"RAMPAS? Siapa yang rampas Kay? Setahu I, selama ni Kay tak pernah bercinta apatah lagi bagi harapan pada mana-mana wanita! You je yang perasan Dayah! You yang patutnya sedar diri!" tempelak Natasha. Dengan penuh berani dia menentang tatapan tajam Hidayah itu.
Silap besar seandainya Hidayah fikir dia takut atau mengalah. Dia isteri Kayden yang sah! Dan dia takkan sesekali menyerah kalah pada wanita seperti Hidayah.
"Heyy kauu!!" Hidayah hampir hilang sabar. Tangan dihayun ke atas, sudah bersedia untuk melayangkan sebuah tamparan ke wajah itu. Namun belum sempat berbuat demikian, Natasha pantas menyambar tangan Hidayah lalu menolak tubuh itu ke atas lantai.
Hidayah mengaduh. Matanya mencerlung tajam ke arah wajah itu. Dia ingin bangkit namun Natasha menghalangnya.
"I boleh jadi baik. I jugak boleh jadi jahat. Tapi itu bergantung dengan sikap seseorang pada I. So you choose. I tahu, you lebih bijak dari yang I sangkakan. Jangan tengok I diam, I tak membalas, you sesuka hati boleh pijak kepala I, Imani Hidayah!"
Wajah Hidayah cemberut. Dalam hati, dia menyumpah Natasha bertubi-tubi.
"Jangan harap.."
Tak sempat nak habiskan ayatnya, Kayden datang dari arah muka pintu bersama Tokwan dan Opah. Melihat kelibat mereka, Hidayah memegang pipinya dan berpura-pura menangis seakan tersakiti. Natasha mengerut dahi.
"Ya Allah! Kenapa ni?" tegur Opah seraya mendekati mereka. Kayden dan Tokwan membontoti dari arah belakang.
Natasha berdecit. Patutlah perempuan ni tiba-tiba bertukar perangai!
"Tasha, Opah! Dia tampar Dayah. Padahal Dayah cuma nak bercakap dengan dia"
Opah memandang wajah Natasha yang bersahaja itu. Kayden mendapatkan isterinya. Wajahnya masam.
"Sayang.."
"Apa kena dengan kamu berdua ni? Nak berperang ke? Tak malu ke, sama-sama perempuan tapi bergaduh tak habis-habis!" Opah sudah berleter.
"Opah tengoklah Tasha! Dia tolak Dayah jatuh camni. Lepas tu, dia tampar Dayah. Dia buli Dayah, tahu tak? Dahlah dia berlagak macam tuan puteri kat rumah ni.." adu Hidayah dengan wajah kasihan yang sengaja dipamerkan.
"Sayang.." Kayden memandang wajah Natasha dengan riak serius. Benarkah Natasha bertindak sejauh itu?
"I tak buatlah!" Natasha menyilang tangan ke dada. Dia marah besar seandainya Kayden tidak mempercayainya.
"Tak payahlah nak menafikan semuanya Tasha! Kau memang tak suka aku kan? Sebab tu kau selalu je cari pasal dengan aku.."
Natasha mengecilkan mata memandang wajah itu. Hidayah memang sengaja menempah maut dengannya!
"Sayang, betul ke apa yang Dayah cakap? Sayang serang Dayah?"
"You tak percayakan I?" Natasha sudah hilang sabar. Tiada lagi panggilan 'abang' digunakan.
"You tanyalah apa dia cakap dengan I.."
Kayden tersentak. Nada dan panggilan Natasha sudah berubah. Tahulah dia akan kemarahan yang sudah menguasai isterinya itu.
"Dayah cakap apa?" Hidayah sengaja menafikan. Dia bangkit dari duduk lantas berdiri di samping Kayden. Tangan berurat itu dipegang. Kayden menepis. Pantang benar dia jika disentuh oleh orang lain sesuka hati.
"You tahu tak, dia cakap I menumpang kat sini? Dan you tahu tak, dia halau I dari sini? Dia suruh I berambus dari sini!"
Kayden diam. Namun wajahnya mula berubah riak. Sebolehnya dia menahan diri dari menyerang Hidayah.
"I tak tahulah you percayakan I atau pun tak! But I don't care! Tadi dia cakap apa? I tampar dia kan?"
Natasha mendekati Hidayah. Berdiri tepat di hadapan gadis itu lantas melayangkan sebuah tamparan ke wajah itu.
Semua yang melihat tersentak.
Hidayah memegang pipinya. Kali ini, dia benar-benar rasa sakit yang teramat sangat.
"Yang tu, baru I betul-betul tampar dia!" bentak Natasha lantas mengorak langkah memasuki kamar.
"Kau cari pasal dengan orang yang salah Hidayah! Sekali lagi, abang tengok sikap kau macam ni, kau tahulah akibat dia!"
Kayden membontoti langkah Natasha.
"APA nak jadi dengan kau ni Dayah?! Tahu tak Natasha tu siapa? Hahh?!" jerkah Opah dengan amarah yang membuak-buak dalam diri. Kalau tidak mengenangkan Tokma, sudah lama dia menampar wajah itu.
Hidayah menikus di sisi kerusi. Gerun dia melihat wajah bengis Opah. Nada suaranya juga sudah berubah.
"Opah dah cakap kan? Natasha tu isteri Ibrahim. Dan Ibrahim tu dah kawen. Kenapa susah sangat kau nak faham cakap Opah ni?!"
Hidayah membatu. Teresak-esak dia menahan sebak di dada.
"Kau jangan sampai Ibrahim tu hilang kewarasan, kau yang susah nanti!"
Opah mengingatkan. Dia bukannya apa, sehingga ke saat ini dia masih gerun dengan sikap panas baran Kayden suatu ketika dulu. Teruk Hasnul dikerjakan sehingga dua minggu lebih lelaki itu masuk hospital. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali.
"Dayah tahu salah Dayah! Dayah cuma tegur Tasha je"
"Kalau nak menegur, bukan macam tu cara dia. Yang kau sampai nak dia berambus dari rumah ni kenapa?"
"Alaa Dayah main cakap je! Lagipun betul apa? Dia duduk bersantai je. Tak membantu apa-apa pun dalam rumah ni. Sebab tu lah Dayah marah dia" ujar Hidayah, masih berupaya menegakkan benang yang basah.
Opah diam. Kalaulah Hidayah tahu apa yang dialami oleh Natasha selama ini sehingga sanggup melarikan diri ke kampung, agaknya tidak mungkin perkara ini akan berlaku lagi.
"Opah nak ingatkan kau satu benda je. Kadang-kadang, orang yang kita benci tu sebenarnya yang tolong kita. Jangan sampai suatu hari nanti kau menyesal dengan apa yang kau buat pada Natasha!"
Usai berbicara, Opah masuk ke dalam kamarnya. Banyak rahsia Natasha yang belum diketahui oleh Hidayah. Nak diceritakan, dia sudah terlanjur berjanji untuk merahsiakan perkara ini.
Hidayah mengetap bibir. Kenapa semua orang menyebelahi Natasha? Istimewa sangat ke dia?
Hishh! Hidayah mendengus sambil mengurut pipinya yang masih terasa sakit.
"Dasar si kurus pendek! Badan kecik, tapi tenaga kuat!" desis Hidayah dengan suara kecilnya.
"MARAHKAN abang lagi?"
Tubuh Natasha yang berbaring membelakanginya diusap lembut. Namun dia kaget saat Natasha menepis.
"Sayang.."
"You tak percayakan I kan? You ragu-ragu dengan I kan?"
Natasha hampir menangis. Sakitnya hati apabila suami sendiri meraguinya.
"Mana ada abang ragu-ragu?"
"Jangan nak berdalihlah! I tahulah, I tak pekak lagi. I masih ingat apa you cakap.."
"Sayang..." Kayden mengeluh panjang. Sedar akan kekhilafan diri. Dia bukan tidak percayakan Natasha, dia hanya inginkan kepastian.
"Abang mintak maaf okey? Abang tahu abang salah.."
Natasha diam. Dia masih terkilan dengan bicara Hidayah. Hanya gara-gara Kayden, gadis itu tega mengusirnya dari rumah. Kini dia tahu jika Hidayah memang menyimpan perasaan terhadap suaminya. Namun yang paling menyakitkan apabila Kayden seakan ragu-ragu terhadapnya. Dia boleh terima jika satu dunia meraguinya, tetapi jika suami sendiri tidak mahu mempercayainya, hatinya sakit.
"Sayang..."
Tubuh Natasha dipaling menghadapnya. Kepala itu tertunduk, seolah tak sudi memandangnya.
"Marahkan abang lagi?"
Perit rasanya tatkala diabaikan oleh wanita itu. Dia sedar kesalahan diri. Dia tahu jika perbuatannya itu sudah melukakan hati isterinya.
"Tasha sedih. Abang tak percayakan Tasha!" bentak Natasha namun dalam nada yang perlahan. Suaranya bergetar.
Kayden menghela nafas lega. Natasha sudah kembali memanggilnya 'abang'. Itu bermakna kemarahan isterinya sudah berkurangan.
"Abang tahu abang salah. Abang dah lukakan Tasha"
"Abang pilih untuk percayakan Dayah!"
"Abang tak percayakan Dayah! Sebab tu abang tanya kan?"
Wajah Natasha diusap lembut. Rasa bersalah kian mencengkam emosinya. Dia yang membawa Natasha ke situ dengan harapan bisa menemui sinar baharu. Namun lain pula yang terjadi.
"Nak terus protes abang ke?"
Natasha masih membisu. Entah kenapa dia rasa begitu sensitif dengan sikap yang ditunjukkan oleh Kayden kepadanya.
Meskipun dia mampu menerima sebarang tohmahan daripada orang sekeliling, namun sikap Kayden seperti itu bisa menggoncang emosinya.
Perlahan-lahan, Natasha dekatkan diri dengan suaminya. Tubuh itu didakap erat. Kepalanya dibenamkan ke dada sasa milik Kayden. Di situ, tangisannya tumpah. Perasaannya benar-benar sudah koyak.
Kayden membisu. Hanya tangisan Natasha yang menemani kesunyian itu. Bahu itu diusap perlahan. Kasihnya pada wanita itu semakin hari semakin menebal. Seketika, Kayden merasakan eratnya pelukan Natasha kepadanya.
HIDAYAH memandang dirinya di dalam cermin. Pipi yang ditampar meninggalkan kesan merah di situ. Tidak disangka, tubuh kecil Natasha mampu menyakiti dia seperti itu.
Itulah pertama kali dia ditampar oleh seseorang sepanjang 26 tahun dia hidup. Itupun tamparan oleh orang luar! Dia tak boleh terima itu. Hatinya bukan saja sakit, malah dia dipermalukan di hadapan Opah dan Tokwan. Pertama kali dia rasa sangat kerdil dan diperlakukan begitu hina.
Menitis jua air matanya di pipi. Bukan kerana sakit ditampar, tetapi perit dipermalukan. Di tambah pula dengan ancaman daripada Kayden dan nasihat berupa amaran yang diberikan oleh Opah sebentar tadi. Sungguh dia tak mengerti, kenapa harus dia dipersalahkan?
Berkenaan soal hati, perasaan itu sudah wujud sebelum Natasha muncul di antara mereka lagi. Mungkin Kayden tidak pernah menyuarakan perasaannya sebelum ini, tetapi dia yakin lelaki itu juga memiliki rasa yang sama sepertinya. Hanya kerana kemunculan Natasha, perasaan lelaki itu berubah. Jadi sudah jelaslah Natasha punca semua ini. Dia yakin, Kayden pernah menyukainya. Jika tidak, masakan lelaki itu sanggup melindunginya dan melayannya dengan istimewa. Dia yakin itu. Kayden bukan menganggapnya seperti seorang adik, tetapi melebihi itu.
"Sampai hati kan abang Ib buat Dayah macam ni? Kenapa abang Ib berubah? Abang Ib dah janji kan, cuma Dayah je milik abang Ib selamanya. Abang mungkir janji!"
Protes Hidayah, menderu nafasnya dengan kuat. Punggung dihenyak kasar di atas tilam. Berbakul cacian disumpahkan ke atas Natasha. Tudung yang menutupi kepala diragut kasar.
"Arghh!!" Hatinya membentak.
Sejak kehadiran Natasha, kewujudannya seakan dilupakan begitu saja. Dia sudah hilang tempat di hati keluarganya.
Apa yang harus dilakukannya?
"TASHA mana Ib?" lirih suara Opah bertanya. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan apa yang berlaku. Rasa bersalah mencucuk di ruang hati.
"Dia tidur Opah. Dia nampak penat"
Balas Kayden seraya melabuhkan duduk di hadapan Tokwan yang sedang membaca surat khabar.
"Opah rasa bersalah" keluh Opah. Duduknya berlabuh di sisi Tokwan. Wajahnya keruh. Setelah Kayden menceritakan segala-galanya mengenai Natasha tempoh hari, dia rasa kasihan dan mulai jatuh sayang pada wanita itu. Dia tahu besar harapan Natasha untuk merasai kasih sayang dan hidup berkeluarga di situ. Tetapi Hidayah pula membuat onar. Kasihan Natasha!
"Opah tak salah! Kita ni kadangkala sebagai manusia seringkali alpa dan terlalu mengikut perasaan. Ib cuma kesal dengan tindakan Dayah. Buruk sekali layanan dia pada isteri Ib"
Luahan Kayden kedengaran berat. Entah apa dosa Natasha diladeni seperti itu oleh Hidayah.
"Dayah tu dah besar. Tapi perangai macam budak-budak! Salah kita ke sebab terlalu manjakan dia dari kecik?"
Kedengaran suara lirih Tokwan pula mengeluh. Sejujurnya dari kecil lagi mereka mendidik Hidayah dengan ilmu agama. Segala ilmu dunia dan akhirat disamatarafkan. Namun kenapa sikap Hidayah berubah dalam sekelip mata? Adakah kerana terlalu dimanjai menyebabkan dia berubah sejauh itu?
"Kita tak salah. Kita dah berusaha mendidik dia dengan baik. Itu semua terpulang pada individu sendiri" sahut Opah pula.
"Ib cuma harap, Dayah tak melebih-lebih. Opah tahu kan, Ib macam mana. Kalau sampai Ib menggila, Ib takkan mampu nak kawal diri sendiri"
Opah angguk. Dia kenal benar fiil Kayden. Dia yang menatang cucu itu dari kecil sehingga dewasa. Kayden hanya diserahkan kepada orang tuanya apabila dia berusia belasan tahun.
"Ib, Opah harap sangat Ib jangan terlalu berkasar. Opah tak nak cucu-cucu Opah bergaduh. Ye cu?"
Kayden hanya mengangguk. Namun dia tidak mampu berjanji. Sedikit saja Natasha dikasari, fikiran warasnya pasti akan tumbang.
Dari tepi pintu bilik, Kayden lihat Hidayah berdiri menguping perbualan mereka. Saat mata mereka bersabung, Kayden mencerlung tajam seolah-olah memberi amaran keras kepada gadis itu. Hidayah tampak sedih. Tubir matanya bergenang. Namun Kayden tidak peduli. Natasha adalah kepentingannya. Jika Hidayah berani mengusik walau hanya sehama, dia tidak akan duduk diam!
nak lagi ke? ?
Share this novel
nakkkkkkk
NAKKKKK