab dan mengenakan baju labuh.

Natasha memanjangkan leher mencari kelibat Kayden. Suaminya pamit untuk ke tandas sebentar dan membiarkan dia menunggu di ruang itu.

"You cari siapa?"

"Husband I"

"Kayden Ibrahim right?"

Natasha angguk. Tak mustahil Zaid mengenali Kayden kerana suaminya orang terpengaruh.

"Berapa bulan?"

"Nak masuk enam"

Zaid angguk kepala. Meskipun penampilan Natasha sudah jauh berubah, namun kecantikan wanita itu masih tetap terserlah.

"You kerja sini ke?"

Natasha dapat mengagak itu dari imej dan penampilan Zaid.

"Yup! I handle satu patient ni. Pakcik Ariffin"

Zaid sengaja bercerita hanya untuk menarik minat Natasha.

Ternyata Natasha kaget. Dahinya mengerut.

"Pakcik Ariffin?"

"Yupp!"

"Dia tak waras ke?"

Zaid gelak. Bagaimana dia hendak menjawab soalan itu?

"Sayang.."

Kayden menghampiri mereka. Melihat Natasha berbual dengan lelaki itu, pelbagai persoalan bergentayangan di benak.

"You are.."

Kayden tak jadi meneruskan ayatnya. Dahinya terangkat.

"Zaid Amsyar. Aku doktor kat sini"

Kening Kayden terangkat. Zaid Amsyar? Seingat dia, itulah lelaki yang pernah diceritakan oleh Natasha kepadanya dulu.

"Kawan satu kampus dengan Tasha dulu" sambung Zaid lagi seraya menghulur tangan.

Tepat dugaan Kayden. Dia tersenyum kelat lalu menyambut salam Zaid.

"Kayden Ibrahim right?"

"You know me" sahut Kayden. Pinggang Natasha dibawa rapat ke sisi. Cemburu dia melihat anak mata Zaid yang jatuh pada wajah isterinya.

"Well, everyone knows you! Orang terpengaruh!"

Kayden gelak. "Betul tu. Dan semua orang pun tahu kuasa dan pengaruh aku macam mana"

Zaid menggigit bibir. Dia memahami maksud Kayden itu.

"By yhe way, we have to go. Ada benda kena uruskan. Jom sayang"

Bayang keduanya hilang dari pandangan. Wajah Zaid merekah dengan senyuman sinis. Ugutan Kayden sedikit menggetarkannya. Ternyata Kayden bukan lelaki dan orang yang bisa dilawan semudah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience