DANIEL! Lelaki yang pernah mencari masalah di kelab malam dahulu. Lelaki itu juga yang hampir hendak mengambil kesempatan terhadap isterinya dengan memberikan arak kepadanya. Tak cukup itu, lelaki itu juga dengan beraninya menemui Natasha dan ingin mengambil kesempatan ke atasnya di sebuah cafe dahulu.
Seingat dia, teruk juga dia kerjakan Daniel dahulu. Siap dengan amaran berbaur ugutan. Fikirnya lelaki itu serik. Rupa-rupanya masih berani membuat onar di belakangnya. Tetapi atas alasan apa?
Wajah sengihan lelaki itu ditatap penuh amarah. Hampir saja dia mahu membunuh lelaki itu. Untung saja Emir cepat bertindak dengan menahan tubuhnya.
Lelaki yang masih mampu tersenyum itu meski sudah lunyai dikerjakan membuatkan hatinya bertambah sakit. Entah apa dosa Natasha kepadanya sehingga dia tega bertindak sejauh itu. Tidak akan sesekali dia melepaskan Daniel dengan semudahnya.
"Woii!!" herdik Daniel. Tatapannya masih jatuh pada wajah tegang Kayden.
Dengan rahang yang masih bergerak-gerak, pandangan tajamnya menikam ke arah tampang itu. Setahunya selepas Daniel dikerjakan tempoh hari, dia telah menghantar lelaki itu ke China. Kenapa dia kembali lagi? Kali ini, dengan niat yang jahat.
"Kau tak nak tahu ke kenapa aku langgar Natasha?"
Daniel masih tersengih. Suka benar hatinya melihat lelaki di hadapannya itu menahan amarah.
"Sikit lagi..sikit lagi dia dan baby dia nak mati! Arghh siallah!!"
Daniel menyumpah lalu meludah ke arah lantai.
Kayden tak mampu menahan emosi lantas dilayangkan sebuah tumbukan ke wajah Daniel.
"Bos! Bos, stop!!" halang Emir sambil memeluk tubuh kekar itu dari belakang.
"Lepaskan aku!" gerutu Kayden lantas menolak kasar tubuh Emir. Terpelanting ke hujung Emir dibuatnya.
Kayden menyambung kembali sisa 'kerjanya' tadi. Ditumbuk sehingga lemah wajah dan tubuh itu.
"Kau yang sepatutnya mati!!" jerkah Kayden dengan wajah menyeringa.
Daniel tersengih-sengih bak kerang busuk. Dari duduk di atas kerusi, kini dia telah jatuh ke atas lantai. Tubuhnya ditindih oleh Kayden. Serentak itu, bertubi-tubi tumbukan dilayangkan ke wajah dan perutnya.
"Bos!! Stop! Please.. kita kena hantar dia ke balai. Kalau dia mati, bos masuk penjara"
Tubuh Kayden didakap dari arah belakang. Emir menahan tubuh itu sebaik mungkin.
Mendengar bicara Emir, perlakuan Kayden serta-merta terhenti. Wajah lebam dan penuh darah Daniel ditatap dengan pandangan benci.
"Kenapa kau langgar isteri aku? Cakap!"
Daniel tersenyum sumbing. Bibir yang sudah berdarah diseka.
"Cakaplah sial!" Tubuh Daniel dipijak dengan kaki.
"Bos!!" panggil Emir. Dari tadi tubuh itu ditahan.
Tersengih Daniel di hadapan mereka. Seolah tiada sebarang kesakitan yang dirasai meski wajah dan tubuh sudah lunyai dikerjakan.
Tampang keruh Kayden dipandang. Dengan senyuman sinis, dia menyebut nama seseorang yang bikin dia terpana.
ENAM BULAN LEPAS...
GADIS itu menjerit penuh kesakitan di hati. Segala barangan dari atas meja sehingga ke atas katil dicampakkan dengan perasaan berkecamuk. Perut yang kian membesar diusap perlahan.
Pantulan dirinya dari dalam cermin dipandang jelek. Kasihan dengan nasib dirinya yang ditimpa malang itu, sekali lagi dia meraung. Namun kini dengan suara lebih perlahan.
Dada dipukul kuat. Air mata merembes keluar. Dia tak boleh terima dengan perpisahan ini. Terlalu menyakitkan! Ketika itu, matanya tertancap pada sebilah pisau. Digapai pisau tersebut lalu diacukan ke pergelangan tangannya.
"Along!!" jerit Daniel dari arah luar. Suaranya bergetar menahan ketakutan dari dalam diri.
Hannah mengalihkan pandangan ke arah adiknya. Daniel, satu-satunya adik lelaki yang dia punya. Mungkin juga satu-satunya lelaki yang menyayanginya dengan tulus. Mereka berdua punya papa, namun lelaki durjana itu lebih memilih hidup di samping keluarga barunya dan meninggalkan mereka.
"Along, mengucap long! Letak pisau tu kat bawah. Adek ada. Adek boleh tolong along. Ye?"
Perlahan-lahan derap kaki mendekati Hannah. Setelah berdiri tepat di hadapan kakaknya, pisau tersebut dirampas lalu dicampakkan ke luar jendela.
Tubuh Hannah dibawa dalam dakapan. Seketika, suara itu menangis dan merintih. Bergabung pula dengan esakan Daniel, suasana pilu menyelubungi suasana.
"HE'S not good for you! He's not the one! Kenapa nak susahkan diri gara-gara dia?"
Hannah teresak-esak. Pilunya mencengkam jiwa. Dia cintakan Kayden tetapi mengandung benih Raymond. Salah satu kesilapan terbesarnya! Kini dua-dua tak mahukan dia. Kayden memilih hidup di samping isterinya. Sedangkan Raymond melarikan diri ke luar negara, meninggalkan dia bersama benih mereka yang baru mula tuntas.
"I love him.. " ucap Hannah, memaksudkan Kayden.
"Love? Then why?"
Soal Daniel sambil mengusap perut Hannah. Sudah empat bulan usia kandungannya. Perut kempis itu sudah tampak membesar.
"That was my biggest mistake! Along ingatkan, Raymond akan bertanggungjawab. But he left me!"
Daniel mengeluh panjang. Perasaannya kian tergores. Dua lelaki keparat dalam hidup kakaknya. Tunggulah, akan ada pembalasan darinya!
"I though, I would hate Kayden. But I was wrong.."
"You cintakan Kayden tapi you seronok dengan lelaki lain. What that supposed to mean?"
Hannah membisu. Dia mencari Raymond kerana ingin mengisi hatinya yang sunyi sejak ditinggalkan Kayden. Namun hubungan yang terjalin seakan membawa dia ke alam kehancuran. Raymond tinggalkan dia di saat dia berada pada detik paling kritikal!
"I would do anything to win him back! Even abortion.."
"Along!!" Daniel terjerit. Lantang suaranya.
"Don't do this please! Kita akan besarkan your child and flee from here. Kita pergi China. Dan mulakan hidup baru. Lupakan Kayden and all this shit!"
Hannah menatap wajah sebak Daniel. Wajah itu dielus. Dia tahu, seorang lelaki yang takkan sesekali tinggalkan dia adalah lelaki yang kini sedang berdiri di hadapannya! Tubuh itu didakap.
"I'm sorry. I can't be a good big sister to you. I terlanjur. I dah susahkan you"
Daniel mengeluh. Rambut Hannah diusap.
"You never trouble me. We're siblings. We have each other. But please, let's jut forget about Kayden and this shit. Kita pergi jauh dari sini dan mulakan hidup baru. Pleasee..I'm begging you"
Hannah tersenyum. Mampukah dia?
"You know how much I love Kayden. Tapi dia lebih memilih Natasha dari I. I yang selalu hiburkan dia. I yang selalu ada untuk dia. I yang selalu mengisi kesepian dia. But he left me after all this time. I tak boleh terima.."
Mendayu-dayu suara itu meminta simpati.
"I love him so much! I nak kawen dengan dia. I sanggup buat apa saja. Tapi dia abaikan I. He ended everything in just a blink of eyes! Dia buat I merana.."
"Along..."
"Please help me.."
"Sis?"
"Revenge!"
PAGI itu, Daniel melangkah ke arah bilik Hannah. Diketuk pintu beberapa kali namun tiada respon. Nama Hannah juga dipanggil, tetap tiada sahutan. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 10 pagi. Takkanlah Hannah masih tidur?
"Sis.." Pintu bilik diketuk lagi.
Tiada sahutan. Jarang Hannah bangun selewat ini. Biasanya dia akan bangun paling lewat pun jam 9.
"Sis, we have our flight around 12. Please get ready by then.."
Tetap tiada sahutan.
Dahi Daniel berkerut. Dadanya mula berdebar. Tombol pintu dipulas. Berkunci. Arghh!!
"Siss!! Sis!!"
Daniel memanggil lagi.
"Are you okay?"
Tiada balasan dari dalam sana. Mereka sudah berjanji akan ke China dan memulakan kehidupan baru.
"Along! Jangan buat adek takut! Open the door please!"
Didesak dengan pelbagai perasaan, pintu kamar ditolak sekuat hati dengan tubuhnya yang tegap itu. Tak berhasil. Dia mencuba lagi. Untuk kali yang keempat, barulah pintu terbuka luas.
Tercengang Daniel melihat sekujur tubuh sedang tertiarap di atas lantai dengan darah yang begitu banyak mengalir. Dia menutup mulut, hendak menjerit suaranya seakan hilang!
Tubuh itu didekati dengan langkah perlahan. Air mata tanpa sedar mengalir dengan deras. Berkali-kali dia menggeleng kepala. Tidak mungkin! Dia tak mahu mempercayai kenyataan itu. Meski semuanya sudah helas terpampang di hadapan matanya.
"Along.. "
Tubuh Daniel rebah di sisi Hannah yang sudah terkulai layu.
Racun serangga yang dijumpai di sisi Hannah dipandang dengan tatapan kosong. Mungkin dia sudah tahu punca Hannah membunuh diri. Terketar-ketar tangannya memaut tubuh itu.
"Alongg!!"
Daniel meraung. Dia sudah kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang dia punya. Tiada lagi suara dan senyuman manja Hannah yang menghiasi hari-harinya.
"You promised me!"
Teringat janji mereka semalam untuk memulakan kehidupan baru. Kini semua hanya tinggal janji.
Di tepi tubuh Hannah ada satu nota kecil. Tergetar-getar tangannya memegang nota tersebut. Hatinya membara tatkala nama Kayden tertulis di situ. Tampangnya penuh kebencian. Dia pasti akan kembali untuk membalas dendam Hannah!
KOLAR baju Daniel dilepaskan. Tubir matanya sudah bergenang. Entah menangis kerana Hannah yang sudah meninggal atau kerana menjadikan Natasha sebagai sasarannya.
Tampang Daniel tersengih. Suka dia melihat wajah yang tegang dan penuh kedukaan itu. Gara-gara dendam tersebut, dia sering mengintip Natasha walau ke mana dia pergi. Sedikit pun Natasha tidak kabur dari penglihatannya. Kali terakhir dia mengintip Natasha adalah ketika wanita itu elok bersantai dengan sahabat baiknya, Amira di sebuah cafe di hotel. Ketika itu, mahu saja dia teruskan dendamnya namun hasratnya terbatal. Tempat itu terlalu umum. Jadi apabila Natasha bersendirian tanpa Kayden, ketika itulah dendamnya kembali menyala.
Ketika pertemuan di kelab malam beberapa bulan yang lepas, dia tidak pernah tahu jika Natasha adalah isteri kepada Kayden. Setelah mengetahui segala-galanya dan dendam yang membara, dia mula mengatur rencana. Dan pada masa yang sama, hatinya juga telah terpaut pada wanita itu. Namun dendamnya lebih menguasai diri. Fikirnya, dia tidak mungkin dapat memiliki Natasha kerana Kayden pasti akan melakukan apa saja untuk menghalangnya. Jadi cara terbaik adalah dengan membunuh Natasha agar tiada sesiapa dapat memiliki wanita itu.
"Kalau kau nak balas dendam pada aku, kenapa isteri aku jadi sasaran kau?"
Pertanyaan itu membuatkan tawa Daniel pecah. Terbahak-bahak dia ketawa sambil memegang perutnya. Dari riak itu, kini berubah sayu.
"Aku nak kau rasa macam mana sakitnya kehilangan orang yang paling kita sayang. Sebab itu yang aku rasa sekarang!" balas Daniel lalu menyepak bahagian dada Kayden dengan kaki kirinya.
Terpelanting Kayden dibuatnya. Badannya terketar-ketar. Dalam diam, ada musuh yang sedang menanti untuk memusnahkan keluarga kecilnya. Dalam diam, ada jiwa yang sedang merana dengan tindakannya. Dan dalam diam, Natasha dan kandungannya kini sedang menjadi sasaran. Itu baru satu. Entah berapa ramai lagi musuh yang sedang bersembunyi dari belakang.
"Kau ingatlah Kayden! Atas dosa kau dulu, keluarga kau yang akan jadi sasaran dia! Kau baru jumpa satu musuh, kau belum jumpa entah-entah beribu lagi musuh kau di belakang! Bersiap-sedialah!" herdik Daniel dengan tawanya.
Pandangan Kayden jatuh pada wajah itu. Nafas dihela kasar. Rahangnya bergerak-gerak. Kalau diikutkan, mahu saja dia menghabiskan riwayat Daniel di situ. Namun dia masih punya iman. Dia masih punya isteri yang setia menanti dan anak yang bakal dilahirkan. Oleh itu, dia tidak akan mensia-siakan hidupnya hanya kerana panas barannya! Undang-undang dan hukum masih ada. Biarlah mereka saja yang mengendalikannya.
"Emir!"
Emir menoleh segera.
"Bawak dia ke balai polis. Bagitau mereka apa yang dah jadi. Kau ada jumpa bukti dia langgar Tasha kan?"
Emir pantas mengangguk.
"Okey!"
nahhh..semua tekaan korang salah? happy reading guys ?
Share this novel
tak sangka cempedak jadi nangka