BAB 70

Romance Series 26775

NATASHA terkejut menerima kehadiran Mak Yah di situ. Sebelum ini, Mak Yah pulang ke kampung halaman bagi menjaga anak saudaranya yang dalam pantang.

Sekejap saja tubuh tua itu didakapnya. Dan ternyata, Mak Yah benar-benar kaget melihat terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam diri Natasha.

Penampilannya yang sudah bertudung membuatkan dia tampak manis. Pakaiannya juga semakin labuh. Dan yang paling dia tak jangka, Natasha sedang hamil. Lama mereka tidak bersua. Sejak Natasha dibawa pulang ke kampung bersama Kayden, sejak itulah mereka tidak berjumpa. Dia pula harus pamit ke kampung halaman kerana harus menjaga Atifa, anak saudaranya yang berpantang. Urusannya kini sudah selesai. Maka itulah dia kembali. Namun melihat kepada keadaan diri Natasha, dia tahu urusannya belum kelar!

"Mak tak sangka banyak betul perubahan. Tapi mak senang tengok Tasha macam ni" ujar Mak Yah sejurus melepaskan pelukan. Kedua mereka berjalan menuju ke sofa dan melabuhkan punggung di situ.

Senyuman memekar di wajah Natasha.

"Alhamdulillah mak. Allah bagi hidayah. Dan Tasha suka dengan perubahan dalam diri Tasha"

Senyuman Natasha dibalas kembali. Jemari Natasha digenggam erat.

"Syukur nak. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Ni, Kay mana? Mak tak nampak pun dia"

Mendengar nama Kayden, hati Natasha bagai direntap. Pedih ulu hatinya memikirkan soal si suami. Entah ke mana dia membawa diri sehingga rajuknya tak bisa dipujuk.

"Tasha gaduh dengan abang"

Natasha menunduk kepala. Menyembunyikan air mata namun tak berhasil. Semakin deras pula ianya mengalir.

Mak Yah kaget. Abang? Kejutan yang paling tak disangka. Namun yang lebih mengejutkan, ke mana Kayden menghilang dan kenapa mereka bergaduh? Atas alasan apa?

"Kenapa nak? Gaduh sebab apa? Ceritalah kat mak"

Natasha mengesat air mata. Satu-persatu cerita diungkapkan. Mak Yah tekun mendengar.

TANPA sedar, sudah lima hari Kayden menghilang. Segala pesanan, bahkan panggilan langsung tidak berbalas. Ke mana dia menghilang? Natasha sudah hilang dalam rindu!

Buntu dia memikirkan keberadaan suaminya. Setiap hari dia bertanya kepada Emir dan Eric, juga kepada sesiapa yang bekerja di bawahnya. Namun tak seorang pun memberi jawapan memuaskan.

Hatinya sakit diperlakukan seperti ini. Kayden bukan menghukum tetapi lebih kepada membalas dendam. Jika benar dia dihukum atas kesalahannya melawan cakap Kayden, pasti tidak berlarutan sehingga lima hari.

Namun tindakan Kayden jelas membawa dendam. Sakit hati kerana melawan kata-katanya dibalas dengan sakit hati juga. Tidakkah Kayden tahu, itu umpama membunuh dirinya?

Sesakit apa pun hatinya, rasa rindu dan cinta melebihi segalanya. Jika Kayden kembali saat ini, pasti akan didakapnya erat. Dibisikkan kalimah cinta dan rindu yang tak berpenghujung.

Bunyi enjin kereta di halaman rumah mendebarkan hatinya. Adakah Kayden sudah kembali? Natasha terpaku. Tak mahu terlalu berharap, dia mengatur langkah ke lif dan meloloskan diri ke dalamnya. Dia harus kembali ke kamar dan berehat. Dia sudah sangat penat.

Masuk saja dalam kamar, tubuhnya berbaring di atas ranjang. Baru saja nak lelapkan mata, bunyi pintu terbuka menghalanginya.

Wajah Kayden yang tersenyum di muka pintu membuatkan tubuhnya mengeras. Serta-merta dia bangkit dari pembaringan dan duduk di atas katil. Air matanya mengalir. Insan yang dirindui kini muncul di hadapan mata. Beban yang terasa berat beransur-ansur pergi.

Tak berkelip matanya memandang insan yang kini sudah berdiri di hadapannya. Terlalu banyak yang ingin diluahkan namun tak terkata satu pun.

"Sayang"

Suara garau itu kembali bergema di cupingnya. Kayden sudah berlutut di hadapannya.

Semakin laju air mata mengalir di pipi. Perasaan marah yang terbuku tak bisa diluahkan dek kerana rindu yang terlalu menggunung. Lantas, tubuh kekar itu didakap penuh erat.

"Maafkan abang kalau buat Tasha ternanti-nanti. Abang tak lari sayang. Abang ada je"

Natasha mengangguk kepala. Dia juga malas nak memanjangkan isu. Kayden sudah kembali. Itu paling penting.

"Abang rindukan Tasha?" tanya Natasha sesudah meleraikan pelukan.

"Too much!" sahut Kayden lalu mencium dahi Natasha. Kemudian, perut isterinya diusap perlahan.

Hatinya meronta-ronta mahu kembali ke dalam dakapan Natasha dan anak mereka. Namun dia tak berdaya kerana ada urusan yang harus diselesaikan. Lima hari terpisah umpama hilang separuh nyawanya. Mujur saja urusannya sudah diselesaikan, jika tidak mahunya tak tertanggung rindu.

"Kenapa abang tak call Tasha, mesej Tasha?"

Kayden tak menjawab pertanyaan tersebut, sebaliknya bibir itu disasar. Dia sengaja tak mahu menghubungi Natasha sebagai cara untuk menghukumnya. Namun malah dia yang terjerat dalam hukuman yang dibuatnya sendiri. Rindunya menggebu pada sang isteri. Seakan ingin dia terbang ke sisi Natasha namun dia belum bisa. Kini apabila berdepan dengan Natasha, seakan tak mahu dilepaskan tubuh kecil itu.

"Tasha minta maaf"

Kayden mengangguk kepala. Tubuh itu kembali didakap. Melepas rindu dengan mengalirkan hangatnya dakapan mereka.

SELESAI makan malam, Natasha kembali ke kamar. Wajahnya kembali riang. Selera makannya seakan pulih seperti biasa. Sungguh tak disangka menerima kehadiran Kayden di saat dirinya terasa terumbang-ambing.

Beg pakaian Kayden terletak elok di atas ranjang. Tadi Kayden menyuruhnya mengemas barangannya. Dia harus keluar sebentar bersama Eric. Katanya ada urusan di balai polis. Sekembalinya dari balai polis nanti, dia sudah berjanji akan menceritakan segala-galanya. Natasha tak sabar menunggu saat itu. Dia mahu mendengar penjelasan daripada suaminya.

Satu-persatu barang Kayden dikeluarkan dari beg. Dahinya berkerut melihat ada passport di dalam sana.

"Untuk apa passport ni?"

Setahu dia, passport merupakan pas ke luar dari Malaysia. Takkan Kayden ke luar negara?

Natasha membelek passport tersebut. Dia tercengang melihat ada tarikh dan cop lawatan tertera di situ.

"Indonesia?"

Bibir diketap rapat. Untuk apa Kayden ke Indonesia? Jauh benar dia melarikan diri ke sana.

Perasaan Natasha kurang enak. Kenapa dia merasakan ada sesuatu yang berlaku? Lima hari di Indonesia? Dan tidak ada seorang pun yang tahu?

Perasaan yang berkecamuk sedaya-upaya dibuang jauh. Namun tetap saja dia gagal berbuat demikian. Fikirannya buntu. Hatinya melarat.

Natasha mengeluh. Haruskah dia mempercayai Kayden? Kepala digeleng beberapa kali. Tak! Kayden pasti punya alasan berbuat demikian.

Baju Kayden ditarik keluar dari bagasi. Ketika itulah, ada sesuatu jatuh ke lantai. Natasha mengerut. Objek tersebut diperhati dengan lebih lama. Telefon bimbit? Rasa-rasanya Kayden ada membawa telefon bimbitnya tadi.

Dengan lagak yang tenang, dia menggapai telefon bimbitnya di atas ranjang. Sengaja dia mendail nombor Kayden. Sekejap saja, panggilan diangkat. Terdengar suara Kayden di hujung sana.

"Ye sayang?"

Natasha tersentak. Jika telefon berada di tangan Kayden, justeru telefon siapakah itu?

"Tak.. Tasha saja nak call. Abang kat mana?"

Sedaya-upaya dia mengawal suara yang mulai hendak mengamuk.

"Kejap lagi nak sampai balai. Abang nak jumpa Aakif. Katanya ada sesuatu yang dia nak bagitahu abang. Kenapa sayang? Do you need something?"

Natasha menghela nafas dalam-dalam. Bibir dikemam.

"No, I just need you to come home safe"

"Sure sayang! Abang akan balik lepas habis urusan kat sini. Kalau sayang dah mengantuk, sayang tidur dulu. Tak payah tunggu abang"

"Okey"

Entah kenapa, perasaannya seperti kecewa. Dia tak pasti puncanya dari mana.

"Love you" ucap Kayden.

Natasha terus mematikan panggilan. Perasaannya sebu. Air matanya mengalir.

Serentak itu, muncul satu mesej daripada telefon bimbit tadi. Natasha mengerut dahi. Dengan perasaan yang mula bergelora, telefon bimbit tersebut digapai dengan tangan yang bergetar.

Mesej tersebut datangnya daripada nombor yang tidak dikenali. Nama yang tertera pula adalah nama seorang perempuan. Intan! Hati Natasha cemburu, bahkan kecewa dan marah mulai menguasai.

Dibaca pesanan tersebut satu-persatu.

'i hope you are okey with your wife'

'masalah rumah tgga biasa berlaku. dont be too stressed. nanti you sakit'

'hope to spend days with you some day around'

'gonna miss you hon!'

Natasha terpempan. Air mata yang mengalir semakin deras menuruni pipi. Siapa Intan? Apa maksud pesanan tersebut? Hon? Honey? Apa hubungan Kayden dengan Intan?

Inikah alasannya Kayden menyepi selama lima hari dan meninggalkannya terseksa saban hari? Kayden ada perempuan lain?! Dan kenapa dia tak pernah tahu Kayden mempunyai telefon bimbit lain? Apa rahsia yang cuba disembunyikan oleh Kayden sebenarnya?

Tangan yang terketar-ketar meletakkan telefon bimbit tersebut ke dalam bagasi. Passport juga disimpan di situ. Air mata diseka. Dia tak boleh lemah. Dia harus kuat. Jika seteganya Kayden menyeksanya, dia juga bisa! Namun kali ini, dia akan membuat Kayden menyesalinya sendiri!

Natasha menggapai tudung sarung di dalam almari. Dipakai ke kepala lantas bergerak keluar dari kamar. Perasaannya sebak, hatinya terluka. Benar-benar terluka!

"JADI maksudnya ayah aku self-accident?"

Aakif mengangguk kepala. Bukti rakaman CCTV dimainkan di hadapan Kayden. Terlihat jelas Kamal berjalan terhuyung-hayang dan terjatuh di bahu jalan. Tiada kenderaan atau sesiapa yang melanggarnya.

"Tapi kenapa dia jalan macam tu?" Kayden menyuarakan persoalan. Tak mungkin Kamal mabuk!

"Hasil siasatan pihak forensik, arwah ada kanser otak.."

"What?!"

Kayden kaget. Baru tahu mengenai perkara itu. Jadi selama ini Kamal merahsiakan penyakitnya? Atau..? Arghh, dia benar-benar tidak tahu!

"So dia tak mabuk?"

"Nope!"

Kayden menghela nafas berat. Sakitnya menerima kenyataan ini. Hampir nak gugur jantungnya. Gara-gara itukah Kamal kembali menemuinya? Benarkah Kamal ingin mereka berdamai?

"Itu je yang aku nak bagitahu. And pasal kes rumah kau kena serang hari tu, kami dah berjaya tangkap tiga orang suspek. Kau nak jumpa dorang?"

Berita itu menyentakkan Kayden. Wajah Aakif ditatap. Serentak itu, kepalanya mengangguk berkali-kali.

Banyak benar masalah yang melanda. Satu demi satu. Selepas ini, dia harus mengkhabarkan berita kematian Kamal kepada Opah dan Tokwan. Bagaimana agaknya penerimaan mereka ya?

'HOPE to spend days with you some day around!'

Natasha menekup kedua belah telinganya. Matanya berair. Tak berhenti-henti mata cantik itu menumpahkan air dari tadi.

Pesanan demi pesanan yang dibaca tadi bermain-main di benaknya. Fikirannya membayangkan yang bukan-bukan. Adakah Kayden telah berbuat sesuatu yang salah dibelakangnya?

Jika iti memang benar terjadi, dia tidak bisa menerima dan memaafkan suaminya. Kepercayaannya bakal disia-siakan. Ke mana harus dia membawa diri? Dia belum siap berhadapan dengan Kayden. Kini, dia sedang menyembunyikan diri di atas loteng bilik. Meskipun hanya sekadar loteng, namun biliknya kemas dan teratur. Kak Lina sentiasa membersihkan kawasan loteng tersebut. Tiada katil sebesar katil di kamarnya. Hanya ada sebuah sofa panjang dan air-conditioner di situ. Sudah cukup untuknya merehatkan diri di situ.

Selimut kecil digunakan untuk menutupi tubuhnya yang kecil. Tubuhnya berbaring lemah di sofa. Malam itu, mungkin dia bisa lelap kerana tiada Kayden yang harus dihadap. Tak mungkin Kayden mengetahui tempat dia bersembunyi. Biarlah, dia benar-benar letih dengan semua ini!

Tak habis fikir dia. Kenapa Kayden bisa meninggalkan dia dan berkongsi masalah dengan wanita lain? Apakah itu lebih menyenangkan baginya? Agaknya dia lebih suka meluah rasa dengan perempuan lain berbanding dirinya. Mungkin dia hanya beban atau menyusahkan bagi Kayden.

Natasha menyeka air matanya. Tangisannya memecah kesunyian bilik itu. Melihat ke luar jendela, entah adakah sinar untuknya di kemudian hari?

Telefon bimbit dimatikan. Dia tidak mahu menerima sebarang panggilan atau pesanan daripada suaminya. Dia kini hanya ingin bersendirian.

"SAYANG! Sayang!! Sayang"

Satu kamar dia berpusing demi mencari Natasha. Namun bayangan Natasha tak ketemu. Dari bilik air sehingga ke balkoni, tiada kelibat Natasha ditemui.

Punggung dihenyak kasar ke atas ranjang. Seraya itu, keluhan beratnya termuntah. Kepala yang pening dipicit berkali-kali. Ke mana Natasha pergi?

Tadi sesudah masuk ke dalam rumah, dia kaget menerima kehadiran Mak Yah di dapur sedang memasak bersama Hidayah. Perihal Natasha ditanya. Namun tak seorang pun tahu di mana dia berada. Barangkali masih lagi di kamar, itu andaian yang sempat dibuat oleh Hidayah dan Bik Ros.

Makanya dia bergerak ke kamar tidur mereka. Namun Natasha juga tiada di situ.

Nombor Natasha didail. Kayden mengeluh lagi. Telefon bimbitnya dimatikan. Atau adakah sesuatu sedang menimpa isterinya?

"Emir..."

Emir yang sentiasa menemani di sisi, segera mendekat.

"Mana dia pergi? Aku arahkan kau untuk jaga dia"

"Maaf bos. Tadi puan suruh aku makan dulu. Tapi tak sangka, dia hilang lepas aku selesai makan"

"Dia keluar?"

"Rasanya tak. Sebab kereta dia ada kat luar. Kereta lain pun sama"

"Grab? Teksi?"

"Takde bos. Kami tak dengar mana-mana kereta masuk"

"Okey. Cari seluruh rumah. Kalau dia tak keluar, bermakna dia dalam rumah ni"

Emir angguk lantas berlalu pergi.

Kayden mengeluh namun masih mampu bernafas lega. Sekurang-kurangnya Natasha masih berada di dalam rumah. Tetapi kenapa dia bertindak seperti itu?

"Aku ada buat salah ke?"

Kayden meraup wajah. Ketika ini, dia sangat memerlukan Natasha. Penyakitnya datang kembali. Dia harus bisa menahan gelojaknya. Hanya Natasha penawarnya. Namun isterinya tiada di situ. Malam itu, dia harus mengharungi malam yang sepi, tanpa Natasha. Seperti malam-malam sebelumnya.

Arghh, dia benar-benar terseksa!

selamat membaca ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience