TAK tahu ke mana kakinya melangkah, tempat yang sudah lama ditinggalkan itu kembali dijejak. Dari dalam kereta, dia memandang betapa gahnya bangunan itu terpacak tepat di hadapannya.
Usaha selama bertahun-tahun ternoktah sejak dia mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah penuh atas saranan Kayden. Namun kini keputusan itu disesali kerana semuanya hanya sia-sia.
"Saya mungkin ambik masa lama kat sini. Awak boleh balik. Tak payah tunggu saya" ujar Natasha dengan harapan Emir mahu mendengar arahannya.
"Maaf puan. Saya tak boleh buat macam tu. Bos dah arahkan saya untuk teman ke mana saja puan pergi"
Natasha mengetap bibir. Benar dugaannya. Arahannya takkan dianggap penting kerana Kayden yang berkuasa sepenuhnya!
"As I thought! Fine! Up to you!"
Laju saja kakinya melangkah keluar dari kereta. Lantaklah, nak tunggu sampai sebulan pun terpulang dia! Arghh! Geramnya! Dia tak ada kebebasan jika Emir asyik mengekori.
MELANGKAH ke dalam bilik pejabatnya sendiri, dia sempat disambut oleh Aliza, setiausahanya suatu ketika dahulu. Mereka sempat berbual seketika sebelum Natasha membawa diri ke dalam pejabatnya.
Menurut Aliza, Munirah saat ini sedang bermesyuarat dengan beberapa orang influenzer bagi mempromosikan produk kecantikan terbaru mereka. Munirah adalah kawan Natasha dan orang yang paling dipercayainya untuk mengendalikan syarikat itu sementara menunggunya kembali semula ke pejabat.
Natasha mengeluh. Kerusi yang pernah menjadi miliknya dulu ditenung lama. Di situlah dia memerah keringat dan idea untuk membesarkan dan melebarkan sayap perniagaannya. Kini semuanya hanya tinggal kenangan kerana atas nasihat dan dokongan Kayden, dia berhenti kerja dan meninggalkan satu-satunya profesi yang diminatinya. Namun setelah berlakunya pergaduhan antara mereka, masih utuhkah kedudukannya di syarikat tersebut?
Banyak yang didengarinya mengenai Munirah. Menurut Aliza, Munirah seperti dirinya. Sangat jujur dan berdedikasi dalam mengendalikan syarikat. Bahkan sudah banyak keuntungan yang diperolehi hasil pimpinan Munirah. Syarikat-syarikat besar mula menaja dan mempercayai syarikat kecil miliknya. Syukurlah, ada juga berita positif yang diterimanya hari itu.
Natasha merasakan perutnya mula mengeras. Peluhnya menitik. Cepat-cepat dia menghantar punggung ke kerusi miliknya. Nafas dihela beberapa kali. Dia menenangkan diri. Sesudah itu, keadaan kembali normal. Dia tidak merasakan lagi kesakitan itu.
"Tasha!" Munirah terjerit kecil melihat bosnya di situ. Laju derap kaki menghampiri wanita itu. Dan ternyata dia kaget melihat perut Natasha yang tampak besar. Macam menunggu hari saja padahal setahu dia, kandungan Natasha masih berusia tujuh bulan.
"Kenapa tak bagitahu nak datang?"
Munirah duduk di hadapannya. Dia menggeleng kepala setelah Natasha menawarkan tempat duduk itu kepadanya.
"Kenapa? You nak sambut I dengan karpet merah, kenduri ke?" Natasha rancak bergurau.
"Kalau ada, apa salahnya?" sahut Munirah, berbalas usikan juga. Dia tertawa di hujung bicara.
"Merepeklah you ni!" geturu Natasha.
"I'm so happy to see you. You wanna comeback?"
Bersinar-sinar mata Munirah dengan harapan Natasha akan kembali menyandang gelaran CEO BelleSha Company dan dia kembali ke posisi asalnya.
"You gila ke? Husband I takkan bagi punyalah!"
Cepat-cepat Natasha mengusir angan-angan indah Munirah tersebut. Bukan dia tidak tahu Kayden itu persis apa. Kalau boleh, dia tak boleh buat atau pergi ke mana-mana. Harus tetap berada di hadapan mata lelaki itu. Yelah, suaminya kan banyak duit! Dia tak perlu sibuk nak bekerja. Tetapi ini bukan soal duit. Ini soal minat dan kerjaya. Entahlah, nak bertekak pun dah tak larat!
Munirah menyorotkan senyuman. Faham benar dengan fiil Kayden. Siapa saja tak kenal tuan muda Kayden? Jutawan kaya di Malaysia! Natasha tak kerja pun tak apa. Duit suaminya berlambak. Bisnis pula sana sini. Semuanya maju dan mendapat kepercayaan dari pelabur luar.
"Tapi you tak rindu ke kerusi lama you tu?" Munirah mengangkat kening, sajalah dia berusaha untuk memujuk. Kot-kot Natasha mahu mendengar kata-katanya.
"Siapa kata I tak rindu? I kot yang wujudkan company ni, kerusi ni.. tapi you tahulah kan? Things have been changed lately. This one.." Natasha tunjuk perutnya.
Munirah gelak sambil angguk. Faham sangat!
"Kalau I buat comeback, orang yang pertama yang akan tentang hasrat I adalah husband I.."
Tiba-tiba dia jadi rindu pada Kayden. Hmm, sakitnya perasaan ini!
"Okey. Takpe. I faham. But I really hope, you can find someone to sit there. Because I really miss my old chair and position"
Suara itu kedengaran separuh merayu.
"I know, Mun. I am working out on it. Tapi I harap you faham I. I belum jumpa sesiapa lagi yang layak duduk kerusi ni selain you. You je orang kepercayaan I dan yang I boleh harapkan sekarang ni"
Munirah senyum. Masakan dia mampu mengecewakan Natasha? Wanita itu banyak membantunya ketika mereka sama-sama belajar dahulu. Jika bukan kerana Natasha, tidak mungkin dia bisa sampai ke tahap ini.
"Ye I faham. Takpe. Buat masa sekarang, you jangan risau apa-apa. You just focus on your pregnancy. Yang lain, you jangan bimbang. Ada banyak team you sedia membantu"
"Thanks Mun"
Laju Munirah mengangguk. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas.
"It's almost lunch hour. You wanna head off?"
"It's okay. I masih nak duduk sini. You go ahead"
"Are you sure? You nak I tapaukan something untuk you?"
Natasha geleng kepala. Seleranya hilang entah ke mana. Perutnya tepu saja.
"Thanks but no thanks! I will be okay"
Usai berbicara, Munirah pamit dan meninggalkan Natasha di situ.
Telefon bimbit Natasha berbunyi. Pesanan daripada Kayden dibaca.
'sayang kat mana? pls, we need to talk. i'll explain everything'
'theres no such thing between me and intan. we are just business partner'
Natasha mendengus. Benci betul dia menyebut nama perempuan itu. Mendidih rasa hatinya. Tak ada apa-apa konon. Tapi mesej rindu bagai, arghh!!
Pesanan Kayden masuk lagi.
'sayang...tell me what should i do to make you believe me'
Kali ini, Natasha memikirkan sesuatu yang tak pernah dia terfikir akan buat. Laju saja tangannya membalas mesej daripada suaminya.
'fine! i hate that woman! kalau you nak i percayakan you, you kena putuskan segala bentuk hbgan dgn dia'
Dihantar!
Masuk lagi pesanannya.
'shes my biggest supplier. sayang, pls understand this. kalau putus hbgan bisnes ni dgn dia, one of the company will have to pay for the damage. it will cost us milions'
Riak Natasha sinis. Dia peduli apa dengan wang? Kalau Kayden nak sangat berbaik semula dengan dia, Kayden kena setuju dengan syaratnya. Kalau tak, bye bye!
'i dont care. you choose. me or her!'
Dihantar!
Lama dia menunggu pesanan daripada Kayden. Namun tiada balasan. See? Dia sudah tak penting lagi buat Kayden. Buktinya, tiada lagi pujukan atau rayuan dari lelaki itu.
Arghh! Natasha stress. Tangisannya pecah lagi.
"WHERE is she?"
Kayden angguk kepala menerima berita daripada Emir. Natasha masih di pejabatnya. Untuk apa Natasha ke sana? Natasha sudah berjanji tidak akan kembali bekerja kerana dia masih mampu untuk menyara mereka sekeluarga.
Namun dia faham. Mungkin Natasha hanya ingin bertemu kawan lamanya. Besar harapannya agar Natasha tidak mengubah fikirannya. Dia hanya mahu Natasha sentiasa di rumah, menunggu dan menyambut kepulangannya dari pejabat. Segala kebutuhannya pasti akan disediakan.
Kayden menghenyak punggung di kerusi. Dia tak akan sesekali menceraikan Natasha. Mereka hanya salah faham. Dia setia kepada Natasha. Tidak sedikitpun kasihnya berubah. Dia cinta mati hanya kepada isterinya.
Kayden meraup wajah. Dia baru perasan akan mesej yang diterimanya daripada Intan pagi tadi. Teganya Intan mengambil kesempatan di atas masalah rumah tangganya.
Setahu dia, dia tak pernah bercerita mengenai masalah rumah tangganya kepada sesiapa, walaupun kepada Intan. Teringat pula dia perbualannya dengan Intan sebentar tadi di telefon.
"Kenapa you mesej I macam tu? You dah sebabkan hubungan I dengan wife I berantakan! I dah cakap kan, kita berurusan atas alasan kerja. I tak perlukan apa-apa daripada you selain urusan bisnes"
"I am sorry Kay. I tak tahu wife you baca mesej tu. I am truly sorry"
Kayden mengeluh. Tujuan utama dia menggunakan dua telefon adalah atas urusan kerja. Satu untuk kerja dan satu lagi untuk kegunaan peribadi. Hanya nombor telefon yang digunakan untuk urusan kerja saja diberikan kepada pelabur atau mana-mana pihak yang bekerja dengannya. Untuk urusan peribadi, tidak sewenang-wenangnya dia menyerahkan nombor kepada pihak tidak terlibat.
"Kenapa you mesej I dan cakap I ada masalah dengan wife I?"
Berlapik Kayden menyoal. Tidak mahu nampak jika itu kebenarannya. Dia ingin semua orang tahu jika dia dan Natasha sentiasa baik-baik.
"You looked depressed! So I thought that you might have problems with your wife"
"You assumed so much! Lepas ni, urusan kita hanya sekadar urusan bisnes. Kalau you melebih-lebih, I won't forgive you!"
KAYDEN mengeluh. Dia berjaya menjelaskan perkara yang berlaku kepada Intan. Tetapi kini bagaimana dia hendak memutuskan hubungan perniagaan antara dua negara? Indonesia antara pelabur yang melabur banyak dalam syarikatnya. Jika mereka terlepas peluang ini, syarikatnya akan rugi banyak.
Namun ugutan Natasha tidak boleh dibuat main. Natasha kalau bercakap, dia tak pernah bermain-main. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan perasaan.
Kayden meraup wajah. Apa yang harus dilakukan? Tak sempat dia nak menjelaskan perkara sebenar kepada Natasha, isterinya sudah awal-awal angkat kaki.
Tujuan dia ke Indonesia adalah untuk urusan kerja. Dia nampak peluangnya cerah tatkala pihak pelabur di Indonesia ingin menjalinkan kerjasama dengan pihaknya. Setelah berbincang dengan ahli lembaga syarikat, mereka sudah sepakat untuk menyetujui hubungan dua hala ini. Namun desakan Natasha pula merisaukannya.
Kenapa dia tak menjawab panggilan atau pesanan Natasha? Dia akui dia bersalah kerana mengabaikan pesanan dan panggilan isterinya. Dia berbuat demikian hanya untuk menghukum Natasha. Dia ingin Natasha tahu rasanya sakit apabila kita risaukan orang yang kita sayang. Tetapi iya, dia terlalu melebih-lebih. Lima hari tanpa sebarang khabar. Bahkan dia siap ajak Emir dan semua di rumah untuk merahsiakan perkara itu. Hanya Natasha dan Hidayah yang tidak mengetahuinya.
Kini, hukuman tersebut mempertaruhkan hubungan mereka. Dia menyesal dan rasa bersalah terhadap Natasha.
Apa yang harus dilakukannya? Menurut saja kehendak Natasha tetapi mempertaruhkan nasib syarikatnya? Benar dia punya banyak wang tetapi peluang ini sangatlah sukar untuk digapai. Hubungan dua hala ini bukan hanya untuk keuntungan semata-mata tetapi juga demi menjalin hubungan persahabatan antara dua negara.
Namun dia sayangkan Natasha. Dia tidak tega kehilangan wanita itu apatah lagi mereka bakal memulakan keluarga baru. Tetapi dengan cara itu saja dia dapat meraih semula kepercayaan isterinya.
Ya Allah!
KERETA berhenti tepat di hadapan bangunan gah dan mewah itu. Hotel La Grandeur destinasi tepatnya untuk beristirehat. Dia tak mahu pulang kerana tak mahu berhadapan dengan Kayden.
Emir mengerut dahi. Inikan hotel milik Kayden? Kenapa dia ke sini?
"Er puan, kenapa kita kat sini?"
"Saya nak check-in kat sini"
"Tak balik ke puan?"
"Tak"
Aduh, masaklah dia! Tadi dia sudah diomeli oleh Kayden gara-gara tak membawa Natasha pulang ke rumah. Natasha pulak buat hal tidur di hotel. Mahunya berdesing telinganya nanti.
"Tapi puan.."
"Awak takut bos awak tu marah ke?"
Emir diam. Susahlah macam ni! Yang bermasalah adalah Kayden dan Natasha. Tetapi kenapa dia yang terkena tempiasnya sekali?
Kesenyapan Emir menjawab persoalannya.
"Takpe. Awak bagitahu kat bos awak, saya lebih selesa di hotel"
Ujar Natasha lantas keluar dari perut kereta tanpa menunggu bicara dari Emir.
Masuk saja ke dalam hotel, mulutnya hampir ternganga kerana hotel tersebut tampak sangat eksklusif dan mewah. Reka bentuknya seolah-olah terinspirasi dari zaman dulu kala tetapi dimodenkan dengan gaya tersendiri. Sebahagian daripada perabotnya pula diperbuat daripada emas. Terkebil-kebil mata Natasha melihatnya. Memang sungguh kaya pemilik hotel ini! Tetapi siapa dia ye? Masakan Kayden? Hmm entahlah! Dia malas nak ambik peduli.
Langkah kaki tiba di hadapan receiptionist. Gadis kurus bernama Maria menyambutnya dengan senyuman.
"Ya puan?"
"Saya nak check-in"
"Boleh puan. Kejap ye?"
Natasha angguk. Dia meraba beg tangannya. Hampa! Mana purse kecilnya? Hanya ada telefon bimbitnya saja di dalam beg. Aduhh, dia terlupa untuk membawa purse gara-gara bergaduh dengan Kayden! Masaklah kau Tasha! Inilah padahnya kalau keluar dari rumah tak dapat izin suami.
"Puan? Boleh saya dapatkan IC puan?"
Bibir dikemam. Aduh! Macam mana ni? Takkan nak mintak tolong Emir? Karang tak pasal-pasal dia lapor pada Kayden.
Seorang lelaki datang kepada Maria dan membisikkan sesuatu. Faham, Maria angguk kepala. Tangannya laju melakukan sesuatu.
"Ni kunci bilik puan"
Natasha kerut dahi. Tak faham!
"Maksudnya apa ye?"
"Puan boleh berehat di bilik puan. Kami akan sediakan segalanya untuk puan" ujar Maria tanpa menjelaskan atau menjawab soalan Natasha.
"Errr ye.."
Langkah perlahan Natasha bergerak ke kamarnya di tingkat 34.
Share this novel