BAB 29

Romance Series 9656

KETIGA-TIGA mereka diikat dengan keadaan berdiri. Kedua belah tangan tergantung ikatan di siling. Wajah ketiga mereka pucat kerana sudah hampir tiga jam berdiri. Ruang di dalam bilik juga panas dan tiada sedikit cahaya pun yang menembusi bilik itu.

Ariffin dan Miranda sudah tidak tahan lagi. Tubuh tua itu hampir rebah namun ikatan tangan pada siling menghalang mereka. Sudahnya, mereka hanya pasrah dan menggunakan saki-baki tenaga yang ada.

Marisa yang berdiri di antara Ariffin dan Miranda sudah menangis mengenang nasib diri. Kaki kanannya terasa sakit dan kebas dek besi panas tadi. Perutnya juga memulas. Tekaknya dahaga. Bibirnya sudah memecah dan kering. Bahagian sulitnya tiba-tiba rasa perih. Dia sungguh tidak tahan lagi. Untuk menjerit meminta tolong, tenaga dan suaranya sudah kehabisan.

Eric dan Emir benar-benar mengerjakan mereka dengan teruk. Dipukul dengan kayu keras, dipasung, ditumbuk. Setelah mereka tidak berdaya, barulah mereka diikat dengan posisi berdiri.

Pintu bilik terkuak luas. Ada samar-samar cahaya masuk menerombosi kamar.

Wajah Kayden yang bengis terpancul di situ. Derap kakinya berhenti di hadapan mereka bertiga. Melihat wajah-wajah itu, hatinya sakit. Apatah lagi setelah mengingat kembali khabar buruk yang diterimanya daripada Hartika sebentar tadi.

"FRANKLY speaking, I won't dare to tell you this. But I have no choice. You have the right to know.."

Kayden berpaling. Riak serba salah Hartika ditatap. Nafas dideru kasar. Dia sudah siap dengan segala berita.

"Tell me. I'm so ready"

"Begini. Did you know something was moving around your wife's body? I mean, inside her belly.."

Kayden mengerut dahi. Apa benda yang bergerak di dalam perut isterinya? Sungguh, dia tidak mengerti! Fikirannya benar-benar bercelaru.

"I...I tak tahu.."

"Okay then. Let me go straight to the point. Actually, after I ran a few tests on her, I found that she was diagnosed with two moths pregnancy"

Mendengar berita itu, hati Kayden tersentak. Jiwanya bergelora. Seakan tidak percaya dengan berita baik itu, berkali-kali dia menggeleng kepala.

"She..she is pregnant?"

"She was pregnant" Hartika tekankan ayat 'was' yang bermaksud sudah berlalu.

Kayden mengerut dahi. Dia semakin tidak mengerti. Natasha sudah mengandung benihnya selama dua bulan ini? Kenapa dia tidak tahu? Atau Natasha juga tidak sedar dengan kewujudan benihnya di situ?

"Dia memang pregnant tapi..." jeda Hartika seketika. Nafas dihela panjang. "She was miscarriaged!"

LULUH hati Kayden mengingat kembali bicara Hartika. Anak yang tak sempat dia gendong, tak sempat dikandungkan oleh Natasha, yang tidak pernah diketahui kewujudannya ternyata sudah meninggal di dalam kandungan. Natasha keguguran tanpa mereka tahu jika dia sedang mengandung. Hatinya sakit, terlalu perit!

Air matanya berlinangan. Wajah mereka bertiga dipandang. Tangannya didepakan ke bawah.

"Tangan ni.. tangan ni sepatutnya gendong anak aku! Tapi daripada gendong dia, aku usung jenazah dia yang belum jadi manusia! Kau semua memang jahat! Memang kejam!!" hambur Kayden dengan menggila.

Dia bukan tidak redha namun dia sakit. Hatinya pedih. Kenapa harus begini? Di sebalik perasaan gembira menerima berita kehamilan Natasha, dia dikejutkan pula dengan berita kehilangan kandungan itu. Siapa saja yang tak sedih? Yang tak berduka?

Mereka bertiga tersentak mendengar berita tersebut. Natasha mengandung? Marisa menelan liur. Tiba-tiba dia teringat akan rayuan Natasha sebentar tadi. Adakah keguguran Natasha berpunca daripadanya? Marisa menggeleng kepala berkali-kali.

"Kau...." Kayden mencengkam rahang Marisa dengan kasar. Nafasnya menderu laju seiring dengan riak bengisnya. Tidak mampu dia maafkan perbuatan Marisa terhadap Natasha. Akan dibalasnya berlipat ganda.

"Kayden, maafkan I! I..I salah.." Marisa merayu dalam tangisan.

Kayden menghambur tawa. "Kau merayu untuk nyawa kau? Masa Tasha merayu untuk benda yang sama, apa yang kau buat? Kau tak pedulikan dia! Kau makin seronok seksa dia. Kenapa? Best sangat ke bermain dengan hidup seseorang?"

Marisa menggigil. Tak mampu dia bayangkan nasib yang bakal diterimanya sebentar lagi. Dengan wajah bengis dan perasaan amarah Kayden, tidak mungkin dia mampu melepaskan diri.

"Anak aku meninggal gara-gara kau! Kenapa kau kejam sangat?!!"

Jerkah Kayden dengan suara yang lantang. Mengingatkan zuriatnya yang tak sempat tumbuh membesar, hatinya panas.

Besi yang sudah siap dipanaskan di hujung sana dicapai. Untuk kali ini, dia sudah hilang sifat kemanusiaan. Amarahnya menggila. Tiada apa yang mampu menghentikannya.

Besi panas diacukan di hadapan wajah Marisa yang sudah menggigil itu. Melihat wajah penuh ketakutan itu, Kayden menyungging senyuman sinis.

"Kayden, mama merayu.." Rintihan dari suara Miranda membuatkan Kayden berpaling. Melihat anak mata Kayden yang terjegil itu, cepat-cepat Miranda membisu.

"Kalau kau tak nak benda ni kena kat wajah kau, baik kau diam! Aku masih ada urusan dengan perempuan ni. Lepas ni, aku settlekan kau dan suami kau!" herdik Kayden. Wajahnya berpaling semula ke arah Marisa.

"Kau pukul isteri aku dengan benda ni kan?"

Akal Marisa sudah mati. Untuk melarikan diri, sudah pasti tidak sempat lagi. Ditambah lagi dengan rasa nyeri di bawah sana, hatinya benar-benar merintih. Kenapa kesakitan itu terasa sangat?

"Aku dengar, kau bercinta dengan Hardi?" Kening Kayden terangkat. Besi panas sengaja dimain-mainkan di hadapan Marisa dengan tujuan untuk menakuti gadis itu.

Ariffin dan Miranda menoleh ke arah Marisa. Dahi mereka mengerut. Siapa Hardi?

"Jawab!!" jerkah Kayden dengan jeritan kuat. Bergema ruang bilik itu.

"Iy...iya.." sahut Marisa dengan suara terketar-ketar.

Anggukan dan pengakuan Marisa membuatkan Ariffin dan Miranda terkejut. Selama ini, Marisa tidak pernah bercerita soal itu kerana lelaki yang dicintainya adalah Kayden.

Sinis senyuman Kayden. "Kau tahu, dia ada HIV?"

Bicara Kayden bikin hati Marisa rapuh. Tubir matanya sudah bergenang. Dia menggeleng kepala beberapa kali. Sukar untuk dipercayai kebenaran itu.

"Takk! Takkkk.." nafi Marisa.

"Heii, siapa Hardi?! Apa kaitan dia dengan Marisa?" tanya Ariffin dengan wajah keruh. Adakah selama ini Marisa menipu mereka?

"Dia tipu kau! Kau tak tahu ke, yang dia adalah lelaki playboy yang dah tidur dengan banyak perempuan kat KL ni?"

Pertanyaan Ariffin dibiarkan sepi. Sebaliknya, matanya tertumpu pada wajah yang sudah lencun itu.

"Takk!! Dia cakap dia cintakan I! Dia cakap dia ada I sorang je" Berkali-kali Marisa menafikan itu.

"Heii, siapa Hardi si keparat tu?!" tanya Miranda pula. Sakit pula hatinya tatkala persoalan mereka tidak menemui jawapannya.

"Tanyalah anak kau yang suci ni!" Kayden alih pandangan ke arah Miranda. "Kononnya dia cuma cintakan aku dan nak bersama aku. Sampai sanggup dia cederakan kakak tiri dia semata-mata kepentingan dia! Tapi pada masa yang sama, dia jual tubuh dia dengan lelaki lain untuk kepuasan dia!"

Tertelan liur Marisa mendengar omongan Kayden. Peluhnya mula menitik seiring dengan mutiara jernihnya. Bagaimana Kayden bisa mengetahui perkara tersebut?

"Kayden, I..."

Tak sempat Marisa menghabiskan ayatnya, tubuh badannya sudah dipukul dengan besi panas. Menggelupur badannya dengan jeritan yang bergema di ruang itu.

"Kau sakitkan isteri aku! Kau buat dia keguguran! Kau hancurkan setiap kepingan hati dia, kau susahkan hidup dia! Kau memang tak layak hidup!!" jerkah Kayden seraya dengan hayunan demi hayunan yang dikenakan ke atas tubuh Marisa.

Bergetar badan Marisa menerima sentuhan besi panas itu. Suaranya sudah kehabisan untuk menjerit. Tenaganya juga sudah hilang. Kini dia hanya mampu reda dan pasrahkan semuanya. Darah mulai mengalir keluar dari tubuh badannya.

"Boss!!" Emir merampas besi panas dari tangan Kayden. Dilihatnya Marisa sudah lelah dan seakan hilang nyawa saja. Dia tidak mahu Kayden menjadi pembunuh. Cukup sekadar membalas perbuatan mereka terhadap Natasha.

Kayden menjeling tajam ke arah Emir. Riaknya seolah tidak berpuas hati saja.

"Kau dah janji nak balas dendam, bukan sampai nak membunuh. Fikir tentang Tasha!" Emir menasihati bukan sebagai orang suruhan, tetapi lebih kepada seorang sahabat.

Perlahan-lahan Kayden mengalah juga. Marisa yang hampir kehilangan nyawa itu ditatap.

"Tak guna aku bunuh kau! Takkan dapat ganti balik masa yang telah berlaku. Satu je aku pesan. Kau usik Natasha lagi, lebih dari ni kau kena!"

Ugutan Kayden membuatkan Marisa serik. Jika memiliki Kayden harus dibayar dengan nyawanya, dia rela berundur.

"Emir! Eric!"

Kedua mereka menyahut.

"Settlekan dua orang tu. Pastikan masih bernyawa. Mereka masih banyak hutang pada isteri aku!"

Seraya itu, Kayden melangkah keluar dari stor. Suara jeritan dan rayuan Ariffin dan Miranda jelas kedengaran. Dia tersenyum puas. Itu baru sedikit. Ada lagi yang sedang menanti mereka. Kali ini, dia takkan sesekali melepaskan mereka bertiga.

NATASHA tersedar dari tidur. Melihat kipas yang berputar di atas siling dan keadaan bilik yang sangat asing baginya, dia tahu dia bukan berada di dalam kamarnya. Kepala yang terasa berat dipegang perlahan. Ari-ari yang terasa sakit disentuh. Dahinya mengerut.

Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa di situ. Namun dia pasti saat ini dia sedang berada di hospital. Baru dia teringat akan peristiwa semalam. Tubuhnya masih terasa sakit dan kebas. Memang benar-benar kejam Marisa kepadanya!

Pintu terkuak. Muncul wajah Kayden dengan penuh senyuman sedang menyapanya.

"Sayang I dah bangun"

Sebuah kucupan dia hadiahkan di dahi Natasha.

"Kenapa I ada kat hospital?" tanya Natasha seraya membetulkan posisinya. Dia bersandar pada kepala katil beralaskan bantal. Kayden membantunya.

"Marisa, dia..."

"I know" potong Natasha. "I ingat apa yang dia buat pada I"

Kayden tersenyum hambar. Jari-jemari Natasha digenggam erat.

"Now you're safe. I'll make sure she won't dare come near you"

"What did you do?"

"Anggap je ehsan!" Kayden tertawa kecil.

"Ehsan?" Dahi Natasha berkerut. Dia mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia tahu perkara buruk apa yang mampu dilakukan oleh Kayden.

"Don't worry too much. You still need rest"

"Answer me. Apa you buat pada Marisa?"

"You risaukan dia?" tanya Kayden dengan wajah tegang. Setelah apa yang berlaku, Natasha masih sempat memikirkan adik tirinya?

"Yes, I should feel that if only you did something bad to her! You bunuh dia?"Tampang Natasha kelihatan serius.

Pecah tawa Kayden. Takkan dia sanggup nak membunuh? Dia mungkin jahat, tetapi untuk membunuh bukanlah bidangnya!

"I cuma balas dendam untuk you"

"Kay..."

"Shhh" Kayden meletakkan jari telunjuknya di bibir Natasha.

"Don't too worry okay? Trust me. I cuma bagi pengajaran pada mereka. I sumpah, I tak bunuh dorang. Lagipun, lepas ni banyak lagi yang sedang menanti dorang"

"Maksud you?"

Kayden senyum. Lambat laun pasti Natasha memahami maksudnya.

"Drop the subject! I nak tanya you. You tahu ke sebab lain you dihantar ke hospital?"

Natasha mengerut dahi. Lantas, dia menggeleng kepala.

"Doktor sahkan you pregnant!"

Natasha bungkam. Wajah Kayden ditatap. Suaminya laju mengangguk. Serentak itu, air mata mereka mengalir membasahi wajah.

"I...I pregnant? Anak you?"

"Anak kita sayang! Two months. Kalau ikut kiraan I, maksudnya dari hari papa you perangkap kita dekat hotel dia hari tu.."

Bergenang mata Kayden. Bahagianya hati tatkala mengetahui isterinya hamil. Namun di sisi lain, dia turut berduka kerana mereka sudah kehilangan zuriat mereka.

Wajah Natasha sudah lencun. Gembiranya hati, Allah saja yang tahu! Dia hamil anak Kayden. Sesuatu yang sangat istimewa baginya. Namun kenapa dia sendiri tidak pernah menyedari itu?

"Kes you special sikit. You takde morning sickness atau apa-apa tanda yang menunjukkan you pregnant. But truthly.."

Natasha mengangguk. Dia menyentuh perutnya. Zuriat Kayden sedang bernyawa di dalam sana.

"Tapi sayang.."

Kayden mengesat air mata yang sedang laju mengalir. Nafas dihela perlahan. Tangan Natasha diraih kembali.

"Sayang, doktor cakap you keguguran.."

"What? Kay..no!" Natasha mengusap perutnya. Berkali-kali dia menggeleng kepala. Air mata turut menyertai kesedihannya.

"No!! You tipu!"

"Sayanggg..."

Tubuh Natasha dibawa dalam dakapan.

"Takk!! You tipu I! Anak I masih dalam ni.." Natasha menolak tubuh Kayden. Dada itu ditumbuk berkali-kali. Dia tidak mahu menerima kenyataan itu.

"Shhhh.." Tubuh Natasha dikunci dalam dakapan. Kepalanya diusap lembut. Dia mahu menenangkan isterinya.

Natasha akur. Dia mengalah dan kembali tenang dalam pelukan si suami. Hanya esakan kecil saja yang memenuhi ruang kamar itu.

"I nak anak! I nak anak Kay"

"I tahu. Nanti kita usaha lagi okey?"

Natasha mengangguk lemah. Mahu tidak mahu, dia harus kuat menerima berita itu. Adakah salah dia yang terlalu menurut permintaan Ariffin untuk ketemu? Sehingga dia gagal melindungi anaknya sendiri.

"Now you still need rest. Jangan fikir banyak. I nak you kembali sihat macam biasa. Okey?"

"Okey" sahut Natasha ringkas.

happ reading ☺️?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience