BAB 35

Romance Series 10131

"NANTI kalau Raya Haji, Tokwan korbankan Dol dan Bara ke?" tanya Natasha dengan riak serius. Dia dan Kayden duduk di kerusi yang sudah tersedia di halaman rumah. Puas benar dia petang itu dapat memandikan Dol dan Bara. Sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan akan dilakukan!

"Mungkin. Lagipun dorang tu besar. Tumbuh dengan sihat. Gemuk.."

Wajah Natasha mencuka. Kesiannya! "Kalau Tokwan jaga sampai besar dan sihat macam tu, kenapa pulak kena korbankan? Baik biar je dorang tu kurus. Macam sia-sia je bela dari kecik..."

Riak tak puas hati Natasha ditatap. Dia tahu kalau Natasha masih belum faham akan perkara itu.

"Sayang, I tanya you something. Katakanlah you penjual ayam kat pekan. You jual ayam yang kecik dan kurus. Lepas tu customer you complain. Apa you buat?"

"I akan jadikan complaint dorang tu sebagai langkah untuk I terus maju"

"But how?"

Natasha diam. Lama dia berfikir. Namun inti dari soalan itu sebenarnya bukanlah berdasarkan jawapan. Tetapi Kayden ingin dia berfikir menggunakan akal. Lambat-laun dia mula memahami maksud soalan Kayden.

"I akan pastikan ayam yang I jual sihat dan gemuk supaya orang berpuas hati dan takkan complain! I faham sekarang" Natasha petik jari dengan senyuman penuh di wajah.

"So sekarang you faham maksud pengorbanan kan? Dan you faham kenapa Tokwan bela sampai sihat dan gemuk?"

Natasha angguk. Besar maksudnya sebuah pengorbanan. Dan ianya harus datang dari niat yang suci dan ikhlas, semata-mata kerana Allah SWT.

"I banyak ketinggalan" luah Natasha jujur. Sedari kecil, dia tak pernah dididik soal ugama. Apa yang dia tahu, dia dibesarkan dengan perasaan ingin selalu menang. Itu yang sering diajarkan oleh Ariffin kepadanya. Namun seiring waktu berlalu, dia mulai mengerti. Tidak semua kemenangan harus diperolehi. Adakalanya kita harus tunduk dan rebah untuk merasai nikmatnya perjuangan.

"Pardon me?" tanya Kayden dengan kening terangkat.

"I banyak ketinggalan dalam hal agama. I tak tahu solat, I tak pandai mengaji. Papa besarkan I dengan didikan dunia. Tapi lupa bekalkan I dengan ilmu akhirat.."

Bicara jujur si isteri membuatkan Kayden tergamam. Tak disangka Natasha yang tampak bijak itu rupa-rupanya cetek ilmu agama.

"Puasa?"

"Puasa I tahu. Dan I selalu puasa kalau bulan Ramadhan. I tahu, berdosa besar tinggalkan puasa sebab tu perkara wajib"

"Tapi solat pun perkara wajib.."

Bungkam Natasha mendengar bicara suaminya. Walaupun bukan seperti menyindir, tetapi kenapa hatinya rasa sakit?

"Kita sama je sayang. Tapi maybe I lagi teruk. I ni tahu je solat, mengaji tapi I jarang-jarang buat"

Tanpa segan-silu Kayden mengakui itu. Bukannya dia tidak dididik dengan ilmu ugama, bahkan dari kecil lagi dia dibesarkan dengan semua itu. Apabila merasa dirinya sudah cukup dengan segala kekayaan, dia lupa pada pemberi rahmat. Sungguh dia manusia yang tak mengenang budi!

"Nanti kita belajar ilmu agama" cadang Kayden sambil mengusap lembut kepala sang isteri.

Natasha angguk setuju. Dia mahu dan ingin mempelajari semua itu bersama Kayden.

"Selama ni you tak pernah belajar hal agama ke?"

Natasha menggeleng.

"Kenapa?"

Nafas berat dihela. "Papa tak bagi. Papa kata, belajar agama tu sia-sia dan habiskan duit je.."

Kayden mengucap panjang. Mudahnya urusan akhirat diperlekehkan seperti itu.

"Takpelah! Nanti kita belajar sama-sama ye?"

Natasha mengangguk. Riang benar hatinya. Semoga saja termakbul hasratnya ke arah itu!

MAKAN malam sudah terhidang di atas meja. Pelbagai lauk-pauk dan sayur-mayur di atas meja. Nampak sangat menyelerakan. Natasha mengambil posisi di sebelah kanan Kayden. Manakala Hidayah duduk di sisi kirinya.

Melihat itu, Kayden cepat-cepat menukar tempat duduk. Natasha disuruhnya duduk di samping Hidayah. Risau pula sekiranya bom Natasha tiba-tiba meletup.

Masam mencuka wajah Hidayah tatkala Kayden berubah tempat. Natasha menoleh ke arah Hidayah lantas memberikan senyuman sinis yang berbunyi, 'Dia suami aku, bukan suami kau! Padan muka!' Dalam hati Natasha sudah gelak jahat.

"Sedapnya! Opah ke yang masak semua ni?" tanya Natasha. Bersinar-sinar matanya melihat lauk-pauk yang pelbagai itu.

"Hidayah yang masak. Opah ni tolong je.." sahut Opah.

Berubah terus wajah Natasha. Bibir diketap. Ohh dia yang masak!

"Trylah! Sedap ni. Opah dan Tokma kata, kalau nak rebut hati seseorang tu kenalah pikat perut dia dulu. Lagipun kita ni kalau jadi isteri nanti, kenalah pandai masak. Suami tak cari lain.."

Pedas bunyi sindiran Hidayah. Sebetulnya, kata-kata itu sengaja ditujukan untuk Natasha.

Tak jadi Natasha nak makan. Hilang terus seleranya. Sedih pula rasa hati diperli seperti itu. Dia tahu dia bukan seperti Hidayah yang serba-serbi pandai itu ini. Tapi dia sudi untuk belajar.

"Apa cakap macam ni Dayah? Tak baik cakap sembarangan macam tu!" gerutu Tokma pula. Laju tangannya hinggap pada lengan gadis itu.

"Betullah tokma!" getus Hidayah sambil mengaduh. Sakit juga lengannya kena cubit.

"Tak kisahlah dia pandai masak ke tak. Yang penting, bagi Ib dia sentiasa ada dengan Ib. Lagipun Ib bukan nak cakap besar. Tapi Ib ni orang senang. Pembantu rumah banyak kat rumah tu. Isteri Ib tak perlu masak, tak perlu mengemas rumah. Dalam Islam pun dah jelas kata, tugas seorang isteri hanyalah melayan suami dan melahirkan anak. Yang lain adalah tanggungjawab suami. Jadi Ib tak rasa satu kewajiban untuk isteri Ib masak. Cukup sekadar dia layan Ib dan lahirkan anak untuk Ib.." terang Kayden bersahaja. Saat matanya bertembung dengan mata Natasha, keduanya saling mengorak senyuman.

Hidayah diam. Kalah! Dia benar-benar tak tahu hendak jawab apa.

"Awak tu Dayah, ingat sikit! Awak tu perempuan. Belum kawen. Mulut tu jangan lancang sangat. Karang orang cakap awak tu perempuan muda yang tak reti jaga mulut. Nanti sampai ke tua tak kawen sebab sibuk dengan hal orang. Jangan sampai apa yang awak cakap tu kena kat batang hidung sendiri! Kita sebagai orang Islam, paling dijaga adalah lisan. Jangan sebab lisan, hubungan terputus! Ingat tu" sambung Kayden lagi. Kali ini, dia bagi berdas sindiran diselitkan dengan nasihat! Tak sanggup dia melihat Natasha diperlekehkan seperti itu. Dia kenal Natasha. Dia tahu perwatakan isterinya.

Hidayah membatukan diri. Nak toleh kiri kanan pun tak berani. Dia benar-benar segan.

"Dah! Dah! Kita makan. Ib, baca doa" Tokwan mengarahkan.

Kayden akur. Usai membaca doa, mereka menjamu selera.

"You nak ni?" tanya Kayden sambil menunjukkan ayam masak merah.

Natasha angguk. Ayam masak merah diletakkan di dalam pinggannya.

"Sayang, I nak tu" ujar Kayden sambil menunding jari ke arah ikan tongkol bakar.

"Budak zaman sekarang ni kan, I you I you..kalau kita dulu, abang, sayang, manja.." selar Tokma dalam nada gurauan. Bernanah pula telinganya mendengar panggilan itu.

Kayden gelak. "Haa dengar tu sayang!"

Natasha mencerlung mata. Lengan Kayden tempat jemarinya hinggap. Sukalah tu nak kenakan orang!

"Cuba panggil suami tu mesra sikit. Panggil abang ke, panggil buah hati ke..Tokma yang dengar ni pun rasa sejuk je hati"

Natasha tersengih. "Ohh perlu ke Tokma?"

"Tanya pulak! Perlulah! Biar manja lagi.." sampuk Tokwan pula.

"Tapi Kay memang manja dengan Tasha"

"Alaa tu manja lain!" sahut Opah pula. Tersengih-sengih pula dia.

Natasha tertawa. Lawaklah Opah ni!

"Dengar tu sayang? Panggil abang, biar lebih manja..." Kayden asyik menyakat.

"Youu!!" gerutu Natasha. Tak mungkin dia nak panggil Kayden seperti itu! Never...

"Aikk, Tokma cakap apa?! Tokma tak nak dengar kamu berdua pakai I you lagi.. Sakit bebenor telinga Tokma ni.."

Kening Kayden terangkat. Dia pamer wajah bangga. Mana lagi Natasha nak mengelak? Semua memihak kepadanya.

"Sukalah tu!" omel Natasha.

Kayden ketawa.

Hidayah menyepi. Kehadirannya di situ tampar samar. Kayden mahupun yang lain tak menganggapnya seperti ada. Di dalam keriuhan itu, dia terasa asing meski di dalam rumah sendiri!

NATASHA menepuk bantal. Baru saja dia nak baring di atas katil, Kayden sudah menyambar tubuhnya dari arah belakang. Terjerit kecil Natasha dibuatnya. Sekejap saja, tubuhnya menyatu dengan si suami.

"Terkejutlah! You ni kan.."

Dada Kayden dipukul.

"Sakitlah sayang!" Kayden menggerutu. Tangan Natasha dikunci. Sengaja dia melagakan hidung mereka bersama.

"Tadi Tokma cakap apa?"

"Tokma cakap apa?"Soalan dijawab dengan soalan.

"Tadi masa kita kat meja makan..sayang dah lupa? Ke buat-buat lupa?"

Tubuh Natasha dicempung lantas dibaringkan di atas katil. Gelora itu menjerit di dalam sana. Rasa nak gila jiwanya melihat gaun tidur Natasha yang seksi dan hampir menampakkan semua tubuhnya itu.

"Ohh pasal tu! Tokma cakap kat Dayah tu erk? Jangan sembarangan cakap ke?"

Polos wajah yang dipamerkan Natasha membuatkan Kayden hilang sabar. Tubuh Natasha ditindih serentak tangannya bekerja.

"Jangan main-main boleh tak?" pinta Kayden. Gaun tidur Natasha dilepaskan. Hanya pakaian dalam saja yang menutupi bahagian itu.

Pecah tawa Natasha dengan tingkah suaminya.

"Kenapa pakai baju ni? Tak baik tau, Tokwan tu masih lagi lelaki.."

Riak Kayden serius. Risau pula sekiranya Natasha keluar dengan memakai baju itu. Rasa-rasanya tadi isterinya hanya mengenakan baju pijama.

"Tahu. Saja.. nak pakai depan you.." balas Natasha. Suaranya penuh menggoda.

"You lagi.." keluh Kayden. Mengidam benar dia nak dengar Natasha memanggil dia dengan gelaran abang!

"Abang...." panggil Natasha manja. Tangannya menari-nari di atas dada suaminya.

Berombak dada Kayden dengan gaya Natasha. Jujur, dia tak mampu nak menahan diri lagi. Laju saja bibir Natasha ditindih dengan ghairah.

"You nak buat apa dengan I Kay?"

"You? I? Kay?" Kening Kayden tersangkut sebelah.

Natasha menelan liur. Pandangan Kayden menikam jauh ke lubuk hatinya. Dia tahu, Kayden inginkan itu. Dia juga sama. Senyuman manja dihadiahkan buat si suami.

"Abang nak apa dari Tasha?" Gemersik. Penuh santun ayat itu diucapkan.

Kayden senyum kemenangan.

"I want you" balas Kayden sambil tunduk mencium bibir itu.

"Pardon?" Natasha ulang soalan. Laju dia menolak bibir Kayden dari mengucupnya.

Hati Kayden tercuit. Bijak benar Natasha mempermainkannya. Emosinya sudah tidak menentu. Nafasnya kedengaran tidak teratur.

"Abang nak Tasha!" ungkapnya jujur.

Kali ini, Natasha pula mengulum senyum. Pakaian dalam yang menutupi kedua bahagian itu dilepaskan satu-persatu.

"Then I'm yours!"

Lampu meja terpadam.

PAGI-PAGI lagi, Kayden sudah bangun dengan jiwa yang lapang dan bahagia. Memori semalam seakan begitu manis untuk dikenang.Dia berpaling ke sebelah. Lena benar isterinya tidur. Tunak dia melihat setiap inci wajah itu. Dari dahi sehingga ke dagu, tiada sedikit pun cacat celanya. Bahkan seluruh tubuh itu juga tampak sempurna meskipun dengan parut lama pada punggung dan bahagian belakangnya.

Semalam, lama bibirnya singgah di atas parut bahagian punggung itu. Dia mahu Natasha tahu yang dia tak pernah jijik dan geli dengan ketidaksempurnaan itu. Segala kekurangan Natasha adalah miliknya seorang.

Terimbau dia kenangan lama...

SETELAH hampir dua bulan dia mengintip Natasha di Rumah Teratak Kasih, mereka bertemu lagi di pub. Peliknya, dia lihat Natasha seperti mabuk. Dilihatnya Natasha sedang asyik berborak dengan seorang gadis.

"Heyy youu..." Dengan langkah yang longlai, Natasha memanggilnya. Kayden mengerut. Emir menghampiri, namun Kayden menegah.

"You..." Natasha menarik belt yang terlilit di pinggangnya.

Kayden terus senyap.

"Tu adik I. Nama dia Marisa.." Natasha tunding jari ke arah Marisa di hujung sana. Marisa dan teman yang lain bersorak di atas kerusi panjang. Gembira barangkali dapat mengenakan Natasha. Dia terhidu bau arak dari mulut itu. She's drunk?!

"Are you drunk?" tanyanya prihatin.

Natasha tersengih. Dia mengangguk, kemudian menggeleng.

"Adik I..kita orang main Truth or Dare. I pilih Dare. Dia suruh I cari seorang lelaki dan tidur dengan I. I nampak you. I think you're the right person.. kalau you tidur dengan I, nanti I akan dapat anak yang hensem macam you.." terang Natasha. Lama dia memerhati wajah itu.

Tersentak Kayden dengan bicara Natasha. Ini memang kerja gila. Buatnya Natasha diambil kesempatan oleh orang lain?

"Cakaplah you nak tidur dengan I! Jadi I akan menang game ni" Natasha menumbuk dadanya. Kayden mengaduh.

"I hantar you balik!"

Tak menunggu lama, tubuh Natasha dicempung. Tanpa rela, Natasha mengikut saja.

"DAH puas perhatikan muka Tasha?"

Terkebil-kebil Kayden saat matanya bersabung dengan si isteri. Kantoi! Pijar tampangnya ditatap begitu.

"Bila sayang bangun?"

"Tiga minit dua puluh saat yang lepas!"

Pecah tawa Kayden. Penuh detail!

"Menung apa?" tanya Natasha.

"Ingat kisah lama.."

"Kisah apa?" Natasha mengerut dahi.

"Kisah..." jeda Kayden. Adakah Natasha mengingati peristiwa itu?

"Kalau abang cakap pun, mesti sayang tak ingat"

"Ceritalah! Tasha nak tahu"

"Boleh. Sayang ingat.."

"Jangan cerita kat sini" cantas Natasha.

"Habis tu?"

Natasha melirik senyuman nakal. Langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi. Melihat Kayden masih belum berganjak, pantas Natasha bersuara.

"Tasha nak test jakuzi tu. Mind to join?"

Mendengarkan itu, cepat-cepat Kayden membontoti langkah si isteri. Sekelip mata, pintu kamar mandi terkunci rapat.

nah, one more chapter.. last ye? esok kiki sambung lagi ? happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience