DENGAN hati yang penuh debar, Natasha mengatur langkah keluar dari perut kereta. Dia harus ketemu Ariffin. Sejak semalam lagi lelaki tua itu tak putus-putus mengajaknya berjumpa. Lantas pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumah tanpa pamit kepada Kayden. Hanya pesanan saja yang dikirimkan, mengkhabarkan untuk mengurus akan sesuatu.
"Dah sampai pun anak aku ni. Punyalah susah nak jumpa sekarang. Macam nak jumpa perdana menteri pulak!" tempelak Ariffin sambil melipat surat khabar dan disimpan di bawah meja.
Miranda dan Marisa turut ada di situ. Mereka bertiga seakan menunggu kedatangannya saja. Dia merasa kurang senang. Seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi.
"Duduklah! Ke nak aku hamparkan karpet bersalut emas baru kamu nak duduk?" Ariffin menyindir lagi. Kali ini, dengan nada yang lebih kuat.
Tersentak Natasha dengan suara itu. Tanpa diduga, laju juga punggungnya dihantar ke atas sofa antik itu.
"Kamu tahu, kenapa aku nak jumpa kamu?"
Riak serius Ariffin ditatap. Kemudian pandangannya jatuh pada wajah dua beranak itu. Dia seperti dapat mengagak hala tuju perbincangan mereka.
"Berkaitan Kayden kan?"
Wajah penuh tenang dipamerkan. Kali ini, dia tak akan mudah melatah lagi. Permainan Ariffin hanya akan diikut saja.
Marisa menyenget dengan senyuman. Faham jugak si bodoh ni!
"Haa tahu pun!" jerkah Miranda. Dari tadi, dia rasa nak robek saja mulut Natasha itu.
"Well, what's wrong with Kayden?" soal Natasha dengan wajah ketenangan.
Marisa mengetap bibir. "Jangan pura-pura tak tahu! Kau tahu sebenarnya kan?"
Jelingan tajam Natasha lemparkan kepada Marisa. Ini ke perempuan yang nak sangat jadi madu aku?! Jangan harap!
"Aku memang tak tahu!" selamba saja Natasha menjawab.
Marisa naik angin. Hampir saja dia melayangkan sebuah tamparan ke wajah itu.
"Kamu jadi bercerai dengan Kayden?" tanya Ariffin pula. Dia tak mahu nak menghangatkan suasana lagi. Ada baiknya jika dia terus ke agenda selanjutnya.
Wajah Natasha melirik dengan senyuman sinis. Tiba-tiba pulak nak ambik berat pasal hal dia!
"Kenapa papa nak tahu? I don't think you are so that care about me!" Giliran Natasha pula menyetir.
Ariffin menderu nafas berat. Natasha memang sengaja nak menguji ketenangannya.
"Straight to the point! Aku nak kamu bercerai dengan Kayden. Tinggalkan dia, tinggalkan Malaysia ni. Jangan pernah muncul depan kami lagi. Aku akan bagi berapa banyak wang yang kamu nak asalkan kamu ikut cakap aku!"
Omongan Ariffin beserta wajahnya yang serius itu mengundang senyum kemenangan di wajah Marisa. Kali ini, tidak ada sesiapa yang akan menghalang rancangannya lagi.
Natasha pamer wajah tenang. Namun di dalam sana, hatinya sedang hancur berkecai. Maruahnya terlihat murah. Keyakinannya mulai goyah. Dan jelas kewujudannya tiada makna untuk lelaki yang bergelar ayah itu!
"Kenapa Tasha kena cerai dengan Kayden? Tell me any reason"
Semudah itu Ariffin menggerakkannya bak sebuah boneka. Dahulu,ketika dia ingin menceraikan Kayden, Ariffinlah orang pertama yang menghalang. Kini dia pula yang beria-ria nak mereka berpisah. Agaknya Ariffin sudah mereng!
"Dulu masa Tasha nak cerai, papa tak bagi. Macam-macam alasan papa beri. Sekarang bila Tasha tak nak cerai, papa pula beria-ria. What's all this encik Ariffin?"
Mencerlung mata Ariffin dengan omongan Natasha itu. Perasaan geram dan benci bersatu. Tak nak cerai?
Miranda dan Marisa kegelisahan. Kata-kata Natasha dicerna semula. Tak nak cerai? Jadi mereka sudah berbaik?
"Apa maksud kamu tak nak bercerai? Kamu yang beria-ria nak mintak cerai dulu! Kenapa sekarang tak jadi pula? Jangan cakap yang kamu dah jatuh cinta pada Kayden!"
"Ya, Tasha dah jatuh cinta pada Kayden. Tasha dah jatuh cinta pada suami Tasha!"
Bicara Natasha bikin semua tersentak. Marisa menggenggam jemarinya. Rasa amarah membuak-buak dalam diri. Dia tidak akan membiarkan rancangannya gagal kali ini. Jika dia tak bisa memiliki Kayden, jangan harap Natasha juga bisa!
KAYDEN mengerut dahi menerima pesanan daripada Natasha. Hatinya mendongkol geram dengan tingkah isterinya. Hanya mengirim pesanan ringkas sahaja.
'i keluar kjap. ada hal nak kena urus. sorry tak mnta izin you dulu'
Perkara apa yang ingin diuruskan oleh Natasha? Adakah mahu berjumpa dengan Ariffin? Tidakkah dia tahu Ariffin itu sangat licik orangnya? Bagaimana kalau Ariffin mengapa-apakan dirinya?
Nombor Natasha didail. Lama dia menunggu namun isterinya tidak menjawab panggilannya. Dia mulai gelisah. Laju saja langkah kaki diatur keluar dari kamar.
Serentak itu, dia masih mencuba menghubungi Natasha. Butang lif ditekan. Sekejap saja dia sudah tiba di ruang tamu. Bik Ros dan Mika sedang rancak berbual di sana. Ada Emir juga menyertai mereka.
"Bik..."
Bik Ros dan Mika menoleh. Emir juga sama.
"Ya tuan"
"Tasha ada breakfast?"
"Enggak tuan. Kayaknya puan buru-buru keluar. Bibik udah manggilin, namun dia enggak respon.."
Kayden gelisah. Pasti gara-gara pesanan yang dihantar oleh Ariffin kepada Natasha semalam. Tak habis-habis mereka nak mengganggu rumah tangganya.
"Ada apa-apa yang mencurigakan? Dia ada cakap nak pergi mana?"
"Enggak ada tuan. Soalnya, puan buru-buru gitu.."
Kayden mengeluh berat. Dia pasti, Natasha berjumpa dengan Ariffin. Yang jelas, mereka pasti membicarakan soal hubungannya.
"Emir, ikut aku!"
"KAU dah janji kan? Kau dah janji nak serahkan Kayden pada aku?" Marisa mencerlung tajam ke arah Natasha. Dia masih belum berpuas hati dengan keputusan Natasha.
"Kau pun mungkir janji! Kau dah lupa ke apa yang kau kena bagi aku?"
Mendengar bicara Natasha, hati Marisa gelisah. Pasti Natasha membicarakan soal bahan bukti itu. Dia tidak boleh membiarkan Natasha terlepas cakap. Bimbang jika Ariffin akan mengerjanya. Bibirnya diketap. Penumbuk dikepal.
"Anak aku tak pernah janji apa-apa pada kau! Kau jangan nak tunding jari pada dia.." Miranda hilang sabar.
Natasha senyum sinis. Bodohnya Miranda dan Ariffin. Tak pernah tahu akan rancangan bodoh anak sendiri yang akhirnya memakan diri.
"Ma..." Marisa mulai ketakutan. Dia benar-benar risau jika Natasha membocorkan perkara itu.
"Ohh,okey! Kalau macam tu, kenapa kau tak tanya dekat anak kau pasal bahan bukti yang dia nak serahkan pada aku?"
Serentak itu, Ariffin dan Miranda menoleh ke arah Marisa. Wajah mereka sarat dengan kemarahan yang kian meronta dalam diri.
"Ba..bahan bukti apa? Kau jangan nak cakap sebarang" Marisa sudah menggigil. Sial punya Natasha!
"Kau jangan nak cakap sebarangan!" jerkah Miranda. Pipi Natasha sudah ditampar.
Seperti biasa, Natasha tiada berperasaan ketika ditampar oleh Miranda. Rasa sakit itu seolah sudah sebati dalam dirinya.
Ariffin diam memikirkan bicara Natasha. Bahan bukti? Itulah bahan bukti yang sudah hilang yang dicarinya selama ini. Jadi benarkah Marisa adalah penyebabnya? Jika tidak, masakan Natasha tahu akan kewujudan bahan bukti tersebut.
"You! Takkan tak nak cakap apa-apa?" Miranda mendapatkan sokongan daripada suaminya.
"Marisa, baik kamu mengaku sekarang! Apa yang dikatakan oleh Tasha?"
Miranda kaget. Dia berpaling ke arah suaminya. "You! Takkanlah Mar sanggup buat macam tu?!"
Ariffin tidak mempedulikan bicara isterinya. Dia mendekati Marisa dan mencengkam rahangnya.
"Baik kamu berterus-terang dengan papa!"
Marisa sudah menangis. Dia ketakutan melihat wajah menyeringa Ariffin itu. Riak selamba Natasha dikerling sekilas. Dalam hati, dia menyumpah Natasha.
"Tak pa! Sumpah, Mar tak tahu pun pasal bahan bukti tu.."
Miranda mendekati suaminya lantas berbisik. "You, Mak Yah kan hilang dari rumah. Jangan-jangan dia yang bawak lari bukti tu.."
Mendengar omongan Miranda, perlahan-lahan Ariffin melepaskan cengkamannya. Ada benarnya juga kata-kata Miranda itu. Mak Yah hilang dari rumah secara tiba-tiba.
Marisa menghampiri Miranda lantas mendakap tubuh itu. Dia ketakutan melihat kegilaan Ariffin.
Ariffin menghela nafas dalam-dalam seraya menoleh ke arah Natasha. Riak tenang itu bikin hatinya dirundung amarah.
"Sekarang, aku tak nak banyak cakap. Aku nak kamu ceraikan Kayden sebelum..."
"Sebelum papa nak buang Tasha dari keluarga?" cantas Natasha sebelum sempat Ariffin habiskan ayatnya. Tanpa sedar, tubir matanya mulai bergenang. Entah kenapa dia rasa begitu sakit mendengar kalimah itu.
"Jangan berdalih! Nah..." Sebuah dokumen penceraian dicampakkan di hadapan Natasha. Dia sudah menyiapkan semuanya. Hanya perlu tandatangan Natasha dan Kayden saja.
Tertera nama penceraian di atas dokumen itu. Hati Natasha rapuh. Senekad itu Ariffin meladeninya. Sanggup memusnahkan rumah tangganya demi kepuasan hati sendiri. Dipandang dokumen itu tanpa berbuat apa-apa. Mungkin benar kata Kayden. Dia sudah hilang kasih sayang dari ayah kandung sendiri, namun sayang dan perhatian Kayden masih utuh untuknya.
Dokumen tersebut diambil usai mengesat air matanya. Satu-persatu kandungannya dibaca. Melihat ejaan namanya yang salah, dia tergelak sendiri. Nampak sangat dia memang tiada tempat di dalam hati Ariffin.
"Kenapa kamu gelak?" Wajah Ariffin keruh.
"Arish Natasha?! Seriously encik Ariffin? Arish? Is this how you spelled my name?"
Natasha ketawa mengejek.
Ariffin merona. Tak terima dirinya diketawakan, laju saja tangannya memulas kolar baju Natasha.
"Jangan nak kurang ajar! Kamu nak sign ke tak?"
Mata Natasha berkaca-kaca. Terlalu banyak yang ingin diluahkan kepada lelaki tua itu. Namun lidahnya kelu. Anak mata Ariffin dipandang dalam-dalam. Dia ingin Ariffin tahu kalau dia terlalu mendambakan kasih sayang darinya. Dia dahagakan perhatiannya. Dia ingin Ariffin menyayanginya seperti seorang anak. Bukan memandangnya dengan tatapan penuh kebencian.
Mata Natasha yang berkaca itu memaksa Ariffin melepaskan tangannya dari kolar baju Natasha. Untuk seketika, dia lemah dengan pandangan mata itu.
"Tasha ni bukan anak papa ke? Kenapa papa buat Tasha macam ni?"
Suara lirih Natasha hinggap pada cupingnya. Matanya terpejam. Seketika, bayangan keluarga bahagia yang pernah dimiliki oleh mereka suatu ketika dahulu kembali bergentayangan.
"Sign the paper!" putus Ariffin.
Natasha angguk kepala. Bukan kerana bersetuju dengan bicara Ariffin tetapi kerana baru kini dia mengerti nilainya di mata lelaki yang dipanggil papa itu.
Dokumen tadi dipegang. Dengan perasaan penuh marah dan kecewa, dia mengoyak dokumen tersebut sehingga menjadi kepingan. Miranda dan Marisa ternganga. Kaget dengan perilaku spontan Natasha.
Ariffin mendengus. Baru saja dia nak melayangkan tamparan ke wajah itu, Natasha terlebih dahulu menahannya.
"Jangan suruh Tasha hilang hormat pada papa!"
Pulpp!! Sebuah hentakan kuat pada bahagian belakangnya membuatkan dia rebah di atas lantai. Matanya terpejam.
"Mar, apa yang kamu buat ni?" Ariffin mulai gelisah. Dia tunduk dan meletakkan jari di bawah hidung Natasha. Nafas lega ditarik. Natasha masih bernafas.
"Mar cuma nak pengsankan dia je!"
"Apa kita nak buat?" Miranda pula menyoal.
"Mar ada idea!"
boleh agak ke apa yg blaku seterusnya? ?
Share this novel