BAB 15

Romance Series 8335

NATASHA mencelikkan mata perlahan-lahan. Melihat kipas siling yang berpusing di atas dan keadaan terasa lain, dia pantas bangkit. Tempat itu sangat asing baginya. Katil yang didudukinya saat itu berbeza dengan punyanya.

Ruang kamar tidur tampak lebih kecil berbanding di rumah. Televisyen yang terlekap di dinding dipandang sekilas. Perasan televisyen tersebut agak sedikit kecil. Hiasan kamar juga tidak begitu banyak. Hanya ada beberapa gambar alam yang tergantung di dinding.

Almari baju diletakkan di sudut paling kanan. Bersebelahan dengan balkoni. Sling door pula memisahkan kamar dan balkoni.

"Tuan puteri dah bangun"

Hanya satu yang tidak asing baginya. Suara itu!

"Kat mana you bawak I?" tanya Natasha dengan suara mendatar.

"Ke syurga!" sahut Kayden lantas tertawa kecil. Wajah kaget Natasha ditatap.

"Jangan nak main-main boleh tak?!"

"Mana ada I main-main! Hanya ada kita berdua kat sini. Takde sesiapa, jauh dari manusia dan bunyi bising kenderaan..."

Natasha melompat dari atas ranjang lantas menolak sling door. Dia menapak ke balkoni dan memerhati di luar. Mulutnya ternganga melihat keindahan pasir putih dan laut terbentang di hadapan mata.

Kayden berdiri di belakang. Haruman rambut Natasha bikin hatinya bergelora.

"Tak percaya lagi? You ada nampak sesiapa ke kat sini?"

Natasha berpaling. Wajah mereka dekat sehingga hampir saja bibir mereka bertemu.

"You gelojoh sangat sampai tak sabar nak cium I ke?" usik Kayden dengan riak nakal di wajah.

Hampehhh!! Natasha mencemuh dalam hati. "Tempat apa ni?"

"Tempat asmara!" sahut Kayden dengan senyuman di wajah. Dia kini berjaya mengunci tubuh Natasha. Isterinya tak punya tempat untuk melarikan diri.

"Maksud you?" Natasha mulai ketakutan.

"Private island! Pulau ni kepunyaan mama dan papa I. I dah mintak izin dorang untuk pinjam pulau ni dalam sebulan"

"What???! A month? You dah gila ke apa? Kerja I macam mana?"

Hampir nak menangis Natasha mendengar bicara suaminya. Takut benar dia membayangkan apa yang bakal terjadi dalam masa sebulan itu. Berduaan dengan Kayden buat dia tak selesa. Dia yakin, Kayden pasti punya banyak akal untuk menjatuhkannya.

"Mana ada I gila! I waras lagilah. Kalau I gila, I dah ajak you pergi rumah sakit jiwa!" seloroh Kayden. Suka pulak dia lihat wajah takut itu. Seronok benar mengusiknya!

"Lagipun you tak payah risaulah pasal ofis you. I dah aturkan semuanya. I dah plan macam-macam lagi sebelum bawak you datang sini"

Sudahnya Natasha hanya mampu membungkam. Dahinya berkerut. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Riak nakal Kayden yang sedang menatapnya turut dipandang. Kayden angkat kening.

"You jangan ingat I dah maafkan you!"

"I tahu you belum maafkan I. Sebab tu I bawak you sini. Kalau kita dikerumuni golongan manusia yang tak suka tengok kita bahagia, maka kita akan sengsara. Fikiran kita tak mampu berfungsi dengan baik. So we need our time alone"

Natasha mengeluh. Berdua dengan dia pun buat aku sengsara! Tak boleh nak berfikir!

"I tak nak lama-lama kat sini!"

"Well, it depends!"

"Meaning?"

"Kalau you baik dengan I, you tak melawan cakap I, barulah I akan consider untuk pendekkan masa kita kat sini. Kalau tak, you kena hadap muka I hari-hari selama sebulan kat sini!" ujar Kayden lantas berlalu dari situ.

AMIRA meletakkan cek bernilai dua juta ringgit itu di atas meja. Cek iti diberikan oleh Kayden kepadanya ketika lelaki itu berkunjung ke kliniknya. Tidak disangka, Kayden mengetahui masalah yang menimpa dirinya. Namun dia tetap bersyukur kerana dia masih bisa menyelamatkan nasib klinik dan stafnya.

Teringat pula perbualannya dengan Kayden semalam. Ketika itu, dia terkejut menerima khabar daripada Arman yang mengatakan Natasha dilarikan oleh seorang lelaki. Dalam fikirannya terus terfikirkan Kayden. Makanya dia menghubungi lelaki itu dan terjadilah sesi luahan perasaan antara mereka.

"I perlu pikat wife I semula" Itu kata-kata Kayden yang sehingga ke saat ini dia tak mampu melupakan.

"Tapi you bawak Tasha pergi mana? You nak buat apa pada dia? You jangan nak apa-apakan dia!" Amaran keras dikeluarkan. Dia akan mencari Kayden sehingga ke lubang cacing jika itu yang terjadi.

"Relaks cik Amira! I tak sejahat tu. Tasha is my wife"

Bicara Kayden mematikan ayat Amira. Dia terlupa jika dia sedang berurusan dengan suami Natasha.

"Sorry.."

"Takpe. I faham. I cuma perlukan masa berdua dengan Tasha. I yakin dia akan terima I. Biarlah kami saling mengenali tanpa ada sesiapa yang mengganggu"

Itu rancangan Kayden sebenarnya. Setelah mendapat keizinan daripada papa, dia terus membawa Natasha ke pulau tersebut. Bimbang Natasha bakal merosakkan rancangannya, awal-awal lagi dia sudah meletakkan pil tidur ke dalam minuman Natasha lalu memberikannya ketika mereka di dalam kereta. Sudahnya, Natasha ketiduran sampai ke petang.

"So sekarang you berdua dah kat pulau ke?"

"Yup!" Raut wajah Natasha yang sedang lena ditatap sekilas.

"Can I talk to her for awhile?"

"She's sleeping"

"Later?"

"I don't think so. I kena putuskan Wifi dan line kat sini. I tak nak Tasha berhubung dengan sesiapa dalam masa sebulan ni. I really hope you understand it''

Amira mengeluh. Dengan terpaksa, dia harus bersetuju dengan rancangan Kayden. Secara tidak langsung, dia sudah terlibat di dalam rancangan lelaki itu!

"Okey then. But please, take care of her for me.."

"I will.."

"And one more thing, pasal Arman. Lelaki yang you nampak sebilik dengan Natasha sebenarnya adalah adik lelaki I. Dia bukan someone special to Natasha. Sorry for the misunderstanding"

Bergetar bibir Kayden menahan rasa di jiwa. Perasaan bersalah mula menghimpit ruang dada. Dia sudah salah menilai Natasha!

"I yang patut mintak maaf. I cemburu. Nasib baik I tak tumbuk adik you"

Amira gelak di hujung talian. Dia faham perasaan Kayden. Orang kalau dah jatuh cinta, macam-macam boleh jadi!

"Takpelah Kayden! Benda dah lepas. Anyways, good luck and enjoy your vacation!''

SETELAH berfikir panjang, Natasha yakin dengan keputusannya. Langkah kaki diatur mendekati Kayden yang sedang menghisap rokok sambil berbaring di atas buaian sana. Buaian tersebut diikat pada sebatang pokok yang tampak kukuh dan meninggi.

"Ehem.." Natasha berdehem. Sempat juga dia menjeling ke arah suaminya itu. Dia tak suka asap rokok!

"You memang suka rokok ke?" tanya Natasha sambil berdiri di sebelah buaian itu.

Kayden angguk. "Dah you tak suka I! Ni je yang mampu tenangkan I"

Pijar wajah Natasha mendengar omongan Kayden. Memang dia jenis cakap lepas ke macam mana erk?!

" I tak suka asap dan bau rokok.."

Mendengarkan itu, laju Kayden mencampakkan puntung rokok dan memijaknya sehingga lumat.

"Promise tak hisap rokok lagi lepas ni!" Kayden angkat tangan seperti orang berikrar.

"Don't break your promises!" getus Natasha.

"I won't!" sahut Kayden seraya menarik tangan Natasha rapat dengannya.

"You nak buat apa ni?" Wajah Natasha jelas nampak takut.

"Baring dengan I kat sini!"

Tanpa mempedulikan riak itu, laju saja tangan Kayden menarik tubuh itu berbaring di atasnya.

"You memang lahir dengan sikap suka memaksa ke?" tempelak Natasha. Merungut dengan sikap Kayden yang satu itu.

"Dah tahu, buat apa tanya lagi?" Giliran Kayden pula menyelar. Rambut Natasha yang ditiup angin itu diselak ke belakang.

Jawapan Kayden mematahkan bicara Natasha. Sudahnya dia hanya diam sambil memerhatikan pemandangan di hadapannya. Berbaring di atas badan Kayden bikin dia mengantuk. Dapat dia mendengar degupan jantung lelaki itu.

"I nak cakap sesuatu"

Kening Kayden bertaut. "Cakaplah! Dari tadi diam. Ingatkan bisu sebab dah baring atas I"

Natasha geram. Dicubit mulut lelaki itu. Jawapan yang menyakitkan hatinya! Kayden mengekek.

"I nak nego syarat you tadi"

"Syarat mana?"

"Yang you cakap pasal I buat baik akan dikurangkan masa kita kat sini"

"Ohh that one! Kenapa? You nak nego apa?"

Natasha angkat sedikit badannya agar dapat bersemuka dengan Kayden.

"I akan turuti semua kehendak you tapi...."

Kayden sudah merangka pelbagai rancangan dengan senyuman nakal yang terbit di wajah.

"Tapi apa?"

"I tak nak bersama!"

"I tak setuju!" Cepat-cepat Kayden menolak.

Natasha berdecit. Susahnya nak buat Kayden faham!

"You boleh tak faham kehendak dan keinginan I kali ni je? I akan stay dengan you tapi beri I ruang. I dah cakap kan, I akan bagi semua milik I pada you kalau..."

"Kalau you dah cintakan I!" potong Kayden dengan riak yang kecewa.

"I masih keliru dengan perasaan I! Tolong faham keputusan I.."

Suara Natasha yang sebak itu membuatkan Kayden serba-salah. Dia bukannya tak bersetuju tetapi sejak mereka bersama tempoh hari, dia sering rasa ketagihan dan kepinginkan itu. Dan dia bukannya lelaki jahat yang semudahnya meniduri mana-mana perempuan. Sementelah Natasha juga sudah halal baginya, kenapa dia tak menggunakan peluang itu saja?

"Boleh kan? You nak apa, I akan turuti. Tapi untuk soal berhubungan, I masih perlukan masa.."

"Okey, I setuju!"

Akhirnya Natasha melebarkan senyuman. Gembira dengan kata putus yang diambil bersama.

"Kiss me!" Kayden beri pipi kiri pada Natasha.

Terbuntang anak mata Natasha.

"Haa?"

"Tadi kata nak ikut cakap I"

Mahu tak mahu, Natasha menurut jua. Apa boleh buat, dia sudah terlanjur berjanji.

"LETS SEE! Apa yang ada kat kitchen ni?"

Natasha ikut langkah Kayden ke dapur mini itu. Walaupun kecil, tetapi nampak comel pula pada matanya. Ruang di dapur mini itu cukup terbatas. Ada tempat memasak, sinki, peti sejuk, freezer dan almari kecil. Meja makan pula diletakkan di luar, berhadapan dengan pemandangan laut.

Natasha buka peti sejuk. Dia terpempan melihat isi di dalamnya. Serba lengkap dengan pelbagai makanan dan minuman.

Freezer menjadi perhatian Kayden. Dia baru pertama kali menjejakkan kaki ke pulau itu. Jadi dia masih buntu dan tidak berapa tahu mengenai segala barang-barangnya. Seperti Natasha, dia juga dikejutkan dengan kelengkapan serba-serbi barang basah mentah yang ada di dalam. Mana tidaknya, mama dan papa sering berkunjung ke situ dan membersihkan tempatnya.

"Mama papa selalu datang sini ke?" tanya Natasha. Dia sudah menyandar ke sinki.

"Yupp! Selalu sangat. Dorang kalau ada masa, memang bercuti ke sini. Sebab tu barang nampak lengkap"

Natasha mengangguk.

"Nak makan apa untuk dinner?" soal Kayden. Dia masih berdiri di sisi freezer.

"Entah! I tak pandai masak"

"Takpe! Nanti I masak"

Natasha diam. Dia malu sebenarnya. Kayden jauh lebih pandai memasak jika dibandingkan dirinya.

"Hmm? Kenapa diam?"

Kayden sudah berdiri di hadapan isterinya. Pipi montel itu dicubit.

You..." Suara Natasha meleret. "I malu!"

"Kenapa malu?" Tersentak pula Kayden dengan pengakuan Natasha itu.

"I tak pandai masak.."

"Takpelah! You boleh belajar. Slow-slow.."

"You tak marah?"

"Kalau tu kelemahan you, I kenalah terima. Tak semua orang sempurna kat dunia ni. I pun ada cacat celanya. Cuma tak nampak je lagi" Kayden senyum.

Natasha membisu. Macam banyak sangat kelemahannya jika dibandingkan dengan Kayden.

"I nak masak ni. You nak berdiri kat sini atau nak tolong I?"

Natasha tersengih. "I nak tidur!"

Kayden geram. Ponytail Natasha ditarik. Boleh pulak fikir pasal tidur!

"Yelah-yelah! I tolong. Tapi jangan buli I!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience